Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Fahrin Ahmad Bakal Umumkan Perkahwinan Di Sidang Media Esok?

Fahrin Ahmad Bakal Umumkan Perkahwinan Di Sidang Media Esok?


Fahrin Ahmad Bakal Umumkan Perkahwinan Di Sidang Media Esok?

Posted: 04 May 2015 01:20 AM PDT

Fahrin Ahmad adalah antara jejaka kacak yang perkahwinannya dinanti-nanti banyak pihak. Sudah pun berusia 36 tahun, Fahrin Ahmad sering tidak bernasib baik dalam percintaan. Ramai gadis-gadis yang sering dikaitkan dengannya, namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun yang berjaya benar-benar mencuri hatinya untuk dijadikan seorang isteri.

fahrin ahmad

Esok Fahrin Ahmad akan mengadakan satu sidang media. Ramai yang tertanya-tanya isi kandungan sidang media tersebut. Nak kata untuk promosi filem Pilot Cafe lakonannya, sudah agak terlambat untuk itu. Kalau untuk perlantikan jadi duta produk, tak ada pula dengar sebarang ura-ura tentang itu. Ada desas-desus bertiup kencang yang Fahrin Ahmad bakal mengumumkan tarikh pernikahannya di sidang media tersebut. Jeng, jeng, jeng.

fahrin ahmad

Sekiranya benar Fahrin Ahmad akan mengumumkan berita gembira tersebut, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Pasti ramai yang berdebar menunggu sidang media esok. Kalau benar tentang perkahwinan, siapakah gadis yang berjaya mencuri hatinya? Selebriti juga ke? Berapa umur? Bila tarikh nikah? Fuh!!! Macam-macam persoalan bermain di minda. Apa apa pun, sama-samalah kita nantikan esok.

Rita Rudaini Terus Perjuangkan Hak Anak-Anak

Posted: 04 May 2015 12:05 AM PDT

Rita Rudaini masih lagi dicerca dan dihimpit pelbagai kontroversi atas beberapa kes yang masih belum selesai meskipun sudah bercerai dengan pemain bolasepak Aidil Zafuan hampir dua tahun lamanya.

Tempoh empat tahun yang diharungi oleh Rita untuk naik turun mahkamah tidak mematahkan semangat beliau untuk memperjuangkan hak sebagai seorang ibu dan wanita  dan menganggap pengorbanan hari ini adalah untuk kemudahan hidup anak-anak tercinta pada masa depan.

Tipulah kalau saya kata saya tak penat, tapi apabila melihat anak-anak, semangat saya bertambah kuat. Malah kini saya bekerja bukan untuk diri sendiri lagi, tetapi untuk anak-anak. Saya sedar sejak mula saya naik turun mahkamah, ada yang memperlekehkan usaha saya.

Mereka menganggap saya tidak 'move on', mata duitan dan sebagainya. Tetapi apa yang saya lakukan sebenarnya adalah hak untuk anak-anak. Bahkan ia juga adalah hak saya sebagai wanita. Di mahkamah, sebagai wanita, ada banyak hak yang boleh kita perjuangkan .

Kalau menang, dapat duit, itu mahkamah yang putuskan.

Rita yang kini masih mempunyai dua kes yang sedang dibicarakan termasuk kes mutaah memberitahu apabila berada di mahkamah beliau menyedari ada banyak kes yang lebih rumit dihadapi oleh wanita lain dan ia sedikit sebanyak memberikan kekuatan untuk terus berjuang.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini tidak pernah berniat untuk mempengaruhi atau mengajak wanita lain untuk bercerai mahupun bergaduh, tetapi beliau hanya ingin memperlihatkan contoh agar tiada wanita yang putus asa dan hak mereka ditindas.

Saya bukanlah nak ajak wanita lain untuk bercerai atau pun bergaduh dengan pasangan masing-masing di mahkamah. Tetapi saya rasa lega apabila ada yang memahami dan menyokong tindakan saya dalam memperjuangkan hak kami sebagai wanita.

Bila berlakunya perceraian terdapat beberapa wanita yang tidak tahu atau tidak berani memperjuangkan haknya dalam sesuatu kes. Ada yang ditindas dan harus melakukan 2 hingga 3 pekerjaan untuk menampung anak-anak kerana bekas suami tidak menunaikan tanggungjawab. Mungkin ramai yang tidak suka dengan cara Rita Rudaini tetapi beliau memang banyak berkorban untuk anak-anaknya.

Sumber Berita: Sinar Harian

 

 

Dato’ Boy Iman Kini Bercinta Dengan Effa Maembong?

Posted: 03 May 2015 09:14 PM PDT

Abang Nara sebenarnya ternanti-nanti sama ada program realiti Keeping Up With The Maembong akan menjadi kenyataan. Menarik juga sebenarnya apa yang terjadi di sebalik tabir kepada adik beradik Maembong ini. Yang paling popular sudah tentulah Emma Maembong. Itu tidak boleh dinafikan lagi. Namun khabar angin terkini yang sedang bertiup kencang ialah kakak kepada Emma iaitu Effa Maembong dikatakan sedang menjalin hubungan percintaan dengan Dato’ Boy Iman.

effa maembong dato boy iman

Desas-desus ini bertiup kencang apabila Effa Maembong sendiri memuatnaik gambarnya bersama Boy Iman dengan menulis caption penuh jiwang. Antaranya “DBI, cinta mati”, “Tapi jgn ambil dia dari saya.. Separuh hati saya ada pada dia. One of kind. Love DBI,” dan macam-macam lagi. Terasa macam tengah tengok budak sekolah bercinta pulak. Tak apalah yang penting bahagia.

effa maembong dato boy iman

Untuk makluman, Dato’ Boy Iman masih bergelar seorang suami. Perkahwinan yang dibinanya kini sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah akibat masalah yang dikatakan berpunca daripada kewangan. Diharap beberapa gambar Boy Iman dan Effa Maembong ini tidak akan menjejaskan perbicaraan mahkamah. Mungkin Effa dan Boy perlu bersabar untuk meluahkan rasa cinta sehingga perbicaraan berakhir. Tak gitu?
effa maembong dato boy iman

Apa pun, kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Adik beradik Maembong ini memang mempunyai kejelitaan mereka yang tersendiri. Untunglah jejaka-jejaka yang dapat memperisterikan mereka. Tak gitu? Apa kata anda?

effa maembong dato boy iman

(13 GAMBAR)Yana Samsudin Yang Semakin Jelita Bertudung

Posted: 03 May 2015 08:52 PM PDT

Semakin jelita, semakin cantik dan semakin menawan Yana Samsudin dengan imej terbarunya ini. Memang makin sedap mata memandang apabila Yana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya baru-baru ini. Keputusan untuk berhijab datang secara tiba-tiba buat Yana. Alhamdulillah. Masa muda sudah dibukakan pintu hati untuk menutup aurat sepenuhnya. Bukan semua orang dibukakan hati semudah ini.

yana samsudin

Menarik juga kisah yang dikongsikan oleh Yana Samsudin tentang penghijrahannya ini. Kata Yana:-

Pada 28 April lalu, saya ada mengikuti majlis ilmu, Warung Halal di Kedah. Ketika itu, saya memang mengenakan tudung namun, belum terfikir untuk bertudung sepenuhnya.

Pada keesokan harinya, saya hadir dalam program Wanita Hari Ini dan bertudung. Dari situlah saya mula terfikir untuk mengekalkan imej itu dan terus bertanya kepada suami.

Alhamdulillah, dia menyambut baik keputusan saya. Mungkin ini adalah kerana doa daripada keluarga, suami, peminat dan sahabat. Saya sendiri pun tak tahu nak jelaskan macam mana kerana semuanya datang secara tiba-tiba

Tambah bagus, Yana Samsudin bakal membuang gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di media sosial. Itu satu langkah yang amat baik. Namun sudah tentu ia akan mengambil sedikit masa dan ada pengecualian, terutama yang berkaitan dengan kerja. Kata Yana lagi:-

Saya bersyukur dengan penerimaan positif di kalangan peminat. Sebagai pengurus, suami saya akan menguruskan mengenai perkara itu dan ia akan dibuat secara berperingkat.

Namun, untuk iklan dan poster yang sudah dibuat, saya tidak boleh buat apa-apa kerana ianya dilakukan sebelum saya berhijab. Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan pihak lain atas keputusan saya.

Yang mana boleh diselamatkan, kami akan buat. Saya harap peminat akan memahaminya dan tidak menjadikan perkara ini sebagai isu selepas ini

yana samsudin

Betul kata-kata Yana itu. Mana yang boleh buang, kita buang. Yang tak boleh dibuang, tak perlu dijadikan isu dan kontroversi. Yang penting Yana sudah berubah dan kini berusaha menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Itu pun sudah cukup sebenarnya. Sama-samalah kita doakan agar Yana terus istiqamah. Tahniah sekali lagi buat Yana atas perubahan ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Volkswagen Beetle Bug dilancarkan pada harga RM146,888


yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin
yana samsudin
yana samsudin
yana samsudin

(18 GAMBAR)Ramona Zamzam Kahwini Jejaka Palestin, Rami Alashkar

Posted: 03 May 2015 07:51 PM PDT

Kalau Shahz Jaszle melangsungkan pernikahan serba ringkas dengan wanita pilihan hati, 1 Mei lepas juga berlangsung majlis pernikahan pelakon filem Jengka, Ramona Zamzam dengan jejaka Palestin, Rami Alashkar dalam satu majlis di Palace of the Golden Horses.
 photo 11208454_1441293769513959_1528196502_n.jpg
Menurut Ramona, dia sudah lama mengenali Rami ketika sama-sama menuntut di Kolej Segi, di mana ketika itu Ramona dalam pengajian diploma dan Rami pula sedang mengambil ijazah sarjana muda.

Tambahnya, sikap Rami yang cukup menyenangkan membuatkan dia selesa bersama jejaka berusia 27 tahun itu.

Bersama kita doakan perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat. Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Draconiq Photography.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membawakan kepada anda Siri…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 27 April 2015


 photo 11176470_1704215299805833_770464814_n.jpg
 photo 11208083_934363196622789_1770583485_n.jpg
 photo 11203365_584290861713334_1437755560_n.jpg
 photo 11192798_790048964436198_753202089_n.jpg
 photo 11192980_1429658680671153_1737746519_n.jpg
 photo 11195657_386631284843263_886507663_n.jpg
 photo 11193000_830377687054999_102874181_n.jpg
 photo 11192771_367321936789898_1116589919_n.jpg
 photo 11190072_1587731348179427_1985679569_n 1.jpg
 photo 11191058_954315057941602_1815022202_n.jpg
 photo 11190896_1413391468981952_627331332_n.jpg
 photo 11176256_893255000721252_2088252189_n.jpg
 photo 11186938_1577441992530002_81608576_n.jpg
 photo 11176356_1442942522684300_1839925078_n.jpg
 photo 11189693_365572730314139_1854636290_n.jpg

Jojie Bakal Berkahwin Jun Ini Pada Usia 50 Tahun

Posted: 03 May 2015 07:39 PM PDT

Sekali pandang, memang tak perasan yang Jojie, kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella ini sudah berusia 50 tahun. Masih awet muda dan nampak seperti baru berusia 30 tahun. Setelah hidup seorang diri dan membujang sekian lama, Jojie akhirnya bakal bergelar isteri kepada seorang usahawan dan pengurus acara, Syahrizal Ismail yang berusia 36 tahun. Jutaan tahniah diucapkan atas berita gembira ini.
jojie kahwin

Perbezaan umur sebanyak 14 tahun ternyata tidak menghalang Jojie dan Syahrizal untuk membina mahligai cinta mereka. Kata Jojie:-

Faktor usia bagi saya bukanlah masalah untuk kami meneruskan niat murni ini. Walaupun jarak usia yang berbeza, Syah seorang yang matang dan tidak kebudak-budakkan. Kami berkenalan kira-kira setahun yang lalu apabila kami terbabit dalam sebuah acara membabitkan Ella dan saya pula perlu berurusan dengannya.

Selepas beberapa kali berjumpa, kami mula akrab dan hubungan itu kemudiannya menjadi lebih serius. Selain itu apa yang membuatkan saya terpikat padanya kerana beliau seorang yang sangat menjaga solat. Dia sering mengingatkan saya mengenai solat, terutama sekali solat subuh. Saya memang mencari seorang yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan dan Alhamdulilah impian itu dimakbulkan.

jojie kahwin

Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana kan? Jojie dan Syahrizal bakal disatukan sebagai suami isteri pada bulan Jun ini. Majlis resepsi pula akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri. Tahniah sekali lagi buat Jojie dan Syah. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

jojieP.S: Sabtu ini 9 Mei, ramai-ramai kita meriahkan pembukaan 3 butik hebat iaitu Minaz, Hijriahome dan Marshmallowscarf di Bangi Sentral bermula jam 8 pagi. Pellbagai hadiah menarik seperti percutian ke Bali, penginapan di Grand Lexis Port Dickson dan macam-macam lagi untuk dimenangi. Paling penting, harga produk ketiga-tiga butik ini akan dijual pada harga MEGA SALE. Dijamin puas hati. Jangan lupa ikuti Instagram @minaz.my, @Hijriahome, @Marshmallowscarf sebab di situ pun ada contest best!!!

 

(11 FOTO) Pra Perkahwinan Lana Nodin & Daud McKienzie

Posted: 03 May 2015 07:26 PM PDT

Pernah mengejutkan industri hiburan tempatan apabila mengumumkan bakal berkahwin tidak lama lagi, Lana Nodin dan bakal suami, Daud McKienzie kini menghitung hari untuk bergelar raja sehari.

Jelas mereka sedang dilamun cinta dan sudah tidak sabar untuk hidup bersama menerusi beberapa foto pra perkahwinan yang telah dikongsikan oleh Lana di laman Instagram baru-baru ini.

Untuk pengetahuan anda Daud merupakan  seorang atlet warganegara Amerika Syarikat dan mempunyai darah kacukan Irish dan Filipina. Mereka bertentang mata buat pertama kali ketika Lana menghadiri sebuah acara sukan di Singapura. Kesungguhan  serta kejujuran Daud ataupun nama asalnya David dalam menjalinkan hubungan membuka pintu hati lana untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam.

Kepada Lana Nodin dan Daud semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan perkahwinan anda bahagia sehingga ke akhir hayat.

Kredit Foto: Instagram Lana Nodin

Lagi beberapa foto pra perkahwinan Lana Nodin dan Daud McKienzie dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

(7 GAMBAR)Shahz Jaszle Selamat Bergelar Suami Hanis Husna

Posted: 03 May 2015 06:21 PM PDT

Tahniah buat pelakon Shahrizal Jaszle yang telah melangsungkan pernikahan dengan model Hanis Husna Mohamad Nadzree pada 1 Mei lepas di kediaman keluarga Husna di Kelantan.

Sebelum ini Shahz, 27, mengumumkan bahawa Husna, 19, ialah teman wanita barunya menggunakan akaun Instagram, menimbulkan kontroversi kerana ia tidak diketahui oleh tunangnya ketika itu, Redzwani Puteri. photo 11208247_1599747226932115_281919903_n.jpg
Bagaimanapun semua itu sudah jauh ditinggalkan setahun lepas. Semoga ini pernikahan ini menamatkan kontroversi Shahz Jaszle dan akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Zakwan Nadzree.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membawakan kepada anda Siri…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 27 April 2015


 photo 11208096_1439512203026418_98857174_n 1.jpg
 photo 11203485_380654432122755_690439261_n.jpg
 photo 11191421_837447246337754_1292630816_n.jpg
 photo 10009189_534229750051154_585499955_n.jpg
 photo 11195752_823913554322620_1317844717_n.jpg
 photo 11192764_1422874224697025_1607339222_n 1.jpg




@



Fahrin Ahmad Bakal Umumkan Perkahwinan Di Sidang Media Esok?