Buktikan Jika Benar Saya Kaki Perempuan – Zul Ariffin |
- Buktikan Jika Benar Saya Kaki Perempuan – Zul Ariffin
- (2 FOTO) Baby Bump Hanis Zalikha Yang Semakin Terserlah
- Janna Nick Mohon Maaf Isu Bergurau MH370 Ditemui
- Tiada Apa Yang Perlu Diperkatakan Lagi – Aiman Hakim Redza Tidak Mahu Dedah Punca Putus Cinta
- (13 GAMBAR)Nur Fazura Jelita Menawan Bertudung Di Brunei
- (25 GAMBAR)Ayu Raudhah & Keluarga Cuti-Cuti Di Itali
- (40 GAMBAR)Sekitar Pernikahan Zaim Helmi Zaini, Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI)
- (25 GAMBAR)Sekitar Percutian Rozita Che Wan & Keluarga Di Kota London
- Nur Fazura Anggap Insiden KimK Sebagai Ujian Dari Tuhan
- 14 Gosip Terhangat BeautifulNara Untuk Tahun 2015
Buktikan Jika Benar Saya Kaki Perempuan – Zul Ariffin Posted: 28 Dec 2015 09:47 AM PST Sejak drama Rindu Awak 200% menjadi hits, nama pelakon utamanya Zul Ariffin turut melonjak naik. Malah, beliau menjadi kegilaan ramai gadis di luar sana. Kalau sudah popular, tentu sekali peminat ingin tahu kisah peribadi dan percintaan artis pujaan mereka bukan? Boleh dikatakan sepanjang tahun 2015 ini, ada sahaja gosip serta kontroversi tentang percintaan Zul. Lebih-lebih lagi selepas beliau mengakui sedang mengenali hati budi pelakon baharu Zahirah MacWilson. Sejak daripada itu, ada beberapa pihak yang melabelkan beliau sebagai buaya darat, "playboy", kaki perempuan dan banyak lagi. Ada juga yang mendakwa Zul sering mempergunakan wanita untuk terus mengekalkan namanya dalam industri hiburan tempatan. Zul bagaimanapun tidak kisah jika ada pihak yang menganggap beliau sebegitu.
Biasalah tu, kalau ada sahaja artis yang sering timbul dengan kisah cinta pasti mereka akan digelar sebagai kaki perempuan. Agak subjektif sebenarnya untuk anggap seseorang itu "playboy". Tidak apa lah Zul, bersabar je lah yee…kata orang kawan biar seribu bukan…bercinta biar satu.. |
(2 FOTO) Baby Bump Hanis Zalikha Yang Semakin Terserlah Posted: 28 Dec 2015 08:54 AM PST Baru-baru ini Hairul Azreen mengumumkan isterinya, Hanis Zalikha sedang hamil empat bulan. Bakal menyambut kelahiran cahaya mata mereka tidak lama lagi, "baby bump" Hanis sudah semakin terserlah berdasarkan foto yang dimuat naik di akaun Instagram. Memang nampak comel dan Hanis juga kelihatan lebih berseri ketika sedang hamil. Iyalah, siapa yang tidak sabar untuk menantikan detik untuk menjadi seorang ibu buat pertama kali bukan? Kami doakan agar ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Banyakkan berehat dan jaga pemakanan sepanjang tempoh kehamilan. |
Janna Nick Mohon Maaf Isu Bergurau MH370 Ditemui Posted: 28 Dec 2015 08:31 AM PST Hujung minggu lepas pelakon yang semakin popular, Janna Nick telah dikecam hebat oleh pengguna media sosial apabila beliau memuat naik foto daripada filem Hindi, Dilwale dengan status unsur gurauan bahawa pesawat MH370 sudah ditemui menerusi akaun Twitter beliau. Ia membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia yang menganggap Janna tidak sensitif dengan perasaan keluarga mangsa nahas pesawat tersebut dan mempersendakan kejadian yang sehingga kini menjadi misteri. Sedar ia menjadi perkara viral, Janna sudah memadam "tweet" tersebut dan tampil memohon maaf mengenai perkara berkenaan. Jelasnya, beliau tidak pernah berniat untuk membuat mana-mana pihak tersinggung.
Mengakui dirinya masih lagi anak muda yang "mentah" dan tidak boleh lari daripada membuat kesilapan, Janna bagaimanapun bersikap terbuka untuk menerima sebarang teguran.
Biarpun sekadar gurauan perkara seperti isu MH370 ini bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main-main, seluruh rakyat Malaysia cukup terkesan dengan insiden tersebut dan semestinya keluarga mereka lebih menderita bukan? Harapnya selepas ini Janna Nick akan fikir dahulu sebelum membuat sesuatu agar ia tidak mencalarkan imej anda sebagai seorang artis yang baharu sahaja ingin mengecapi populariti. |
Tiada Apa Yang Perlu Diperkatakan Lagi – Aiman Hakim Redza Tidak Mahu Dedah Punca Putus Cinta Posted: 28 Dec 2015 08:03 AM PST Sudah dua kali putus cinta dengan Nur Fathia dan nampaknya kali ini seakan mereka tidak akan kembali bersama sebagai pasangan kekasih lagi, Aiman Hakim Redza tidak mahu lagi toleh ke belakang dan mahu melupakan episod duka beliau. Meskipun dihimpit pelbagai persoalan daripada peminat, Aiman bagaimanapun enggan mendedahkan punca beliau dan Fathia memutuskan percintaan mereka.
Untuk pengetahuan anda Aiman dan Fathia pernah berpisah sekitar awal tahun ini tetapi hubungan mereka kembali terjalin tidak berapa lama kemudian kerana masing-masing mengakui masih ada perasaan kasih sayang dan rindu selepas beberapa tahun bercinta. Ada juga khabar angin yang mengatakan Fathia sebenarnya makan hati dengan sikap Aiman yang tidak serius dalam perhubungan mereka. Benar atau tidak..mereka sudah pun memilih untuk "move on" dengan kehidupan masing-masing. Mana tahu selepas ini ada cinta baharu buat mereka?
|
(13 GAMBAR)Nur Fazura Jelita Menawan Bertudung Di Brunei Posted: 28 Dec 2015 04:49 AM PST Kejelitaan serta kecantikan Nur Fazura memang tidak boleh dinafikan lagi. Sekali mata memandang, pasti jiwa akan terpaku serta tertawan. Baru-baru ini ketika menghadiri satu sesi promosi butiknya House of Dolls di Brunei, kejelitaan Fazura semakin jelas terserlah apabila tampil dengan imej bertudung. Serius sedap mata memandang. Sejuk je. Comel kan? Satu hari nanti pasti Fazura akan tampil dengan imej bertudung buat selama-lamanya. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
(25 GAMBAR)Ayu Raudhah & Keluarga Cuti-Cuti Di Itali Posted: 28 Dec 2015 04:35 AM PST Jika kakaknya Rozita Che Wan terbang ke London untuk bercuti di hujung tahun ini, Ayu Raudhah dan keluarganya pula telah memilih Itali sebagai lokasi percutian akhir tahun mereka. Itali sememangnya terkenal dengan rekaan bangunan mereka yang begitu gah sekali. Satu hari nanti pasti Abang Nara pun akan menjejakkan kaki ke sini. Teruja nak bergambar dengan bangunan-bangunan yang penuh dengan sejarah ini. Semoga percutian ini akan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan Ayu Raudhah. Selepas sepanjang tahun penat bekerja, apa salahnya berehat di luar negara kan? Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
(40 GAMBAR)Sekitar Pernikahan Zaim Helmi Zaini, Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Posted: 27 Dec 2015 11:57 PM PST Pada 25 Disember lepas, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) iaitu Zaim Helmi Zaini, 29, telah melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya Nur Damia Mohamed Nasir, 28, di De Palma, Ampang. Pernikahan disahkan dengan sekali lafaz. Pasangan ini mengenakan busana oleh Qudyn manakala bunga pula ialah hasil buah tangan Lovely Rizarraa. Majlis mereka ini berlangsung meriah dan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu. Untuk makluman, gambar-gambar ini ialah hasil bidikan Sixuca Wedding Photography. Lagi 39 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
(25 GAMBAR)Sekitar Percutian Rozita Che Wan & Keluarga Di Kota London Posted: 27 Dec 2015 11:37 PM PST London adalah satu kota percutian idaman setiap manusia. Abang Nara kalau boleh nak pergi tiap-tiap tahun. Memang seronok berada di kota London, lebih-lebih lagi kecantikan serta keluasan Hyde Park yang memang sesuai untuk anak-anak. Namun Abang Nara bukanlah seperti Che Ta yang untuk kesekian kalinya telah pergi bercuti bersama suami dan anak-anak di London. Serius jeles tengok gambar-gambar mereka. Che Ta turut sama membawa jurugambar demi memastikan gambar-gambar detik riang dan kenangan manis keluarganya dirakamkan dengan penuh jitu. Abang Nara paling geram tengok gambar Aaisyah pakai baju winter. Comel sangat-sangat. Sebijik anak mat saleh. Semoga dengan percutian ini, hubungan kekeluargaan Che Ta sekeluarga akan bertambah mesra. Mana tahu Aaisyah akan dapat adik. Cuaca kan tengah sejuk di London. Hehehe. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
Nur Fazura Anggap Insiden KimK Sebagai Ujian Dari Tuhan Posted: 27 Dec 2015 10:24 PM PST Tahun 2015 adalah satu tahun yang boleh dianggap sempurna buat Nur Fazura seandainya insiden KimK tidak terjadi. Nama baik Fazura tercalar gara-gara salah faham tersebut. Ramai yang kecewa kerana Fazura masih belum memohon maaf kepada peminat yang dimalukan sehingga hari ini. Namun bagi Fazura, insiden tersebut dianggap sebagai satu ujian dari Tuhan untuk dijadikan pengalaman dan juga pengajaran buat dirinya. Kata Fazura:-
Menariknya, Fazura menegaskan sekali lagi tindakannya di dalam insiden KimK adalah semata-mata untuk mempertahankan kawannya. Malah bagi Fazura, dirinya kecewa kerana insiden itu terjadi di kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Kata Fazura lagi:-
Benda dah berlaku nak buat macam mana kan? Anggaplah sebagai ia satu pengajaran agar kita tidak membuat kesimpulan dan keputusan tergesa-gesa. Tanya pendapat orang lain dulu sebelum membuat sebarang tindakan. Apa pun, untuk tahun 2016, Abang Nara doakan agar Fazura agar segera bertemu jodoh. Rasanya ramai yang dah tak sabar hendak tengok si jelita ini bersanding di atas pelamin. Tak gitu? Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian. |
14 Gosip Terhangat BeautifulNara Untuk Tahun 2015 Posted: 27 Dec 2015 07:55 PM PST Gosip paling hangat di BeautifulNara dikira dari entri-entri yang mendapat komen terbanyak. Untuk tahun 2015, 14 gosip paling hangat di BeautifulNara ialah entri-entri di bawah, mengikut turutan. 1. Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini (405) Sudah beberapa tahun kisah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan menjadi bualan hangat di Internet. Kemuncak pada kontroversi ini ialah apabila melalui Instagram, Rita Rudaini mendedahkan bahawa semasa menjadi suami, Aidil Zafuan tidak pernah membelikan seluar dalam untuknya. Ia ialah kenyataan balas Rita pada pertanyaan Aidil sama ada Rita membuat tuntutan mut’ah kerana maruah mahupun wang di Instagram. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak mendapat liputan meluas media cetak, elektronik dan media baru sekaligus menjadikan ia kisah paling hangat untuk tahun 2015. Lagi 14 gosip dengan membaca entri ini sepenuhnya.
2. Wardina Saffiyah Tidak Mahu Salib Di Taman Medan Diturunkan (315) Wardina sememangnya diketahui sering membuat kenyataan peribadi mengenai isu-isu semasa. Entri kedua paling hangat di BeautifuNara ialah mengenai komen Wardina mengenai 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah berhimpun di hadapan satu bangunan lot kedai, lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya untuk menuntut agar tanda salib besar di premis itu diturunkan. Bantahan yang berlangsung di Taman Medan itu dianjurkan atas alasan tanda salib itu mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam. Pihak gereja bersetuju menurunkan lambang salib gergasi yang dipasang pada tingkap gereja yang terletak di tingkat dua sebuah bangunan rumah kedai itu selepas bantahan dibuat. Namun begitu, Wardina yang kini menetap di Australia kerana menyambung pengajiannya mengikuti perkembangan isu itu dan menyuarakan pendapatnya bahawa salib itu tidak perlu diturunkan dan menganggap perbuatan pemprotes adalah seperti membuli penganut agama Kristian di situ. Kenyataan Wardina mendapat sokongan sebilangan besar pengguna Internet, bagaimanapun ia tidak dipersetujui oleh penduduk Taman Medan yang berpendapat Wardina sebagai orang luar tidak memahami masalah sebenar orang Islam di Taman Medan jadi tidak seharusnya memberi sebarang komen mengenai perkara itu. 3. Surat Terbuka Kepada Yasmin Hani Daripada Seorang Guru (315) Pelakon dan pengacara Yasmin Hani telah membuat satu kenyataan mengenai perbuatan merotan pelajar yang dianggapnya tidak lagi relevan untuk diamalkan. Kenyataan Yasmin bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak, terutamanya para guru. Bagi mereka, Yasmin Hani tidak mengetahui realiti sebenar proses pengajaran di sekolah. Ramai yang mencadangkan Yasmin menghabiskan masa selama seminggu dua sebagai seorang guru dan selepas itu mengeluarkan pendapatnya sekali lagi. Kenyataan Yasmin Hani juga mendorong seorang guru menghantar stau surat terbuka pada kami, menghentam corak pemakaian Yasmin. Kata guru itu:
Yasmin bagaimanapun tidak memberi reaksi mengenai saranan guru itu terhadapnya. 4. Luahan Hati Seorang Penonton Drama Hello Mr Perfect (272) Drama terbitan A. Aida Production, Hello Mr. Perfect lakonan Fattah Amin dengan pendatang baru, Nur Ruhainies menerima kecaman paling hebat tahun ini kerana lakonan kayu, jalan cerita yang membosankan serta tidak berfaedah dan runut bunyi yang ‘annoying’. Ribuan penonton memberi pendapat ia ialah drama Akasia paling teruk dan menyatakan yang mereka tidak sabar menunggu ia habis ditayangkan kerana mereka ingin menonton drama yang lebih bagus. A. Aida yang kini bergelar Datuk menyatakan dia tidak kisah dengan komen-komen negatif mengenai drama terbitannya asalkan ia meletup. Kenyataan A. Aida turut mendapat kecaman Netizen yang mendakwa drama itu hanya ‘meletup dengan kutukan’. 5. Kenyataan Balas Azwan Ali Berhubung Isu Maki Hamun Pengikutnya Kerana Me'nate(267) Hanya kerana salah faham mengenai perkataan Me’nate, Azwan Ali telah memaki hamun seorang peminatnya di Twitter. Kisah pelik tetapi benar ini berlaku pada bulan Ramadan, apabila Azwan, yang dikenali dengan nama ‘Diva AA’ di kalangan peminatnya bertanya pada pengikut media sosial restoran mana untuk menikmati stik yang lazat. Salah seorang peminatnya menjawab ‘menate’, merujuk kepada Me’nate, satu restoran yang menghidangkan stik daging lembu Wagyu. Azwan seterusnya diserang Netizen di Twitter sehingga mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitter dan kini hanya aktif di Instagram. Peminat itu pula telah dibelanja untuk makan stik bernilai ribuan ringgit oleh pemilik restoran Me’nate bersama keluarganya kerana dimaki hamun Azwan Ali. 6. Kerana Salah Faham "KimK", Nur Fazura Malukan Peminat (249) Kejadian ini lebih kurang sama dengan kejadian ‘Me’nate’ di atas, apabila pelakon Fazura telah ‘menyerang’ seorang wanita di Instagram kerana menyangkakan wanita itu mengibaratkan seorang rakannya sebagai ‘kim*k’. Bagaimanapun, Netizen memberi reaksi agak ekstrem mengenai perkara itu kerana wanita itu sebenarnya memuji rakan Fazura dengan mengibaratkannya seperti “Kim K” (yang merupakan kependekan untuk selebriti televisyen realiti, Kim Kardashian). Sehubungan itu Netizen mendesak Fazura memohon maaf dari peminat tersebut kerana cuba memalukan wanita itu dengan memuat naik gambarnya di Instagram serta mengaitkan dengan cara pemakaian wanita itu yang bertudung serta statusnya sebagai seorang ibu. Fazura bagaimanapun enggan meminta maaf sebaliknya menuntut peminat itu pula meminta maaf. Disebabkan perkara ini, Fazura dikecam oleh majoriti pengguna media sosial Malaysia dan mereka mula menyebarkan video Fazura gagal menjawab soalan pengetahuan asas dalam satu kuiz bersama Lisa Surihani dan dia juga terus di’troll’ oleh Netizen kerana membuat laporan polis tentang kejadian itu.
7. Drama Hati Perempuan Romantik Atau Mengarut? (248) Drama Hati Perempuan ialah drama untuk Slot Akasia TV3 yang dilakonkan oleh Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Ramai yang tidak berpuas hati dengan drama ini kerana watak Mia Ahmad sebagai Yuhanis bersikap kurang ajar terhadap suaminya, Tengku Zaril. Walaupun sudah berkahwin, sering bercakap dengan nada suara tinggi, merajuk tak kira tempat. Bagaimanapun, baik Syarul atau Mia, kedua-duanya menjadi semakin dikenali melalui drama ini, malah Mia kini mempunyai ratusan ribu pengikut di Instagram dan mampu meraih pendapatan lumayan dengan menjadi duta untuk beberapa produk kecantikan. 8. Wan Sakinah Isteri Ashraf Muslim Luah Perasaan Jadi Isteri Kedua (232) Wan Sakinah Ahmad Saburi berkahwin dengan Ashraf Muslim di Thailand sebagai isteri kedua, ketika itu tanpa pengetahuan isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman. Disebabkan itu Wan Sakinah telah dikecam teruk apabila perkara itu diketahui netizen. Awal tahun ini Wan Sakinah yang merupakan bekas personaliti TV9 telah menulis satu status di Instagram berupa tips untuk para isteri kedua. Status Wan Sakinah telah menimbulkan perdebatan di kalangan pembaca BeautifulNara kerana ia memberi gambaran seolah-olah perkahwinan sebagai isteri kedua itu merupakan takdir tuhan yang tidak mampu dielakkan lagi.
Sebenarnya tiada yang salah dengan tulisan Wan Sakinah. Keputusan menjadi isteri kedua Ashraf ialah pilihannya dan takdir yang datang selepas itu (dikecam Netizen) perlu dihadapi, hendak atau tidak. Namun kini Wan Sakinah telah menyahaktifkan akaun Instagramnya dan tidak lagi memberi ‘tips’ kepada para isteri kedua. 9. Naelofar Hijab Dituduh Tiru Rekaan Tudung SugarScarf (217) Neelofa telah muncul tahun ini dengan perniagaan tudung yang mempunyai 700 agen di seluruh negara dipanggil Naelofar Hijab. Tampil dengan pelbagai rekaan, salah satu rekaan tudungnya iaitu Timeless Beauty dikatakan telah ditiru dari rekaan tudung jenama lain. Pemilik jenama tudung tersebut mendakwa memegang rekaan industrial tudung tersebut dan menuntut Naelofar menghentikan pengeluaran Timeless Beauty. Neelofa juga meluahkan rasa kecewa kerana pemilik jenama tersebut memilih untuk mengeruhkan keadaan dengan menggunakan media sosial bagi menguar-uarkan tentang perkara tersebut, bukannya dengan cara profesional iaitu melalui tindakan perundangan. Neelofa mencabar pemilik jenama tudung tersebut untuk mengemukakan bukti rekaan industrial sekiranya benar sudah didaftarkan. Setakat ini, bukti itu masih belum dikeluarkan. Kes itu juga nampaknya tidak memberi kesan kepada jualan tudung Neelofa yang khabarnya mencapai nilai RM 50 juta untuk tahun ini. 10. (TAKZIAH)Siti Nurhaliza Keguguran (212) Diva kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza mengesahkan telah keguguran kandungan baru-baru ini. Ia bagaimanapun diselubungi kontroversi kerana ia dihebahkkan oleh pihak lain tetapi Siti sendiri menafikannya. Namun begitu Siti mungkin punya alasan tersendiri mengikut pesan orang-orang tua untuk tidak menghebahkan usia kehamilan yang terlalu awal. 11. (VIDEO)Gadis Melayu Bertudung Dipeluk Artis Kpop Jadi Bahan Bualan Satu Malaysia (207) Kecoh satu Malaysia apabila beberapa orang gadis bertudung merelakan diri dipeluk dan dicium dahi oleh ahli kumpulan K-pop dari Korea Selatan iaitu B1A4. Sebetulnya, bukan salah ahli kumpulkan K-pop itu kerana mereka bukan Muslim dan tidak tahu tatacara pergaulan dengan gadis Muslim, tetapi penganjur sepatutnya menerangkan kepada mereka tentang dos and dont’s dengan peminat Muslim lebih awal. Kisah ini berpanjangan apabila JAKIM mengumumkan mahu mencari gadis-gadis tersebut untuk dikenakan tindakan, bagaimanapun ia dibatalkan apabila niat JAKIM itu mendapat bantahan dan kecaman Netizen. Sejak itu selebriti Korea yang datang ke Malaysia mula menjaga batas pergaulan dengan peminat Muslim, contohnya pelakon kacak tinggi lampai Lee Min Ho yang menolak untuk bersalaman walaupun dihulurkan tangan oleh seorang peminat bertudung di Nu Sentral. 12. Abby Abadi Berjanji Tidak Mahu Beli Kek Secret Recipe Walaupun Ada Sijil Halal(205) Kisah yang ini memang kelakar. Selebriti Abby Abadi memuat naik gambar dua kek buatan Secret Recipe yang dibeli untuk sambutan hari lahir anaknya di akaun Instagram, mendakwa tidak akan membeli kek Secret Recipe lagi. Ini ialah kerana dia berasa ragu-ragu dengan status halal kek tersebut yang mungkin dibuat oleh orang bukan Islam. Alasannya, dia mempelajari dari ustaznya bahawa makan makanan orang yang tidak taat perintah Allah akan menyebabkan hati menjadi hitam. Sesetengah peminat membidas kenyataan Abby bahawa apa yang disampaikan itu tidak betul kerana sekiranya makan makanan yang disediakan oleh orang bukan Muslim menghitamkan hati, maka hati Nabi Musa juga telah menjadi hitam kerana Nabi Musa A.S membesar dan makan air tangan orang bukan Islam secara rahsia di istana Firaun. Tambahan, kalau kita was-was sudah tentu hukum memakan kek itu jadi haram walauun sebenarnya halal, bukan? Namun begitu, Abby tetap menghidangkan kek itu kepada tetamu yang hadir ke rumahnya dan turut memotong kek itu untuk dihidangkan. Komen Abby itu mendapat kecaman Netizen yang berpendapat Abby ‘melebih-lebih’ dan ada juga yang melabelkan beliau ‘hipokrit’ kerana menghidangkan kek yang beliau sendiri ragui status kehalalannya. Senang cerita, tak perlu memperberatkan perkara yang mudah. Kalau dah ada status halal JAKIM tu, makan sajalah. 13. Bienda Tuntut M. Nasir Dan AC Mizal Mohon Maaf Kerana Aibkan Ibunya Di Gegar Vaganza 2 (205) Salah satu kontroversi hangat yang terkait dengan program Gegar Vaganza 2 yang dijuarai oleh Siti Nordiana ialah komen M. Nasir ialah "putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess", yang dianggap oleh penyanyi, Bienda, sebagai memperlekehkan ibunya. Sheeda merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2 telah memakai busana seperti seorang puteri raja semasa membuat persembahan dengan Aweera. Justeru, Bienda menuntut agar M. Nasir dan Dato’ AC Mizal yang uga juri pertandingan itu memohon maaf dari ibunya kerana baginya, komen mereka keterlaluan. 14. Peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid Tak Tahu Apa Itu GST (196) Yang ini memang antara kontroversi terhangat membabitkan salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Mawar Rashid yang tidak dapat memberi penerangan apa itu Goods and Services Tax (GST) dalam satu temuraramah. Akibatnya, Mawar telah dicop sebagai 'beauty without brain' atau dalam bahasa Melayunya 'cantik tapi tak ada otak'. Selain daripada tidak tahu apa itu maksud GST, Mawar Rashid juga dikritik teruk kerana cara menjawab soalannya yang nampak agak 'fake'. Bagaimanapun ada ‘blessing in disguise’ dari kejadian itu, di mana Mawar khabarnya telah mendapat tawaran berlakon apabila namanya heboh diperkatakan, malah Mawar telah mendapat nama jolokan ‘Mawar GST’. Sekarang semua orang ingat Mawar, bukan? |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@