Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Luahan Menyentuh Hati Norman Hakim Buat Memey

Luahan Menyentuh Hati Norman Hakim Buat Memey


Luahan Menyentuh Hati Norman Hakim Buat Memey

Posted: 10 Apr 2015 10:00 AM PDT

Mereka pernah dilanda kontroversi dan dihina oleh masyarakat, namun semua itu dihapadi dengan tenang dan akhirnya Norman Hakim dan Memey Suhaiza  di limpahi dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan dalam berumah tangga.

Baru sahaja di kurniakan cahaya mata kedua bersama Memey pada hari Rabu lalu, Norman nyata merasa syukur dengan amanah yang diberikan oleh Allah dan menghargai pengorbanan isterinya melahirkan zuriat.

Dalam satu status Norman di laman Instagram, beliau telah memberikan penghargaan yang cukup indah buat Memey.  Berikut adalah ucapan beliau:-

Maha Kuasa Allah dicipta ‘suatu kekuatan’ yang sangat hebat buat kaum HAWA dalam situasi yang kaum ADAM tak pernah dapat rasa dan bayangkan! Seminggu sebelum tarikh 8/4/15,sayalah manusia yang paling tak keruan! Tidur malam tak lena asyik tersentak, mengadap muka dan perut isteri sepanjang malam risau bila la nak bersalin ni..sekarang ke?pagi nanti ke?TAPI wifey tetap relax.Bila dia terjaga dia tanya saya “kenapa payang”?Skrip jawapan saya tetap sama “dah sampai masa ke love?”

Allahuakbar Allah sahaja yang tahu rasanya,sehinggalah ke malam tadi barulah saya dapat tidur dengan lena..sangat nyenyak dan selena-lenanya.Tq Allah atas ujian rasa dan nikmat ini.Buat wifey @memeysuhaiza …abg antara saksi ‘perjuangan’ sayang yang sangat hebat dan getir malam tadi.Dalam hati abg, hanya ni skrip yang abang termampu masa sayang tengah berjuang tu… “Ya Allah,ampunkanlah segala dosa2 isteriku ini kepadaMu dan kepada ku Ya Allah.

Bagilah aku kongsi sikit rasa sakit ini Ya Allah.Aku takut sangat ni Ya Allah kalau aku hilang dia.Tolong aku Ya Allah”…dan alhamdulillah Allah dengar dan segalanya selamat…Aamiin YRA.Terima kasih Allah,terima kasih para malaikat,terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.Terima kasih…

 Memang siapa yang baca ucapan penghargaan Norman Hakim buat Memey ni  boleh menitis air mata jantan. Siapa yang mahu mempersoalkan mengapa dengan Abby Abadi dahulu beliau tidak sebegini, silalah move on from the past. Manusia boleh berubah, doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.

Sumber Berita: Instagram Norman Hakim

 

Norman Hakim Kongsi Gambar Anak Keduanya, Comel Sangat-Sangat

Posted: 10 Apr 2015 06:00 AM PDT

Norman Hakim menerusi akaun Instagramnya telah pun berkongsi gambar anak keduanya hasil perkahwinan dengan Memey Suhaiza yang telah dilahirkan pada 8 April lalu. Untuk makluman, jantina cahaya mata kedua pasangan ini adalah lelaki. Norman akan mengumumkan nama anaknya pada hari ketujuh kelak. Sama-samalah kita nantikan.

anak kedua norman hakim memey suhaiza

Inilah gambar si comel penyeri keluarga Norman dan Memey:-

anak kedua norman hakim memey suhaiza
anak kedua norman hakim memey suhaiza

Comel kan? Tak silap gambar tersebut dimuatnaik ketika si baby berusia 2 hari. Baru je lagi lihat dunia ini. Nampak sihat. Semoga si comel membesar dengan sihat dan sempurna. Sama-samalah kita doakan. Tahniah buat Norman dan Memey atas kelahiran si comel ini.

Hanis Zalikha Elak Berjumpa Terlalu Kerap Dengan Hairul Azreen

Posted: 10 Apr 2015 02:39 AM PDT

Baru sahaja mengikat tali pertunang dan bakal bersatu tidak lama sahaja lagi, Hanis Zalikha memberitahu beliau kini jarang bertemu dengan tunangnya Hairul Azreen kerana ingat pesan orang tua-tua bahawa tempoh pertunangan akan ditimpa banyak dugaan.

 Malah, Hairul juga sering mengingatkan beliau jika berlaku sebarang salah faham ataupun pertelingkahan adalah lebih baik untuk tidak menyebat perkataan putus, kerana setiap kata-kata itu ibarat satu doa.

Saya percaya apabila orang mengatakan banyak dugaan ketika berdarah manis, kerana syaitan memang tidak suka manusia melakukan perkara baik dan sebab itu setelah bertunang, kami membuat keputusan untuk jarang berjumpa dan elakkan keluar pada waktu malam.

Selain itu, Hairul dari dulu berpesan dengan saya, jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan sesekali menyebut perkataan putus atau sebaliknya kerana setiap percakapan adalah doa. Jadi saya sentiasa berhati-hati dan kami sedaya upaya menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik.

Hubungan Hairul dan Hanis menjadi ikutan ramai setelah aktres tersebut dilamar secara mengejut di siaran langsung pentas akhir konsert Gegar Vaganza. Mereka telah bertunang pada 21 Mac lalu dan bakal bernikah pada 5 Jun depan. Majlis resepsi pula akan diadakan pada tanggal 14 Jun 2015.

Lebih baik untuk kalian tidak berjumpa selalu kata orang darah manis bukan? Dugaan dan ujian yang menimpa pasangan bertunang ada kalanya berat dan menggugat rasa kasih dan sayang. Apa-apa pun, kami berharap segala persiapan berjalan dengan lancar. Amin

Sumber Berita: Media Hiburan

 

Zamani Perlukan RM50,000 Untuk Pembedahan Tulang Belakang

Posted: 09 Apr 2015 08:05 PM PDT

Zamani Slam yang kini sudah tampak lebih sihat berbanding sebelum sebenarnya menghidapi sakit tulang belakang sejak tiga tahun yang lalu.

Dana sebanyak RM 50,000 diperlukan untuk pembedahan tersebut, namun Zamani mempunyai masalah kewangan dan tidak mempunyai akaun peribadi  di bank untuk menyimpan wang simpanan sepanjang bergelar artis.

Sebelum ini, timbul isu dimana Zamani pernah bertanyakan kemana hilangnya hasil titik peluh beliau. Penyanyi itu bercadang untuk menggunakan wang tersebut untuk menampung kos rawatan pembedahan tulang belakang.

Walaubagaimanapun menurut peguam yang mewakili Zamani saudara Ahmad Zaharil Muhaiyar, kecederaan pada tulang belakang Zamani disebabkan beliau aktif bersukan sebelum ini dan bukan kerana mengambil bahan terlarang.

Itulah pentingnya untuk mempunyai wang simpanan di bank. Kita tidak boleh mempercayai orang dengan sewenang-wenangnya. Zaman sekarang adik beradik pun boleh menipu antara satu sama lain apatah lagi mereka yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kita.

Sumber Berita: Malaysian Digest




@



Luahan Menyentuh Hati Norman Hakim Buat Memey