(20 FOTO) Sekitar Majlis Aqiqah Anak Fizz Fairuz & Almy Nadia |
- (20 FOTO) Sekitar Majlis Aqiqah Anak Fizz Fairuz & Almy Nadia
- Syarul Ridzwan & Mia Ahmad Hangat Bercinta
- Tasha Shila Akhirnya Dedah Punca Sebenar Putus Cinta
- (2 FOTO) Komposer Ajai Tayang Body Sado
(20 FOTO) Sekitar Majlis Aqiqah Anak Fizz Fairuz & Almy Nadia Posted: 26 Apr 2015 06:59 AM PDT Sekitar petang tadi telah berlangsung majlis aqiqah anak perempuan Fizz Fairuz dan Almy Nadia iaitu Afrina Arianna yang dilahirkan tanggal 16 Februari lalu di Hospital Columbia, Setapak, Kuala Lumpur. Majlis dengan tema warna jambu itu cukup meriah dan disertakan dengan majlis cukur jambul juga aqiqah buat anak angkat Almy Nadia, Nur Afrina Darwisyah. Mari kita lihat foto majlis aqiqah Afrina Arianna dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit foto: Instagram Fizz Fairuz & The Permaisuris
|
Syarul Ridzwan & Mia Ahmad Hangat Bercinta Posted: 26 Apr 2015 03:37 AM PDT Digandingkan didalam siri drama Hati Perempuan, Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad mula memikat hati penonton dengan keserasian dalam lakonan, meskipun pada awal siaran drama tersebut ramai yang menganggap lakonan kedua-duanya agak kaku. Melihat kepada karakter yang cukup romantis dan padan ketika bersama melalui drama itu, peminat mendoakan agar pasangan itu menjalin hubungan cinta dengan serius di alam realiti. Rupa-rupanya, Syarul dan Mia sememangnya sedang berpacaran dan hubungan itu masih berada di peringkat awal dan belum diketahui umum. Kemesraan mereka jelas terpancar apabila mengikuti siri jelajah Bas #Dramasangat anjuran TV3 di Melaka baru-baru ini. Buat masa ini baik Syarul ataupun Mia masih belum memberikan sebarang komen atau mengiyakan berita bahawa mereka sedang hangat bercinta. Pada kami kalau hendak bercinta pun tiada salahya. Terus-terang mereka memang nampak comel dan sepadan bersama.
|
Tasha Shila Akhirnya Dedah Punca Sebenar Putus Cinta Posted: 25 Apr 2015 10:21 PM PDT Hampir dua tahun menyulam cinta Tasha Shila dan kekasihnya seorang peninju Muay Thai, Hans Wong membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing apabila mereka putus cinta kira-kira dua bulan lepas. Pelbagai spekulasi yang melanda hubungan mereka termasuklah nama penyanyi Kaka Azraff turut dikaitkan sebagai orang ketiga yang memusnahkan percintaan mereka. Walaubagaimanapun, Kaka dalam satu kenyataan sebelum ini menafikan sekerasnya perkara tersebut. Setelah lama berdiam diri, akhirnya Tasha telah tampil mendedahkan punca sebenar beliau dan Hans berpisah. Jelas aktres tersebut, perpisahan mereka adalah kerana beliau ingin memperbaiki diri sebelum menempuh alam perkahwinan pada masa hadapan dan menganggap tiada jodoh diantara mereka serta apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Perkara yang berlaku tidak membuatkan Tasha merasa serik untuk bercinta lagi. Malah, beliau dan Hans masih lagi berkawan baik meskipun kini mereka tidak lagi bersama.
Jadi benarlah Kaka Azraff bukan perosak hubungan orang seperti yang Tasha pernah nyatakan sebelum ini? Hurm.. Kan lebih elok jika anda terus terang dari awal tiadalah peminat atau masyarakat tertanya-tanya. |
(2 FOTO) Komposer Ajai Tayang Body Sado Posted: 25 Apr 2015 02:00 PM PDT Kalau sebelum ini Norman Hakim dikatakan antara selebriti yang agak berumur dan mempunyai badan sasa yang cukup mantap dari hari ke hari, kini komposer terkenal Ajai juga nampaknya sudah memiliki bentuk badan "sado" dan tidak merasa segan untuk menayang foto tubuh badan beliau kepada umum. Walaupun dikritik kerana memuat naik foto yang agak tidak sesuai ke laman Instagram, buat Ajai ia masih lagi sopan apabila tidak bergambar secara bogel dan sekadar ingin berkongsi aktiviti beliau bersama peminat.
Setiap kritikan yang diterima oleh Ajai, menjadi pembakar semangat untuk kekalkan tubuh badan sihat dan terus melakukan senaman untuk mencapai targetnya. Tambahnya lagi, tujuan lain beliau memuat naik gambar tersebut adalah untuk memotivasikan pengikut beliau di laman sosial agar mereka juga turut mengamalkan gaya hidup sihat sepertinya. Jika umur sudah memasuki usia 40 tahun semestinya kita harus menjaga kesihatan kerana faktor untuk mendapat penyakit tiga serangkai ( lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi) adalah tinggi. Tapi anda harus ingat, setiap senaman yang kita lakukan harus bersesuai dengan tubuh badan. Jangan hendak ikut trend dan tayang body sahaja. Apa pendapat anda? Sesuai ke idok Ajai berbadan sado sekrang?
|
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@