Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Masih Terlalu Awal Untuk Kami Bercinta- Kamal Adli

Masih Terlalu Awal Untuk Kami Bercinta- Kamal Adli


Masih Terlalu Awal Untuk Kami Bercinta- Kamal Adli

Posted: 20 Apr 2015 08:43 AM PDT

Nama Kamal Adli dan Emma Maembong sejak kebelakangan ini selalu dikaitkan bersama,  kedua-duanya kini yang sudah kembali solo ramai yang beranggapan mereka sebenarnya sedang bercinta.

Pelbagai spekulasi yang timbul tetapi buat Kamal, masih terlalu awal untuk beliau menjalinkan hubungan cinta bersama Emma  kerana masih mengenali hati budi masing-masing dan tidak lebih daripada seorang kawan. Berita ini mula meliar apabila foto Emma membuat kejutan hari lahir Kamal ke 29 tahun baru-baru ini tersebar di media sosial.

Kami hanya kawan. Masih di peringkat kawan. Dengan apa yang dilalui dan tanggapan orang, saya tak mahu dituduh cuba “sailang” hubungan mereka dan dengan situasi “hangat” masing masing. Saya tak pernah wujud masa Emma dan Zizan bercinta. Masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius.

Mengenai kejutan hari lahir oleh Emma buat dirinya, Kamal menyifatkan ia tidak lebih daripada ingatan seorang teman dan turut bersimpati kepada aktres jelita itu yang dikritik hebat berhubung isu tersebut.

Cuma saya dapat tahu teruk juga peminatnya hentam dan marah dia (Emma) apabila muat naik gambar kejutan hari lahir saya di laman Instagram. Saya kasihan pula dengan keadaan menimpanya itu. Saya sampai suruh dia tak payah lagi muat naik gambar membabitkan saya

Dalam situasi ini saya pun hairan kenapa dia dibenci dan dimarahi peminat. Ruang harus diberi untuk mana-mana artis pun jika jodoh mereka dengan sesiapapun tak berpanjangan.

Tidak salah jika kita ingin melihat artis pujaan kita bahagia disamping orang tercinta. Bagilah ruang untuk Emma Maembong dan Kamal Adli merawat luka di hati mereka kerana cinta yang lalu.  Time will heal everything kan..

Sumber Berita: Berita Harian

 

 

(18 LAGI GAMBAR) Muhammad Dikhriz Hakim Anak Norman Hakim & Memey Suhaiza

Posted: 20 Apr 2015 04:22 AM PDT

Pernah dikritik oleh masyarakat suatu ketika dahulu, kini Norman Hakim dan Memey Suhaiza  kelihatan cukup bahagia bersama dan sudah dikurniakan seorang lagi putera bernama Muhammad Dikhriz Hakim.

Kali ini, Camora Arts telah sertakan beberapa lagi keping foto Arisz dengan tema Cowboy dan Boxing. Untuk pengetahuan anda, ketika sesi fotografi tersebut dijalankan bayi tersebut baru sahaja berusia 6 hari.

Satu peristiwa yang tidak dijangka juga berlaku apabila Norman menerima hadiah kasih sayang daripada anaknya ( Norman kena kencing dengan baby Arisz..Hehe). Pelbagai reaksi muka ditunjukkan oleh Norman berhubung kejadian tersebut.

Kredit Foto: Camora Arts

Mari kita lihat beberapa lagi foto Arisz yang comel dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Penganjur Tidak Layan Cadangan Pengasingan Jantina Di Konsert Oleh JAKIM

Posted: 20 Apr 2015 01:59 AM PDT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru telah mengeluarkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang menerima perhatian banyak pihak. Didalam garis panduan tersebut, pihak JAKIM mahu melaksanakan pengasingan penonton mengikut janti ketika sesebuah konsert hiburan diadakan di Malaysia.

Perkara itu telah mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Livescapa Asia, Iqbal Ameer yang memberikan pendapat bahawa langkah sedemikian akan merosakkan pengalaman penonton yang hadir ke konsert secara keseluruhan.

Tiada penganjur acara akan melayan langkah sedemikian. Saya lebih suka tidak mengadakan apa-apa konsert daripada mengikut garis panduan tersebut.Ini tidak adil untuk artis, semua yang terlibat dalam persembahan dan yang paling penting peminat.

Selain pengasingan lelaki dan perempuan, garis panduan itu juga tidak membenarkan muzik dan lirik yang mempunyai unsur “menyembah” dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.

Sekiranya garis panduan tersebut dikuatkuasakan, semua penganjur akan bertindak untuk menghentikan penganjuran sesebuah konsert. Jelas Iqbal Ameer lagi, pihak pengancur acara di Malaysia sudah beberapa kali membincangkan alternatif berbeza untuk mengadakan konsert di negara ini, tetapi semua idea yang dibentangkan oleh mereka tidak diendahkan oleh pihak yang terbabit.

Industri hiburan di Malaysia sangat bertoleransi pada mana-mana peraturan atau pelaksanaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Banyak kali, kami telah mencadangkan kaedah yang berbeza untuk konsert, tetapi tidak diendahkan. Jika garis panduan ini diamalkan, Malaysia akan kerugian dalam industri yang bernilai berjuta-juta ringgit ini. Semua orang akan pergi ke negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Singapura untuk hiburan

Untuk mengeluarkan garis panduan yang tertentu, pihak JAKIM dan penganjur konsert harus duduk bersama dan berbincang agar tiada pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan. Buah fikiran pihak penganjur juga harus dipertimbangkan agar tiada masalah yang akan berlaku di masa hadapan. Win win situation.

Bocey Minta Bayaran Tinggi Dan Mula Lupa Diri?

Posted: 20 Apr 2015 01:24 AM PDT

Gabungan tiga orang pelawak dengan keunikan masing-masing, kumpulan Bocey semakin mendapat tempat di hati orang ramai dan populariti merek mula meningkat. Sudah mempunyai nama yang agak kukuh sekarang, ada pihak yang mendakwa Bocey kini sudah lupa diri dan mula menaikkan harga untuk persembahan.

Namun, ahli kumpulan tersebut Abam menafikan dakwaan itu dan meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan mana-mana tindakan mereka dan telah mencuba sedaya upaya mereka untuk melayan peminat sama rata.

Saya menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap kami kerana setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menyuarakan pendapat berkenaan lupa diri. Kami sendiri terkejut apabila ada yang bertanyakan sama ada kami lupa diri.

Sebagai artis, kami rasa kami cuba sedaya upaya untuk melayan peminat sama rata tetapi tidak tahu pula jika ada pihak yang terasa hati dengan tindakan kami tanpa disedari. Malah pihak yang mengenali kami pastinya tidak akan percaya gosip ini kerana tahu kami bukanlah seperti yang didakwa.

Bocey juga sebenarnya tidak kisah atau iri hati  andai ada antara ketiga-tiga mereka lebih menonjol dari yang lain kerana ia secara tak langsung turut membawa jenama Bocey.

Kami rasa tidak salah untuk Bocey menaikkan harga mereka sedikit, kita tahu kerjaya sebagai seorang pelawak bukanlah mudah. Pelbagai idea kreatif harus dihasilkan untuk membuat orang lain ketawa.

Sumber Berita: Berita Harian

 

Yat Hamzah & Suami Kembali Bersatu

Posted: 19 Apr 2015 11:55 PM PDT

Syukur dan tahniah. Memetik Berita Harian hari ini, pelakon Yatt Hamzah telah menarik balik permohonan cerai dengan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah.
Pada awal Februari yang lalu, Yat Hamzah telah menfailkan permohonan cerai dengan suaminya tetapi telah memohon penangguhan pada awal Mac atas alasan mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik. Baguslah kalau begitu. kami di Beautifulnara mendoakan agar pasangan ini kembali bersatu dengan aman damai dan bahagia.
P/S: Jangan tak tahu yang Best Buy World kini menawarkan potongan sebanyak RM15 bagi T-Shirt berjenama yang dijual di laman mereka. Cuma masukkan code ‘TSHIRTRM15′ ketika pembelian. Apa lagi. Jomlah segera ke Best Buy World.

Abby Abadi Tak Jadi Dedah Kisah Lama Dengan Norman Hakim

Posted: 19 Apr 2015 09:33 PM PDT

Setelah menerima komen-komen dari orang ramai, bekas pelakon Abby Abadi membatalkan hasrat untuk berkongsi sebab sebenar dia berkahwin dengan bekas suaminya Norman Hakim.

Dia memberitahu Sinar Harian:

Tak apalah, saya malas nak layan sebab kalau jawab nanti, orang akan panjangkan perkara ini. Lagipun, ramai sangat juri awam kat Malaysia ini.

Saya memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan perkara ini. Tak ada apa yang serius dan kalau cerita pun, ia tidak berbaloi. Jadi, lupakanlah saja.

Bagi saya, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk dikongsikan bersama.

Sebelum ini Abby melalui Instagram memberitahu mahu berkongsi sebab sebenar dia dan Norman Hakim berkahwin yang dakwanya, bukan atas sebab cinta. Mengongsi gambar dia dan Memey Suhaiza dalam status Instagramnya itu, ramai yang memberi komen menggalakkan Abby berkahwin semua dengan bekas suaminya itu.

Namun, dia tidak menjelaskan secara terperinci dan akan berkongsi bukti berbentuk gambar jika Norman memberi keizinan. Hasrat Abby itu mendapat reaksi positif tetapi lebih banyak reaksi negatif. Ramai berpendapat perkara itu tidak sesuai didedahkan apatah lagi kerana Memey Suhaiza, isteri Norman baru melahirkan bayi dan perkara itu pun sudah lama berlaku.

Mungkin akur dengan kritikan orang ramai, pelakon itu membatalkan niatnya itu.

Dalam era Internet ini, memang ramai orang suka bercerita. Siap ada yang buat skrip dialog lagi kerana mahu bercerita tentang perbualan-perbualan tertentu tentang kehidupan di akaun media sosial milik masing-masing.

Namun sendiri sepatutnya tahu untuk menentukan apa yang patut dikongsikan atau tidak di laman sosial. Don’t be too finger-happy, kata orang putih.

Serlahkan bakat anda dalam Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015. Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Syarat dan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 13 April 2015

(6 GAMBAR)Lee Min Ho Di Nu Sentral Kuala Lumpur Jumaat Ini

Posted: 19 Apr 2015 08:21 PM PDT

Bagi peminat drama dan filem Korea, nama Lee Min Ho bukanlah nama yang asing lagi. Min Ho mempunyai begitu ramai peminat, bukan saja di negara kelahirannya Korea Selatan, malah di serata dunia.


 photo lee-min-ho-jpg.jpg

Buat pengetahuan anda, Lee Min Ho akan berada di kompleks membeli belah Nu Sentral pada Jumaat ini, pukul 5.00 petang, 24 April. Dia ialah duta bagi satu portal membeli belah online iaitu 11street yang bakal dilancarkan pada tarikh dan waktu yang sama.

22 orang peminat bertuah yang terpilih akan diberi peluang untuk bergambar bersama Min Ho. Pastilah ramai yang ingin mencuba bukan? Peluang itu hanya didapati jika peminat penyertai satu peraduan dengan memberitahu mengapa ingin bertemu Min Ho.

Apa pun, kalau ada di kalangan gadis Muslim yang terpiliih nanti jangan sampai berpeluk cium sudah, kalaupun Min Ho sangat digilai di kalangan peminatnya. Nanti tak pasal-pasal viral satu Malaysia. Jangan belakangkan agama Islam dan budaya masyarakat Melayu, gitu.

Lagi 5 gambar Min Ho dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Panggung Seni Tradisional 2015 membawakan untuk anda Dramatari Klasik India, 'Spiritual Journey of Aandal' pada 24 dan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 12 April 2015


 photo leeminho-jpg.jpg
 photo lee-min-ho 1.jpg
 photo lee-min-ho1-jpg.jpg
 photo lee-min-ho.jpg
 photo lee-min-ho 2.jpg


 photo leeminho-jpg.jpg
 photo lee-min-ho 1.jpg
 photo lee-min-ho1-jpg.jpg
 photo lee-min-ho.jpg
 photo lee-min-ho 2.jpg




@



Masih Terlalu Awal Untuk Kami Bercinta- Kamal Adli