Zizan Razak Nafi Tujukan Kata-Kata Di Instagram Kepada Fazura |
- Zizan Razak Nafi Tujukan Kata-Kata Di Instagram Kepada Fazura
- Syaiful Zero Bakal Kahwin Selepas Tamat MLM2014
- Saya & Fazura Hanya Teman Biasa – Taufik Batisah
- Penjelasan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Ini Pasti Akan Buat Terharu Selaku Penganut Agama Islam
- Eina Azman Didakwa Cuba Musnahkan Hubungan Adik Beradik Suaminya
- Nurul Wahab Dikritik ‘Mat Saleh Celup’ Kerana Namakan Anak Raphael
- Luluh Hati Saya Baca Baca Status Aleeya – Awie
- Jackie Chan Dapat Gelaran Datuk Kerana Police Story 3
- (25 GAMBAR)Majlis Resepsi Jue Aziz & Bayu Daniels
| Zizan Razak Nafi Tujukan Kata-Kata Di Instagram Kepada Fazura Posted: 04 Feb 2015 05:04 AM PST Apabila Nur Fazura mengumumkan nama Virus sebagai kumpulan yang terkeluar minggu lalu daripada cabaran MLM2014, ribuan para peminat Virus membanjiri akaun Instagram pelakon tersebut dan meletakkan penyingkiran itu sebagai kesalahannya. Sedih juga jadi Fazura. Jalankan tugas sebagai juri pun kena bahan oleh para peminat. Memang ada sesetengah peminat yang agak taksub dengan selebriti sehingga apa yang dibuat walaupun tak best, tetap nampak super duper best. Namun Zizan telah mengubah kapsyen di gambarnya bersama Johan dan menafikan ia ditujukan kepada Fazura. Menurut Zizan, ia hanyalah satu rap. Terang Zizan:- Diharap para peminat dan pemerhati di luar sana tidaklah menyangkut pautkan lagi setiap perbuatan Zizan dengan Fazura dan begitu juga sebaliknya. Kesian kepada mereka berdua. Nanti nak muatnaik apa-apa pun kena fikir 5,6 kali. Takut-takut tersalah anggap sedangkan realitinya tak ada kaitan pun. Cukup-cukuplah menyalahkan Fazura atas penyingkiran Virus. Memang sudah tertulis bukan rezeki mereka. Tak gitu? |
| Syaiful Zero Bakal Kahwin Selepas Tamat MLM2014 Posted: 04 Feb 2015 04:47 AM PST Kumpulan Zero adalah kumpulan ‘underdog’ yang cukup menyinar di Maharaja Lawak Mega 2014. Tiada siapa yang menyangka kemunculan kumpulan adik beradik dari Sabah untuk MLM kali ini mampu memberikan saingan sengit kepada kumpulan-kumpulan otai lain. Tak salah untuk Abang Nara katakan salah satu punca kelawakan kumpulan mereka ialah Syaiful, abang sulung dalam kumpulan ini yang sering menjadi bahan kutukan di dalam persembahan mereka. yg baju pink tue Syaiful Walaupun wajahnya sering menjadi ‘bahan lawak’, jangan disangka tiada awek yang jatuh cinta dengan Syaiful Zero ini. Pelawak itu telah memaklumkan yang dia bakal menamatkan zaman bujang selepas tamatnya MLM2014 kelak. Kata Syaiful:-
Orang kata orang nak berkahwin ini rezekinya murah. Mana tahu Zero akan dapat menggondol gelaran juara untuk MLM2014 kali ini? Semuanya mungkin lebih-lebih lagi dengan sokongan rakyat Sabah. Apa pun, tahniah diucapkan buat Syaiful. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. |
| Saya & Fazura Hanya Teman Biasa – Taufik Batisah Posted: 03 Feb 2015 11:47 PM PST Taufik Batisah dan Nur Fazura sekali pandang memang nampak macam pasangan kekasih. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Mereka berdua duduk sebelah-menyebelah ketika menjadi juri MLM2014. Memang nampak sepadan dan sesuai sangat lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya berborak tanpa disedari perbuatan mereka sedang dirakam. Terasa macam lihat pasangan bercinta secara senyap-senyap je. Setiap minggu pun Taufik dan Fazura pun seringkali ‘selfie’ bersama untuk tatapan para peminat mereka. Abang Nara yakin ramai peminat di luar sana yang berharap mereka berdua bakal disatukan di bawah ikatan percintaan. Sebelum ini ada timbul gosip mereka berdua dah bertunang namun ternyata ia adalah palsu. Malah Taufik Batisah juga telah tampil dan memaklumkan hubungannya dengan Fazura sekadar kawan biasa. Malah penyanyi dari Singapura ini sedang dalam fasa mengenali seseorang. Kata Taufik:-
Pasti ramai yang kecewa kerana hasrat mereka untuk melihat Taufik dan Fazura bercinta tidak kesampaian. Jangan risau. Orang kata kalau ada jodoh tak ke mana. Mana tahu lepas habis MLM2014 nanti hubungan mereka akan jadi lebih daripada kawan biasa. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Sumber Kosmo. |
| Penjelasan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Ini Pasti Akan Buat Terharu Selaku Penganut Agama Islam Posted: 03 Feb 2015 11:26 PM PST Susulan dakwaan Eina Azman bertanggungjawab memecah belahkan hubungan kekeluargaan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet (Datuk Gmix) dan adik beradiknya, ahli perniagaan ini telah tampil memberikan penjelasan yang cukup membuatkan Abang Nara terharu selaku seorang yang beragama Islam. Eina Azman tiada kaitan langsung dengan apa yang terjadi, sebaliknya sikap 2 orang adik beradiknya tersebut yang menyebabkan Datuk Gmix tidak mengundang mereka ke majlis resepsi yang telah berlangsung baru-baru ini. Berikut ialah penjelasan Datuk Gmix yang dimuatnaik menerusi komen di Instagram: Ini adalah versi alihbahasa secara mudah:-
Sesungguhnya ini adalah ujian yang besar buat Datuk Gmix dan keluarga. Apabila memeluk agama Islam memang sentiasa ada cabaran. Namun Abang Nara pasti kematangan Datuk Gmix mengendali hal ini tidak akan menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka. Umpama menarik rambut dalam tepung, tepung tak selerak, rambut tak putus. Sama-sama kita doakan. |
| Eina Azman Didakwa Cuba Musnahkan Hubungan Adik Beradik Suaminya Posted: 03 Feb 2015 09:07 PM PST Di sebalik majlis resepsi gilang-gemilang Datin Paduka Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet, rupa-rupanya ada kontroversi yang sedang bertebaran di laman sosial. Seorang wanita, yang mendakwa dirinya adik kepada Kaiser Gurmeet memaklumkan dirinya tidak mendapat jemputan untuk majlis tersebut, sekaligus menyatakan yang Eina Azman cuba memutuskan hubungan adik beradik antara dirinya dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet. Malah agishwagill turut memuatkan beberapa keping gambar di akaun Instagramnya untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan Eina Azman. agishwagill juga memohon Eina agar tampil dengan bukti perbuatannya.
Dakwaan sebegini memang berat dan menjatuhkan maruah mereka yang terlibat. Pastinya Eina dan suami lebih mengetahui apa yang terjadi. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada mereka. Terima kasih kepada pembaca BeautifulNara yang berkongsi informasi ini. |
| Nurul Wahab Dikritik ‘Mat Saleh Celup’ Kerana Namakan Anak Raphael Posted: 03 Feb 2015 08:48 PM PST Maafkan Abang Nara kerana tergelak. Dah lama tak dengar perkataan ‘Mat Saleh Celup’. Rasa geli ulu hati membacanya. Secara jujur, kesian juga dengan nasib yang menimpa Nurul Wahab apabila nama anak terbarunya, Raphael menjadi topik perbualan ramai. Ramai yang menganggap Nurul perasan nak jadi omputih dan menggelar penyanyi itu sebagai ‘Mat Saleh Celop’ semata-mata kerana menamakan anaknya dengan nama Raphael. Setahu Abang Nara, nama Raphael adalah nama salah seorang malaikat. Bukannya nama omputih di England, Spain atau pun Venezuela. Mungkin ejaannya yang agak berbeza dan nampak agak ke’orang’ putihan. Namun itu semua tak ada masalah asalkan makna nama tersebut baik. Biasalah bab-bab nama anak ini memang topik hangat di kalangan orang Melayu. Bagi Abang Nara selagi senang menyebut, tak berapa panjang dan membawa makna yang elok, itupun dah cukup bagus. Kata Nurul:-
Untuk makluman, menurut Nurul, nama Raphael diambil daripada bahasa Hebrew yang bermaksud Israfil iaitu malaikat peniup sangkakala ketika tibanya hari kiamat. Selain itu, Raphael juga bermaksud penyembuh. Dah cantik dah maknanya tue kan? Entah kenapa masih ada yang dengki. Agak pelik dengan orang kita ini. Nama anak sendiri letak macam nama pelakon Sepanyol sampai tak penuh kad pengenalan, lepas tue boleh pulak kutuk nama anak orang lain. Ish,ish,ish. Sumber Utusan. |
| Luluh Hati Saya Baca Baca Status Aleeya – Awie Posted: 03 Feb 2015 06:00 PM PST Hati ayah mana yang tidak terharu apabila anak sendiri tampil mempertahankan dirinya dengan menepis tohmahan dan fitnah daripada ibu tiri sendiri. Buat anda yang tidak tahu, baru-baru ini anak sulung Awie hasil perkahwinannya dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha telah memuatnaik status yang mem’backup’ ayahnya dan mendakwa segala kata-kata Rozana Misbun adalah palsu semata-mata. Kata orang, kanak-kanak tak pandai menipu. Apa yang ditulisnya, itulah kenyataan. Awie jelas terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya yang berusia 15 tahun itu. Kalau ada yang terfikir Awie sengaja menyuruhnya anaknya berbuat demikian, sila padamkan fikiran anda itu. Awie tak pernah sekali pun menyuruh/memaksa anaknya membuat kenyataan sebegitu. Ia lahir dari hati Aleeya sendiri. Kata Awie:-
Sebenarnya sedih juga dengan kemelut yang sedang melanda keluarga Awie ini. Habis semua cerita dalam kelambu terbuka. Lagi sedih apabila anak-anak yang masih kecil turut masuk campur. Sukar nak cakap siapa betul siapa salah. Cuma Abang Nara berharap segala permasalahan mereka dapat diselesaikan secepat mungkin. Kalau berlarutan, makin banyak pekung yang terbuka. Siapa yang malu? Awie dan keluarga mereka juga. Sumber portal Murai. |
| Jackie Chan Dapat Gelaran Datuk Kerana Police Story 3 Posted: 03 Feb 2015 05:00 PM PST Penganugerahan gelaran Datuk kepada superstar Jackie Chan sempena Hari Wilayah baru-baru ini telah menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Ada yang mempertikaikan sumbangan pelakon ini kepada Malaysia. Ia adalah satu persoalan yang wajar. Malah Afdlin Shauki juga tampil mempersoalkan perkara yang sama. Kalau tak silap Abang Nara, ketika Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk daripada kerajaan Melaka pun ramai yang tidak berpuas hati. Mahu menghilangkan kekeliruan orang ramai tentang penganugerahan ini, Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor menjelaskan pemberian gelaran Datuk kepada Jackie Chan ini adalah kerana filem Police Story 3 yang dirakamkan di Malaysia pada tahun 1992. Selain itu status Jackie selaku seorang superstar juga turut sama melayakkan dirinya menerima anugerah tersebut. Tulis Ku Nan menerusi Twitternya. Bagi Abang Nara, tak ada masalah nak bagi gelaran sebegini kepada Jackie Chan. Sekurang-kurangnya bila balik ke Hollywood dan Hong Kong, bolehlah beliau mempromosikan Malaysia. Abang Nara pasti akan ada kerjasama yang bakal dilakukan antara kerajaan Malaysia dan Jackie Chan seiiring dengan penganugerahan ini. Mana tahu akan ada penggambaran filem terbaru beliau di sini kelak. Sama-sama kita nantikan. Apa pun tahniah buat Datuk Jackie Chan. |
| (25 GAMBAR)Majlis Resepsi Jue Aziz & Bayu Daniels Posted: 03 Feb 2015 04:08 PM PST Ketika Jue Aziz mengumumkan dirinya telah pun bergelar isteri kepada Bayu Daniels, ribuan peminat pelakon ini melahirkan rasa terkejut mereka. Abang Nara pun terkejut jugak. Namun yang pasti ramai turut tumpang gembira kerana akhirnya Jue Aziz menemui kebahagiaan yang dicari. Setelah hampir setahun bergelar suami isteri, hujung minggu lalu majlis resepsi pasangan suami isteri ini telah pun berlangsung. Memang kedua-duanya sama cantik sama padan. Abang Nara masa muda-muda dulu memang minat dengan Jue Aziz. Orangnya memang cantik dan sedap mata memandang. Untunglah Bayu Daniels mendapat isteri sejelita ini. Semoga kebahagiaan yang dinikmati oleh Jue Aziz dan Bayu Daniels berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar sekitar majlis resepsi pasangan ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Kredit gambar LensaPhora.
|
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |
@
