Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Teguran Chef Wan Tentang Budak Kahwin Di Usia 15 Tahun Ini Wajib Dibaca

Teguran Chef Wan Tentang Budak Kahwin Di Usia 15 Tahun Ini Wajib Dibaca


Teguran Chef Wan Tentang Budak Kahwin Di Usia 15 Tahun Ini Wajib Dibaca

Posted: 19 Dec 2014 05:58 AM PST

Ya baru-baru ini memang viral mengenai berita perkahwinan seorang budak lelaki berusia 15 tahun dengan pasangannya yang berusia 17 tahun. Ada yang menyokong dengan alasan ‘eloklah tak buat maksiat‘. Ada yang membantah dengan alasan ‘muda lagi, sekurang-kurangnya habiskanlah belajar dulu‘. Abang Nara juga pada dasarnya kurang bersetuju dengan perkahwinan terlalu muda sebegini. 15 tahun nak jadi ketua keluarga? Hmmm…
muaz chef wanAda juga alasan yang digunakan seperti ‘ala mak bapak/datuk nenek kita kahwin umur 12 tahun dulu bahagia je sampai akhir hayat‘. Apa pun, Abang Nara tertarik dengan teguran serta pendapat yang dikeluarkan oleh Chef Wan. Amat bernas sekali. Chef Wan punya komentar memang pedas namun itulah realiti. Tulis Chef Wan:-

Sayangnya bukan ke waktu umur begini anak2 muda bertungkus lumus menimba ilmu di sekolah untuk menjamin kan lagi hidup mereka di masa hadapan? The paper say in BH Spore that the boy who is 15 decided bila dapat result examnya dia tak akan sambung belajar lagi.

Isteri 17tahun baru 2 bulan kenal.Apparently both parent mereka setuju pulak tu.Wow i am speechless that there are people who take marriage ni so simple tanpa memikir betapa besar tanggung jawab mereka sebagai parent untuk anak2 mereka.

If our entire nation anak2 muda is allowed to this bayang kan la masa depan negara apa nak jadi.
Lets not even speculate or buruk sangka about their marriage tetapi about both of them getting the right education, getting mature, berkerja, belajar hidup berdikari and finally berpasangan when the time is right.

There always a time for everything. U simply have to learned to be responsible of yourself and then start a family.
At 15 yrs old nak kerja apa tu nak tanggung anak dan isteri? Silap hari kencing tu berselerak lagi!

chef wan

Pasti ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan pendapat Chef Wan ini. Masing-masing ada pendapat sendiri dalam hal ini. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar pasangan suami isteri muda ini akan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Ingatlah kahwin ini bukan mudah lebih-lebih lagi di zaman moden ini. Semoga si suami dapat memimpin isterinya dengan baik. Amin.
muaz chef wanP.S: Jom jumpa Remy Ishak esok (Sabtu 20 Disember)di KL YES Festival di PWTC pada jam 2 petang. Remy Ishak akan berada di booth 4042 sebagai ambasaddor produk Opiel Secret – Platinum Masculine. Saksikan sendiri kegagahan dan kekacakan Remy secara ‘live’. Siap boleh dapat diskaun 50% lagi. Jumpa esok!!!

JAKIM & Halal Haram Di Malaysia

Posted: 19 Dec 2014 05:37 AM PST

Abang Nara seringkali tertanya-tanya bagaimana status halal untuk sesuatu produk itu dikeluarkan oleh JAKIM. Cara pemeriksaan, berapa lama masa yang diambil, kriteria yang perlu dipatuhi dan macam-macam lagi persoalan yang bermain di minda Abang Nara. Tugas JAKIM bukan mudah sebab kalau salah bagi status halal, ia bakal memberikan kesan kepada jutaan rakyat beragama Islam di Malaysia.

Jadi hari itu bila berpeluang menghadiri sesi penerangan JAKIM tentang isu halal haram dan prosuder pengeluaran sijil halal mereka, memang seronok rasanya. Banyak fakta-fakta menarik yang Abang Nara perolehi. Antaranya proses mengeluarkan sijil haling paling minimum akan mengambil masa 30 hari. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa lama sangat kan? Sebab memang banyak step-step yang perlu dilakukan oleh JAKIM. Bukan sekadar periksa bahan kandungan yang digunakan sahaja.
jakim halalSelain memeriksa dengan teliti bahan kandungan yang digunakan, JAKIM juga akan memeriksa mesin pembuatan produk tersebut, jenis bungkusan yang digunakan, bahan-bahan campuran kimia dan macam-macam lagilah semuanya akan turut sama dikaji. Kiranya sampai ke akar umbi akan diperiksa oleh JAKIM. Kita kalau dengar nampak macam mudah je kan kerja JAKIM? Sebenarnya ia memerlukan ketelitian yang amat kerana halal haram di Malaysia ini merupakan satu amanah buat mereka. Tak boleh main-main.

Contoh yang paling mudah ialah kes coklat Cadbury yang didakwa mempunyai DNA babi baru-baru ini. Bila ada isu sebegini, perkara pertama yang akan dilakukan oleh JAKIM ialah menggantung sijil halal Cadbury. Selepas itu pegawai penyiasat JAKIM akan terus pergi membuat siasatan di kilang. Terus check satu demi satu termasuklah bahan-bahan dan mesin-mesin yang digunakan. Bukannya satu dua mesin yang ada kat kilang Cadbury nie, berpuluh-puluh tau. Itu yang ambil masa lama sikit untuk JAKIM mengesahkan status halal Cadbury.
jakimRasanya semua orang pun dah tahu yang selepas pemeriksaan dengan teliti JAKIM dah pun sahkan coklat Cadbury adalah halal. Tak ada DNA babi dan sebagainya. Untuk pengetahuan, JAKIM turut bekerjasama dengan Jabatan Kimia Malaysia untuk menguji produk Cadbury. Tengok tue betapa seriusnya pihak JAKIM menangani isu halal haram ini. Abang Nara yakin selepas ini anda tidak akan lagi was-was untuk menikmati coklat Cadbury kegemaran ramai ini.

Apa pun, kalau rasa ada produk yang was-was mengenai status halal haramnya, boleh check mengenainya di laman web halal JAKIM. Kalau JAKIM dah kata halal, tak perlulah nak timbulkan keraguan dalam diri sendiri sampai rasa was-was. Telan je lah. Kita selaku rakyat Islam Malaysia kena ada kepercayaan kepada institusi seperti JAKIM ini. Mereka dah jalankan tugas mereka. Dah tak perlu untuk kita pergi buat kajian sendiri. Kang tak pasal-pasal terbakar rumah plak. Hehehe.
jakim halalSelamat menjamu selera.

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Tokoh Srikandi Negara

Posted: 18 Dec 2014 11:34 PM PST

Tahniah diucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza yang telah menerima anugerah Tokoh Srikandi Negara. Anugerah tersebut telah pun disampaikan oleh isteri Perdana Menteri sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor. Pencapaian Siti Nurhaliza yang bukan sahaja merangkumi bidang muzik malah perniagaan melayakkan beliau menerima anugerah berprestij ini.

siti anugerah tokoh srikandi negar

Selain Siti Nurhaliza, turut menerima anugerah ini ialah Datuk Dr Maznah Hamid, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, Tun Dr Siti Hasmah dan Tan Sri Norma Yaacob. Kesemuanya hebat-hebat dan telah berjaya dalam bidang masing-masing. Sesungguhnya pengiktirafan yang diberikan kepada Datuk Siti ini amat membawa makna kepada penggiat industri seni tanah air.

siti anugerah tokoh srikandi negar

Tahniah diucapkan kepada kesemua penerima anugerah terutamanya Datuk Siti Nurhaliza. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada beliau untuk terus berusaha keras. Tahniah!!!

Yuna Pilih Najwa Mahiaddin Untuk Nyanyikan Lagu ‘Lelaki’ Di AJL29

Posted: 18 Dec 2014 10:37 PM PST

Akhirnya teka-teki siapa yang bakal menggantikan tempat Yuna menyanyikan lagu ‘Lelaki’ di AJL29 sudah terjawab. Sebelum ini antara nama-nama yang disebut ialah Fynn Jamal, Najwa Latif dan juga Elizabeth Tan. Sidang media untuk pengesahan bakal diadakan pada hari Ahad kelak, tetapi menurut portal Murai, Najwa Mahiaddin telah dipilih sendiri oleh Yuna untuk menyanyikan lagu Lelaki.

yuna lelaki

Perkara ini telah disahkan oleh publicist Najwa Mahiaddin iaitu JoePRCINternational selepas pengumuman mengenai berita ini dikeluarkan di radio HotFM. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tetapi Najwa Mahiaddin mempunyai suara yang agak unik dan mereka berdua pernah bergabung menjayakan sebuah konsert. Baru-baru ini Najwa telah pun bertunang dengan Idris Koh, pemuzik yang sering mengiringnya.

najwa mahiaddin

Apa pendapat anda? Adakah Najwa Mahiaddin pilihan yang tepat untuk menyanyikan lagu ini? Adakah Najwa mampu memberikan persembahan sehebat Yuna? Atau mungkin anda ada pilihan yang lebih hebat? Kongsikan di ruangan komen.
kursuP.S: Olives Academy adalah pusat latihan Aviation dan Hospitality. Kami ada menyediakan latihan yang berkaitan dengan penerbangan dan hospitality. Kami juga ada menyediakan tempat praktikal kepada pelajar-pelajar kami. Subjek tertaluk kepada syarat-syarat. Senang cerita banyak benda menarik yang boleh dipelajari dengan kami. Telefon 014-8392021 atau 03-7887 7021 untuk maklumat lanjut.

Ayda Jebat Hormati Permintaan Izzue Islam Tidak Mahu Bersentuhan

Posted: 18 Dec 2014 07:31 PM PST

Ayda Jebat merupakan isteri kepada Izzue Islam di dalam drama  Suami Sebelah Rumah. Selalunya kalau watak suami isteri dalam drama-drama sebelum ini, adegan berpelukan, berpegangan tangan, berbaring di atas katil dan sebagainya adalah satu norma. Namun oleh kerana syarat Izzue Islam yang tidak mahu melakukan sebarang adegan bersentuhan dengan pelakon wanita, babak-babak tersebut tidak boleh dilakonkan.

ayda jebat

Ayda Jebat melahirkan rasa hormatnya terhadap permintaan Izzue Islam dan menganggap syarat yang diletakkan adalah sebagai satu cabaran buat dirinya. Kata Ayda:-

Awalnya saya rasa terbatas apabila Izzue beritahu babak romantik yang dia tidak boleh lakukan misalnya di atas katil. Namun, apabila saya fikirkan semula, jika dia tidak sanggup, saya pun tidak sanggup. Lagipun ada baiknya sebab dia sudah berkahwin dan saya menghormati permintaan dia.

Saya juga terfikir apabila nanti saya sudah kahwin dan masih berlakon, kalau ada perkara yang saya tidak boleh buat, saya harap orang lain juga akan menghormatinya.

Walaupun kami tidak boleh tunjukkan romantik dengan cara bersentuhan atau berpeluk tetapi Izzue ada juga memberi cadangan untuk aksi romantik dan intim itu divisualkan dengan cara lain dan kami juga berbincang dengan pengarah.

Selain itu, cara percakapan dan pandangan mata sudah boleh menggambarkan hubungan romantik tanpa kami perlu berpegangan tangan.

izzue islam

Abang Nara dapat rasakan syarat yang diletakkan oleh Izzue Islam ini bakal merevolusikan dunia hiburan tanah air. Sebelum ini tak ada lagi mana-mana pelakon yang dengan terbukanya mengemukakan syarat sebegini. Sekurang-kurangnya ia akan melatih minda pengarah untuk berfikir di luar kotak. Tak adalah asal nak romantik je kena peluk dan pegang tangan. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber MalaysianDigest.

P.S: Lelaki buat pembedahan tiru Kim Kardashian

Pelawak Bukan Perampas Rezeki Orang – Nabil & AC Mizal

Posted: 18 Dec 2014 06:47 PM PST

Nabil Ahmad dan AC Mizal merupakan pengacara yang semakin diminati sejak kebelakangan ini. Nabil dengan program MeLETOP sementara AC Mizal dengan program seperti Maharaja Lawak Mega serta Sembang Teh Tarik. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan sering berlawak untuk menggamatkan lagi suasana. Susulan kontroversi kenyataan Awal Ashaari mengenai nasib pengacara serius, Nabil dan AC Mizal tampil memberi pandangan mengenai isu ini.

ac mizal

Abang Nara tertarik dengan kata-kata yang diluahkan oleh Nabil. Memang bijak sungguh kenyataan yang dikeluarkan. Kata Nabil:-

Golongan pelawak bukannya merampas rezeki orang kerana rezeki itu diberikan oleh Allah. Saya bersyukur kerana golongan pelawak telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi selain membuat orang ketawa sahaja. Harus diingat tugas pelawak bukan mudah.

Permintaan terhadap pengacara majlis cukup tinggi. Bayangkan, kadangkala saya terpaksa tolak tawaran kepada orang lain. Jadi, golongan pelawak bukanlah penutup periuk nasi golongan pengacara serius. Jika tidak mahu rasa ketinggalan, pengacara serius harus belajar membuat lawak.

Jangan mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kelemahan diri sendiri. Contoh pengacara serius yang berjaya, Datuk Mahadzir Lokman, beliau kekal bertahan walaupun beratus pengacara baharu yang muncul kerana beliau boleh bertutur banyak bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris.

Jika mahu jadi sepertinya, harus ada peningkatan dalam diri selain hanya tahu bercakap sahaja. Kami pelawak tidak terjejas dengan kenyataan dikeluarkan pengacara tersebut.

AC Mizal juga mengeluarkan pendapat yang agak bernas mengenai isu ini. Kata AC:-

Saya bukan pelawak tetapi saya pengacara yang sering membuat lawak apabila mengendalikan sesebuah program turut terasa tempias kenyataan tersebut. Tidak wajar untuk kita mempertikaikan rezeki orang lain. Ya, saya mengaku sekarang trend pelawak menjadi pengacara kerana itu kehendak pasaran semasa.

Pelawak yang tiada asas menjadi pengacara harus belajar bagaimana untuk mengendalikan sebuah majlis. Begitu juga dengan saya, untuk menghiburkan penonton, selain menjalankan tugas hakiki sebagai pengacara supaya majlis berjalan lancar, saya juga berlawak sekali-sekala supaya penonton tidak bosan dan tertarik dengan cara penyampaian saya.

Saya sudah berusia 42 tahun tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, bukan saya suka-suka tetapi itulah kehendak penonton program yang saya kendalikan. Saya bagi contoh, jika trend tahun depan meminta pengacara menangis sambil bercakap, saya akan menangis (ketawa).

ac mizal

Apa pun Abang Nara rasa kenyataan yang dikeluarkan oleh AC Mizal dan Nabil Ahmad ini adalah sebelum Awal Ashaari mengeluarkan penjelasan lanjut mengenai kontroversi ini. Rasanya selepas ini tak perlulah kita berbicara mengenai isu ini. Rezeki masing-masing. Bak kata Nabil, kerja sebagai pengacara memang banyak. Nak tak nak je kita ambil. So jangan gaduh-gaduh. Berusaha lebih keras. Insya Allah pasti akan berjaya. Amin. Sumber Kosmo.

P.S: Lelaki enggan lepaskan pelukan terhadap mayat isteri

Farah Asyikin Failkan Penceraian Selepas Hampir 2 Tahun Berkahwin

Posted: 18 Dec 2014 06:15 PM PST

Februari 2013 adalah hari bahagia buat Farah Asyikin apabila mendirikan rumahtangga buat kali kedua dengan Zahier Stanley, seorang pemuda yang berasal dari Cape Town, Afrika Selatan. Sayangnya perkahwinan bekas peserta One In A Million ini nampaknya tidak bertahan lama apabila nama mereka berdua dipaparkan di papan permohonan cerai Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

farah asyikin cerai

Menerusi perkahwinan ini, Farah dan Zahier telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Kes penceraian ini telah ditangguhkan pada 20 Januari akibat ketidakhadiran pasangan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka.




@



Teguran Chef Wan Tentang Budak Kahwin Di Usia 15 Tahun Ini Wajib Dibaca