Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu

(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu
Rumah Tangga Romie & Liyana Manan Bakal Berakhir Selasa Depan
Aaisyah Dhia Rana Yang Kini Sudah 1 Bulan Usianya
Harga Untuk Persembahan Amelina Cecah RM14,000?
(TAHNIAH)Fauziah Latiff Bakal Berkahwin Tahun Depan


(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu

Baru mendirikan rumah tangga pada 15 September lalu, Mon Ryanti dan suami telah pun didatangi dengan berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Mon Ryanti telah disahkan hamil 2 minggu oleh doktor pada akhir November yang lalu. Alhamdulillah. Murah rezeki dapat mengandung awal.



Di awal-awal kehamilan ini terutamanya pada trimester pertama diharap Mon Ryanti tidak terlalu banyak membuat kerja berat. Banyakkan berehat. Mon Ryanti juga memaklumkan yang dirinya mengalami ‘morning sickness’ sepanjang hari. Fuh. Dugaan tue. Kata Mon menerusi portal Murai:-


Alhamdulilah saya sudah pun disahkan hamil 2 minggu oleh doktor akhir November lalu. Sebenarnya kami dapat kesan saya hamil setelah saya lambat datang bulan dan telah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah.

Memang kami gembira apabila melihat alat ujian kehamilan itu positif tetapi saya tidak mahu terlalu teruja sehingga kami berjumpa dengan doctor dan pihak hospital sendiri mengesahkan kehamilan saya.Tak tahu nak gambarkan bagaimana gembira dan terujanya kami suami isteri.

Saya mengalami alahan yang sangat teruk, bukan sahaja morning sickness di waktu pagi malah ianya kini berlanjutan sehingga seharian. Sekarang ni, apa sahaja yang saya makan pasti akan dimuntahkan kembali.

Malah, saya kini tidak larat untuk bangun pergi kerja dan hanya mahu tidur seharian. Nasib baik pihak Ultra.fm memahami dan beri cara alternative lain untuk saya selesaikan kerja saya.

Pun begitu, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sering membantu dan menemani saya ketika ini


Sememangnya sikap memahami seorang suami amat penting di kala ini. Kena bagi kata-kata semangat. Kena sentiasa rajin tolong buat kerja rumah. Muntah-muntah memang memenatkan. Rasa nak terbaring je. Semoga segalanya berjalan lancar buat Mon Ryanti. Sama-samalah kita doakan.

Rumah Tangga Romie & Liyana Manan Bakal Berakhir Selasa Depan

Pergolakan rumah tangga bekas kekasih seorang pelakon, Romie Razin Adilha Abd Jais, bakal menemui titik nokhtah pada Selasa depan.

Peguam yang mewakili Romie, 34, Rubiah Jaafar memohon penangguhan prosiding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum permohonan cerai secara baik yang difailkan plaintif, Nur Liyana Abdul Manan diputuskan.


“Ada beberapa perkara yang mahu dibincangkan dan diselesaikan secara muktamat,” katanya.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Azmi Aziz membenarkan permohonan penangguhan prosiding itu.

Di luar mahkamah Rubiah memberitahu, antara perkara yang akan dibincangkan adalah hak penjagaan anak dan sebagainya.
Nur Liyana yang diwakili peguamnya, Siti Noraira Mat Johar memfailkan penceraian secara baik pada 15 September lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga pasangan ahli perniagaan itu menjadi tumpuan ramai selepas Romie, didakwa menjalinkan hubungan dengan pelakon muda, Hanez Suraya. Sumber Sinar Harian.


 GAMBAR)Aaisyah Dhia Rana Yang Kini Sudah 1 Bulan Usianya

Pejam celik pejam celik dah 1 bulan rupanya usia anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana ini. Cepat sungguh masa berlalu. Makin hari makin comel. Macam-macam gaya yang dibuat oleh si Aaisyah ini. Abang Nara pasti ramai yang geram melihat kecomelan si ‘princess’ ini. Abang Nara geram tengok kepandaian Aaisyah buat memek muka. Comel sangat-sangat.



Tengok tue Aaisyah main mata. Hehehe. Kecik-kecik dah pandai ambil hati orang. Senyumannya memang boleh membuatkan orang lain turut sama tersenyum. Manis sangat-sangat. Geram!!!



Ubatilah hati anda yang rindu dengan keletah Aaisyah Dhia Rana dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Banyak lagi gambar yang akan membuatkan anda berkata ‘oh comelnya budak nie’.



















Harga Untuk Persembahan Amelina Cecah RM14,000?

Wow. Baru nak buat ‘comeback’ harga dah tinggi melangit. Secara jujur harga yang dikenakan oleh pengurusan Amelina iaitu syarikat Wake The Baby untuk mendapatkan khidmat penyanyi tersebut amatlah tidak sesuai. Amelina sudah terlalu lama menyepi, lagu baru pun tak ada, vokal pun tak tahu sama ada masih okay ke tak, tup-tup kena charge setinggi ini. Mesti penganjur fikir 5,6 kali untuk dapatkan khidmatnya.

Walaupun tidak memaklumkan harga sebenar, namun berdasarkan penerangan Pengurus artis syarikat berkenaan, Liza Ilias (isteri Ajai), Abang Nara boleh mengagak harga yang ditetapkan ialah sekitar RM14000. Kata Liza:-

Kami ada menerima beberapa permintaan daripada penganjur persembahan di Singapura untuk acara korporat, namun kami masih belum mengesahkannya lagi. Daripada harga yang kami beri tidaklah terlalu mahal kerana kalau dulu harga dia RM7,000. Sekarang kadarnya dalam dua kali ganda bersesuaian dengan suasana ketika ini. Takkan nak ikut harga lama juga. Bagaimanapun, harga tersebut masih boleh dibincangkan lagi



Fuh nasib baik harga masih boleh dibincangkan. Kalau harga mati memang rasanya sukar untuk Amelina mendapatkan ‘job’ pada harga tersebut. Bukan merendahkan keupayaan penyanyi tersebut, namun rasanya dengan harga yang sama boleh dapatkan penyanyi muda yang lebih popular. Apa pun diharap syarikat pengurusan Amelina berfikir sedalam-dalamnya sebelum meletakkan harga untuk artis naungannya. Jangan kerana harga yang mahal tak ada tawaran yang diterima. Harga mestilah berpatutan dan berdaya saing. Tak gitu? Sumber Mstar Online.


(TAHNIAH)Fauziah Latiff Bakal Berkahwin Tahun Depan

Zaman muda-muda dulu, Fauziah Latiff ini merupakan salah seorang selebriti yang membuatkan Abang Nara tak tidur malam. Wajahnya yang penuh tenang, mulus dan jelita memang memukau sesiapa sahaja yang memandang. Terasa macam angau pun ada juga. Kini berusia 44 tahun, Fauziah Latiff atau lebih dikenali dengan nama Jee mengesahkan yang dirinya bakal berkahwin buat kali kedua pada tahun depan.


Jee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan telah berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Bercakap mengenai perkahwinan keduanya, Jee mengakui berdebar-debar. Kata Jee:-


Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga. Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak.

Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja. Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami


Anak-anak Jee pun dah besar dan dah pandai menjaga diri sendiri. Memang sesuai sangat untuk penyanyi ini berkahwin sekali lagi. Orang kata, mencari kebahagiaan sendiri. Lama juga Jee hidup sebagai seorang ibu tunggal. Lepas ini ada suami pasti lebih bahagia. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin. Sumber Mstar Online.




@



(TAHNIAH)Mon Ryanti Kini Hamil 2 Minggu