Remy Ishak Dapat Rasa Kemarahan Tuhan & Alam Ketika Lakonkan Babak Intim Filem Pilot Cafe |
- Remy Ishak Dapat Rasa Kemarahan Tuhan & Alam Ketika Lakonkan Babak Intim Filem Pilot Cafe
- Fasha Sandha Enggan Komen Dibayar Enam Angka Untuk Bintangi Filem
- Bapa Zizan Razak Sahkan Anaknya Mahu Merisik Nur Edora Diyana
- Che Ta Marah Anak Dieksploitasi Oleh Penjual Instagram
Remy Ishak Dapat Rasa Kemarahan Tuhan & Alam Ketika Lakonkan Babak Intim Filem Pilot Cafe Posted: 24 Apr 2015 12:03 AM PDT Menarik juga pengalaman yang dikongsikan oleh Remy Ishak ketika melakonkan babak intim bersama Izara Aishah untuk filem Pilot Cafe. Adegan tersebut dirakamkan di tepi pantai dengan ombak yang begitu kuat dan batu karang di bawahnya. Walaupun sekadar lakonan semata-mata, kesukaran dan cabaran yang dihadapi ketika merakamkan babak tersebut jelas membayangkan kemarahan Tuhan dan alam kepada mereka yang melakukan maksiat. Fuh!!! Kata Remy Ishak:-
Cuak kan? Itu baru berlakon. Kalau ada yang ‘adventure’ nak buat maksiat tepi pantai, lupakanlah sahaja hasrat tersebut. Jadikan pengalaman Remy Ishak ini pengajaran. Kang tak pasal-pasal kena telan ombak. Tak pun terhempap kena batu karang sampai cedera parah. Tak ke sedih? Sumber Utusan Malaysia. |
Fasha Sandha Enggan Komen Dibayar Enam Angka Untuk Bintangi Filem Posted: 23 Apr 2015 10:44 PM PDT Fasha Sandha antara aktres yang mempunyai mutu dan gaya tersendiri didalam lakonannya, dengan bakat semulajadi beliau khabarnya produksi Filem Anak Mami Nasi Kandar telah menawarkan bayaran RM150,000 kepada Fasha untuk membintangi filem tersebut. Namun, Fasha nampaknya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu dan memberitahu beliau lebih mengutamakan susunan jadual dan komitment dalam sesebuah tawaran berbanding bayaran.
Buat masa ini, Fasha sedang sibuk dengan perniagaannya sendiri dan bakal memperkenalkan jenama pakaian kanak-kanak cetusan inspirasi dari anak lelakinya Putra Rayfal dan anak tirinya Putra Rayqal. Kami tidak terkejut sekiranya seseorang artis itu menerima tawaran yang tinggi untuk menjayakan sebuah filem kerana skop kerja mereka lebih berat. Berbicara soal Fasha Sandha yang bakal mengeluarkan jenama pakaian kanak-kanak sendiri, pada kami ia satu langkah yang bagus untuk menjamin masa depan beliau, rezeki dalam bidang lakonan tidak menentu, kata orang sediakan payung sebelum hujan.
|
Bapa Zizan Razak Sahkan Anaknya Mahu Merisik Nur Edora Diyana Posted: 23 Apr 2015 07:32 PM PDT Menerusi akhbar Kosmo, bapa kepada Zizan Razak mengesahkan gadis dalam foto itu adalah Nur Edora. Anaknya itu telah membawa gadis tersebut untuk berjumpa dengannya sebanyak tiga kali di bandar Kuala Terengganu pada sekitar tahun 2014 dan meluahkan hasrat untuk memperisterikannya.
Walaubagaimanapun, bapanya menafikan dakwaan yang mengatakan Zizan sudah bertunang dan kahwin secara senyap-senyap dengan Nur Edora. Berdasarkan maklumat sesetengah pihak, rencana untuk bernikah dengan gadis tersebut berlaku sebulan sebelum konflik hubungan Zizan dan kekasihnya Emma Maembong berlaku. Malah pada waktu tersebut keluarga Zizan dan Nur Edora sudah bertemu untuk membicarakan soal pernikahan anak-anak mereka. Jika benar pertemuan dua keluarga ini terjadi sebulan sebelum Zizan Razak dan Emma Maembong menghadapi konflik dalam percintaan, adakah bermakna Zizan sebenarnya curang? Kami tidak menuduh tetapi pasti ada sebab tertentu Emma sudah tidak mahu kembali pada Zizan.
|
Che Ta Marah Anak Dieksploitasi Oleh Penjual Instagram Posted: 23 Apr 2015 05:08 PM PDT Tidak dinafikan yang puteri sulung Che Ta dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sangat comel orangnya. Sekali pandang tak puas. Kalau jumpa mesti nak babap beribu-ribu kali. Abang Nara memang suka melihat gambar-gambar keletah comel Aaisyah di Instagram yang sering dimuatnaik oleh Che Ta. Sayangnya apabila ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar Aaisyah untuk dijadikan bahan pelaris produk yang dijual. Hmmmmm. Selaku seorang ayah Abang Nara memahami perasaan Che Ta yang marah dengan situasi ini. Iyerlah, anak kita digunakan tanpa kebenaran untuk produk yang entah betul entah tidak keberkesanannya. Kata Che Ta:-
Jangan kerana sikap segelintir peniaga online ini akan menyebabkan Che Ta malas nak muatnaik gambar-gambar comel Aaisyah Dhia Rana selepas ini. Tak pasal-pasal pengikut setia yang hanya mahu melihat perkembangan si comel itu turut sama terkesan. Diharap tiada lagi kes seumpama ini berlaku di masa depan. Sian Aaisyah dieksploitasi sejak kecil lagi. Sumber MalaysianDigest. |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@