Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Jangan Samakan Jambang Saya Dengan Wak Doyok- Sharnaaz Ahmad

Jangan Samakan Jambang Saya Dengan Wak Doyok- Sharnaaz Ahmad


Jangan Samakan Jambang Saya Dengan Wak Doyok- Sharnaaz Ahmad

Posted: 23 Apr 2015 03:17 AM PDT

" Jangan jadi bodoh" itulah kenyataan Sharnaaz Ahmad kepada mereka yang sering mengatkan imej berjambang beliau menyerupai Wak Doyok.

Sudah berkali-kali beliau menafikan dakwaan beliau sengaja meniru imej Wak Doyok, nampaknya Sharnaaz sudah tidak dapat tahan lagi dengan segelintir peminat yang  sengaja membuat beliau bengang.

Menerusi kapsyen didalam foto yang dimuat naik oleh beliau hujung minggu lalu  di laman Instagram ia jelas menunjukkan dirinya tidak mahu disamakan dengan orang lain.

I may not be the best person uvd met in your life, but if u did, im sure ivd done even 1 good deeds to your life.. I grow long beard not curl mustache.. So jgn jadi bodoh :) salam hujung minggu..

Seperti kata Sharnaaz Ahmad ada bezanya jambang beliau dan Wak Doyok. Seperti yang anda semua maklum, Wak Doyok melakukan pelbagai jenis fesyen untuk menggayakan misainya dan bukan jambang.  Wa memang respect dengan brader Sharnaaz yang tidak hipokrit dan berani untuk menyuarakan pendapatnya.

Sumber Berita: Instagram Sharnaaz Ahmad

Akim Ahmad Akui Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Posted: 22 Apr 2015 11:58 PM PDT

Susulan kenyataan Stacy yang tidak meletakkan harapan tinggi terhadap perhubungan cinta, Akim menganggap perkara itu adalah normal kerana wanita pastinya tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai sesuatu jika tidak pasti dengan hal tersebut.

Hubungan kami masih lagi baik dan saya tahu mengenai kenyataan yang dibuatnya (Stacy). Biasalah perempuan, takkan nak cakap lebih-lebih tentang hal cinta yang belum pasti. Tak manis pula jadinya.

Sebagai manusia biasa, saya telah pun mendedahkan hubungan cinta antara kami sebelum ini. Dan jika dia beri kenyataan sebegitu, tidak salah. Memang kami belum sedia untuk berkahwin buat masa ini.

Sama seperti Stacy, Akim juga turut menjelaskan perbezaan agama bukanlah penghalang untuk mereka bercinta. Malah, baik keluarga Akim mahupun Stacy mereka merestui hubungan ini dan bersikap terbuka mengenainya.

Mungkin perkara itu (kahwin) perlu mengambil sedikit masa. Saya pun tak boleh nak cakap perkara ini lebih-lebih. Biarlah takdir jodoh menentukan.

Tetapi apabila isu agama timbul, ia agak sensitif untuk dibincangkan. Mungkin perkara itu (kahwin) perlu mengambil sedikit masa. Saya pun tak boleh nak cakap perkara ini lebih-lebih. Biarlah takdir jodoh menentukan.

Semua pasangan sedang bercinta pasti mahu mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, namun mereka harus bersedia untuk menempuh alam rumah tangga yang penuh dengan dugaan.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Kamal Adli Tidak Tolak Jodoh Bersama Emma Maembong

Posted: 22 Apr 2015 09:05 PM PDT

Konflik percintaan Zizan Razak dan Emma Maembong nampaknya belum lagi surut meskipun kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing. Nama Kamal Adli juga terpalit dengan kontroversi kerana didakwa  sebagai orang ketiga  dalam hubungan cinta pelawak dan aktres tersebut.

Cinta Kamal dan Emma dikatakan berputik ketika mereka disatukan dalam sebuah drama terbitan RTM 1 iaitu Syurga Tanpa Cinta. Walaupun Kamal pernah menafikan gosip itu, ia kembali menjadi bualan hangat apabila Emma berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran Kamal di Instagram.

Kamal yang sebelum ini mengakui masih terlalu awal untuk mereka bercinta, menegaskan buat masa ini pintu hatinya belum terbuka untuk bercinta selepas hubungan cinta selama lebih 6 tahun bersama Instan Ladyana putus. Buat masa ini beliau sedang fokus pada kerjayanya.

Saya tegaskan di sini bahawa saya bukanlah jenis seorang lelaki yang 'kebulur' mencari teman wanita. Soal bercinta bukan keutamaan buat saya sekarang. Selepas putus cinta pada tahun lepas, saya sibukkan diri dengan urusan kerja. Tiada langsung istilah mencari cinta dalam diari hidup saya buat masa ini.

Berbicara soal foto sambutan hari jadinya yang diraikan oleh Emma, Kamal tidak mempunyai sebarang masalah jika Emma ingin berkongsi foto tersebut agar beliau boleh melupakan kisah duka hidupnya.

Saya tidak kisah kalau Emma melakukan perkara itu dan berkongsi mengenainya di laman Instagram. Itu hak dia. Kalau dengan cara itu, boleh melupakan cerita sedih dalam hidup dia, apa salahnya. Asalkan dia bahagia, itu tidak memberi apa-apa kesan kepada saya.

Menyifatkan Emma seorang gadis serta rakan yang baik dan penyabar Kamal tidak menolak andai dijodohkan dengan beliau.

Saya lihat Emma seorang gadis dan rakan yang sangat baik. Malah, apa yang lebih penting, dia sangat penyabar orangnya.Mengenai jodoh pula, saya anggap itu semua sebagai ketentuan Tuhan. Saya manusia biasa dan tiada hak untuk menolak andai dijodohkan dengan dia atau sesiapa sahaja.

Kamal Adli dan Emma Maembong masing-masing mempunyai kisah duka dalam percintaan, bukannya mudah untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta didalam hati kita selama bertahun lamanya, berilah masa buat mereka merawat luka di hati sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

Sumber Berita: Kosmo Online

 

Ozlynn Nafi Kongkong Johan Raja Lawak

Posted: 22 Apr 2015 08:08 PM PDT

Beberapa pihak mengatakan bahawa Johan Raja Lawak dikongkong isterinya  dan segala tindak-tanduk ataupun keputusan yang hendak dibuat oleh Johan harus disaring oleh Ozlynn terlebih dahulu.

Namun, jelas Ozlynn beliau tidak pernah berniat untuk berbuat begitu dan hanya ingin membantu hala tuju kerjaya seni suaminya kerana beliau sudah terbabit dalam industri hiburan sejak 20 tahun yang lalu.

Bagi saya, tidak timbul soal saya mengongkong Johan kerana apa yang saya buat adalah untuk kebaikan Johan juga. Sudah 20 tahun saya dalam bidang ini. Sejak dari zaman saya sekolah lagi. Dah macam-macam yang saya ceburi bermula dengan bidang pengiklanan sehingga ke lakonan.

Sepanjang tempoh itu juga, dah banyak pengalaman yang saya lalui dan apa yang saya lalui dulu itulah yang saya jadikan panduan untuk membantu kerjaya seni Johan pula.

Ozlynn juga memberitahu beliau banyak membantu dan menasihati Johan dalam menerima tawaran kerja dan harus mengaturkan jadual dengan tepat supaya segala pekerjaan berjalan dengan lancar.

Seorang isteri tentu lebih tahu sikap suaminya lebih daripada orang lain, tidak salah untuk Ozlynn membantu Johan dalam kerjayanya. Mungkin dengan cara ini juga hubungan mereka akan lebih erat.

Sumber Berita: Mangga Online

Syatilla Melvin Serahkan Pada Shaheizy Sam Untuk Umumkan Perkahwinan

Posted: 22 Apr 2015 07:19 PM PDT

Semalam, Shaheizy Sam mengakui jodohnya sudah dekat dan sudah bersedia untuk berkahwin walaupun enggan mendedahkan identiti penyeri rumah tangganya kelak. Sedang menjalinkan hubungan dengan model serta pelakon Syatilla Melvin tentu sekali ramai yang mengatakan beliau adalah bakal isteri Sam.

Syatilla bagaimanapun tidak mahu memberikan komen lanjut dan menyerahkan kepada Sam untuk mengumumkan segala perkembangan mengenai perkahwinan mereka.

Biarlah semua kenyataan itu keluar daripada mulut Sam sendiri kerana tidak manis saya sebagai seorang wanita untuk menghebahkan mengenai perkara tersebut. Buat masa sekarang ini, saya cuma boleh katakan no comment mengenai perkara itu dan saya serahkan segalanya kepada Sam untuk menjelaskan kepada orang ramai.
Apa yang keluar daripada mulut Sam itulah juga jawapan saya kerana saya tidak akan sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan sendiri mengenai perkara itu kepada umum;.

Memberitahu hubungan beliau dan Sam buat masa ini amat baik, Syatilla hanya akan memberikan komen berhubung perkara tersebut bila tiba masanya nanti.

Mungkin nanti bila sudah tiba masanya saya akan buka mulut mengenai perkara itu. Sekarang ini biarlah ia menjadi rahsia kami berdua dan bila tiba masanya nanti benda tersebut akan terbongkar juga.

Biarlah anda berdua mempersiapkan apa yang perlu untuk majlis raja sehari anda berdua dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman. Kami doakan agar Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita: mStar Online




@



Jangan Samakan Jambang Saya Dengan Wak Doyok- Sharnaaz Ahmad