Angah Raja Lawak Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 19 Februari Tahun Hadapan |
- Angah Raja Lawak Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 19 Februari Tahun Hadapan
- (FOTO) Adakah Jejaka Ini Bakal Suami Marsha Milan Londoh?
- (16 FOTO) Nur Aurora Anak Kedua Farid Kamil & Diana Danielle Daripada Camora Arts
- Kes Mesej Mesra Bersama Wanita Lain : Adam Shah Akui Kesilapannya
- (TAHNIAH) Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Hamil Empat Bulan
Angah Raja Lawak Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 19 Februari Tahun Hadapan Posted: 20 Dec 2015 05:56 AM PST Pelawak yang cukup terkenal dan mempunyai karismanya tersendiri, Angah Raja Lawak mengumumkan bakal menamatkan zaman duda bersama tunangnya Ameera Asyura ataupun lebih mesra disapa Wawa pada 19 Februari tahun hadapan manakala majlis resepsi mereka pula pada 20 Februari bertempat di Melaka. Mendapat beberapa tajaan perkahwinan, Angah bagaimanapun memberitahu majlis perkahwinannya itu akan berlangsung secara sederhana sahaja. Untuk pengetahuan anda, Angah sudah sembilan tahun menjadi duda. Hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Memandangkan bakal isterinya merupakan seorang pelajar, Angah tidak menjadikan perkara itu sebagai satu masalah walaupun sebelum ini ramai yang terkejut apabila beliau memilih gadis yang lebih muda sebagai isteri. Buat Angah, ia sudah jodoh beliau yang ditentukan oleh Tuhan. Tahniah kami ucapkan kepada Angah dan bakal isteri, faktor umur yang berbeza bukan pengukur untuk anda berdua mencintai antara satu sama lain. Semoga kekal sehingga ke akhirnya. |
(FOTO) Adakah Jejaka Ini Bakal Suami Marsha Milan Londoh? Posted: 20 Dec 2015 05:27 AM PST Terbaru berdasarkan kiriman e-mail yang kami terima, Marsha dan Saiful khabarnya akan bernikah di Pulau Pinang pada 31 Disember ini manakala majlis resepsi mereka akan diadakan di Shangri – La's Tanjung Aru Resort and Spa, Kota Kinabalu Sabah pada 5 Januari 2016. Sumber tersebut juga ada mengirim beberapa foto seakan majlis merisik ataupun suai kenal bersama keluarga kedua-dua belah pihak. Menariknya, adakah jejaka yang berdampingan dengan Marsha itu adalah bakal suaminya? Erm, jika benar mereka tampak agak sesuai bersama. Nampaknya Marsha Milan Londoh telah bertemu dengan pasangan yang cukup sesuai buat dirinya. Harapnya selepas ini Saiful dapat membimbing serta menjaga Marsha dengan baik sebagai seorang Islam. Semoga segala perancangan pasangan ini untuk berkahwin akan berjalan dengan lancar. |
(16 FOTO) Nur Aurora Anak Kedua Farid Kamil & Diana Danielle Daripada Camora Arts Posted: 20 Dec 2015 04:58 AM PST Dilahirkan pada 19 November lepas, anak kedua Farid Kamil dan Diana Danielle yang diberikan nama Nur Aurora tampak sungguh comel menerusi foto terbaru hasil jurugambar yang pakar dalam "newborn photoshoot", Camora Arts. Bertemakan cerita dongeng Snow White dengan penggunaan epal merah, buaian tempat untuk Snow White beradu dengan efek hutan ia telah berjaya "menghidupkan" tema tersebut. Anak pertama mereka Muhammad juga terlibat sama dalam sesi fotografi berkenaan dan memang cukup comel bila melihat si abang memeluk adiknya..Hehe.. Jom kita layan 15 lagi foto Nur Aurora dengan membaca artikel ini sepenuhnya. |
Kes Mesej Mesra Bersama Wanita Lain : Adam Shah Akui Kesilapannya Posted: 20 Dec 2015 04:22 AM PST Minggu lepas, isteri kepada aktor Adam Shah yang terkenal menerusi watak Ayam dalam filem Juvana iaitu Fatin Afeefa ada memuat naik foto perbualan suaminya bersama perempuan lain di akaun Instagram miliknya. Selepas mendapat kritikan ramai kerana sikap Adam yang telah berlaku curang, Faten bagaimanapun telah memadam foto berkenaan. Ekoran perkara itu, Adam melalui muat naik terbaru beliau di Instagram mengakui beliau telah melakukan kesilapan itu dan kini sedang memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik. Adam pada masa yang sama berharap tiada lagi pihak yang menokok tambah cerita mengenai rumah tangganya dan meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat beliau dan isteri.
Bila melangkah sahaja ke alam rumah tangga pasti akan ada pelbagai ujian yang datang untuk mengetahui sejauh mana kesetiaan serta kesabaran pasangan kita. Baguslah kalau Adam mengakui kesilapan beliau, sama-sama kita doakan agar rumah tangga beliau kekal bahagia. |
(TAHNIAH) Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Hamil Empat Bulan Posted: 20 Dec 2015 03:46 AM PST Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama sahaja lagi. Berita yang cukup menggembirakan itu telah dikongsikan oleh Hairul Azreen sendiri melalui akaun Instagram miliknya. Lebih bermakna lagi, pengumuman itu dibuat melalui satu foto ketika mereka berdua di Jabal Rahmah, Mekah. 2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama isteri saya :) dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan. #HanisHairulToTheMoon#HoneymoonKe2Kami Untuk pengetahuan anda, Hairul dan Hanis kini sedang mengerjakan ibadah umrah. Semoga segala perancangan ibadah mereka diberkati Allah SWT. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@