Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014, Sepahtu Di Tempat Kedua |
- Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014, Sepahtu Di Tempat Kedua
- Zarema Zainal, Isteri Aidil Zafuan Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
- Sah Dilantik Pengacara Muzik-Muzik, Fafau Masih Tiada Teman Istimewa
- Too Phat Tidak Akan Terjadi – Joe Flizzow
- Maharaja Lawak Mega 2014, Siapa Bakal Bergelar Juara?
- Majlis Perkahwinan Yana Samsudin & Fadzil Zahari Ditaja 90%
- Kisah Hidup Kumpulan Zero Ini Boleh Jadi Inspirasi Buat Kita Semua
- (12 GAMBAR)Hairul Azreen & Hanis Zalikha Di Kota London & Paris
- Saya & Zizan Terperangkap Dalam Permainan Para Peminat Fanatik – Nur Fazura
| Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014, Sepahtu Di Tempat Kedua Posted: 06 Feb 2015 08:48 AM PST Ternyata undian para peminat Zero begitu hebat malam ini apabila kumpulan dari Sabah ini telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014. Mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 beserta trofi. Di tempat kedua ialah Sepahtu. Jepp dan Shuib membawa pulang RM250,000 dan trofi. Di tempat ketiga ialah Nabil dengan RM125,000, Shiro di tempat keempat dengan RM50,000 dan Bocey di tempat kelima dengan RM15,000. Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Anda telah menghiburkan kesemua penonton selama 13 minggu dengan lawak-lawak anda. Tahniah diucapkan kepada Zero. Daripada peserta ‘hot seat’, kini anda juara MLM2014. Siapa sangka? Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa diduga. Tahniah!!! Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan ini? |
| Zarema Zainal, Isteri Aidil Zafuan Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Posted: 06 Feb 2015 03:49 AM PST Jutaan tahniah diucapkan kepada Zarema Zainal, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan yang telah dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki. Menurut sumber yang boleh dipercayai ini, bayi tersebut telah dilahirkan pada hari Khamis, 5 Februari di Hospital Colombia Klang. Semoga kehadiran orang baru ini akan menceriakan lagi kehidupan Zarema dan Aidil. Sama-sama kita nantikan pengesahan berita gembira ini daripada empunya badan. Sumber Twitter @cuitsikit |
| Sah Dilantik Pengacara Muzik-Muzik, Fafau Masih Tiada Teman Istimewa Posted: 05 Feb 2015 11:02 PM PST Tahniah diucapkan kepada Fara Fauzana kerana dilantik menjadi pengacara Muzik-Muzik musim baru bergandingan dengan AG. Mereka berdua satu gandingan yang sesuai kerana masing-masing dah mengenali perangai masing-masing kerana bekerjasama di stesen radio Hot FM. Apa pun, usia Fafau kini sudah pun menjangkau 35 tahun. Cepat sungguh masa berlalu kan? Namun sehingga ke hari ini, Fafau masih tiada teman lelaki yang istimewa. Abang Nara bolehlah katakan yang Fara Fauzana sudah berada di tahap redha dan menerima apa sahaja suratan takdirnya. Kalau tak kahwin, boleh jaga mak ayah. Itu satu niat yang amat suci dan murni. Mungkin ada hikmahnya. Kata Fafau:-
|
| Too Phat Tidak Akan Terjadi – Joe Flizzow Posted: 05 Feb 2015 10:50 PM PST Selepas kemenangan lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone, kebangkitan kembali lagu-lagu bergenrekan rap mula diperkatakan. Ramai yang teruja apabila akaun sosial palsu Malique Ibrahim menjawab ‘khabar baik bro‘, membayangkan seolah-olah ada harapan untuk kumpulan rap terkemuka, Too Phat untuk wujud semula. Untuk adik-adik yang baru lahir, Too Phat adalah kumpulan rap yang menaikkan nama Malique dan Joe Flizzow. Lagu-lagu mereka memang power dan kebabom.
Rasanya mungkin Malique lebih selesa bergerak di belakang tabir berbanding muncul kembali di khalayak ramai menyanyi semula. Apa pun, sehingga ke hari ini Abang Nara masih ternanti-nanti buah tangan terbaru Malique. Dah lama rasanya tak ada lagu baru. Diharap Malique dapat muncul dengan lagu baru untuk mengubati rindu para peminat. Lirik lagu anda memang mantap dan penuh makna!!! Sumber ManggaOnline. |
| Maharaja Lawak Mega 2014, Siapa Bakal Bergelar Juara? Posted: 05 Feb 2015 07:33 PM PST Akhirnya selepas hampir 3 bulan bertarung, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 bakal diketahui malam ini. 5 peserta yang akan bertarung ialah Nabil, Shiro, Sepahtu, Zero dan Bocey. Fuh~~ Semuanya hebat-hebat belaka. Sukar sungguh untuk memilih peserta mana yang layak bergelar juara. Prestasi yang ditunjukkan oleh kelima-lima mereka amat konsisten sepanjang Maharaja Lawak Mega 2014. 1. Nabil 2. Bocey Siapakah pilihan anda untuk bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2014? Tak sabar rasanya menanti persembahan kesemua peserta malam ini. Sama-samalah kita nantikan. |
| Majlis Perkahwinan Yana Samsudin & Fadzil Zahari Ditaja 90% Posted: 05 Feb 2015 07:19 PM PST Alhamdulillah. Murah rezeki bakal pengantin baru Yana Samsudin dan Fadzil Zahari ini. Bakal bergelar suami isteri pada 13 Februari ini, majlis perkahwinan mereka menerima tajaan sehingga 90%. Yana hanya mengeluarkan wang sendiri untuk belanja makanan buat para tetamu yang akan hadir. Memang jimat banyak sangat. Wang yang dijimatkan bolehlah diguna untuk menempuhi kehidupan selepas berkahwin. Bagi Abang Nara, kalau orang nak taja, kita terima je lah. Bukan senang nak dapat tajaan. Selagi boleh jimat, kita jimat. Tak gitu? Kata Yana:-
Semoga segalanya berjalan lancar buat Yana dan Fadzil. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum tarikh pernikahan mereka. Sama-samalah kita doakan. Sumber Media Hiburan. |
| Kisah Hidup Kumpulan Zero Ini Boleh Jadi Inspirasi Buat Kita Semua Posted: 05 Feb 2015 06:22 PM PST Tiada siapa menyangka yang kumpulan Zero bakal beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 malam ini. Kumpulan 3 adik beradik berasal dari Sabah ini mengejutkan semua orang dengan prestasi memberangsangkan sepanjang program realiti ini. Pepatah ‘from zero to hero’ memang sesuai untuk mereka semua. Menang atau kalah malam ini, kumpulan Zero telah memberikan harapan kepada semua rakyat Malaysia. Jika anda berbakat dan berusaha bersungguh-sungguh, pasti jalan kejayaan akan muncul jua. Mensasarkan gelaran juara malam ini, Abang Nara terharu membaca permulaan perjalanan seni kumpulan Zero. Setelah kematian ayahnya yang cacat penglihatan, mereka mencuba nasib di program realiti Raja Lawak dan berjaya menjadi naib juara. Sebelum itu, mereka 3 beradik bekerja sebagai nelayan yang merupakan pekerjaan suku Bajau. Memang meleleh air mata membaca kisah hidup mereka.
Memang panjang tetapi sangat berbaloi untuk dibaca. Good luck dan all the best untuk kumpulan Zero malam ini. Buat yang terbaik. Doakan semuanya berjalan lancar. Kalau ada rezeki, Insya Allah boleh bergelar juara. Yang penting buat sehabis baik. Abang Nara pasti rakyat Sabah pasti akan mengundi anda malam ini. Sumber Kosmo. |
| (12 GAMBAR)Hairul Azreen & Hanis Zalikha Di Kota London & Paris Posted: 05 Feb 2015 05:21 PM PST Hai romantiknyalah bakal pengantin baru kita ini. Seronok melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka. Seronok juga melihat mereka bercuti di kota London dan Paris sambil ditemani keluarga tercinta. Memang kedua-dua tempat idaman Abang Nara tue. Daripada apa yang Abang Nara lihat di laman sosial Hanis, nampak gaya macam mereka mencari barang untuk dijadikan hantaran. Amboi, amboi,amboi. Memang dah dekat lah tue tarikh. Menariknya juga apabila ada satu ‘pose’ Hairul Azreen berlatarbelakangkan Eiffel Tower dengan sebuah vespa. Ini dah macam gambar pra perkahwinan dah nie. Smart pun smart. Mungkin ada kejutan yang bakal dipaparkan oleh mereka berdua nanti. Sama-samalah kita nantikan. Yang penting memang kelas kalau ambil gambar pra perkahwinan di Paris. Kota romantik tue. Selamat membeli-belah diucapkan kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Balik tolong beli fridge magnet untuk Abang Nara ye. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
| Saya & Zizan Terperangkap Dalam Permainan Para Peminat Fanatik – Nur Fazura Posted: 05 Feb 2015 05:11 PM PST Peminat memang penting dalam jatuh bangun seseorang selebriti. Namun kalau peminat dah sampai tahap fanatik, ia boleh jadi bahaya. Peminat fanatik ini peminat melampau. Sanggup buat apa sahaja untuk selebriti kesayangan. Jadi keyboard warriors, jadi tukang kritik pesaing selebriti, jadi tukang bakar ‘line’ dan macam-macam lagilah. Silap haribulan, selebriti yang tak pernah bergaduh sesama sendiri pun boleh jadi bermasam muka kerana peminat fanatik. Mungkin itu yang terjadi kepada Fazura dan Zizan. Nasib baiklah sebelum keadaan menjadi lebih keruh, Fazura dan Zizan mengambil inisiatif untuk bertemu dan berbincang ‘heart to heart’ tentang apa yang berlaku. Kesimpulan yang dibuat ialah ‘keyboard warriors’, anasir jahat dan peminat fanatik yang membesarkan perkara ini. Antara mereka berdua, tiada sebarang masalah. Terang Fazura panjang lebar.
Fuh~~ Memang panjang lebar sungguh penjelasan Fazura. Menarik juga membacanya. Abang Nara salute dengan inisiatif perjumpaan yang dilakukan oleh mereka berdua. Kalau dibiarkan berlarutan, memang boleh jadi makin parah. Iyerlah, kedua-duanya mempunyai fanbase yang besar. Kedua-duanya ada peminat fanatik. Kang tak pasal-pasal mereka bertelegah sesama sendiri. Diharap dengan penjelasan ini, kita boleh tutup cerita Fazura dan Zizan serta ‘move on’ dengan kehidupan. Sumber portal Murai. |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |
@
