Bukan Kami Kemalangan Tetapi Redza Rosli – Sherry Ibrahim Jelaskan Kekeliruan Ekoran Muat Naik Foto Kemalangan Di Instagram |
- Bukan Kami Kemalangan Tetapi Redza Rosli – Sherry Ibrahim Jelaskan Kekeliruan Ekoran Muat Naik Foto Kemalangan Di Instagram
- InshaAllah Perkahwinan Ini Mungkin Adalah Yang Terakhir Dalam Hidup Saya – Nabila
- Gaya Rambut Terbaru Bekas Isteri Sultan Brunei Azrinaz Mazhar Jadi Perhatian
- Rita Rudaini Tidak Serik Untuk Bercinta Lagi
- (5 FOTO) Baby Bump Eina Azman Yang Sedang Hamil 6 Bulan
- (6 FOTO) Shuk SYJ Nikah Gadis Daripada Sabah 20 Disember Lepas
- Shahrul Nasrun Tidak Terkejut Adira Sudah Berkahwin
- Stacy Dikritik Peminat Kerana Sambut Krismas
Posted: 22 Dec 2015 09:06 PM PST Namun, ia adalah satu kekeliruan kerana bukan mereka yang kemalangan tetapi aktor baharu yang semakin meningkat naik namanya iaitu Redza Rosli. Menurut Sherry, sebelum kejadian, beliau menaiki kereta bersama pelakon, Izreen Azminda manakala Redza memandu keretanya bersendirian dan mereka bergerak secara konvoi dari Perlis ke Kuala Lumpur selepas tamat penggambaran drama Kak Mar.
Jelas Sherry, kejadian tersebut berlaku sangat pantas dan mereka sendiri melihat kenderaan Redza tiba-tiba terbabas.
Menjawab persoalan mengenai muat naik beliau dan Izreen yang sudah mengelirukan peminat. Sherry memberitahu tujuan mereka berkongsi foto tersebut adalah sebagai makluman awal kepada pihak produksi mengenai kejadian yang menimpa mereka.
Walaubagaimanapun Sherry mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka sejurus menerima berita tentang kemalangan tersebut. |
InshaAllah Perkahwinan Ini Mungkin Adalah Yang Terakhir Dalam Hidup Saya – Nabila Posted: 22 Dec 2015 08:40 PM PST Bakal berkahwin pada hari Jumaat ini bersama pengurus restoran Kulcats, aktres Nabila Huda memberitahu beliau hanya menginginkan sebuah majlis yang ringkas serta sederhana sahaja. Nabila akan mengadakan majlis pernikahan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 9 Pagi. Menurut Nabila jika perkahwinan beliau kali ini adalah seperti yang beliau impikan, maka ia akan menjadi yang terakhir dalam hidup beliau.
Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Eddie atau nama sebenarnya Zaidi Zailani pada 20 Disember 2008. Namun, mereka berdua bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan Nabila dan Eddie dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun. Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahu ia kekal sehingga ke akhir hayat. Tahniah kami ucapkan kepada Nabila Huda yang bakal berkahwin pada hari Jumaat ini, semoga masjid yang dibina kali ini berkekalan sehingga ke jannah dan dilimpahi dengan kebahagiaan. |
Gaya Rambut Terbaru Bekas Isteri Sultan Brunei Azrinaz Mazhar Jadi Perhatian Posted: 22 Dec 2015 07:41 PM PST Bekas isteri kepada Sultan Brunei serta bekas penyampai berita di TV3, Azrinaz Mazhar sering mencuri tumpuan ramai bukan sahaja dengan kisah peribadinya tetapi dengan penampilan beliau. Mempunyai gaya rambut baharu yang pendek dengan warna "highlight" yang agak unik ia menjadi perhatian lebih-lebih lagi ketika beliau menjadi model untuk majlis fesyen koleksi Riezman Ruzaini baru-baru ini. Jom kita lihat beberapa lagi foto gaya rambut pendek beliau yang menjadi bualan ramai dengan membaca entri ini sepenuhnya. Apa pendapat anda? Cun ke tak? |
Rita Rudaini Tidak Serik Untuk Bercinta Lagi Posted: 22 Dec 2015 07:18 PM PST Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Rita Rudaini sudah bertemu dengan cinta baharu apabila beliau sering memuat naik foto dengan kapsyen yang seakan memberitahu ada seseorang yang hadir mengisi kekosongan didalam hidupnya. Sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan, ramai peminat Rita mengharapkan artis pujaan mereka itu menemui seseorang yang betul-betul sesuai buat dirinya. Walaubagaimanapun, menurut Rita setiap kapsyen berbunga itu sebenarnya berkaitan dengan produk minyak wangi beliau sendiri yang baharu sahaja dilancarkan pada hari Sabtu lepas . (Haish, betul-betul la kami ingat Rita sudah ada kekasih baharu.) Namun, Rita tetap merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan beliau.
Meskipun belum bersedia untuk menempuhi alam percintaan, Rita berharap dipertemukan dengan insan terbaik yang ikhlas menyayangi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Tidak apa Rita, carilah lelaki yang sesuai dengan diri anda dan mampu untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anak anda tanpa batasan perlahan-lahan. Dalam mencari cinta ini kita tidak boleh terburu-buru, kenal hati budi dengan lebih mendalam dan kami yakin satu hari nanti Rita akan bahagia juga. |
(5 FOTO) Baby Bump Eina Azman Yang Sedang Hamil 6 Bulan Posted: 22 Dec 2015 06:39 PM PST Tidak pernah memberikan sebarang kenyataan yang beliau telah pun hamil anak pertama, baby bump Datin Paduka Eina Azman semakin terserlah apabila kandungan beliau kini sudah memasuki bulan yang keenam. Ramai juga yang memuji Eina tampak sungguh berseri dan bertenaga meskipun sedang sarat mengandung. Malah, beliau dan suami Dato Paduka Kaiser Gurmeet sempat meluangkan masa bersama-sama dengan bercuti ke London dan Paris baru-baru ini. Kami pasti sudah ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah bayi Eina. Apa-apa pun kami berharap segala proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar. Jom layan beberapa lagi foto baby bump Eina Azman dengan membaca artikel ini sepenuhnya. |
(6 FOTO) Shuk SYJ Nikah Gadis Daripada Sabah 20 Disember Lepas Posted: 22 Dec 2015 06:13 PM PST Tahniah kami ucapkan kepada pelawak Shuk daripada kumpulan SYJ yang telah selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya pada 20 Disember lalu bertempat di Kampung Ulu Sapi, Sandakan, Sabah. Tidak ramai yang mengetahui bahawa Shuk sudah berkahwin dengan gadis yang dikenali sebagai Sera kerana majlis beliau berlangsung secara tertutup dan sederhana. Bahkan, Shuk baru sahaja berkongsi foto majlis perkahwinan beliau di Instagram. Shuk kelihatan segak manakala isterinya tampak jelita mengenakan busana pengantin berwarna Biru Laut . Difahamkan, Shuk akan mengadakan satu lagi majlis di kampung halamannya di Pulau Pinang dalam masa terdekat. Amboi Shuk diam-diam sahaja beliau sudah berkahwin yee. Kami doakan agar beliau dan pasangan akan kekal sehingga ke akhir hayat dan dilimpahi dengan kasih sayang serta kebahagiaan setiap masa. Amin… Lagi beberapa foto perkahwinan Shuk dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
Shahrul Nasrun Tidak Terkejut Adira Sudah Berkahwin Posted: 22 Dec 2015 05:50 PM PST Apabila Adira membuat keputusan untuk bernikah dalam masa yang agak singkat, ada pihak yang mengaitkan ia dengan isu beliau putus tunang dan nama bekas tunangnya Shahrul Nasrun turut timbul kembali. Ada yang ingin tahu apakah komen Shahrul mengenai berita pernikahan Adira. Shahrul menerusi portal mStar Online berkata beliau tidak terkejut jika Adira sudah berkahwin kerana mereka tidak lagi mempunyai sebarang ikatan dan itu adalah hak peribadi Adira sebagai seorang wanita untuk mencari kebahagiaan. Tambah Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu, beliau berharap agar dilimpahi rasa bahagia bersama pilihan hatinya dan menjaga rumah tangga yang dibina dengan baik.
Kita tidak boleh terus kecam Adira atas keputusan yang beliau sudah buat. Mungkin ini sudah ketentuan takdir dan jodoh beliau untuk bersama dengan Datuk Seri Adnan Abu. Apa yang penting, Adira harus menghormati isteri pertama Adnan dan menjaga rumah tangga beliau dengan baik. Doakan sahaja yang terbaik buat Adira. |
Stacy Dikritik Peminat Kerana Sambut Krismas Posted: 22 Dec 2015 05:24 PM PST Gara-gara memuat naik satu video yang berkaitan dengan perayaan Krismas di akaun Instagram miliknya, penyanyi Stacy telah dikritik dan perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat beliau. Ada yang mempersoalkan mengapa Stacy harus meraikan Krismas sedangkan beliau sudah memeluk Islam pada bulan Ogos lepas. Walaubagaimanapun, tidak semua peminat beliau yang cepat melatah. Berdasarkan beberapa komen, apa yang dilakukan oleh Stacy semata-mata kerana ingin menghormati ahli keluarga beliau yang beragama Kristian serta tidak memutuskan pertalian darah antara mereka. Malah, ia adalah satu perkara biasa buat penduduk di Sabah dimana setiap daripada mereka akan saling menghormati dan meraikan perayaan agama lain dengan batas tertentu. Ramai orang sekarang yang mahu berlagak alim dan seakan menganggap diri mereka Tuhan dimana mereka menentukan dosa dan pahala orang lain. Sebelum kritik, cuba cermin dahulu diri sendiri adakah sudah cukup sempurna? Bersabarlah Stacy, kami yakin anda mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara ini. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@