Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Adira Tidak Akan Hadir Pada Sidang Media Yang Dibuat Oleh Suaminya Hari Ini

Adira Tidak Akan Hadir Pada Sidang Media Yang Dibuat Oleh Suaminya Hari Ini


Adira Tidak Akan Hadir Pada Sidang Media Yang Dibuat Oleh Suaminya Hari Ini

Posted: 23 Dec 2015 08:29 PM PST

Penyanyi Adira memberitahu beliau tidak akan hadir pada sidang media yang dianjurkan oleh suami beliau , Datuk Seri Adnan Abu  di pejabatnya yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh hari ini bagi menjelaskan kontroversi tentang pernikahan mereka yang menjadi  viral sejak beberapa hari lepas.

Buat Adira beliau sudah menjelaskan perkara tersebut secara penuh sebelum ini dan tidak wajar untuk beliau mencampuri urusan yang sudah dirancang oleh suaminya itu.

Tidak wajar untuk saya masuk campur urusan yang sudah dirancang pihak suami. Biarlah dia saja yang menjelaskan perkara sepatutnya.

Bukan tidak mahu mengambil tahu, tetapi lebih manis jika buat masa ini saya mendiamkan diri. Keadaan ini lebih baik untuk semua pihak.

Berita tentang Adira sudah berkahwin dengan seorang VIP mula tersebar apabila seorang wanita dikenali sebagai Datin Red memuat naik foto beliau dan Adira dengan kapsyen seakan menggambarkan mereka berkongsi suami.

Tidak lama selepas itu, Adira tampil membuat pengakuan bahawa beliau sudah menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu hanya selepas tiga minggu berkenalan dan bernikah di Songkhla, Thailand.

Lagi 19 Gambar Majlis Malam Berinai Nabila Huda Dengan Tema Hawaii

Posted: 23 Dec 2015 08:06 PM PST

Jika tadi kami sudah kongsikan 15 foto sekitar majlis malam berinai Nabila Huda dengan tema ala Hawaii yang berlangsung malam semalam,  sekarang kami bawakan lagi beberapa lagi gambar-gambar lain dengan kualiti tinggi daripada Ministry Of Moment khas buat tatapan anda.

Selalunya malam berinai pasti ada unsur tradisional, tetapi kali ini majlis berinai Abil tampak sungguh unik bukan? Seronok juga sekali-sekala ada kelainannya. Harapnya majlis pernikahan Abil dan pasangannya esok berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Lagi 18 foto dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto: Ministry Of Moment

Vii Narza Wanita Komen “KimK” Teringin Ambil Nur Fazura Sebagai Duta Tudung

Posted: 23 Dec 2015 07:08 PM PST

Tentu sekali anda masih ingat tentang isu KimK  yang cukup hangat dan viral di media sosial yang melibatkan salah faham antara pelakon Nur Fazura dan wanita dikenali sebagai Vii Narza yang telah meninggalkan komen KimK tersebut di Instagram milik aktres itu.

Meskipun dikecam hebat oleh Fazura, Vii Narza atau nama sebenarnya Nur Atiqah Annuar ada menyimpan hasrat untuk menjadikan pelakon filem Langit Cinta itu sebagai duta perniagaan tudung beliau yang dibina kecil-kecilan sejak tahun 2008.

Kalau ditakdirkan saya berjaya dan dapat butik sendiri, kenapa tidak kalau saya ambil Fazura jadi duta saya? Apa salahnya sebab semua orang nak jadi macam Fazura, dia sangat cantik.

Saya memang tak ada masalah, sebab saya memang peminat dia dan jujur saya impikan dia dapat pakai tudung rekaan saya. Kalaulah betul dia pakai, saya sangat gembira sebab kita (bersama Fazura) dapat bekerjasama dengan baik.

Vii Narza @ Atiqah

Sedar isu KimK itu masih lagi diperkatakan sehingga kini kerana Fazura enggan memohon maaf atas salah faham beliau sendiri, Atiqah bagaimanapun berharap masyarakat tidak lagi memanjangkan perkata tersebut kerana percaya apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Minat saya pada Fazura, sejak dulu lagi. Saya selalu tengok filem lakonan Fazura, ikuti perkembangan dia dan sekarang walaupun kena hentam saya tak pernah membenci dia sebab saya sayang Fazura. Apa yang berlaku itu cuma salah faham dan tak perlu nak perbesarkan lagi. Kalau ada peluang nak jumpa dia secara peribadi pun saya tak ada masalah.

Ada hikmah dengan apa yang terjadi sebenarnya. Kesannya, orang sudah tahu perniagaan saya dan ada yang nak jadi stokis. Saya anggap itu rezeki buat saya.

Kalau Atiqah tidak kisah untuk bertemu empat mata dengan Fazura bahkan ingin mengambil beliau sebagai duta bagi jenama tudung beliau, apa pula kata Fazura? Adakah beliau tetap tidak mahu menyelesaikan perkara ini dengan baik?

Sumber Berita: Malay Mail Online

(15 GAMBAR)Sekitar Malam Berinai Nabila Huda Bertemakan Hawaii

Posted: 23 Dec 2015 06:33 PM PST

Bakal bergelar isteri sekali lagi pada hari Jumaat ini, semalam telah pun berlangsung majlis malam berinai untuk Nabila Huda yang bertemakan Hawaii. Meriah sungguh Abang Nara tengok gambar-gambar yang dikongsikan. Suka tengok bunga-bunga di kepala. Memang happening!!! Antara rakan-rakan yang hadir ialah Sharifah Sakinah, Erma Fatima, Kilafairy, Umie Aida dan ramai lagi.

nabil huda

Nabila Huda kelihatan sangat cantik berseri-seri menjelang hari bahagianya. Tak sabar nak tengok kejelitaan Nabila di hari bahagianya kelak. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar serta perkahwinan ini kekal buat selama-lamanya.

nabil huda

Lagi beberapa gambar sekitar malam berinai Nabila Huda dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram @DearAzalea.

nabil huda

P.S: Cantiknya tudung-tudung daripada www.pwetty.com.my nie. Memang menyerlahkan kecantikan dan kejelitaan si pemakainya. Warnanya pun cantik sangat. Nampak tak bunga ros di tudung tue? Ia dilukis dengan tangan oleh pereka terkenal Malaysia. Kualiti kain, jahitan dan rekaan semuanya tahap tertinggi, berbaloi dengan harga RM150. Untuk lihat lebih banyak rekaan, boleh ikuti Instagram @rose.silk.

nabil huda

nabil huda

nabil huda

nabil huda

nabil huda

nabil huda

nabil huda

nabil huda

nabil huda

nabil huda

nabil huda

nabil huda

nabil huda

Memang Kami Ada Rancang Untuk Ambil Anak Angkat – Ella

Posted: 23 Dec 2015 06:08 PM PST

Sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, Ratu Rock Malaysia Ella Aminuddin dan suaminya Azhar masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Namun, Ella tidak pernah putus asa untuk mendapatkan anak tetapi pada masa yang sama merencana untuk mengambil anak angkat selepas melihat beberapa rakan selebriti berbuat demikian.

Memandangkan kami masih belum mempunyai anak, saya dan suami terfikir juga untuk mengambil anak angkat. Rasa seronok pula melihat rakan-rakan yang menjaga anak angkat. Terpengaruh pula. Apatah lagi kita membuat kebajikan membantu anak-anak yang tiada keluarga.

Walaubagaimanapun, perancangan untuk mengambil anak angkat itu bukanlah dalam masa terdekat kerana buat masa ini Ella masih lagi sibuk dengan jadual kerjaya beliau yang agak padat sehinggalah tahun hadapan.

Suaminya Azhar pula berkata, niat mereka untuk mempunyai anak angkat bukan kerana merasa tertekan kerana tidak boleh mendapatkan zuriat. Pasangan ini percaya akan rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT.

Sehingga kini kami masih lagi berusaha untuk mendapatkan anak dan jujurnya kami tidak tertekan kerana kami percaya Allah tentukan rezeki kami. Kita hanya mampu merancang.

Malah setiap hari orang bertanya, ‘bila nak ada anak’, dan kami dah lali dengan soalan seperti itu.

 

Kami tahu Ella sudah agak berusia untuk hamil, tetapi jika Allah SWT ingin memberikan mereka peluang untuk mendapatkan zuriat sendiri pasti satu hari ia akan termakbul jua. Kalau hendak ambil anak angkat pun ok tidak ada salahnya, sekurang-kurangnya ada juga peneman serta penghibur hati buat Ella dan Azhar.

Sumber Berita: mStar Online

Dikritik Semakin Teruk Selepas Pulang Daripada Haji : Nabil Ahmad Sifatkan “Keyboard Warrior” Kurang Kasih Sayang Dan Tiada Akal

Posted: 23 Dec 2015 05:28 PM PST

Nabil Ahmad sejak beberapa bulan ini sering menjadi mangsa kritikan dan tomahan "keyboard warrior" dimana mereka sering mengkritik perangai  beliau semakin menjadi-jadi selepas pulang daripada menunaikan haji.

Buat Nabil, seseorang itu tidak berhak untuk menilai amal kebajikan orang lain dan menganggap "keyboard warrior" yang sering memberikan komen negatif sebagai mereka yang kurang kasih sayang.

Siapa mereka hendak menilai saya sampai sebegitu sekali? Saya hanya cari makan sahaja, untuk anak-anak dan isteri. Saya tak ganggu orang pun. Tetapi kalau sampai macam itu sekali kata-kata mereka, soalnya ialah, siapakah mereka untuk menilai amal dan kebajikan orang lain?

Mereka adalah sejenis keyboard warrior, tidak ada manfaatnya dan memang kerjanya suka buat fitnah. Saya ambil kata-kata Prof. Dr. Muhayya. Dia ada cakap, orang yang jadi keyboard warrior ini adalah orang yang kurang kasih sayang. Orang jenis ini tiada kawan, tiada perhatian keluarga dan bermasalah dengan diri mereka sendiri, habis semua orang dia hendak serang .

Bayangkan, mereka tiada kawan, tidak mendapat perhatian keluarga, bermasalah dengan diri sendiri, habis semua orang dia nak 'serang'. Saya jadi kesian orang macam ni.

Ditanya adakah Nabil sempat untuk membaca segala komen dan kutukan yang dilemparkan kepadanya, ini jawapan nabil :-

Saya nak baca pun tidak ada masa sebab sibuk dengan kerja dan urus keluarga. Yang bercakap kosong sebegitu, itu bukan masalah saya lagi dah. Ia tak jadi kudis pun pada diri saya. Mereka itu tidak berakal, bawa-bawalah bertaubat. Mereka ini yang patut dekatkan diri dengan Tuhan.

Saya percaya, apabila kita bekerja secara profesional, banyak orang yang akan sokong kita. Banyak orang yang akan suka dan faham akan tanggungjawab yang kita pikul.

Tetapi, golongan seperti ini bukan jenis bercakap kepada media dan mereka simpan rasa suka dan respek mereka itu sendiri sahaja. Yang bercakap, yang buat bising tak tentu arah ini hanyalah sebanyak dua peratus sahaja. Inilah kelompok orang yang hendak menyaksikan kita jatuh merudum yang akan sentiasa ada rasa tak puas hati.

Bukan mudah untuk terus kekal dalam industri hiburan, memang akan ada sahaja pihak yang akan cuba menjatuhkan seseorang itu apatah lagi dengan wujudnya media sosial sebagai medium untuk "keyboard warrior" mengkritik setiap tindak-tanduk artis.

Sumber Berita: Uutusan Online




@



Adira Tidak Akan Hadir Pada Sidang Media Yang Dibuat Oleh Suaminya Hari Ini