Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Salman Khan Didapati Bersalah Dalam Kes Langgar Lari Yang Menyebabkan Kematian

Salman Khan Didapati Bersalah Dalam Kes Langgar Lari Yang Menyebabkan Kematian


Salman Khan Didapati Bersalah Dalam Kes Langgar Lari Yang Menyebabkan Kematian

Posted: 05 May 2015 11:51 PM PDT

Bintang Bollywood, Salman Khan telah didapati bersalah di dalam sebuah kes langgar lari yang telah menyebabkan kematian. Kejadian tersebut telah berlaku 12 tahun lalu di Mumbai di mana Salman Khan telah melanggar (running over) 5 orang lelaki yang sedang tidur di tepi jalan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mangsa meninggal dunia. Salman Khan sebelum ini menafikan dirinya memandu kenderaan terbabit ketika kejadian berlaku.

salman khan guilty

Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan yang Salman Khan telah memandu kereta terbabit dalam keadaan mabuk selepas pulang daripada sebuah bar untuk minum. Dengan kesalahan ini, Salman Khan boleh dipenjarakan selama 10 tahun yang pastinya akan mencacatkan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
salman khan guilty

Pastinya keputusan mahkamah ini mengejutkan jutaan peminat Salman Khan di seluruh dunia. Namun keadilan tidak mengenal usia, pangkat, status ataupun rupa. Pihak yang bersalah seharusnya mendapat hukuman yang setimpal. Apa pula kata anda? Sumber CNN.

Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupa Di Studio Go Shop

Posted: 05 May 2015 11:39 PM PDT

Salah satu saluran feveret Abang Nara di Astro selain sukan ialah Saluran 118. Korang tahu tak saluran apa 118 nie? Tak lain tak bukan ialah saluran Go Shop. Bagi Abang Nara Go Shop nie menarik sangat-sangat. Seronok tengok host-host seperti Jimmy Shanley, Reen, Rai dan Azrul membuat demonstrasi produk dengan penuh bertenaga. Kalau produk tue basikal, siap kayuh sampai keluar peluh. Best!!!

astro go shop

Ketika menonton saluran Astro Go Shop nie Abang Nara tertanya-tanya juga macam mana rasanya jadi pengacara di saluran ini. Nampak macam senang je. Hanya perlu cakap tentang produk yang kebanyakannya datang dari Korea, tunjuk demonstrasi produk tersebut dan tekankan kelebihan produk itu untuk bakal pembeli. Jadi apabila Abang Nara dan rakan-rakan blogger lain dijemput untuk ke studio Go Shop, memang teruja diri ini dibuatnya. Akhirnya dapat tengok secara 'live' apa yang terjadi di belakang pentas.

astro go shop

muka excited tak ingat!!!

Perkara pertama yang Abang Nara sebut ketika melihat pentas Go Shop ialah "oh kecik je pentas dia. Camner boleh muat semua benda dalam nie?". Persoalan itu terjawab apabila pengacara pada hari itu iaitu Jimmy Shanley dan Rai menerangkan yang semua peralatan di studio Go Shop adalah mudah alih. Proses keluar masuk produk yang ingin dipromosikan berlaku dengan mudah. Tolak sahaja dah setel semuanya.

astro go shop

Jimmy Shanley memang kelakar macam dalam saluran 118

Untuk makluman, slogan Go Shop ialah "ada TV, ada PC, ada FON, ada TABLET, boleh beli". Menarik kan? Kalau tengah tengok saluran 118 tiba-tiba terpikat dengan produk yang sedang didemonstrasikan, boleh terus beli dengan menelefon 1800-82-0088 pada bila-bila masa 24-jam sehari. Tapi kalau rasa tak nak telefon, boleh juga layari laman web www.goshop.com.my untuk membuat pembelian. Gunakanlah tablet, fon atau PC anda untuk melihat kesemua produk yang ditawarkan di Go Shop menerusi laman web tersebut. Abang Nara dah hafal semua ini sebab ketika ke pentas Go Shop ini, Abang Nara telah diberi peluang untuk menjadi pengacara. Cuak beb!!!

astro go shop

Nasib baiklah ada Reen untuk membantu Abang Nara membuat promosi produk seterika Steam Q. Ini adalah salah satu produk paling laris di
Go Shop. Memang terbaik!!! Abang Nara dah beli dah satu. Tak perlu nak habiskan setengah jam untuk gosok baju. Dengan Steam Q, anda akan dapat menjimatkan masa dan kekemasan baju adalah amat tip top sekali. Abang Nara yang selama ini malas nak seterika pun jadi rajin sebab seronok guna Steam Q nie. Mudah sangat-sangat.

astro go shop

sambil berdiri je seterika baju. Steam Q memang power!!

Blogger-blogger lain yang hadir juga turut sama diberi peluang untuk mencuba produk yang ada. Antara seperti di bawah:-

1. Kak Filah dengan Yogurberry Yogurt Maker. Penggemar yogurt mesti suka produk nie. Tak perlu habiskan berpuluh-puluh ringgit beli yogurt kat kedai. Boleh buat sendiri kat rumah dah. Senang pun senang. Tiada eletrik digunakan jadi ia sesuai dibawa ke mana-mana sahaja.

astro go shop

2. Kak Elly dengan originalraw10 Cushion Foundation. Ini memang sangat sesuai buat para wanita di luar sana. Inilah rahsia kecantikan wanita Korea selama ini. Ketika demonstrasi, memang nampak jelas perbezaan wajah sebelum dan selepas menggunakan produk ini. Kalis air, tahan lama dan nampak sangat natural.

astro go shop3. KampungBoyCityGal dengan HUROM Slow Juicer. Ini memang feveret Abang Nara selaku seorang peminat juice. Tengah kumpul duit nak beli HUROM Slow Juicer ini. Bunyinya sangat senyap dan paling penting, penggunaannya amat mudah sekali. Hanya perlu masukkan buah atau sayur-sayuran yang dimahukan. Tak perlu tambah gula, perisa atau sebarang pewarna tambahan. Rasa original. 100% juice. Sedap tak ingat!!!
astro go shop

Selesai demonstrasi keempat-empat produk ini, Abang Nara dan 3 lagi blogger telah diberi masa 10 minit untuk membentuk kumpulan bersama blogger-blogger lain yang hadir. Tugasan kami? Menjadi pengacara dan mempromosikan produk yang diberikan dengan cara paling kreatif dan menarik. Team Abang Nara sudah tentulah kena promosikan seterika Steam Q. Ketika ini barulah terasa cuak, gelabah dan tak confident. Susah rupanya jadi pengacara Go Shop nie.

astro go shop

muka cuak yang berjaya disembunyikan

Disebabkan Abang Nara selalu keluar TV (padahal sebab confident tak ada), Abang Nara bagi can kat adik-adik blogger lain untuk buat promosi Steam Q nie. Berbakat juga adik-adik blogger nie. Silap haribulan pengacara Go Shop sekarang kena cari kerja lain. Hehehe.

astro go shop

demonstrasi yang sungguh padu

Paling menyerlah adalah blogger daripada kumpulan yang mempromosikan originalraw 10 Cushion Foundation. Kelakar yang amat. Confidence level pun tinggi yang amat.

astro go shop

Selesai keempat-empat kumpulan membuat demonstrasi produk, para hakim pun mula berbincang. Jeng, jeng, jeng. Siapakah yang bakal menjadi juara?
astro go shop

Dan tiada kejutan apabila kumpulan originalraw 10 Cushion Foundation diumumkan sebagai pemenang. Memang wajar dengan kehebatan mereka mempromosikan produk kecantikan tersebut. Team Abang Nara pun power jugak cuma kami bagi can kat team lain menang. Hehehe.
astro go shopSecara keseluruhannya, Abang Nara dan para blogger lain memang gembira mendapat peluang merasai sendiri pengalaman menjadi pengacara Go Shop. Bukan satu tugas yang mudah untuk menyakinkan orang ramai untuk membeli produk yang ditawarkan. Namun ia adalah satu kerjaya yang amat menarik. Paling penting, produk yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan penggunaan rakyat Malaysia.
astro go shopJadi jangan lupa untuk ke Astro Saluran 118 untuk melihat sendiri demonstrasi produk Go Shop oleh pengacara-pengacara hebat saluran tersebut. Kalau nak beli, boleh telefon 1800-82-0088 atau layari laman web www.goshop.com.my. Dibuka 24 jam sehari, 365 hari setahun tanpa cuti. Ada TV, Ada PC, ada FON, ada TABLET, boleh beli!!!

Selfie Dalam Bilik Tidur, Ekin & Yazer Dihentam Peminat

Posted: 05 May 2015 11:24 PM PDT

Selfie sememangnya satu norma dalam kehidupan masyarakat kita sekarang ini. Dalam kapal terbang selfie, bangun pagi selfie, nak pergi kerja selfie. Namun apabila selfie sudah sampai ke tahap bilik tidur seperti yang dilakukan oleh Ekin dan Yazer, sudah tentu ia tidak manis dipandang. Akibatnya, pasangan suami isteri dihentam teruk oleh para peminat.
ekin selfiWalaupun Ekin menjawab kritikan para peminatnya dengan menyatakan ia bukanlah gambar lucah atau aksi yang melampau, namun sesungguhnya ketahuilah ada perkara yang kita tidak boleh kongsikan walaupun sudah bersuami isteri. Abang Nara rasa kalau fikir logik pun boleh tahu yang bergambar atas katil dengan pasangan masing-masing akan menimbulkan kontroversi. Tak gitu?ekin selfiekin selfi

Secara jujur, kata-kata para peminat yang mengkritik pasangan suami isteri ini ada betulnya. Tak ada nak jeles-jeles. Cuma memang gambar ini kurang manis ditonton oleh orang ramai. Bak kata orang tua-tua, perkara dalam bilik tidur, biar dalam bilik tidur. Jangan dibawa ke luar. Tak gitu? Apa pandangan anda?

Izreen Azminda Nafi Bakal Isteri Fahrin Ahmad

Posted: 05 May 2015 08:27 PM PDT

Apabila foto Izreen Azminda meraikan hari lahir Fahrin Ahmad bersama-sama, ramai yang membuat spekulasi bahawa mereka berdua sedang bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga.  Berita tersebut menjadi lebih panas selepas Fahrin semalam mengumumkan beliau bakal bernikah tetapi enggan mendedahkan identiti bakal isterinya kepada umum sehingga tiba hari pernikahannya nanti.

Walaubagaimanapun, Izreen menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan beliau bukan bakal isteri Fahrin dan masyarakat sudah menyalah anggap akan perhubungan mereka yang tidak lebih daripada kawan rapat.

Memang bukan saya yang akan berkahwin dengan dia (Fahrin). Ramai juga yang menyangkakan saya. Majlis yang diadakan sebelum ini bersempena saya memakai tudung sekitar Mac lalu dan alang-alang saya anjurkan juga sambutan hari lahir dia (Fahrin) lebih awal.

Jangan fikir bukan-bukan pula. Meman antara kami tiada apa-apa. Dia memang sahabat baik saya dan antara kawan yang cukup rapat. Lagipun keraian ini hanya setahun sekali. Tak salah untuk saya melakukannya.

Fahrin juga dalam kenyataan sebelum ini memberitahu, bakal suri hidupnya itu bukanlah daripada kalangan selebriti.

Kadang-kadang masyarakat boleh tersalah tafsir mengenai hubungan seseorang menerusi foto-foto yang tersebar meskipun mereka sebenarnya hanya sahabat baik.

Sumber Berita: BH PLUS

 

 

Lana Nodin Tidak Sabar Bergelar Isteri

Posted: 05 May 2015 08:13 PM PDT

Bakal bernikah dengan kekasih Daud McKienzie tanggal 15 Mei ini, Lana Nodin nampaknya sudah tidak sabar dan merasa teruja untuk bergelar isteri meskipun kini sedang sibuk menguruskan beberapa persiapan buat majlisnya itu nanti.

Saya terlalu sibuk menguruskan pelbagai perkara. Sekarang saya sedang menguruskan tempat dan dewan yang bakal menyaksikan perkahwinan kami nanti. Tiada apa yang saya fikirkan sekarang ini selain sibuk melakukan persiapan perkahwinan.

Lana sebelum ini mengakui sudah banyak kali kecundang dalam cinta. Malah, dia juga ada pengalaman menjalin hubungan cinta selama enam tahun yang kesudahannya tidak ke mana.

David bukan saja menunjukkan keikhlasan dalam hubungan kami, tetapi kesungguhan untuk memiliki saya sebagai suri hidupnya. Dia begitu serius dengan hubungan ini. Saya pun pada mulanya enggan memikirkan hubungan kami akan sejauh ini kerana faktor perbezaan agama. Pun begitu, David dengan rela memeluk Islam.

Mula bertentangan  mata dan berkenalan sekitar Oktober tahun lalu dalam satu acara di Singapura, Daud dapat merasakan keserasian di antara mereka berdua selepas berbicara melalui telefon selama berjam lamanya. Tidak mahu tunggu lama,  Daud yang nama asalnya David melamar Lana pada 3 Januari lalu.

Ibu bapa David juga tidak mempunyai sebarang tentangan apabila anak mereka membuat keputusan untuk memeluk agama Islam pada 5 Disember 2014. Malah sebelum ini beliau sudah mendapat pendedahan mengenai Islam ketika bertugas di Dubai sejak enam tahun yang lalu.

Apabila kita sudah berjumpa dengan orang yang benar-benar membuka pintu hati kita dan membuat kita rasa yakin untuk hidup bersamanya tentu sekali kita akan merasa tidak sabar dan teruja untuk melangkah ke alam perkahwinan. Tahniah sekali lagi buat Lana Nodin dan Daud McKienzie.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Kantoi Bercinta Dengan Effa Maembong: Ini Respon Boy Iman

Posted: 05 May 2015 07:36 PM PDT

Nama Dato Boy Iman menjadi bualan hangat apabila beliau dikatakan sedang bercinta dengan kakak kepada Emma Maembong iaitu Effa Maembong. Ada yang memberikan respon positif dan tidak kurang juga mereka yang menyelar hubungan tersebut terjalin.

Ramai yang mendakwa Boy Iman dan Effa seakan tidak mempunyai perasaan malu menonjolkan kemesraan mereka di khalayak ramai sedangkan kes perceraian Boy Iman masih lagi dibicarakan di mahkamah dan statusnya sebagai suami orang masih lagi sah.

Mendapat pelbagai kritikan berhubung kisah percintaannya itu, Boy Iman telah memberikan respon berbaur sindiran kepada pihak tertentu menerusi laman Instagram miliknya.

Assalamualaikum & selamat pagi rakan2 di media sosial semua..
Ig, fb dan tweeter serta blogger yg bertauliah serta x bertauliah..
Hehehehehe..
Terima kasih kerana spinkan story kami.
Terima kasih kerana viralkan kami.
Terima kasih kerana statement positif dan negatif pd kami.
Terima kasih siap keluar berita2 di blog masing2 tentang kami.
Buatkan followers2 kami bertambah.
Buatkan kami tetba ramai org bercakap-cakap psl kami.
Yg x tahan ramai pulak org tegur n amik gambar dgn kami.
Kami memang sangat menghargainya.
Terima kasih atas doa2 yg baik2 pada kami.
Begitu juga kutukan dan hinaan, kalau ada la..
Ada kot x byk la.
Semoga Allah membalas budi baik anda.
Membalas kutukan dan hinaan anda kepada kami sebagai satu kebaikan kepada anda.
Syukur alhamdulilah atas segalanya.
Sayang semua!
Peace yo!!!

Sebenarnya tidak salah jika ingin bercinta sekalipun, tetapi adalah lebih baik untuk tidak tampilkan aksi mesra dan manja secara berlebihan kepada umum. Tak manis dan memang boleh mengundang pelbagai cerita. Jangan nanti orang bercakap ” bercinta bagai nak rak tapi akhirnya nanti belum tahu juga”.

Sumber Berita: Instagram Boy Iman

 

 

 

 

Kami Bukan Bercinta Seperti Pasangan Lain – Fahrin Ahmad

Posted: 05 May 2015 06:53 PM PDT

Pengumuman yang dibuat oleh Fahrin Ahmad semalam bahawa beliau akan bernikah pada hari Sabtu ini merupakan satu berita yang agak mengejutkan buat peminat industri hiburan tempatan. Mengakui bakal isterinya itu bukan daripada golongan selebriti, mereka juga tidak bercinta seperti pasangan yang lain.

Enggan menjadi bualan orang dan untuk mengelak daripada di fitnah, Fahrin dan bakal isterinya mempunyai hubungan percintaan yang agak mencabar kerana mereka jarang berjumpa.

Agak mencabar, tetapi kami bukan bercinta seperti pasangan lain. Sebaliknya kami jarang berjumpa. Saya rasa lebih baik cara itu.

Bercerita mengenai wanita yang bakal menjadi teman hidupnya, Fahrin menyifatkan beliau seorang yang bijak dan memahami dirinya.

Pada masa yang sama aktor utama dalam filem Pilot Cafe ini turut menafikan membuatkan pengumuman pernikahan tersebut semalam hanya kerana ingin menutup  gosip beliau sedang menjalin hubungan cinta bersama Izreen Azminda.

Fahrin sebenarnya sudah lama membuat persiapan untuk majlis perkahwinan beliau sejak akhir tahun lalu.

Selepas saya dan pasangan bersetuju untuk berkahwin, keluarga saya bertemu dengan keluarganya untuk membuat perbincangan lanjut. Dan pengumuman pernikahan ini langsung tiada kaitan mahu menutup gosip-gosip cinta yang timbul. Saya dan Izreen hanya kawan rapat, tidak lebih daripada itu.

Kami tahu ramai gadis-gadis diluar sana yang tidak boleh tidur lena mengenangkan aktor pujaan mereka ini bakal berkahwin tidak lama lagi. Hehe. Doakan yang terbaik buat Fahrin Ahmad dan bakal isterinya, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.

Sumber Berita: mStar Online

 

Siti Nurhaliza & Suami Beri Bantuan Pendidikan Kepada Amira Dan Aqila

Posted: 05 May 2015 06:43 PM PDT

Alhamdulillah. Semalam, Datuk Siti Nurhaliza telah pun meluangkan masa pergi menemui adik-beradik yatim piatu mangsa kemalangan di DUKE iaitu Amira dan Aqila. Secara jujur, Abang Nara terasa sayu apabila melihat adik Amira memeluk erat penyanyi kesayangan ramai itu. Terasa nak menitik air mata. Pastinya Amira merindui arwah ibunya. Semoga dengan kehadiran Siti Nurhaliza sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati kedua-dua anak yatim piatu ini.

siti nurhaliza amira

Siti Nurhaliza juga memaklumkan isu pengambilan kedua adik beradik ini sebagai anak angkat adalah satu perkara sensitif. Namun apa yang menggembirakan ialah Siti Nurhaliza dan suami telah berjanji akan memberikan bantuan daripada segi pendidikan kepada Amira dan Aqila. Ini adalah satu bantuan yang sangat awesome. Kata Siti:-

Perkara ini begitu sensitif kerana ia melibatkan keluarga mangsa. Malah saya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung itu. Saya dan suami bakal menyalurkan bantuan dari segi pendidikan untuk Amira dan adiknya menerusi Yayasan Nur Jiwa.

siti nurhaliza amira

Semoga dengan bantuan ini, masa depan Amira dan Aqila akan terjamin. Pendidikan sememangnya penting untuk masa depan semua kanak-kanak di dunia. Diharap dengan bantuan ini, Amira dan Aqila tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Apa pun, terima kasih diucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana telah merealisasikan impian Amira untuk bertemu dengannya. Anda sesungguhnya adalah penyanyi kesayangan rakyat Malaysia.
siti nurhaliza amiraP.S: 3 hari sahaja lagi untuk Grand Opening Hijriahome di Bangi Sentral pada 9 Mei ini. Harga diskaun terbaik akan diberikan kepada semua yang hadir. Paling best, 100 tunik percuma akan dihadiahkan kepada 100 pembeli pertama. Siapa cepat, dia dapat. Jangan lepaskan peluang ini. Maklumat lanjut Facebook Hijriahome dan Instagram Hijriahome.

 

Fathia Latiff Gembira Dengan Kenyataan Aiman Hakim Ridza Untuk Berkahwin

Posted: 05 May 2015 06:21 PM PDT

Aiman Hakim Ridza yang baru-baru mengeluarkan kenyataan sudah bersedia untuk memperisterikan Fathia Latiff selepas dua tahun bercinta membuatkan tuan empunya badan merasa sedikit terkejut kerana mereka tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama Fathia merasa gembira dengan perkhabaran itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak lelaki untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka.

Tidak dinafikan saya gembira apabila dikhabarkan mengenai perkara ini. Terkejut juga kerana secara tiba-tiba timbul cerita ini kerana beliau tidak pula memberitahu saya berhubung sebarang kenyataan yang dibuat olehnya.

Saya rasa tidak manis untuk membuka mulut mengulas lanjut perkara ini kerana berpendapat lebih baik hal ini diserahkan kepada pihak lelaki untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya.

Sebelum ini, Aiman meluahkan hasratnya untuk bertunang terlebih dahulu sebelum bernikah. Namun, beliau enggan menetapkan sebarang tarikh dan berserah kepada ketentuan Allah SWT.

Nampaknya Fathia tidak mempunyai sebarang tentangan berhubung hasrat Aiman Hakim Ridza untuk berkahwin dengannya. Kami harap segala yang kalian inginkan berjalan dengan lancar. Kata orang kalau sudah sayang cepatlah masuk meminang. Heh

Sumber Berita: BH Online

 




@



Salman Khan Didapati Bersalah Dalam Kes Langgar Lari Yang Menyebabkan Kematian