Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Ronnie Disingkirkan Daripada Kumpulan Hyper Act

Ronnie Disingkirkan Daripada Kumpulan Hyper Act


Ronnie Disingkirkan Daripada Kumpulan Hyper Act

Posted: 08 May 2015 08:00 AM PDT

Agak terkejut Abang Nara membaca berita ini. Mana tidaknya, vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Ronnie telah pun disingkirkan. Sebelum ini lagu-lagu kumpulan Hyper Act dendangan Ronnie seperti Hanya Aku sememangnya amat popular. Kepopularitian kumpulan ini semakin meningkat selepas bergelar naib juara AJL28, sekaligus menyebabkan semakin banyak tawaran menyanyi diperolehi, sama ada secara berkumpulan atau solo.
hyper actMenurut Harian Metro, keputusan menyingkirkan Ronnie ini diambil kerana anggota lain tidak berpuas hati apabila Ronnie tidak pernah memberikan bayaran 30 peratus kepada syarikat mereka Hype Beat bagi setiap undangan persembahan solo penyanyi itu. Ronnie melahirkan rasa redha atas keputusan ini. Kata Ronnie:-

Mungkin sudah tiada rezeki kami untuk bekerjasama. Sebelum ini pun saya sudah dengar cerita juga (konflik dalaman), jadi apabila mereka sudah putuskan begitu saya terima sajalah.

hyper act

Penyingkiran tersebut telah diumumkan oleh Hyper Act menerusi akaun Instagram mereka. Agak sedih apabila gabungan yang terbukti berkesan ini terpaksa berakhir dengan perpisahan. Namun inilah adat dunia hiburan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Ronnie dan Hyper Act.

Nora Danish Nafi Dirinya Antara Artis Wanita Terkaya Malaysia

Posted: 08 May 2015 01:51 AM PDT

Nora Danish sememangnya memiliki pakej yang cukup sempurna sebagai seorang wanita. Cantik, ada kekasih sehebat Nedim Nazri dan banyak mendapat tawaran berlakon. Malah Nora Danish juga mempunyai perniagaan sendiri selain dilantik menjadi duta produk. Oleh kerana dilihat sentiasa sibuk dengan tawaran kerja dan perniagaan, ada desas-desus bertiup yang menyatakan Nora Danish antara artis wanita terkaya di Malaysia.

nora danish

Tampil menerusi Harian Metro hari ini, Nora Danish menafikan dakwaan tersebut. Menurut Nora, kalau betul dia sudah kaya seperti yang didakwa, sudah tentu dirinya akan memilih filem tertentu saja untuk berlakon. Kata Nora Danish:-

Kalau betul saya sudah kaya, orang takkan nampak saya gigih bekerja. Menyara keluarga adalah tanggungjawab saya dan sebagai ibu, saya juga perlu berdikari mencari pendapatan sendiri terutama jika mahu bawa anak pergi bercuti

nora danish Untuk makluman, walaupun anaknya hasil perkahwinan dengan Jejai ditanggung bekas suami, Nora Danish mempunyai ibu dan adik-beradik lain yang perlu ditanggung perbelanjaannya. Terharu Abang Nara. Apa pun, selagi masih banyak tawaran, selagi masih panas di pasaran, selagi boleh berniaga, selagi dapat tawaran jadi duta produk, selagi itulah pulun sehabis mungkin. Bab-bab populariti ini kita tak tahu pasang surutnya. Hari ini mungkin popular, tiba-tiba esok orang dah tak nak dah. Tak gitu?

Ayda Jebat Nafi Bodek Produser Untuk Dapatkan Tawaran Berlakon

Posted: 08 May 2015 01:47 AM PDT

Pernah didakwa mengundi diri sendiri untuk menang dalam anugerah, kini Ayda Jebat dikatakan sering membodek produser-produser untuk berlakon dalam sesebuah drama dan telefilem.

Walaubagaimanapun, Ayda yang melangkah masuk ke dalam industri hiburan tempatan sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia 9, menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan populariti yang dikecapinya sekarang adalah hasil usaha kerasnya yang tidak pernah berhenti.

Saya sedar sebelum ini namanya saya tidak melonjak naik ketika tersingkir di Akademi Fantasia 9, kini nama Ayda semakin dikenali dan popular disebabkan usaha saya yang tidak henti-henti.

Bodek membodek bukan cara saya, sebagai pelakon perlu sedar diri untuk mencari ruang dan peluang dalam dunia lakonan menerusi bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Ayda juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kariernya dan selalu mendoakan kejayaan beliau.

Bagi saya peminat adalah segala-galanya, tanpa sokongan mereka saya mungkin masih berada di takuk yang lama, kerana peminat jugalah yang memberi kejayaan kepada saya.

Saya tidak keseorangan, kejayaan yang saya kecapi adalah doa-doa mereka serta orang yang rapat dengan saya, dan menjadi tanggungjawab sebagai seorang pelakon, lakukan yang terbaik di set penggambaran serta menjaga hati peminat dengan baik.

Tidak semestinya kegagalan masa lalu membuatkan kita terus gagal selamanya. Tidak dapat dinafikan ada sesetengah artis yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tawaran berlakon. Kata orang kalau hendak berada didalam dunia hiburan hati mau kental dan perlu berdepan dengan seribu satu kerenah manusia.

Sumber Berita: Murai

 

 

Kini Berhijab, Yana Samsudin Enggan Ulas Tentang Penghijrahannya

Posted: 07 May 2015 11:40 PM PDT

Bagus. Seringkali bila ada selebriti wanita berhijab, banyak pihak (termasuk selebriti itu sendiri) yang cuba mengambil kesempatan dengan penghijrahan tersebut. Ada yang berlagak alim, ada yang berkongsi kisah yang tak masuk akal dan ada yang tiba-tiba menghentam rakan selebriti lain yang belum menutup aurat. Langkah Yana Samsudin untuk tidak memberi sebarang komen ini harus dipuji. Pemakaian tudung adalah wajib dalam Islam dan ia tidak perlu digembar-gemburkan seperti satu perkara yang ajaib.

yana samsudin

Kata Yana Samsudin:-

Kalau boleh saya tidak mahu mengulas lanjut berkenaan isu ini kerana beranggapan ianya terlalu sensitif dan tidak perlu untuk dihebahkan dengan terlalu meluas. Saya sudah lama menyimpan niat untuk berhijab dan tidak ralat untuk berubah imej bila-bila masa pun. Cuma banyak aspek yang perlu dititik beratkan kerana melibatkan banyak pihak.

yana samsudin

Tahniah kepada Yana Samsudin yang bersikap tenang tentang penghijrahannya ini. Semoga kehidupan Yana dan suami lebih diredhai dan tenang selepas ini. Moga-moga makin murah rezeki. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

yana samsudinP.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) All items ready stock. FREE POSTAGE bagi order RM100 dan ke atas. Harga antara termurah di pasaran dan anda pasti akan berpuas hati dengan produk dan servis yang ditawarkan. Lebih banyak design yang pasti membuatkan penampilan anda lebih menarik di website ^_^

 

Tasha Shila & Hans Wong Kembali Bersahabat Semula

Posted: 07 May 2015 07:07 PM PDT

Nampaknya harapan untuk para jejaka di luar sana mengorat Tasha Shilla kini semakin berkurangan. Walaupun sudah putus cinta dengan Hans Wong baru-baru ini, Tasha Shila kini kembali ber’sahabat’ semula dengan bekas kekasihnya itu. Persahabatan yang kembali terjalin itu dapat dikesan apabila Hans memuatnaik gambarnya bersama Tasha menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini. Maka punahlah harapan dan impian mereka yang menaruh hati terhadap Tasha.

tasha shila

Caption yang ditulis oleh Hans membayangkan seolah-olah mereka berdua telah kembali bercinta. Tulis Hans:-

Dinner time with my beautiful lady who always by my side ??

Namun menurut Tasha, dirinya dan Hans sekadar berkawan sahaja terlebih dulu. Akan tetapi Tasha tidak menolak sekiranya memang sudah tertulis ada jodoh di antara mereka. Kata Tasha:-

Tidak semestinya bila sudah berpisah kita tidak boleh berkawan semula dengan bekas kekasih kerana ia merupakan perkara biasa untuk pasangan yang pernah bercinta. Setelah bermuhasabah diri, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berdendam dengannya kerana di dunia ini tidak baik untuk bermusuh-musuhan sesama manusia.

Buat masa sekarang ini saya dan dia bersahabat baik kerana masing-masing ingin memberi fokus terhadap kerjaya masing-masing dahulu kerana kami tidak mahu terikat dengan apa-apa hubungan. Kerana dulu kami sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi tidak jadi kini saya serahkan semuanya kepada Allah mengenai soal jodoh kerana itu merupakan perancangan terbaik-Nya

tasha shila

Selalunya jarang lelaki dan perempuan dapat bersahabat semula tanpa sebarang perasaan lebih-lebih lagi jika anda pernah bercinta dengan orang tersebut. Namun tiada yang mustahil dalam hidup ini. Mungkin Tasha dan Hans perlu mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam sebagai seorang kawan terlebih dahulu. Kalau tiba-tiba perasaan sayang itu kembali, dinasihatkan agar segera berkahwin. Tak perlulah nak bercinta lama-lama. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

P.S: Gambar mesra kucing dan budak ini pasti akan buat anda tersenyum

Perkahwinan Lana Nordin & Daud McKienzie Dapat Tajaan RM2 Juta

Posted: 07 May 2015 06:50 PM PDT

Gulp. Wow. Amazing. Power. RM2 juta. Memang murah rezeki Lana Nodin dan Daud McKienzie yang bakal berkahwin pada tanggal 15 Mei ini kerana mendapat tajaan sebanyak itu. Tajaan tersebut adalah untuk majlis berinai, nikah dan bersanding. Abang Nara dah dapat bayangkan betapa meriah dan gemilangnya majlis perkahwinan Lana Nodin kelak.

lana nodin nikah

Majlis pernikahan pasangan ini bakal diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses yang merupakan hotel 6 bintang di Malaysia pada jam 9.30 pagi 15 Mei. Majlis persandingan pula akan berlangsung pada jam 8 malam di tempat yang sama pada hari yang sama. Sehari sebelum, majlis berinai bertemakan Puteri Gunung Ledang akan dilangsungkan. Fuh!!! Confirm Lana Nodin akan cantik, anggun dan jelita di hari bahagianya itu.

lana

Lana Nodin sendiri melahirkan rasa terkejutnya atas tajaan yang diterima. Ia adalah satu jumlah yang banyak. Betullah kata orang berkahwin itu memurahkan rezeki. Kalau orang dah nak taja, buat apa kita nak tolak kan? Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Selamat pengantin baru Abang Nara ucapkan kepada Lana dan Daud. Sumber Harian Metro.

Drama Hati Perempuan Romantik Atau Mengarut?

Posted: 07 May 2015 06:33 PM PDT

Setiap kali slot Akasia TV3 muncul dengan drama baru, pasti pelbagai reaksi yang diterima. Terbaru, drama Hati Perempuan lakonan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad mendapat maklumbalas yang berbelah bahagi. Ada yang positif, ada yang negatif. Diadaptasi daripada novel yang tajuknya sama, drama Hati Perempuan mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama seperti drama-drama yang sebelumnya. Tema yang diangkat ialah kahwin paksa.

hati perempuan

Ramai yang tidak berpuas hati dengan drama ini kerana watak Mia Ahmad sebagai Yuhanis yang bersikap kurang ajar terhadap suaminya, Tengku Zaril. Walaupun sudah berkahwin, sering bercakap dengan nada suara tinggi, merajuk tak kira tempat. Yang peliknya Tengku Zaril lakonan Syarul Ridzwan begitu tabah memujuk isterinya itu. Lepas itu masalah boleh selesai kalau berterus terang tapi sampai ke sudah pendam perasaan je. Kalau cakap terus mesti setel segala masalah (tapi tak jadi lah drama plak kan?)

hati perempuan

Penggemar drama Hati Perempuan pula menyatakan yang drama ini romantis dengan aksi-aksi memujuk oleh Tengku Zaril. Tidak kurang ramai yang memuji Yuhanis kerana ketegasannya selaku seorang perempuan. Bagi mereka, Yuhanis cekal, tabah dan ada pendirian yang tersendiri. Tidak kurang yang menggemari drama ini kerana ke’sweet’an pasangan ini. Sama cantik dan sama padan katanya.
hati perempuan

Apa pula pendapat anda? Adakah drama Hati Perempuan ini sweet tahap caramel atau mengarut tahap gaban? Adakah drama sebegini terutamanya yang diadaptasi dari novel perlu diteruskan? Adakah romantis sebegini yang dimahukan dalam perkahwinan? Wujudkan suami yang tak henti-henti memujuk isterinya walaupun diherdik dengan kasar? Kongsikan di ruangan komen.




@



Ronnie Disingkirkan Daripada Kumpulan Hyper Act