Anak Jins Shamsuddin Nafi Bapa Sudah Uzur |
- Anak Jins Shamsuddin Nafi Bapa Sudah Uzur
- Mamat Gelap Mata Kerana Duit Selepas Gegar Vaganza
- (37 GAMBAR)Sekitar Majlis Persandingan Eina Azman & Kaiser Gurmeet
- Mentor Legend: Tuah & Aina Diserap Balik Ke Pentas Separuh Akhir
- 4 Foto: Salma Mentor Dan Azri AF9 Selamat Bernikah
| Anak Jins Shamsuddin Nafi Bapa Sudah Uzur Posted: 02 Feb 2015 12:11 AM PST Minggu lepas, beberapa laman blog di Malaysia telah mendedahkan foto terkini Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin yang kelihatan begitu uzur dan kurus selepas menghidap penyakit Alzheimer selama empat tahun. Pendedahan foto tersebut membuatkan orang ramai tertanya-tanya akan status kesihatan seniman tersebut dan menjadi bualan hangat di media sosial. Menyedari bahawa perkara tersebut sudah menjadi viral, anak kepada Tan Sri Jins Shamsuddin telah tampil memberikan penjelasan disebalik spekulasi yang timbul. Anaknya Putera Hang Jebat berkata, bapa beliau tidak mempunyai sebarang penyakit lain selain Alzheimer dan kini dijaga dengan baik oleh isterinya Puan Sri Halijah Abdullah di kediaman mereka di Hulu Kelang, Selangor.
Khabarnya, Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi bakal menziarahi Tan Sri Jins Shamsuddin hari ini bagi mengetahui perkembangan terkini seniman lagenda tersebut. Tan Sri Jins Shamsuddin merupakah salah satu seniman yang mempunyai pencapaian yang tinggi termasuk dalam peringkat PHD. Filem lakonan beliau seperti Pancha Delima dan Bukit Kepong masih lagi di ingati ramai. Sama-sama kita doakan agar beliau berada dalam keadaan sihat. |
| Mamat Gelap Mata Kerana Duit Selepas Gegar Vaganza Posted: 01 Feb 2015 11:25 PM PST Satu ketika dahulu, nama Mamat dan kumpulan Exists memang tidak boleh dipisahkan. Lagu “Untukmu Ibu” nyanyian Mamat memang menusuk jiwa. Namun selepas satu persatu masalah yang menimpa Mamat, nama penyanyi itu makin pudar. Kata orang, kalau dah rezeki tak ke mana. Nama Mamat kembali disebut-sebut apabila mendapat tempat ketiga di dalam program Gegar Vaganza baru-baru ini. Pasti ramai yang terfikir inilah masa yang paling sesuai untuk Mamat kembali menyinar. Namun sayangnya, empunya badan kini hilang entah ke mana. Antara kisah hitam yang pernah menghantui Mamat ialah kes dadah, kehilangan isteri tercinta kerana kesilapan diri dan beberapa lagi kes yang pernah menggemparkan dunia hiburan satu ketika dahulu. Tidak memikirkan itu semua, komposer merangkap pengurus artis yang bernama Mie Kuarters telah menyelamatkan Mamat dan berusaha keras menaikkan namanya semula. Kemenangan Mamat di Gegar Vaganza adalah salah satu usaha daripada Mie Kuarters. Namun menurut Mie, selepas kejayaan tersebut, Mamat hilang entah ke mana. Kata Mie:-
Sedih juga membaca keluhan Mie Kuarters ini. Iyerlah, penat kita berusaha nak pulihkan seseorang, tengok-tengok ini balasannya. Kalau tahu dari awal jadi begini, memang confirm buat tak tahu je. Apa pun diharap Mamat tidak menggunakan wang kemenangannya itu untuk kembali melakukan aktiviti lampau. Insaflah. Bukan senang peluang kedua sebegini hadir. Kalau kita taknak berubah, takkanlah orang lain mampu nak ubah diri kita. Tak gitu? Sumber Berita Harian. |
| (37 GAMBAR)Sekitar Majlis Persandingan Eina Azman & Kaiser Gurmeet Posted: 01 Feb 2015 11:07 PM PST Majlis pernikahan Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah pun berlangsung pada 31 Ogos 2014 yang lalu. Namun, majlis resepsi mereka berdua telah dilangsungkan semalam, kira-kira 6 bulan selepas bergelar suami isteri. Walaupun boleh dikatakan agak terlewat, kemeriahan majlis persandingan yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur tetap jelas terserlah. Eina dan suami memang sama cantik dan sama padan. Antara rakan-rakan selebriti yang telah hadir ialah Fasha Sandha, Erin Malek, Zizan Razak, Emma Maembong dan ramai lagi. Jutaan tahniah diucapkan kepada Eina dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet atas majlis yang gilang gemilang. Semoga ia menjadi kenangan terindah buat anda berdua. Lagi 35 gambar sekitar majlis persandingan pasangan merpati 2 sejoli ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi.
|
| Mentor Legend: Tuah & Aina Diserap Balik Ke Pentas Separuh Akhir Posted: 01 Feb 2015 08:25 PM PST Macam Akademi Fantasia. Hehehe. Terkejut juga apabila Mentor Legend semalam ada penyerapan semula berlaku. Seumpama kejutan yang sering berlaku di Akademi Fantasia. Namun ini adalah berita baik buat Aina dan Tuah kerana kini mereka berdua akan kembali berentap untuk separuh akhir Mentor Legend. Kedua-duanya telah pun diserapkan kembali. Kemungkinan besar kejutan ini dilakukan selepas banyak pihak tidak puas hati dengan penyingkiran Tuah minggu lalu. Menariknya, kredibiliti para juri minggu ini mula dipertikaikan oleh para penonton Mentor Legend. Ramai yang tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan para juri. Seperti ada berat sebelah. Luahan rasa tidak puas hati ini banyak disuarakan di Facebook TV3Malaysia. Malah ada yang menyarankan agar juri ditukar. Fuh~~ Sampai ke tahap itu. Diharap juri sentiasa mengamalkan sikap profesional dan tidak mempunyai sikap pilih kasih ketika memberi markah. Walaupun pengalaman dan ilmu para penonton tidaklah sehebat para juri, namun mereka tidaklah pekak telinga. Sekurang-kurangnya masih boleh bezakan yang mana sedap didengar dan yang mana suara pecah. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? |
| 4 Foto: Salma Mentor Dan Azri AF9 Selamat Bernikah Posted: 01 Feb 2015 07:39 PM PST Juara program Mentor 5 iaitu Salma telah sah bergelar isteri kepada Azri AF9 di Masjid Al Kautsar, Tawau, Sabah pada tanggal 31 Januari lepas. Jelas Salma beliau bersyukur majlis perkahwinan berjalan dengan lancar meskipun tidak membuat persiapan rapi.
Ini merupakan perkahwinan yang pertama buat Azri dan kedua buat Salma. Sebelum ini Salma pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
|
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |
@
