Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Anak Dihina: Black Rancang Buat Laporan Polis

Anak Dihina: Black Rancang Buat Laporan Polis


Anak Dihina: Black Rancang Buat Laporan Polis

Posted: 09 Apr 2015 05:18 AM PDT

Penyanyi Black akan membuat laporan polis terhadap individu yang merupakan seorang pelajar di universiti tempatan atas dakwaan menghina  anak beliau di laman sosial Instagram.

Black mahu mengambil tindakan tersebut kerana tidak mahu peminat dengan suka hati tanpa rasa bersalah mengutuk artis mahupun keluarga mereka di laman sosial. Perkara tersebut juga bakal diketengahkan ke mahkamah atas nasihat peguam.

Saya terpaksa membawa perkara ini ke tengah supaya rakan artis lain tidak mengalami nasib sama. Selepas menghina anak saya, individu berkenaan juga mengutuk anak pasangan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Jadi, saya tidak mahu lebih ramai artis ataupun orang lain terkena. Saya ambil tindakan ini untuk mengajar masyarakat supaya mereka lebih berhati-hati apabila menulis sebarang komen.

Individu tersebut telah menyamakan anaknya Khaleef Dayyan dengan beruk sebaik sahaja penyanyi tersebut berkongsi foto bayi sulung beliau di Instagram.

Macam-macam la, sebenarnya mereka yang menghina itu tidak berani di dunia nyata. Mereka  agak pengecut kerana berselindung disebalik komputer riba ataupun telefon. Anda mungkin punya hak untuk memberikan komen tetapi jangan dihina ciptaan Allah SWT.

Sumber Berita: Berita Harian

Abam Bocey Mahu Turun 30 Kilogram Berat Badan

Posted: 08 Apr 2015 11:59 PM PDT

Gemuk Is Awsome! Ucapan yang cukup ringkas dan menjadi trending kini apabila Abam Bocey telah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki Popular ABPBH 2014 hujung minggu lalu. Siapa sangka, usaha keras beliau selama ini akhirnya berbayar.

Walaubagaimanapun, tidak semua dapat menerima tagline Abam tersebut meskipun ia sebenarnya bermaksud untuk membuktikan orang gemuk juga mampu untuk berjaya dan tidak malas seperti yang dianggap oleh masyarakat.

Pakar penjagaan kesihatan Kevin Zahri juga telah menawarkan bantuan untuk Abam mendapatkan tubuh badan yang sihat. Sedar akan perkara tersebut, Abam yang kini beratnya 192 kilogram berhasrat untuk menurunkan  berat badannya sebanyak 30 kilogram.

Kali terakhir saya timbang berat pada tahun lalu ialah 192 kilogram. Kalau boleh, saya mahu mengurangkan berat sebanyak 20 hingga 30 kilogram menjadikan berat hanya 120 kilogram sahaja. Seperti yang saya beritahu, saya bukan mahu kurus sangat, sebaliknya lebih mementingkan kesihatan.

Teruskan niat anda itu Abam, dengan kekal sihat anda pasti boleh terus menghiburkan peminat dengan jangka masa lebih lama lagi. Anda juga boleh buktikan bahawa dengan azam yang kuat anda mampu mengubah fizikal anda selepas ini.

Sumber Berita: Kosmo

 

Dituduh Menunjuk-Nunjuk Baik Dengan Anak Tiri, Hanez Suraya Tak Peduli Kata Orang

Posted: 08 Apr 2015 11:35 PM PDT

Baru-baru ini, keletah serta aksi Hanez Suraya bermain dengan anak-anak tirinya telah mencuri perhatian pengguna Internet. Sangat comel, sangat sweet dan sangat gembira melihat kemesraan yang terjalin antara mereka. Namun biasalah manusia, di sebalik kegembiraan orang lain, ada juga yang dengki. Ada suara-suara sumbang yang mengkritik Hanez Suraya sengaja berpura-pura baik dengan anak-anak tirinya dan menyatakan itu semua sekadar lakonan semata-mata. Hmmmmm.

hanez suraya

Bagi Abang Nara, kita sepatut bersyukur dan tumpang gembira kerana Hanez serta anak-anak tirinya berkongsi kasih sayang dengan begitu baik sekali. Kontroversi Hanez telah pun lama berlalu. Kita patut lupakannya. Hanez dah kahwin dah pun. Sudah tiba masa kita mendoakan kebahagiaannya. Apa pun, Hanez Suraya mengambil tindakan yang betul dengan tidak mempedulikan kata-kata orang luar. Kata Hanez:-

Buat baik orang mengata, buat buruk apatah lagi. Jadi saya menjadi diri sendiri, itu akaun Instagram saya, apa orang nak kritik, saya terima. Semenjak dulu lagi, apa yang saya lakukan, pastinya ada komen negatif. Apa yang saya kongsikan di laman Instagram adalah untuk peminat yang menanti kemaskini terbaru dari saya dan mereka menerima semua itu dengan positif. Pada sesiapa yang melemparkan kritikan dan memberikan komen buruk, saya terima sahaja dan memaafkan mereka

hanez suraya

Buat Hanez, teruskan buat tidak peduli dengan kata-kata orang luar yang sering mengkritik dan menuduh anda. Yang penting sekarang anda sudah pun bergelar isteri kepada Romie. Berikan kasih sayang secukupnya kepada suami dan anak-anak tiri anda. Insya Allah satu hari nanti suara-suara negatif ini akan hilang begitu sahaja. Semoga terus berbahagia di samping keluarga yang tercinta. Amin. Sumber portal Murai.

Sinar Baru Untuk Pesakit Kanser Dengan Rawatan Immunotherapy

Posted: 08 Apr 2015 10:38 PM PDT

Kanser. Mendengar perkataan tersebut pun dah membuatkan Abang Nara takut. Seringkali bila melihat wajah-wajah pesakit kanser, air mata ini akan jatuh berderai. Tak boleh bayang penderitaan yang ditanggung oleh mereka. Macam-macam jenis kanser yang ada di dunia ini. Kanser mulut, kanser payudara, kanser paru-paru, kanser hidung dan banyak lagilah. Nak sebut satu-satu memang sampai ke lusa tak akan habis.

hitv

Sehingga ke hari ini, tiada lagi rawatan yang benar-benar mampu memulihkan kanser sepenuhnya. Penyelidikan demi penyelidikan sedang dijalankan untuk memberikan secalit sinar harapan kepada para penyakit kanser. Kebanyakan pesakit kanser menjalani chemotherapy untuk menghalang kanser daripada terus merebak. Menariknya, kini ada satu lagi jenis rawatan terbaru yang dikenali sebagai immunotherapy.hitv

Teknik rawatan immunotherapy ini berasal dari Jepun dan diasaskan oleh Dr Kenichiro Hasumi yang telah berusaha menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dalam misi mencari penawar kanser. Oleh kerana rawatan immunotherapy ini adalah rawatan baru dan masih belum diketahui ramai, HITV Laboratory Sdn Bhd dengan kerjasama PRIDE Foundation Malaysia akan mengadakan satu forum percuma untuk memberi penerangan tentang kaedah rawatan yang amat berkesan ini.

hitv

Kesemua speakers yang hadir adalah pakar di dalam bidang kajian masing-masing. Dr Hasumi sendiri akan turun padang untuk menerangkan dengan lebih mendalam tentang immunotherapy. Untuk makluman, CEO HITV Laboratory's iaitu Vincent Chang memberitahu kaedah rawatan ini memberi sinar harapan baru kepada pesakit kanser. Mengikut statistik yang diterima dari senarai pesakit di Jepun yang pernah melalui kaedah rawatan ini, keputusan yang didapati amatlah menggalakkan.

Di Malaysia, clinical test buat para pesakit kanser payudara dan malignant lymphoma menggunakan rawatan immunotherapy sedang dijalankan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan yang hebat ini, boleh hadiri sendiri seminar percuma di atas pada 12 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre. Boleh buat pendaftaran segera di seminar.hitvlab.com kerana tempat amat terhad. Sebarang pertanyaan boleh telefon terus ke 03-2244 0995.

(20 FOTO) Anak Kedua Salina Saibi Dengan Tema Gerak Khas

Posted: 08 Apr 2015 08:35 PM PDT

Pelakon yang sinonim dengan drama bersiri Gerak Khas, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada tanggal 21 Mac lalu. Bayi seberat 3.2 kilogram itu merupakan anak kedua Salina.

Ingin merakamkan detik indah bersama anaknya yang baru lahir serta keluarga, Salina telah menggunakan khidmat jurugambar The Photolicious dengan tema menarik iaitu Gerak Khas dan juga Princess.

Memang comel habis apabila anak Salina memakai topi polis dan bergaya dengan sepucuk pistol (bukan pistol betul jangan risau).

Kredit Foto: thephotolicious.com

Lagi beberapa foto anak kedua Salina Saibi dengan membaca artikel ini sepenuhnya.




Hafiz Suip Dikritik Warnakan Rambut

Posted: 08 Apr 2015 07:36 PM PDT

Beberapa hari lepas, Hafiz Suip telah tampil dengan imej baru dimana beliau telah mewarnakan rambutnya kerana merasa bosan dengan gaya lama. Walaubagaimanapun, tindakan Hafiz telah mengundang pelbagai kritikan dan tomahan ramai pihak.

Menyedari akan perkara tersebut, Hafiz tidak mahu memberikan komen lanjut dan bertindak untuk berdiam diri kerana masyarakat lambat laun akan berhenti bercakap mengenainya.

Saya menerima banyak tomahan tapi saya tidak ambil peduli sangat apa yang kata orang kerana apa yang terletak pada hati masing-masing. Apa yang penting nawaitu kita. Saya tidak melenting bila dikritik. Saya hanya berdiam saja kerana saya tahu lambat laun orang akan berhenti bercakap dan perkara ini akan reda sendiri.

Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri. Janji saya tidak tinggal solat dan soal itu biar antara saya dengan Tuhan.

Percubaan awal Hafiz untuk mewarnakan rambutnya tidak berjalan dengan lancar dan terpaksa untuk diwarnakan buat kali kedua agar tampak lebih elok.

Sewaktu saya balik ke Kuching tempoh hari, saya pergi ke salon untuk warnakan rambut tetapi hasilnya rambut saya jadi warna merah bukannya seperti warna yang saya mahu. Bila balik ke Kuala Lumpur, saya ke sebuah salon di Subang. Penggaya rambut di sana beritahu yang warna rambut yang saya inginkan susah nak dapat sebab rambut saya jenis rambut orang asia.

Cuma ada satu cara saja iaitu rambut saya dibilas dan kemudian barulah diwarnakan semula dan akhirnya dapatlah warna ‘ash silver grey’.

Biasalah masyarakat akan berkata jika seseorang itu melakukan sesuatu, antara kita layan atau tidak sahaja percakapan mereka itu. Lagipun, bukan Hafiz sorang yang mewarnakan rambut ramai lagi artis yang kadang-kadang setiap bulan tukar warna rambut.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

Erra Fazira Tertekan Hubungan Baik Bersama Engku Emran Disalah Anggap

Posted: 08 Apr 2015 07:13 PM PDT

Mereka sudah lama berpisah, namun Erra Fazira dan Engku Emran tidak bermusuh dan masih lagi mesra bersama ketika menyambut ulangtahun kelahiran anak mereka Engku Aleesya yang ke 6.

 Tetapi, ramai pihak yang telah salah tafsir kemesraaan mereka dan hal ini membuatkan Erra sedikit tertekan kerana ramai mahu mereka kembali sebagai suami dan isteri. Buat Erra, hubungan mereka adalah semata-mata demi membesarkan anak mereka.

Saya akui ada sedikit tertekan bila apa yang kami lakukan disalah anggap oleh segelintir masyarakat. Kami masih berbaik adalah semata-mata demi Aleesya dan bukan untuk hidup bersama kembali (sebagai suami-isteri).

Orang ramai tidak tahu kenapa kita berpisah, ia sudah tentu kerana ada sebab tertentu dan bukan suka-suka.

Erra sebenarnya ingin mengubah pemikiran masyarakat bahawa pasangan yang sudah bercerai tidak semestinya bermusuh dan boleh mengekalkan hubungan sebagai teman untuk menjaga anak-anak.

Saya mahu mengajar dan menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya yang turut melalui perkara seperti ini untuk berbaik demi anak mereka.

Alhamdulillah, ramai juga yang beri reaksi positif dan nampak apa yang cuba saya sampaikan daripada melihat ia sebagai berbaik untuk kembali sebagai suami isteri.

Jelas Erra lagi, beliau akan meneruskan perhubungan tersebut walaupun jika kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing suatu hari nanti.

Kami setuju dengan kenyataan Erra Fazira, ini kerana jika pasangan yang bercerai tentu sekali anak-anak yang akan menjadi mangsa.  Jadi lebih baik untuk kita tidak bermusuh diantara satu sama lain demi kebaikan anak-anak.

Sumber Berita: mStar Online

(TAHNIAH)Memey Suhaiza Selamat Lahirkan Anak Kedua

Posted: 08 Apr 2015 06:09 PM PDT

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Memey Suhaiza dan Norman Hakim atas kelahiran cahaya mata kedua mereka. Berita gembira ini telah disampaikan oleh Norman sendiri menerusi akaun Instagramnya. Bayi ini telah dilahirkan pada 8 April pada jam 9.57 malam dengan berat 3.45 kilogram. Jantina bayi tidak pula dimaklumkan oleh Norman. Namun  apa yang penting ialah bayi dan ibu kedua-duanya sihat sejahtera.

memey suhaiza

Sebagai makluman, Norman dan Memey mendirikan rumahtangga mereka pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim, 2. Dengan kehadiran orang baru ini, pastinya akan lebih meriah keluarga mereka. Darwisz pun dah jadi abang. Hehehe. Tahniah dan semoga ikatan kekeluargaan anda semakin kukuh dengan kehadiran orang baru ini. Amin. Sumber Instagram Norman Hakim.

Saya Bukan Pelawak Kasanova – Zizan Razak

Posted: 08 Apr 2015 04:45 PM PDT

Identiti pelawak popular yang sering menghantar mesej lucah dengan peminat perempuannya kini menjadi persoalan orang ramai. Apabila identiti tidak diketahui, tak pasal-pasal nama pelawak seperti Zizan Razak, Tauke Jambu, Syuk Balas dan ramai lagi dikaitkan dengan perbuatan tidak senonoh ini. Tauke telah pun tampil membuat penafian, kini giliran Zizan Razak menafikan dirinya pelawak kasanova tersebut.
zizan razak Dengan pelbagai kontroversi yang telah melanda dirinya sebelum ini, Zizan Razak pasti tidak mahu namanya tercemar dengan gosip-gosip sebegini. Kata Zizan Razak:-

"Saya terkejut dan tidak selesa apabila orang mula bertanyakan saya kesahihan cerita ini. Lebih memeranjatkan apabila ada peminat yang 'tagged' nama saya di laman sosial Facebook dan Twitter. Saya tahu mereka hanya `tagged' saja, tiada maksud menuduh saya.

Tetapi ia bahaya buat kerjaya saya sebagai selebriti. Namun, saya tidak tercalar dengan isu ini kerana rezeki datangnya dari Allah SWT. Mungkin ini satu lagi ujian buat saya.

zizan razak Abang Nara pasti pelawak popular itu sedang tidak senang duduk sekarang ini. Walaupun ramai yang berharap si kasanova itu akan tampil membuat pengakuan, sudah tentu perkara tersebut susah untuk berlaku. Iyerlah, dah buat salah tak kan nak ngaku kot? Lagi-lagi benda yang berkaitan dengan kelucahan. Diharap perempuan di luar sana lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa kerakusan si pelawak ini. Sama-samalah kita nantikan. Sumber BHPlus.

Cium Mulut Memang Amalan Kami Di Rumah – Ozlyn

Posted: 08 Apr 2015 02:00 PM PDT

Isu Johan Raja Lawak dan Ozlyn bercium mulut di ABPBH 2014 masih belum reda lagi. Aksi tersebut dianggap tidak sopan kerana ia disiarkan secara langsung dan turut mempunyai penonton yang terdiri daripada remaja.

Susulan perkara tersebut, Ozlyn pula telah tampil dan memberitahu beliau merasa bangga dengan tindakan spontan suaminya dan menyifatkan perkara tersebut adalah rutin biasa mereka berdua untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang.

Mungkin orang ramai menganggap aksi itu keterlaluan tapi bagi kami itu biasa sebab memang jadi amalan kami di rumah sebagai cara kami tunjukkan kasih sayang dan bermanja.

Malah, amalan itu juga diamalkan terhadap anak-anak. Di rumah, misalnya kalau saya sedang lipat baju, Johan panggil saya dan dia nak saya cium dia. Malah anak saya yang sudah berusia 10 tahun, kalau dia mahu keluar rumah selepas dia minta izin dan dia akan cium papanya dulu.

Menerima kecaman yang hebat daripada peminat, Ozlyn juga mempersoalkan mengapa masyarakat tidak berani memberikan komen kepada artis lain yang turut mempamerkan kemesraan di anugerah tersebut tanpa sebarang ikatan yang sah.

Saya rasa pada malam itu ramai lagi artis lain yang tiada ikatan sah, berpelukan dan berlaga pipi, kenapa tidak menjadi isu? Itu semua terpulang pada mentaliti masing-masing.

Apa yang kami buat itu bukannya menghairahkan pun. Ia sekejap saja hanya satu dua saat. Saya bangga sebab itu perkara pertama yang terlintas di fikiran suami saya dan saya dapat sama-sama merasai kemenangan dia.

Persoalan yang bermain di fikiran Ozlyn juga ada betulnya. Kadang-kadang masyarakat suka memberikan komen berlebihan terhadap mereka yang berkahwin tetapi terus senyap seribu bahasa apabila tidak mengkritik kemesraan mereka yang masih belum punya apa-apa ikatan. Keyboard warrior la katakan..

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 




@



Anak Dihina: Black Rancang Buat Laporan Polis