Putri Mardiana Kata Sudah Selesai, JAIS Pula Kata Akan Siasat Lebih Lanjut |
- Putri Mardiana Kata Sudah Selesai, JAIS Pula Kata Akan Siasat Lebih Lanjut
- Menikmati Kelazatan Menu Baru TGI Fridays
- (TAHNIAH)A. Rahman Hassan & Fadhilah Mansor Nikah 25 Disember Ini Di PWTC
- Johan & Ozlyn Namakan Anak Mereka Nur Latifah Chantiq Hanania
Putri Mardiana Kata Sudah Selesai, JAIS Pula Kata Akan Siasat Lebih Lanjut Posted: 16 Dec 2014 07:19 PM PST Antara Putri Mardiana dan JAIS, salah seorang daripada mereka sedang bercakap benar. Mana tidaknya, untuk kes yang sama, Putri Mardiana memaklumkan yang kes khalwat membabitkan dirinya telah selesai sementara pihak JAIS pula memberitahu yang siasatan lanjut akan dijalankan. Menurut Putri Mardiana, kes tersebut tidak akan dibawa ke JAIS atau mahkamah namun menurut pihak JAIS, siasatan lanjut akan diadakan hari ini di mana Putri Mardiana diminta hadir ke pejabat JAIS. Putri Mardiana juga bercakap panjang lebar mengenai kes khalwatnya yang dikatakan berpunca daripada sikap dengki bekas teman lelakinya. Malah Putri Mardiana juga enggan memikirkan komen-komen negatif daripada orang ramai mengenai kes khalwatnya. Ini ialah kata-kata yang dikeluarkan oleh Putri Mardiana:-
Sementara itu ini kata-kata pihak JAIS yang mengesahkan bahawa kes ini akan ditentukan oleh mahkamah.
Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Tak sabar rasanya nak tahu pihak mana yang bercakap benar dan pihak mana yang berbohong. Apa kata anda? |
Menikmati Kelazatan Menu Baru TGI Fridays Posted: 16 Dec 2014 06:11 PM PST Beberapa hari lalu, Abang Nara telah menghadirkan diri ke TGI Fridays di The Curve untuk satu sesi makan-makan. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Abang Nara memang suka mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi di TGI Fridays yang merupakan feveret Abang Nara sekeluarga. Selalu kalau hujung minggu lepas penat jalan-jalan di The Curve memang kami akan lepak di TGI Fridays sambil menikmati makanannya yang lazat. Amboi hensem betul diri ini. Baru-baru ini TGI Fridays di The Curve ini tutup sebulan untuk renovation. Abang Nara ingatkan diorang buat apa. Rupa-rupanya memang terus tukar 100% bahagian dalamannya. Terkejut Abang Nara masa mula-mula masuk. Cantik sangat-sangat. Terasa lebih selesa, tenang dan sangat sesuai untuk jadi tempat berkumpul sambil berborak dengan kawan-kawan. Thumbs up untuk perubahan yang amat positif ini. Ok cerita banyak tak guna. Kehadiran Abang Nara dan beberapa lagi orang blogger ke TGI Fridays The Curve kali ini adalah untuk mencuba sendiri 2 menu terbaru restoran yang telah 20 tahun lebih bertapak di Malaysia ini. Menu itu ialah beef bacon crusted ribs dan juga Texas spiced ribs. Dengar je dah terliur kan? Nah Abang Nara kongsikan gambarnya untuk buat korang rasa terliur lagi. Ini ialah beef bacon crusted ribs. Tengok pun dah tahu betapa sedapnya menu terbaru TGI Fridays ini. Didatangkan dengan sos BBQ, bila Abang Nara memasukkan daging ini ke dalam mulut, memang terasa kerangupannya. Nampak macam pedas sangat sebab ada merah-merah kat atas daging tue kan? Sebenarnya rasa pedas memang cukup-cukup. Abang Nara boleh habiskan 4 beef bacon ini dalam sekelip mata sahaja. Yummy. Yeah~~~ Buat penggemar daging kambing, Texas spiced ribs didatangkan dengan pilihan daging kambing selain daripada bee. Lembut sangat-sangat daging ini dimasak. Tak rasa kenyal langsung. Bahagian daging pun adalah bahagian yang terbaik iaitu ribs. Sekali gigit, memang tak boleh berhenti. Confirm akan terus gigit sampai habis. Lazat!!! Secara jujur, Abang Nara prefer yang ini berbanding beef bacon sebab diri ini penggemar daging kambing. |
(TAHNIAH)A. Rahman Hassan & Fadhilah Mansor Nikah 25 Disember Ini Di PWTC Posted: 16 Dec 2014 05:56 PM PST Akhirnya tarikh bersejarah buat Datuk A. Rahman Hassan, 67, dan Fadhilah Mansor, 54 untuk bergelar suami isteri telah pun diumumkan. Mereka berdua sepakat untuk bernikah pada 25 Disember ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis akad nikah bakal berlangsung pada jam 8.30 malam dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Datuk A. Rahman Hassan telah memohon maaf terlebih dahulu kepada rakan-rakan dan keluarga jauh yang tidak mendapat jemputan ke majlis perkahwinannya. Kata beliau:-
|
Johan & Ozlyn Namakan Anak Mereka Nur Latifah Chantiq Hanania Posted: 16 Dec 2014 05:47 PM PST Memang cantik nama anak perempuan Johan dan Ozlyn. Nama penuh si comel ini ialah Nur Latifah Chantiq Hanania dan boleh dipanggil Chantiq sahaja. Untuk makluman, Chantiq telah dilahirkan pada 25 November yang lalu. Walaupun telah mendedahkan nama anak mereka, Johan dan Ozlyn memaklumkan yang mereka tidak akan berkongsi gambar wajah penuh Chantiq di laman sosial. Tulis Johan dan Ozlyn menerusi akaun Instagram mereka:-
Semoga Nur Latifah Chantiq Hanania membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang solehah di masa hadapan. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi kepada Johan dan Ozlyn atas kehadiran sang puteri dalam hidup mereka. |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@