Belum Ada Rezeki Lagi Untuk Menimang Cahaya Mata – Izzue Islam |
- Belum Ada Rezeki Lagi Untuk Menimang Cahaya Mata – Izzue Islam
- (5 FOTO) Anas Ashraf Anak Ashraf Muslim Dan Noor Dayana
- Sherry Ibrahim & Izreen Azminda Terlibat Dalam Kemalangan, Kereta Rempuh Pembahagi Jalan
- Adira & Suami Nikah Di Songkhla, Nafi Kerana Kecewa Putus Tunang
- (8 FOTO) “Party” Hari Jadi Dato AC Mizal Yang Cukup Moden
- Kenal Hanya 3 Minggu, Adira Terima Lamaran Menerusi Telefon
- 250 Rakuten Super Points PERCUMA Untuk Pembaca BeautifulNara
- Diana Danielle Buka Akaun Instagram Buat Anaknya Nur Aurora
- Nabila Huda Bakal Bergelar Isteri 25 Disember Ini
Belum Ada Rezeki Lagi Untuk Menimang Cahaya Mata – Izzue Islam Posted: 22 Dec 2015 12:29 AM PST Sudah dua tahun pasangan Izzue Islam serta Awin Nurin mendirikan rumah tangga dan persoalan untuk mereka menimang cahaya mata sering ditanyakan kepada mereka. Tidak marah apabila didesak dengan soalan sebegitu, Izzue menerusi portal Astro Gempak menganggap beliau dan isteri masih belum ada rezeki untuk mendapatkan anak dan menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan Tuhan.
Dalam perkembangan lain, Izzue dan Nurin baru-baru ini telah berkesempatan untuk bercuti ke Itali bersama peminat beliau. Buat Izzue, aktiviti berkenaan dapat mendekatkan diri serta menjalin hubungan yang lebih baik dengan individu-individu yang selalu menyokong kerjayanya.
Soal anak ini memang tidak dapat dijangka, apa yang penting teruskan bersabar dan jangan pernah putus asa untuk berusaha serta berdoa agar permintaan itu dikabulkan. Relaks la, baru dua tahun sahaja perkahwinan Izzue dan Awin. |
(5 FOTO) Anas Ashraf Anak Ashraf Muslim Dan Noor Dayana Posted: 21 Dec 2015 11:36 PM PST Diberi nama Anas Ashraf Bin Mohd Ashraf, bayi tersebut tidak pernah lekang dengan senyuman. Malah, melihat wajahnya ketika tidur juga boleh membuatkan hati ini merasa sungguh tenang. Jom layan 4 lagi foto Anas dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
Sherry Ibrahim & Izreen Azminda Terlibat Dalam Kemalangan, Kereta Rempuh Pembahagi Jalan Posted: 21 Dec 2015 11:06 PM PST Pelakon Sherry Ibrahim dan Izreen Azminda telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya apabila kenderaan jenis BMW yang dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan. Berita tersebut disampaikan oleh Sherry serta Izreen dimana mereka telah memuat naik foto kereta tersebut di akaun Instagram masing-masing. Meskipun terkejut dengan apa yang berlaku, kedua-duanya meluahkan rasa syukur kerana terselamat dalam nahas berkenaan yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan. Daripada foto yang dimuat naik oleh mereka, kelihatan kenderaan tersebut berasap dan termasuk ke dalam longkang besar yang memisahkan jalan raya dan cerun bukit. Itulah kata orang malang tidak berbau, apa-apa pun selalu patuhi had laju yang ditetapkan dan selamat tiba ke destinasi. Walaubagaimanapun, Syukur tiada sesiapa yang mengalami kejadian serius. |
Adira & Suami Nikah Di Songkhla, Nafi Kerana Kecewa Putus Tunang Posted: 21 Dec 2015 09:43 PM PST Selepas 3 minggu berkahwin, akhirnya Adira telah pun membuat pengakuan bahawa dirinya sudah berkahwin dan bergelar isteri kedua kepada seorang Datuk Seri. Berkongsi dengan lebih mendalam tentang perkahwinan tersebut, Adira memaklumkan yang mereka telah bernikah di Songkhla, Thailand kerana mempunyai beberapa masalah dari segi urusan dokumentasi. Adira juga turut menafikah perkahwinan tersebut dilakukan kerana dirinya kecewa dengan kegagalan pertunangannya sebelum ini. Kata Adira:-
Satu sahaja pesanan Abang Nara kepada Adira, jangan lupa daftarkan perkahwinan anda di Malaysia selepas ini. Ia adalah perkara yang sangat penting. Kita tidak tahu apa masalah yang akan timbul di masa hadapan. Jadi sekurang-kurangnya bila dah daftar, bolehlah tarik nafas lega sikit. Tahniah sekali lagi buat Adira atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia. Sumber Utusan Online. |
(8 FOTO) “Party” Hari Jadi Dato AC Mizal Yang Cukup Moden Posted: 21 Dec 2015 06:53 PM PST Siapa yang tidak kenal dengan Dato AC Mizal bukan? Lebih-lebih lagi dengan tagline " Peace Yall" yang cukup sinonim dengan diri beliau. Malah, semua orang tahu bahawa beliau mempunyai kehidupan yang cukup mewah dan ia cukup terserlah di sambutan majlis ulangtahun kelahiran beliau baru-baru ini. Dah macam "party" artis antarabangsa. Tak percaya? Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis tersebut dengan membaca artikel ini sepenuhnya. |
Kenal Hanya 3 Minggu, Adira Terima Lamaran Menerusi Telefon Posted: 21 Dec 2015 06:25 PM PST Amboi, amboi, amboi. Macam fairytale pula kisah percintaan Adira dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu ini. Mana tidaknya, mereka berdua hanya berkenalan selama 3 minggu sebelum Datuk Seri dengan gentleman dan machonya telah melamar Adira menerusi telefon. Seperti cerita-cerita fairytale lain, lamaran tersebut diterima Adira kerana yakin dengan keikhlasan Datuk Seri itu untuk memperisterikannya. Romantik beb!!! Malah sikap Datuk Seri Adnan Abu yang tidak pernah memburukkan isteri pertamanya juga menyebabkan Adira tertarik dengan suaminya itu. Malah hubungan mereka juga direstui oleh keluarga dan juga isteri pertama suaminya. Kata Adira:-
Sememangnya percintaan selepas berkahwin adalah lebih baik dan lebih manis. Walaupun ramai yang menyatakan Adira seorang ‘perampas’, namun kebenaran hanyalah diketahui oleh Adira, suami dan madunya. Kita yang outsider ini doakanlah sahaja kebahagiaan mereka. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Adira dan selamat pengantin baru. Sumber Mstar Online. |
250 Rakuten Super Points PERCUMA Untuk Pembaca BeautifulNara Posted: 21 Dec 2015 06:10 PM PST Salah satu sebab utama Abang Nara gemar membeli-belah di http://www.rakuten.com.my ialah kerana kewujudan sistem Rakuten Super Points (RSP). RSP ini adalah satu program ganjaran daripada Rakuten sebagai satu cara mengucapkan terima kasih buat para penggunanya. Apa yang paling awesome ialah 1 RSP bernilai RM1. Kira 1 to 1 lah exchange rate yang diberikan. Ok macam mana cara nak dapatkan RSP ini? Senang je sebenarnya. Setiap kali anda membuat pembelian di http://www.rakuten.com.my, tak kira apa jumlahnya, akan ada nilai RSP yang akan diberikan. Paling penting anda perlu tahu ada 2 jenis RSP iaitu regular dan juga limited. Ok jom kita tengok contoh. Katakan Abang Nara membuat pembelian bernilai RM900. Jika ia pembelian biasa (tanpa sebarang kempen RSP), maka Abang Nara akan dapat 9 RSP. Namun katakanlah ada kempen 10 X RSP, Abang Nara akan dapat 90 RSP yang bernilai RM90. Banyak kan tue? Best kan RSP nie? Inilah kelebihan Rakuten Malaysia yang tidak dimiliki oleh mana-mana laman web lain. Khas untuk pembaca BeautifulNara, Rakuten ingin memberikan 250 RSP (bernilai RM250) kepada anda semua. Caranya teramatlah mudah. Hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan "Kalau saya dapat 250 Rakuten Super Points", saya akan beli…". Syarat wajib untuk menyertai peraduan mudah ini ialah korang kena menggunakan email yang berdaftar dengan Rakuten Malaysia. Kalau belum daftar, sila buat pendaftaran dengan klik di sini. Tak sampai seminit dah siap dah daftar. 1. Drypers untuk Arissa dan Alara First thing first mestilah belikan stok Drypers untuk anak-anak tercinta. Hehehe. Abang Nara dah pernah beli dulu. Memang laju penghantarannya. Harga pun lebih murah berbanding beli di luar. Berbaloi-baloi. 2. Powerbank untuk charge bateri handphone Sebelum ini Abang Nara dah ada 2,3 power bank. Tapi semuanya dah rosak. Kali ini Abang Nara nak beli yang mahal sikit. Biar tahan lama. Sekali beli tak payah beli lagi. Dengan 250 RSP percuma dari Rakuten Malaysia, Abang Nara hanya perlu tambah RM6 sahaja untuk dapatkan power bank IWO P48 nie. Tiada lagi masalah bateri habis tiba-tiba. 3. Jubah Abaya untuk isteri tercinta Walaupun kena tambah RM100 untuk beli Abaya ini, Abang Nara tak peduli semua itu. Sekali sekala beli untuk wife apa salahnya kan? Cantik pun cantik Abaya dari Sara Imani nie. Bini cantik, hati senang. Hehehe. 4. Minyak wangi sempena tahun baru Tahun baru, minyak wangi pun kenalah baru. Heheh. Tapi ini bukan Abang Nara lah. Untuk wife je. Abang Nara memang dah sejak azali wangi. Gucci Guilty nie memang semerbak harum. Bau terbaik. Sesuai sangat untuk memikat suami. Sebenarnya banyak lagi produk-produk yang boleh diperolehi dengan 250 RSP di http://www.rakuten.com.my. Anda boleh pilih satu item bernilai sekitar RM250 atau boleh gabung 2,3 item. Ikut suka hati dan kemampuan anda. Lagi best, kalau anda buat pembelian hari ini, RSP yang akan diperolehi adalah 15X. Banyak gila penjimatan boleh dilakukan. Terbaik!!! Jadi tunggu apa lagi? Jangan lupa sertai peluang untuk memenangi 250 RSP dari Rakuten Malaysia. Diingatkan sekali lagi yang anda perlu mendaftar terlebih dahulu di sini sebelum menyertai peraduan mudah ini. Sambil-sambil tue, jangan lupa layari http://www.rakuten.com.my. untuk melihat promosi akhir tahun yang sedang rancak dilangsungkan. Selamat membeli belah. Abang Nara kepilkan sekali lagi form penyertaan. |
Diana Danielle Buka Akaun Instagram Buat Anaknya Nur Aurora Posted: 21 Dec 2015 05:38 PM PST Dah macam satu ikutan ataupun trend apabila setiap anak pasangan selebriti yang baru berkahwin, pasti mereka akan membuka satu akaun Instagram buat anak mereka. Antara yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai adalah Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana. Terbaru, aktres Diana Danielle telah membuka akaun Instagram buat anaknya Nur Aurora yang lahir pada 19 November lepas. Baru sahaja dibuka dan ada beberapa foto yang sudah dimuat naik, Nur Aurora kini mempunya lebih daripada 8,000 pengikut dan angka itu semakin meningkat. Sebenarnya tidak salah untuk membuat akaun dimana selebriti boleh berkongsi foto anak mereka dengan peminat tetapi janganlah nanti timbul gosip atau kurang senang apabila ada pihak yang terlalu obses dengan anak mereka. Apa pula pendapat anda? |
Nabila Huda Bakal Bergelar Isteri 25 Disember Ini Posted: 21 Dec 2015 05:13 PM PST Setelah Nabila Huda mengumumkan beliau bakal bernikah pada bulan Disember ini, peminat ingin sekali tahu tarikh sebenar perkahwinan beliau. Namun, Nabila nampaknya enggan lagi mendedahkan perkara tersebut. Terbaru, bapa beliau iaitu penyanyi rock terkenal Amy Search mengesahkan bahawa anaknya itu bakal bergelar isteri pada 25 Disember ini. Menurutnya, majlis pernikahan Nabila bersama kekasihnya yang merupakan pengurus restoran Kulcats akan diadakan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 9 Pagi. Walaubagaimanapun, Amy menjelaskan beliau tidak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai persiapan kahwin anaknya itu kerana ia diuruskan oleh ibu Nabila.
Buat Amy bakal suami Nabila mempunyai personaliti yang agak baik kerana beliau hormat pada orang sekeliling. Sebagai seorang bapa, Amy mendoakan kebahagiaan Nabila dan berharap perkahwinan kedua beliau ini berkekalan. Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Eddie atau nama sebenarnya Zaidi Zailani pada 20 Disember 2008. Namun, mereka berdua bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan Nabila dan Eddie dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@