(39 GAMBAR)Majlis Berinai Hazlin Hussain Dan Mior Abdul Malek Raiyani |
- (39 GAMBAR)Majlis Berinai Hazlin Hussain Dan Mior Abdul Malek Raiyani
- Pelakon Beego Bebas Tuduhan Khalwat
- ( 46 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Pengacara 999 Hazlin Hussain Dan Pembaca Berita Mior Abdul Malek
- Haiza Akui Gagal Beri Persembahan Terbaik Di Final Gegar Vaganza 2 Kerana Kesilapan Dirinya
- Penantian 4 Tahun Saya Termakbul – Ashraf Muslim
- Menjadi Cantik Tersangatlah Mudah Bersama Bello2
- Muat Naik Foto Di Gym : Zarul Umbrella Terima Komen Berbaur Lucah, Peminat Lelaki Minta Beliau Buka Baju
- Impikan Perkahwinan Berkonsepkan Diraja British: Anzalna Nasir Tegaskan Masih Ikut Ajaran Islam & Adat Melayu
(39 GAMBAR)Majlis Berinai Hazlin Hussain Dan Mior Abdul Malek Raiyani Posted: 15 Dec 2015 01:10 AM PST Rupa-rupanya, pengacara dan pembaca berita TV3 Hazlin Hussain mempunyai ramai peminat. Gaya Hazlin mengacara rancangan itu menjadi ikutan dan diingati orang ramai kerana ia tersendiri dan sesuai dengan rancangan berbentuk majalah mengenai kes-kes jenayah di Malaysia. Hazlin telah melangsungkan pernikahan dengan Mior Abdul Malek Raiyani Ahad lepas, namun begitu, satu majlis berinai untuk Hazlin telah diadakan di Dewan Astana Ria Mewah pada 12 Disember. Majlis ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat Hazlin dan Malek. Apa yang menarik, Malek dan rakan-rakan telah membuat satu kejutan sambutan ulangtahun kelahiran Hazlin pada malam itu. Selain dari memakai inai, antara aktiviti malam tersebut ialah persembahan tarian dari rakan-rakan dan permainan. Gambar-gambar yang cantik ini ialah hasil bidikan Sixuca Wedding Photography.
|
Pelakon Beego Bebas Tuduhan Khalwat Posted: 14 Dec 2015 09:08 PM PST Mahkamah Rendah Syariah Gombar Timur hari ini telah membebaskan pelakon Beego dan dua orang lagi rakan beliau daripada tuduhan khalwat bersama dua orang wanita didalam sebuah rumah kira-kira empat tahun lepas. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Beego dan rakannya Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad, didakwa berkhalwat dengan dua kenalan wanita mereka, Hadijah Mohamad Mokhar dan Azlina Yazit di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang pada jam 6 pagi tanggal 23 Februari 2011. Kedua-dua wanita berkenaan yang berusia awal 30-an mengaku bersalah pada Mei 2012 atas tuduhan itu dan masing-masing membayar denda berjumlah RM3,000 setiap seorang. Dakwaan tersebut dibuat mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali. |
Posted: 14 Dec 2015 08:51 PM PST Pembaca berita Buletin Utama TV3, Mior Abdul Malek Raiyani dan pengacara rancangan 999, Hazlin Hussain telah sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Astana Era Mewah, Sungai Buloh pada 13 Disember lalu. Pasangan ini mula berkenalan sewaktu sama-sama menuntut di UUM sekitar tahun 2003 dan mengikat tali pertunangan pada 8 Mac lepas. Mior dan Hazlin merencana untuk berbulan madu di Eropah. Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya. |
Haiza Akui Gagal Beri Persembahan Terbaik Di Final Gegar Vaganza 2 Kerana Kesilapan Dirinya Posted: 14 Dec 2015 07:34 PM PST Haiza antara peserta yang sering menampilkan persembahan konsisten hampir setiap minggu dan merupakan "favourite" penonton Gegar Vaganza 2. Namun ketika pentas akhir Gegar Vaganza 2 berlangsung minggu lepas Haiza seakan hilang arah dan kurang menyerlah. Ada yang mengatakan pemilihan lagu Puisi Cinta adalah punca beliau mendapat tempat terakhir. Walaubagaimanapun, Haiza menerusi portal mStar Online berkata beliau tidak mahu menyalahkan pemilihan lagu tetapi menganggap kegagalan beliau memberikan persembahan yang baik adalah kesilapan dirinya sendiri.
Tambah Haiza, beliau sejujurnya cukup teruja menyanyikan lagu tersebut memandangkan vokalis kumpulan Illusi itu sendiri iaitu Ayai banyak memberikan beliau sokongan sejak pertandingan itu bermula.
Meskipun mendapat tempat tercorot, karier nyanyian Haiza semakin berkembang dan beberapa pihak sudah mula nampak bakat beliau yang sebenar. Menurut Haiza, rezeki beliau semakin murah dan jadual undangan nyanyiannya penuh sehingga penghujung Mac tahun hadapan. Tidak kisah jika Haiza dapat tempat pertama mahupun yang terakhir, apa yang penting semua orang tahu beliau mempunyai bakat yang cukup besar. Rezeki Allah SWT itu luas. |
Penantian 4 Tahun Saya Termakbul – Ashraf Muslim Posted: 14 Dec 2015 07:11 PM PST Seperti yang kita ketahui, baru-baru ini, isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertama. Bayi lelaki tersebut telah pun dilahirkan secara pembedahan. Untuk makluman, Ashraf Muslim dan Dayana telah pun bergelar suami isteri sejak tahun 2011. Pastinya kehadiran cahaya mata ini akan memeriahkan lagi keluarga mereka. Menurut Ashraf Muslim, nama anak ketiganya (2 orang anak hasil perkahwinan bersama Wan Sakinah) akan diberikan pada hari ketujuh mengikut sunnah. Kata Ashraf Muslim:-
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah atas kehadiran si comel ini dalam hidup mereka. Semoga ia akan menjadikan ikatan kekeluargaan mereka lebih mesra. Selamat membesarkan anak. |
Menjadi Cantik Tersangatlah Mudah Bersama Bello2 Posted: 14 Dec 2015 07:00 PM PST Manusia sememangnya sukakan kecantikan. Rasanya tak ada manusia di dunia ini yang tak mahu tampil cantik, jelita dan menawan. Tak kira lelaki ke perempuan (terutamanya perempuan), pasti semua mahu menjaga penampilan, sekurang-kurangnya agar sedap mata yang memandang. Tak ke kembang hidung bila kawan-kawan puji kita "pergh makin cantik aku tengok kau nie". Bangga je kan? Di zaman yang serba canggih ini, untuk menjadi cantik dan menjaga kecantikan tersangatlah mudah, lebih-lebih lagi sekiranya anda menetap di sekitar Lembah Klang. Sebabnya tak lain tak bukan kerana kewujudan www.bello2.com. Apa benda Bello2 nie? Ha, Bello2 adalah satu laman web di mana segala tawaran, diskaun serta promosi kecantikan dikumpulkan. Terasa nak pergi spa urut badan kasi hilang semua sengal-sengal sendi? Buka dulu www.bello2.com untuk tengok promosi daripada spa-spa hebat sekitar Kuala Lumpur. Nak buat rawatan muka untuk kulit jadi lebih tulus? Ada berpuluh-puluh promosi di www.bello2.com yang boleh buat anda rambang mata. Nak gi majlis makan malam tapi tak pandai nak make up cantik-cantik? Ada perkhidmatan make up macam-macam style (Kpop ada, style pejabat ada) di www.bello2.com. Senang cerita apa sahaja berkaitan kecantikan yang terpancul di minda ada, semuanya boleh dicari dengan harga yang jauh lebih berbaloi di Bello2. Mula beroperasi sejak Jun 2014, sudah lebih 1500 tawaran daripada peniaga seperti Mary Chia, New York Skin Solutions dan Mayfair Bodyline telah ditawarkan kepada para pengguna Bello2. Apa yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah tawaran yang paling laris di Bello2 adalah untuk lelaki iaitu urutan satu badan daripada Serai Aromatherapy Day Spa. Berbaloi sangat-sangat. Cuma RM99 je. Abang Nara pun terasa nak try!!! Apa nie Abang Nara takkan aromatherapy untuk lelaki je? Yang perempuan tak ada ke? Ish, ish, ish. Jangan risau. Ada juga untuk kaum Hawa. Untuk korang, lagi murah. Cuma RM38 sahaja. Macam-macam dapat. Confirm segar bugar lepas pergi massage nie. Berseri-seri macam anak dara. Dan bersempena musim cuti Krismas serta hujung tahun, Bello2 bakal mengadakan 2 promosi bermula daripada 14 Disember sehingga 3 Januari ini. Promosi pertama dikenali sebagai Santa’s Gift Picks (bermula 14 Disember) di mana kita boleh dapatkan pelbagai produk kecantikan dari Taiwan dan Korea seperti topeng muka, eyeliner, krim CC dan set hadiah pada harga yang jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Untuk makluman, selama ini Bello2 hanya menjual "beauty deals" dan tidak menjual produk kecantikan. Namun bermula 14 Disember ini, produk kecantikan pun turut sama boleh didapati di Bello2. Ini bermakna kita boleh dapatkan produk-produk popular seperti Kose Cosmenience Junkisei Hydro Express Set,My Beauty Diary Limited Edition Glamorous Gift Set, Lululun 7 Days Sheet Mask, CC Cream, Eyeliner dan sebagainya di serata dunia dengan harga jauh lebih murah. Terbaik sangat-sangat!!! Promosi kedua pula dikenali sebagai All I Want for Christmas (bermula 16 Disember) di mana 40 tawaran ekslusif daripada 30 peniaga dari kategori Face & Body Combo, Slimming Package, Hair & Body Combo bakal disediakan untuk para pengguna Bello2. Inilah peluang untuk kaum Hawa tampil lebih yakin, bergaya dan menawan lebih-lebih lagi nak masuk tahun baru 2016 ini. Sekali-sekala berbelanja untuk menambahbaik penampilan diri apa salahnya kan? Lebih-lebih lagi bila harga yang ditawarkan tersangatlah berbaloi dengan perkhidmatan yang bakal kita terima. Badan kita ini sekurang-kurangnya setahun sekali kenalah dimanjakan dengan urutan, rawatan spa, mandi lulur dan sebagainya. Barulah bertenaga kembali. Tak gitu?. Untuk makluman, semua ahli baru Bello2 akan mendapat diskaun bernilai RM30 untuk pembelian pertama mereka. Ini semua sebagai tanda terima kasih kerana menggunakan Bello2. Kalau anda dah gunakan promo kod ketika mendaftar sebagai ahli www.bello2.com, jangan risau sebab ada satu lagi voucher kod promosi khas untuk anda selaku pembaca BeautifulNara. Cuma perlu masukkan voucher kod "BEAUTIFULNARA " ketika membuat pembelian untuk mendapatkan 10% ekstra diskaun. Dah diskaun, diskaun lagi. Untunglah kita selaku pengguna. Dapat berjimat cermat di saat-saat sukar sebegini. Satu lagi pesanan Abang Nara, sila ikuti WeChat Bello2 @mybello2 untuk mengetahui tawaran ekslusif daripada mereka. Jadi tunggu apa lagi? Be Beautiful Can Be So Easy dengan www.bello2.com. Selamat menjadi cantik!!! |
Posted: 14 Dec 2015 06:56 PM PST Vokalis kumpulan Umbrella yang popular sekitar tahun 90an iaitu Zarul mengakui ada menerima beberapa komen berbaur lucah apabila sering memuat naik foto beliau bersenam di akaun Instagram miliknya. Malah, ada peminat lelaki meminta beliau untuk menanggalkan baju. Walaubagaimanapun, niat Zarul berkongsi foto tersebut bukan untu menunjuk-nunjuk tetapi ingin memberikan motivasi kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Selain mempunyai sejarah beberapa penyakit serius seperti kencing manis dan sakit jantung didalam keluarganya, Zarul yang juga berkhidmat sebagai pramugara di Malaysia Airlines (MAS) harus mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan berkenaan. Jelasnya,beliau perlu mengawal berat badan supaya tidak melebihi 76 kilogram sebagai syarat ditetapkan untuk pramugara Malaysia Airlines (MAS)
Mereka yang beri komen lucah itu sebenarnya hanya berani di media sosial sahaja menggunakan akaun dan gambar profil palsu. Tidak perlu dilayan sangat. Lagipun niat Zarul cuma ingin membuka mata dan mengalakkan orang ramai untuk lebih sihat. |
Posted: 14 Dec 2015 05:58 PM PST Setiap wanita pasti memasang beberapa impian bagi majlis perkahwinan idaman mereka. Buat Anzalna Nasir yang bakal berkahwin tahun hadapan, beliau dan kekasih Hanif Zaki mengimpikan majlis seperti keluarga diraja British atau lebih tepat seperti pasangan Putera William dan Kate Middleton. Walaubagaimanapun, ada pihak yang mengkritik serta mempersoalkan mengapa Anzalna harus memilih konsep yang langsung tidak memartabatkan budaya Melayu dan lebih bangga dengan adat negara Barat. Sedar ia satu perkara yang menjadi bualan agak hangat, Anzalna menerusi laman sosial Facebook menegaskan perkahwinan beliau tetap mengikut ajaran Islam serta adat Melayu.
Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan pada 21 Februari di Masjid Negara manakala majlis resepsi mereka pula diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Februari. Anzalna juga merancang untuk berbulan madu di Pulau Maldives atau Pulau Bora Bora di Perancis kerana mahukan suasana ketenangan dan selepas itu, Hanif akan membawa kedua-dua belah keluarga untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah. Tidak menjadi satu kesalahan untuk pilih konsep apa sekali pun asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. H |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@