(40 GAMBAR)Selebriti-Selebriti Di Bawah Naungan Paranormal Studio |
- (40 GAMBAR)Selebriti-Selebriti Di Bawah Naungan Paranormal Studio
- Almy Nadia Naik Sawan Dikutuk Gemuk Macam Babi
- Big Bang Gegarkan Stadium Bukit Jalil 25 Julai Ini
- Neelofa Nasihat Peserta Dewi Remaja Untuk Gunakan Telefon Cari Ilmu Pengetahuan
(40 GAMBAR)Selebriti-Selebriti Di Bawah Naungan Paranormal Studio Posted: 30 Apr 2015 01:36 AM PDT Elizabeth Tan, Sazzy Falak, Yasmin Hani, Erin Malek, Nelydia Senrose dan Mia Sara adalah antara selebriti-selebriti yang bernaung di bawah syarikat Paranormal Studio. Semalam telah diadakan satu sesi perjumpaan selebriti-selebriti tersebut dengan para media. Paling mencuri perhatian sudah tentu Erin Malek dan baby bumpnya. Tidak ketinggalan, sensasi YouTube terkini iaitu Elizabeth Tan yang memang memukau apabila dilihat secara ‘live’. Semoga selebriti-selebriti ini akan terus bersinar di bawah kendalian Paranormal Studio. All the best dan good luck Abang Nara ucapkan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Ryaniez Moments.
|
Almy Nadia Naik Sawan Dikutuk Gemuk Macam Babi Posted: 30 Apr 2015 01:22 AM PDT Ok memang ini sedih dan menyedihkan. Perempuan yang mengandung sudah tentu berat badannya akan naik. Sikit atau banyak, ia bergantung kepada individu. Dan bila berat badan sudah naik, memang susah untuk turunkan. Lebih-lebih lagi dengan kesibukan menjaga anak sampai tiada masa untuk menguruskan diri sendiri. Sedih Abang Nara membaca luahan hati Almy Nadia yang dikutuk gemuk macam babi oleh sesetengah manusia yang tak prihatin. Mulut si pengkutuk itu memang wajar dicili. Mungkin si pengkutuk belum berkahwin atau masih tidak mempunyai anak. Sedap-sedap je main cakap lepas. Akibatnya Almy Nadia tertekan sampai naik sawan. Sawan adalah satu perkara bahaya lebih-lebih lagi dengan kehadiran si bayi yang memerlukan perhatian 100% daripada ibunya. Kata Almy:-
Diharap Almy Nadia bersabar dan buat tidak peduli dengan kutukan-kutukan sebegini. Memang sakit hati kalau melayan. Perkara biasa untuk ibu yang baru lepas beranak untuk tidak kurus seperti zaman anak dara dulu. Yang penting diri sendiri sihat dan mampu memberikan yang terbaik untuk anak. Orang lain tak tahu apa yang berlaku dalam hidup kita. Sekadar kutuk mengutuk tanpa tahu kepenatan yang kita alami. Tak gitu? |
Big Bang Gegarkan Stadium Bukit Jalil 25 Julai Ini Posted: 30 Apr 2015 01:10 AM PDT Kumpulan Kpop terkenal, Big Bang bakal singgah di Malaysia untuk bertemu para peminatnya di dalam sebuah konsert. Kehadiran Big Bang ini adalah bersempena konsert jelajah ‘Big Bang 2015 World Tour [Made]. Konsert di Malaysia bakal berlangsung pada 25 Julai 2015 di Stadium Bukit Jalil. Pastinya ini adalah satu berita yang menggembirakan serta mengujakan buat para peminat Big Bang. Pada tahun 2012, Big Bang telah pun membuatkan kira-kira 15,000 peminat Malaysia histeria dengan persembahan penuh bertenaga bersempena konsert jelajah BigBang Alive Galaxy Tour 2012. Kali ini pastinya Big Bang akan muncul dengan persembahan yang lebih unik dan menarik. Sama-samalah kita nantikan info lanjut tentang konsert Big Bang 2015. Abang Nara akan kongsikan apabila ada maklumat terkini. Diharap bersabar ye!!! |
Neelofa Nasihat Peserta Dewi Remaja Untuk Gunakan Telefon Cari Ilmu Pengetahuan Posted: 30 Apr 2015 01:01 AM PDT Dengan dunia teknologi semakin canggih, kegunaan telefon juga semakin berubah. Kalau dulu telefon sekadar digunakan untuk membuat panggilan dan menghantar mesej, kini dengan kewujudan applikasi seperti Instagram, Facebook dan Twitter, pelbagai perkongsian sosial boleh dilakukan oleh pengguna telefon pintar. Malah kebanyakan telefon dilengkapkan dengan capaian Internet, memudahkan pencarian tentang sesuatu isu lebih mudah dilakukan.
Ada betulnya kata Neelofa itu. Abang Nara juga kadangkala hanya menghabiskan masa untuk membaca dan mengikuti perkembangan rakan-rakan di Facebook dan Instagram. Itu satu kerugian yang amat. Sepatutnya masa tersebut digunakan untuk menimba ilmu. Bagus juga nasihat Neelofa ini untuk kita jadikan panduan. Semoga selepas ini akan ada perubahan. Apa pula yang anda sering lakukan dengan telefon anda? Sumber Berita Harian. |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@