Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(10 GAMBAR)Marion Caunter Kekal Jelita Hamil Anak Ketiga

(10 GAMBAR)Marion Caunter Kekal Jelita Hamil Anak Ketiga


(10 GAMBAR)Marion Caunter Kekal Jelita Hamil Anak Ketiga

Posted: 05 May 2015 06:02 AM PDT

Jutaan tahniah diucapkan kepada Marion Caunter dan suami atas kehamilan anak ketiga mereka. Insya Allah kalau murah rezeki, kali ini dapat anak lelaki pula. Marion Caunter kini berada di Seoul untuk menghadiri majlis pelancaran Chanel Jewellery. Bukan calang-calang orang boleh mendapat jemputan ke upacara terkemuka ini. Walaupun sedang hamil, Marion Caunter tetap kelihatan jelita dan memukau pandangan.

marion caunter hamil anak ketiga

Selain Marion Caunter, antara selebriti tempatan yang berada di Seoul untuk majlis pelancaran ekslusif ini ialah Zizie Ezette dan Zahida Rafik. Agak comel apabila Zizie Ezette berkongsi gambar dirinya dengan Marion Caunter dan melahirkan rasa ‘cemburu’ dengan kelangsingan Marion walaupun sedang hamil. Hehehe.

marion caunter hamil anak ketiga

Semoga kehamilan kali ini berjalan lancar sehingga hari kelahiran buat Marion Caunter. Tahniah sekali lagi atas berita gembira ini. Lagi beberapa gambar si jelita ini dengan membaca artikel sepenuhnya.


marion caunter hamil anak ketiga
marion caunter hamil anak ketiga
marion caunter hamil anak ketiga
marion caunter hamil anak ketiga
marion caunter hamil anak ketiga
marion caunter hamil anak ketiga
marion caunter hamil anak ketiga
marion caunter hamil anak ketiga
marion caunter hamil anak ketiga

Bakal Isteri Bukan Dari Golongan Selebriti – Fahrin Ahmad

Posted: 05 May 2015 01:41 AM PDT

Ramai yang tertanya-tanya identiti bakal isteri Fahrin Ahmad yang akan dinikahi pada Sabtu ini. Ada juga yang meneka wanita bertuah itu ialah Izreen Azminda kerana kelibat mereka dilihat bersama di dalam satu kenduri kesyukuran baru-baru ini. Namun ternyata tekaan tersebut salah 100%. Fahrin telah menjelaskan yang bakal isterinya bukan dari golongan selebriti, sebaliknya hanyalah wanita biasa.

fahrin ahmad

Nampaknya identiti si gadis bertuah itu hanya akan diketahui pada majlis pernikahan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Kata Fahrin Ahmad:-

Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu. Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti. Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti.

Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini. Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya

fahrin ahmad

Ramai gadis-gadis di luar sana yang melahirkan rasa sedih mendengar berita pernikahan Fahrin Ahmad ini. Apa pun, Abang Nara respek Fahrin kerana berjaya menyorokkan percintaannya sehingga tidak dapat dihidu oleh media. Tup-tup nak nikah dah. Memang power rangers. Tahniah Fahrin. Tak sabar nak tengok wajah bakal isteri anda Sabtu ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Sumber Mstar Online.

(TAHNIAH)Fahrin Ahmad Bakal Bernikah Sabtu Ini, 9 Mei

Posted: 05 May 2015 01:06 AM PDT

Terkejut. Memang kejutan yang amat. Walaupun sudah dijangka, tidak ramai yang mampu meneka Fahrin Ahmad bakal menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini, 9 Mei. Gadis bertuah yang bakal menjadi isteri itu baru dikenali oleh Fahrin tidak sampai setahun. Berita gembira ini telah diumumkan oleh Fahrin Ahmad sendiri di sidang media sebentar tadi. Kalau dah jodoh memang tak ke mana. Alhamdulillah.

fahrin ahmad nikah

Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk kita mengetahui identiti gadis yang telah berjaya mencuri hati Fahrin Ahmad. Buat masa ini, kita doakan agar segala perancangan berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada Fahrin atas berita gembira ini. Semoga masjid yang bakal dibina berkekalan ke akhir hayat. Di bawah ialah video pengumuman berita gembira ini.

Alhamdulillah. Tahniah @fahrinahmad_fa atas berita gembira mengenai pernikahan dia bersama gadis pilihan yang masih dirahsiakan identitinya. Majlis bakal berlangsung pada hari Santu ini, 9 Mei 2015. 3 hari lagi sebelum majlis pernikahan Fahrin bersama gadis bertuah yang dikenalinya tidak lebih dari setahun. #hlive #hliveeksklusif #fahrinahmad #fahrinahmadnikah #hlivevideos

Posted by HLive on Tuesday, May 5, 2015

Tahniah sekali lagi. Sumber Facebook H!Live.

(2 GAMBAR)Siti Nurhaliza Temui Anak Mangsa Nahas Kemalangan DUKE

Posted: 05 May 2015 12:55 AM PDT

Alhamdulillah. Akhirnya tercapai jua hasrat adik Amira untuk bertemu Datuk Siti Nurhaliza. Sebentar tadi, penyanyi pujaan Malaysia ini telah pun menjejakkan kaki ke rumah anak mangsa nahas kemalangan di DUKE dan bertemu dengan adik Amira serta adik Aqila. Terharu Abang Nara melihat adik Amira memeluk erat Siti Nurhaliza. Rasa nak nangis plak tengok gambar mereka berdua.

siti nurhaliza

Sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza telah pun menafikan desas-desus dirinya telah mengambil Amira dan Aqila sebagai anak angkat. Namun siapa tahu dengan pertemuan ini akan terbuka jalan ke arah itu. Ramai peminat yang mahukan Siti Nurhaliza menjadi ibu angkat kepada anak-anak malang ini. Semoga ia akan menjadi kenyataan.

siti nurhaliza

Tahniah buat Siti Nurhaliza kerana telah meluangkan masanya melawat Amira dan Aqila. Ini adalah satu tanda keprihatinan yang amat bagus. Semoga menjadi contoh kepada selebriti-selebriti yang lain. Sumber Berita Harian.

Pihak Siti Nurhaliza Jelas Isu Mahu Ambil Anak Mangsa Nahas DUKE Sebagai Anak Angkat

Posted: 05 May 2015 12:04 AM PDT

Kemalangan di lebuhraya DUKE pada awal pagi Sabtu lalu yang mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang bayi perempuan berusia 6 bulan cukup terkesan di hati seluruh rakyat Malaysia. Nyawa orang yang tidak bersalah melayang begitu sahaja gara-gara perlumbaan kereta secara haram enam ahli Familia Myvi Club. Akibat daripada insiden tersebut, dua orang lagi anak mangsa menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Sesiapa sahaja yang melihat derita anak-anak tersebut yang kehilangan tempat bergantung sememangnya menyayat hati. Terbaru, timbul dakwaan bahawa penyanyi terkenal negara Dato Siti Nurhaliza bakal mengambil kedua-dua anak yatim piatu Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila sebagai anak angkat. Cerita tersebut mula tersebar apabila sebuah video adik Firuza Amira meluahkan hasratnya untuk bertemu penyanyi tersebut menjadi viral di media sosial. Malah, isu ini menjadi lebih hangat apabila sebuah blog turut membangkitkan isu itu.

Menerima pertanyaan yang tidak henti daripada peminat dan media, pihak Siti Nurhaliza yang berwakilkan pengurus peribadinya Rozi menafikan perkara itu dan berharap  perkara ini tidak lagi disensasikan.

Dato’ Siti sendiri ada Instagram beliau sendiri, jika ada yang henak dikhabarkan tentulah ada sahihnya daripada pihak beliau.

Siti Nurhaliza turut memuat naik semula (re-post) kenyataan tersebut dengan turut menyatakan beliau berniat untuk bertemu dengan kedua-dua kanak-kanak itu.

Inshaa-Allah, niat saya ingin bertemu kedua anak ini..selebihnya kita serah pada Allah yang Maha Bijaksana & Maha Mengetahui.

Niat Siti Nurhaliza  mengambil mereka sebagai anak angkat ataupun sebaliknya semuanya bergantung kepada perancangan dari Allah SWT.  Sememangnya perasaan kasihan dan simpati menyelubungi hati sesiapa sahaja apabila terkenangkan kejadian ngeri yang berlaku sehingga menyebabkan dua anak kecil menjadi yatim piatu.

Sumber Berita: Malaysian Digest

Gambar Aksi Manja Tersebar, Emma Maembong & Kamal Adli Sah Bercinta?

Posted: 04 May 2015 10:49 PM PDT

Amboi, amboi, amboi. Manjanya Emma Maembong meletakkan dagunya di lengan sado Kamal Adli. Pasti ramai yang cemburu. Kalau sebelum ini Kamal Adli menafikan yang dirinya sedang bercinta dengan bekas kekasih Zizan Razak itu, gambar yang tersebar ini telah membuatkan banyak pihak tertanya-tanya. Iyerlah, takkanlah seorang gadis tanpa sebarang sebab sanggup meletakkan dagunya yang comel di tangan seorang jejaka. Tak gitu?

kamal adli emma maembong bercinta

Ketika ini Emma Maembong sedang berada di kota London. Kamal Adli pula enggan memberikan sebarang komen tentang gambar ini. Mungkin Kamal menunggu kepulangan Emma untuk memberikan jawapan bersama-sama. Kalau bercinta pun apa salahnya kan? Kedua-duanya pun memang single. Tak ada istilah rampas merampas.

kamal adli emma maembong bercinta

Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Kamal Adli dan Emma Maembong. Harapnya jawapan tidaklah se’klise’ kami hanya kawan rapat, gambar itu telah diphotoshop dan sebagainya. Bosan juga kalau setiap kali ada gambar sebegini, jawapan yang sama diterima daripada setiap artis. Macam dah ada skema jawapan pulak. Apa kata anda? Sumber RotiKaya.

(12 FOTO) Sekitar Majlis Doa Selamat Izreen Azminda Sempena Bertudung

Posted: 04 May 2015 09:21 PM PDT

Pada bulan lepas, Izreen Azmida telah melakukan penghijrahan yang besar dalam hidupnya apabila beliau membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Ia merupakan langkah awal buat beliau ke satu fasa yang lebih baik buatnya.

Terbaru, Izreen menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto ketika majlis doa selamat bersempena dengan penghijrahan beliau dan pada masa yang sama turut meraikan ulangtahun kelahiran rakan artis, Fahrin Ahmad.

Melihat pada foto tersebut, ramai peminat yang mendoakan agar Izreen selalu diberkati oleh Allah dan semoga setiap langkah beliau dalam melakukan sesuatu kebaikan dipermudahkan. Ada juga peminat yang mendoakan jodoh beliau dan Fahrin kerana mereka kini kelihatan mesra bersama.

Tidak dapat dinafikan, kedua-dua mereka tampak serasi bersama dan cukup sepadan. Semoga Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad dilimpahi dengan kebahgiaan, siapa tahu mungkin ada jodoh mereka pada masa  hadapan?

Kredit Foto: Dmuslim Photostudio

Berikut beberapa lagi foto sekitar majlis doa selamat Izreen Azminda dan sambutan hari lahir Fahrin Ahmad dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


Nasha Aziz Bercinta Dengan Pemuda Kacak?

Posted: 04 May 2015 07:55 PM PDT

Nasha Aziz, aktres jelita yang sudah lama kita tidak mendengar khabar terkini mengenainya ataupun melihat lakonan beliau di kaca televisyen. Ramai juga tertanya-tanya bila agaknya beliau akan menamatkan zaman bujangnya.

Menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, rakannya terserempak dengan Nasha di sebuah gerai popular di pinggir bandar bersama seorang pemuda yang kacak. Jejaka yang  masih berada dalam lingkungan usia 20 an itu begitu mesra dan melayan Nasha dengan penuh manja.

Difahamkan jejaka tersebut bukanlah  pengurus artis popular Iman Tang seperti yang hangat diperkatakan dan dikaitkan bersama Nasha sebelum ini. Malah, hubungan mereka sudah lama berakhir.

Tersebarnya cerita ini membuatkan beberapa pihak ingin tahu siapakah gerangan pemuda tersebut yang berjaya mencuri perhatian Nasha. Benarkah mereka berpacaran?.

Kami pasti ramai yang ingin melihat Nasha Aziz akhirnya bahagia di samping seseorang dan mungkin boleh menjadi teman hidupnya sehingga ke hujung nyawa. Jangan malu untuk tampil ke hadapan dan faktor usia bukanlah pengukur sesebuah cinta.

Sumber Berita: Harian Metro

Aiman Hakim Ridza Sedia Bernikah Dengan Fathia Latiff

Posted: 04 May 2015 07:10 PM PDT

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan sama cantik sama padan iaitu Aiman Hakim Ridza dan Fatia Latiff. Pernah putus seketika sekitar bulan Februari lepas, namun kekuatan cinta dalam hati masing-masing membuatkan mereka bersatu kembali.

Sudah dua tahun menyulam kasih, Aiman dalam satu kenyataan akhbar berkata beliau berharap hubungan mereka akan berakhir di jinjang pelamin secepat mungkin.

Insya-Allah, kami merancang untuk memulakan dengan majlis pertunangan terlebih dulu sebelum sah bergelar suami isteri.  Bagaimanapun, saya belum menetapkan tarikh pernikahan kerana bimbang ia tidak menjadi. Maka, saya serahkan kepada Allah SWT .

Sudah dua tahun kami bercinta, jadi sudah tiba waktunya kami memikirkan tentang halatuju yang lebih serius dalam perhubungan.

Mengakui tidak mempunyai begitu banyak persamaan bersama Fathia, tetapi buat aktor drama Isteri Separuh Masa  itu, kekasihnya menepati ciri-ciri wanita idamannya dan sebenarnya seorang yang agak kelakar. Apa yang penting, Fathia selalu ingin menjadi dirinya sendiri dan berfikiran terbuka.

Terus terang, kami tidak mempunyai banyak persamaan tetapi perbezaan yang ada itulah membuatkan saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Satu perkara yang paling saya suka mengenai dirinya adalah dia tidak pernah meniru cara orang lain dalam segala hal malah sentiasa berfikiran terbuka.

Bella rasa memang pasangan ni nampak sweet dan sudah tiba masanya untuk mereka bersatu bukan? Perkara yang elok janganlah di tangguhkan, InshaAllah niat yang baik akan selalu diberkati dan dipermudahkan.

Sumber Berita: Utusan Online

 

Beto Kusyairi Kongsi Rasa Pilu Bertemu Adik Beradik Yatim Piatu Mangsa Kemalangan Di DUKE

Posted: 04 May 2015 07:00 PM PDT

Beto Kusyairi telah meluangkan sedikit masanya untuk bertemu dengan adik beradik yang telah menjadi yatim piatu apabila ibu bapa mereka meninggal dunia di dalam kemalangan di DUKE baru-baru ini. Kemalangan tersebut telah menjadi bualan satu Malaysia akibat penglibatan kelab kereta Myvi yang dikenali sebagai Familia Myvi Club. Abang Nara tak dapat bayangkan perasaan kedua-dua adik beradik ini iaitu Amira dan Aqila apabila kehilangan ibu bapa sekelip mata.

beto kusyairiSedih Abang Nara membaca perkongsian yang telah ditulis oleh Beto Kusyairi di laman sosialnya. Menurut pembacaan Abang Nara, ratusan rakyat Malaysia telah turun melawat keluarga mangsa dan melahirkan rasa simpati mereka. Semoga ia sedikit sebanyak menguatkan semangat ahli keluarga terbabit.

beto kusyairi

Semoga mereka yang menjadi punca kemalangan ini dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin. Kalau didapati benar-benar bersalah, semoga mereka dikenakan hukuman yang setimpal. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, respek buat Beto kerana sempat meluangkan masa untuk berkongsi rasa sedih dengan mangsa kemalangan tersebut. Semoga inisiatif Beto ini dapat membakar semangat ahli keluarga mangsa. Amin.

beto kusyairi P.S: Hari ini (5 Mei) adalah hari TERAKHIR untuk diskaun sebanyak RM30 buat semua pakaian wanita daripada Maleena.my. Kualiti produk adalah terjamin dan kesemua rekaan adalah hasil idea team Maleena sendiri. Pembelian hanya boleh dilakukan di www.maleena.my. Silalah cepat sebelum diskaun terhad ini tamat. Jangan lupa ikuti Instagram @maleenaofficial untuk segala berita dan promosi terkini.




@



(10 GAMBAR)Marion Caunter Kekal Jelita Hamil Anak Ketiga