Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Kumpulan Comey Kecewa Dengan Komen Fazura

Kumpulan Comey Kecewa Dengan Komen Fazura


Kumpulan Comey Kecewa Dengan Komen Fazura

Posted: 22 Dec 2014 04:58 AM PST

Minggu lalu menyaksikan kumpulan Comey terkeluar daripada persaingan Maharaja Lawak Mega 2014. Keputusan yang agak mengejutkan kerana bagi Abang Nara, prestasi Comey pada malam tersebut agak memberangsangkan. Abang Nara juga agak terkejut apabila juri yang menghakimi Comey iaitu Fazura sekadar memberikan 2 bintang untuk persembahan mereka. Ia sedikit sebanyak pasti mempengaruhi undian para peminat sekaligus menyaksikan Comey tersingkir.

comey mlm2014

Ropie mewakili kumpulan Comey telah melahirkan rasa kekecewaannya dengan komen yang diterima daripada Fazura. Kata Ropie:-

Secara jujurnya saya kecewa dengan komen yang diberikan oleh Fazura kerana kami berusaha untuk fikirkan idea yang menarik untuk persembahan di minggu 'Muzikal'. Malah lebih terkilan apabila Fazura hanya beri kami dua bintang sehingga menjejaskan undian yang diterima oleh Comey.

Sebenarnya persembahan kami bukan semata-mata untuk buat lawak sahaja, ada mesej disebalik pemilihan lagu. Bila Fazura cakap lagu tidak bersesuaian dengan persembahan, rasanya seperti tidak adil buat kami.

Ya memang kami gunakan lagu-lagu baru tetapi bukan hanya kumpulan Comey sahaja. Ada juga kumpulan-kumpulan lain turut guna lagu-lagu baru seperti kami. Jadi bila Fazura beri komen demikian saya rasa macam itu sesuatu yang sangat mengecewakan sedangkan Dato' Ac Mizal sendiri turut beri pujian dengan persembahan dan juga pemilihan lagu kami yang sesuai

comey mlm2014

Untuk makluman, markah buat setiap peserta MLM2014 bukan sahaja daripada undian peminat tetapi juga daripada barisan juri. Jadi apabila dapat 2 bintang, pasti ia memberikan impak agak besar kepada Comey. Secara jujur, prestasi Comey sepanjang MLM2014 agak konsisten. Penyingkiran mereka kali ini agak kejam sedangkan ada kumpulan lain yang lawaknya tidak menjadi sejak dulu lagi masih tetap ada. Namun itulah namanya pertandingan. Apa pula komen anda? Sumber Astro Gempak.

Komen Adlin Aman Ramli Tentang Tudung Aina Mentor Legend Timbulkan Rasa Kurang Senang

Posted: 22 Dec 2014 02:03 AM PST

Siapa tengok Mentor Legend semalam? Mesti ramai kan? Dan pasti ramai juga yang tidak berpuas hati dengan komen Adlin Aman Ramlie mengenai tudung Aina yang merupakan protege Ella. Agak terkejut juga Abang Nara mendengar komen Adlin. Malah reaksi yang ditunjukkan oleh penonton di studio juga menunjukkan rasa kurang senang terhadap kata-kata yang dikeluarkan oleh Adlin. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kot.

komen adlin aman ramli

Antara bait-bait komen yang dikeluarkan oleh Adlin ialah ‘nampak macam makcik-makcik, ustazah tiba-tiba menyanyi‘. Secara jujur, Abang Nara lihat Aina comel sahaja dengan tudung yang digayakan. Tak adalah melampau macam penyanyi-penyanyi lain. Lagipun memang sesuai dengan wajah Aina. Ikuti komen Adlin di bawah:-

 


Berdasarkan komen-komen yang dikeluarkan oleh penonton Mentor Legend semalam, ramai yang tidak gembira dengan kritikan mengenai tudung yang dikeluarkan oleh Adlin. Antara komen-komen yang menarik ialah:-

komen adlin aman ramli

Makcik-makcik sekarang punya gaya tudung pun silap-silap haribulan boleh kalah anak dara dibuatnya. Tak gitu? Diharapkan Aina tidak menukar gaya tudungnya dalam konsert Mentor Legend minggu hadapan. Percayalah imej tudung anda ini dah sesuai dengan anda. Ramai yang sukakannya. Teruskan imej sebegini. Cantik dan sedap mata memandang. Apa komen anda?

Lee Joon Dan Thunder Tinggalkan MBLAQ

Posted: 22 Dec 2014 01:18 AM PST

Berita sedih untuk peminat kumpulan MBLAQ. 2 daripada 5 orang anggota kumpulan mereka iaitu Lee Joon dan Thunder telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut apabila tidak memperbaharui kontrak dengan agensi naungan mereka, J.Tune Camp. Untuk makluman, 3 lagi ahli MBLAQ ialah Seungho, Mir dan G.O.

lee joon dan thunder mblaq

Curtain Call Concert” pada 31 November lalu merupakan aksi terakhir mereka berlima sebagai ahli kumpulan MBLAQ. Difahamkan Thunder akan menyambung pengajian dalam bidang muzik sementara Lee Joon akan mengembangkan kariernya dalam bidang lakonan. Kelima-lima mereka dilihat mengalirkan air mata pada konsert terakhir tersebut.

lee joon dan thunder mblaq

Buat masa ini MBLAQ akan terus dianggotai oleh hanya 3 ahli. Tidak diketahui sama ada pihak pengurusan mempunyai perancangan untuk menambah ahli lain menggantikan tempat Lee Joon dan Thunder. Apa pun, selamat maju jaya kepada kumpulan MBLAQ dalam apa jua bidang yang diceburi. Buat para peminat kumpulan ini, janganlah sedih sangat. Yang patah kan tumbuh kembali. Amboi!!!

Edry Singkirkan Aweera Sebagai Penyanyi Mojo Untuk AJL29

Posted: 22 Dec 2014 01:06 AM PST

Mojo merupakan salah satu kumpulan yang akan bertanding di dalam AJL29 dengan lagu Romancinta. Rasanya semua orang pun tahu penyanyi kumpulan Mojo ini iaitu Aweera. Imejnya yang berambut kerinting dan suara serak-serak basahnya memang best dan sesuai sangat dengan lagu Romancinta. Sayangnya aksi Aweera untuk AJL29 tidak akan dapat kita saksikan. Ini kerana Edry selaku penulis lagu tersebut telah menyingkirkan Aweera.

aweera mojo

Keputusan ini diambil oleh Edry setelah Aweera yang bernaung di bawah syarikat rakaman lain memberikan syarat dia mahu menyanyi bersama kumpulan sendiri dan bukan Mojo. Tempat Aweera akan digantikan oleh penyanyi lain yang masih belum dipilih lagi. Terang Edry:-

Sebagai komposer lagu Romancinta yang dipertandingkan dan anggota kumpulan Mojo sudah tentu saya tidak akan membenarkan perkara itu berlaku dan akhirnya saya membuat keputusan untuk menggugurkan Aweera.

Pada saya ini saja jalan terbaik, kerana sepanjang rancangan ini berlangsung banyak sangat masalah ditimbulkan Aweera. Tambahan pula saya sudah banyak mengalah, jadi saya membuat keputusan tempatnya akan digantikan penyanyi lain.

aweera mojo

Agak sedih juga kerana tak akan dapat melihat aksi Aweera di pentas AJL29. Namun daripada timbul banyak masalah kerana satu orang, lebih baik buat keputusan yang akan menyenangkan ramai orang. Tak gitu? Rasa-rasanya siapa yang sesuai menggantikan tempat Aweera? Faizal Tahir pun ok jugak kan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Sumber Harian Metro.

P.S: Tempahan Nissa Xtrail dibuka pada harga RM150k-RM170k

Pertelingkahan Semakin Memuncak, Zed Zaidi Mohon Vanidah Imran Letak Jawatan

Posted: 22 Dec 2014 12:56 AM PST

Pertelingkahan antara Presiden SENIMAN, Zed Zaidi dan bendaharinya, Vanidah Imran semakin memuncak hari ini. Untuk makluman anda, Zed Zaidi telah pun membuat laporan polis mendakwa kecurian buku cek persatuan berkenaan yang ditanggungjawabkan kepada Vanidah. Malah Zed Zaidi juga telah mengkritik beberapa ahli jawatankuasa SENIMAN yang baru dengan melabel mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai melakukan kerja.

zed zaidi vanidah imran

Berikut ialah dakwaan daripada Zed Zaidi terhadap Vanidah Imran:-

Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu. Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.

Dia tidak tahu apa tugas dia sebagai bendahari dan meminta persatuan untuk keluarkan surat untuk dia tandatangan buku cek tersebut. Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini. Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya

zed zaidiNamun begitu Vanidah Imran telah tampil menjelaskan mengenai tindakan yang diambilnya. Kata Vanidah:-

Apa yang saya lakukan ini sebagai melindungi diri saya dan persatuan. Saya tidak mahu kejadian lalu berulang kembali yang membabitkan soal kewangan. Sehingga hari ini saya tiada akses untuk melakukan pengeluaran wang.

Saya tidak boleh mengeluarkan cek sewenang-wenangnya. Sehingga saat ini juga saya belum boleh menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai bendahari persatuan. Nama saya belum termaktub sebagai penama untuk bank bertanggungjawab itu.

Mana mungkin saya boleh mengeluarkan wang sesuka hati pada situasi ini, ia ternyata akan membahayakan diri saya. Ini soal amanah dan tanggungjawab. Ia bukan perkara mainan

Satu mesyuarat undi tidak percaya akan diadakan untuk melucutkan jawatan bendahari yang dipegang oleh Vanidah Imran. Namun Zed Zaidi hari ini memaklumkan yang Vanidah boleh meletakkan jawatan sekiranya beranggapan dirinya tida mampu memikul tanggungjawab tersebut. Kata Zed:-

Hingga saat ini saya menunggu panggilan daripada dia (Vanidah). Dia tak hubungi saya pun, malah macam cuba lari-lari daripada apa yang berbangkit. Dia kata dia ada sebab musabab di atas tindakannya.

Kalau saya hubungi dia tak pernah berjawab. Dia akan suruh saya menghantar mesej saja. Hari ini kita akan ke bank dan bawa laporan polis sekali untuk membuat buku cek Seniman yang baru. Kita pun perlu bergerak dan tak boleh tunggu lagi kerana buku cek berkenaan ada padanya.

Sekiranya dia tidak mampu menggalas tanggung jawab yang diberi dan memegang amanah itu, saya bagi cadangan kepada dia untuk letak saja jawatan. Kita nak buat undi tak percaya pun supaya hilang integriti dia sebagai bendahari.

Tidak pernah timbul soal mahu melucutkan jawatannya. Dia boleh letak sendiri jawatan secara terhormat dan beri ruang kepada yang lebih layak untuk memikul tanggung jawab itu. Dia pun sibuk dengan kerjaya, jadi janganlah susahkan diri untuk orang lain kalau belum benar bersedia pikul tanggung jawab

zed zaidi vanidah imran

Nampaknya SENIMAN sekali lagi dihimpit dengan kontroversi sebelum berakhirnya tahun 2014. Agak sukar untuk masalah ini selesai sekiranya Vanidah Imran dan Zed Zaidi tidak bertentang mata untuk membincangkannya. Kedua-duanya mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat seperti apa yang dikatakan. Diharap pertelingkahan yang tidak membawa sebarang kebaikan ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tak manis kalau ahli jawatankuasa sesama sendiri bergaduh. Pasti ada jalan penyelesaian yang mampu dicapai. Tak gitu?

bestbuyworldP.S: Yeah~~~ Jualan sempena perayaan Krismas sedang berlangsung di Best Buy World Malaysia. Diskaun yang amat menarik buat anda semua. Hujung-hujung tahun ini apa kata ‘treat’ diri anda untuk produk-produk kosmetik, penjagaan kulit, beg tangan dan minyak wangi pada harga yang amat BERBALOI. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk lihat sendiri promosi yang sedang ditawarkan.

Majlis Perkahwinan Yaya Maembong Dan Wan Raja Membazir – Bapa Yaya, Ismail Embong

Posted: 21 Dec 2014 11:35 PM PST

Agak mengejutkan juga apabila bapa kepada pelakon Yaya Maembong, Ismail Embong, 66, hari ini telah mengecam majlis perkahwinan anak perempuannya itu dengan pelakon Wan Raja kerana menyisihkan dia sebagai seorang bapa melalui laporan mStar Online.

 

 photo m_p16Dragon.jpg

– Gambar The Star

Ismail meluahkan rasa tidak puas hati kerana pasangan tersebut membazir untuk perkahwinan mereka termasuk mengadakan upacara berinai yang tidak diizinkan untuk diadakan olehnya kerana bercanggah dengan ajaran agamanya sebagai seorang Islam. Katanya melalui Facebook:

Kalau diminta izin, saya tetap haramkan majlis itu (malam berinai) kerana ini bercanggah degan agama saya anuti. Tambah pula, berbagai kritikan diterima, termasuk saya dihina tanpa sebab kerana kononnya ini ritual saya izinkan.

Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 38, dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang pada 12 Disember dengan sekali lafaz.

Majlis resepsi persandingan telah diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dua hari kemudian. Yaya adalah kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong dan Chacha Maembong.

Dalam pada itu Ismail menerusi status Facebook yang sama menjelaskan, dia terkejut ketika berkunjung ke rumah Yaya di Bukti Antarabangsa dekat sini pada 10 Disember lalu iaitu dua hari sebelum anaknya bernikah apabila mendapati pasangan berkenaan mengadakan malam berinai.


Ismail juga kecewa kerana Yaya dikatakan meminta tiga beradiknya, Popo, Chacha serta seorang orang kelainan upaya (OKU) iaitu Amad. yang tinggal bersamanya untuk keluar dari rumah itu kerana dia berhasrat tinggal di kediaman berkenaan dengan Wan Raja selepas berumah tangga.

Berderai juga perasaan saya kerana Amad yang berkerusi roda terpaksa menaiki lif kerana kini mereka terpaksa tinggal di rumah flat.

Keluarga Wan Raja enggan memberi komen berkenaan perkara itu manakala Wan Raja menganggap punca sebenar ayah mertuanya bertindak demikian ialah kerana tiada siapa mengaturkan persiapannya untuk ke upacara akad nikah.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kesemua anak-anak Ismail khabarnya ketika itu sibuk dengan hal masing-masing hingga tidak mempersiapkan ayah mereka untuk hadir ke majlis tersebut.

Saya tahu dia marah kerana tidak ada siapa yang buat persiapan untuk membawa ke majlis akad nikah kerana Yaya ketika itu sibuk malah adik-beradik yang lain ada penggambaran dan hal masing-masing.

Saya tahu ia mungkin salah kami juga.

Dalam pada itu, Wan Raja menjelaskan majlis malam berinai yang diadakan oleh isterinya sebelum pernikahan sebenarnya dilakukan secara tertutup sahaja.

Tambahnya, perkara itu dirancang oleh adik-beradik isterinya yang mahu meraikan perkahwinan tersebut.

Saya tidak masuk campur hal majlis berinai itu kerana ia adalah idea Yaya dan adik beradik dia lain. Saya datang pun sebab singgah selepas habis penggambaran.

Saya tidak tahu hal itu menimbulkan kemarahan bapanya, tetapi sebelum ini ada juga adik beradik dia yang buat majlis berinai, tiada apa-apa masalah pun.

Wan Raja tidak mahu mengeruhkan keadaan dan turut menafikan yang Yaya telah menghalau adik beradiknya keluar dari rumah tersebut bagi membolehkan mereka tinggal bersama, malah keputusan untuk berpindah ke rumah lain adalah keputusan yang dibuat oleh adik-beradik berkenaan sendiri.

Yaya menangis membaca status FB bapanya kerana dia tidak pernah menghalau adik-adiknya malah kami tidak kisah tinggal bersama. Tetapi mereka bertiga yang tetap mahu keluar tinggal di rumah baru itu.”

Inilah yang dikatakan orang rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.

Apa pun kita berharap agar pertelingkahan keluarga ini berakhir dengan baik. Yang penting, sama-sama kita ambil iktibar untuk menjaga hati bapa  pada hari yang penting seperti majlis perkahwinan memandangkan dia ialah wali pernikahan, tak gitu?

Juri-juri Maharaja Lawak Mega 2014 Menakutkan – Afdlin Shauki

Posted: 21 Dec 2014 06:40 PM PST

Sejak program lawak seperti Maharaja Lawak Mega diperkenalkan oleh Astro, senario persembahan lawak di Malaysia telah bertukar. Semakin ramai pelawak baru muncul dan mereka juga sering menjadi pilihan untuk menjadi deejay radio utau pengacara kerana kebolehan berjenaka untuk menghiburkan penonton.

Program ini telah menukar juri program untuk musim ini kepada Datuk Jalaludiin Hassan, Fazura, Farah Quinn dan Taufik Batisah. Mereka ini datangnya dari bidang yang berlainan dari bidang jenaka dan boleh dikatakan terkenal dalam bidang mereka iaitu lakonan, kulinari dan nyanyian.
 photo jurimlm14jpg.jpg
Namun kebelakangan ini terdengar suara-suara penonton yang memberi kritikan terhadap penjurian Maharaja Lawak Mega. Malah, juri-juri ini juga dikritik oleh bekas peserta Maharaja Lawak Mega iaitu Afdlin Shauki yang nyata tidak senang dengan corak ‘pemberian bintang’ bagi persembahan dalam program tersebut.


Tweet oleh Afdlin mendapat reaksi dari peminat yang ratanya bersetuju dengan beliau. Ada yang menganggap juri memberi bintang secara berat sebelah, tidak adil dan ada juga mempersoalkan mengenai sikap juri yang tidak gemar dijadikan bahan lawak oleh peserta.

 photo ScreenShot2014-12-22at102615AM.png

Malah, ada peserta yang lebih menunjukkan skil nyanyian mendapat bintang yang tinggi manakala mereka yang tidak menunjukkan bakat nyanyian pula mendapat kurang bintang. Peminat mempersoalkan adakah skil nyanyian relevan dengan penjurian untuk sebuah program lawak jenaka.

 photo ScreenShot2014-12-22at102652AM.png

Dan khabarnya juga, walaupun sebilangan penonton merasakan yang persembahan peserta kelakar, tetapi juri mengatakan tidak lawak pula. Akhirnya peminat terus mempersoalkan kredibiliti juri untuk menghakimi pertandingan lawak.

Apa pun rancangan ini kekal antara rancangan paling popular dan diperkatakan oleh peminat. Bagaimana pendapat anda, adakah juga merasakan penjurian MLM 2014 tidak adil? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Zizan Razak & Emma Maembong Nafi Sudah Putus Cinta

Posted: 21 Dec 2014 06:32 PM PST

Agak pelik juga apabila Abang Nara membaca mengenai gosip percintaan antara Zizan Razak dan Emma Maembong yang didakwa telah tamat di Metro Ahad semalam. Tambah pelik apabila Kamal Adli dkatakan sudah bergelar kekasih baru Emma Maembong. Fuh, cepat benar putus dan cepat benar jumpa pengganti. Nasib baiklah Zizan dan Emma masing-masing telah tampil menafikan gosip ini. Kedua-duanya masih lagi hangat bercinta.

zizan razak emma maembong putus cinta

Zizan Razak telah menggunakan akaun Instagramnya untuk menulis bait-bait cinta yang agak romantik juga. Kalau Abang Nara jadi Emma Maembong, confirm cair punya. Hehehe.

zizan razak emma maembong putus cinta

Emma Maembong juga turut sama membalas dengan menasihat para peminatnya untuk tidak mendengar gosip yang tidak betul.
zizan razak emma maembong putus cinta

Biasalah itu adat percintaan pasti akan ada gosip perpisahan sebegini. Yang penting Zizan dan Emma tahu hati budi masing-masing. Kalau nak hilangkah gosip-gosip sebegini, hanya ikatan pernikahan sahaja jalannya. Abang Nara pasti mereka berdua pasti sudah merancang untuk bergelar suami isteri dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita nantikan.

P.S: Harga petrol turun lagi 31 Disember 2014

Dari Dulu Saya Ingin Jadi Pelakon, Tetapi Abby Tidak Benarkan – Muhammad Noor Farhan

Posted: 21 Dec 2014 05:34 PM PST

Kebelakangan ini memang ramai pelakon baru muncul di pasaran. Malah produksi-produksi drama popular juga banyak memberi peluang kepada pelakon baru untuk membuktikan bakat mereka.
 photo farhan.jpgAntara yang ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan ialah bekas suami Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 26, seperti yang dilaporkan oleh mStar Online Jumaat lepas.

Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini.

Menurut Farhan, dia ada menerima tawaran untuk berlakon tetapi terpaksa ditolak kerana belum bersedia.

Dia beranggapan kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.

Khabarnya juga, dia sering ke gimnasium untuk membina badan sebagai persediaan.

Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai.

Ujarnya lagi, dia ingin menjadi pelakon semasa masih menjadi suami Abby tetapi tidak dibenarkan oleh wanita itu.

Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan.

Satu saja nak tanya bro, sado, sado juga. Bakat macam mana?

Isu Buka Tudung Anak Rosyam Nor, Hamley’s Minta Maaf

Posted: 21 Dec 2014 05:22 PM PST

Terkejut Abang Nara apabila membaca apa yang terjadi kepada anak Datuk Rosyam Nor. Iyerlah, lepas SPM biasalah pergi minta kerja nak jadi promoter di kedai-kedai tempat membeli-belah, tup-tup permohonan ditolak begitu sahaja hanya kerana anak Rosyam Nor bertudung. Agak menyedihkan kerana perkara ini terjadi di Malaysia, sebuah negara Islam. Kecewa dengan apa yang terjadi, Rosyam Noor meluahkan perasaannya di Twitter.

hamley's rosyam noor

Kedai yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Hamley’s, sebuah kedai alat permainan kanak-kanak yang amat popular di One Utama. Di kala Perdana Menteri kita menyarankan kehidupan 1Malaysia, agak pelik untuk perkara sebegini terjadi. Sebelum ini Abang Nara ada juga terdengar kejadian yang seumpama ini berlaku (kedai-kedai lain) namun tak ada bukti dipaparkan. Namun pihak Hamley’s telah tampil dengan permohonan maaf dan menyatakan kedainya tidak pernah mengenakan syarat tidak boleh bertudung untuk bekerja di situ.

Salam Sejahtera Semua
Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.
Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.

Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.

Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.

Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan

hamley's rosyam noor

Diharap kejadian yang berlaku ini bukan sahaja menjadi pengajaran buat Hamley’s Malaysia tetapi juga kedai-kedai lain di seluruh Malaysia. Tak perlu rasanya meletakkan apa-apa syarat untuk menerima orang bekerja dengan anda. Dunia pun dah moden, bukan zaman pak kaduk lagi. Kalau bertudung tak bererti jualan anda akan jatuh. Silap-silap meletup lagi. Tak gitu? Ada kejadian serupa pernah berlaku pada anda? Kongsikan di ruangan komen.

P.S: Lelaki tua belikan cincin berlian untuk isteri




@



Kumpulan Comey Kecewa Dengan Komen Fazura