Haiza Kesal Ada Pihak Jadi Batu Api Lagakan Azian Mazwan Sapuwan & Faradhiya |
- Haiza Kesal Ada Pihak Jadi Batu Api Lagakan Azian Mazwan Sapuwan & Faradhiya
- (17 GAMBAR)Khaleel Emir, Anak Kedua Khairul Fahmi Che Mat
- Hilang Suara Di Pagi Hari Persembahan, Faradhiya Hampir Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2
Haiza Kesal Ada Pihak Jadi Batu Api Lagakan Azian Mazwan Sapuwan & Faradhiya Posted: 10 Dec 2015 12:54 AM PST Kerana satu gambar dengan caption bertulis “Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk 'Sedalam Mana Cintamu'… Bukan karok mendatar ye!” oleh Azian Mazwan Sapuwan, terus timbul desas-desus bahawa kata-kata itu ditujukan kepada Faradhiya. Semua sedia maklum bahawa Azian Mazwan Sapuwan telah tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 2 yang menyaksikan para peserta berentap dengan tema “Karok Tarik”. Susulan caption tersebut, ramai yang beranggapan ia ditulis dengan tujuan mahu menyindir Faradhiya yang gagal memberikan persembahan terbaik kerana masalah kesihatan.
Kadangkala Abang Nara kagum dengan mereka yang boleh spekulasi macam-macam hanya daripada beberapa patah perkataan. Tinggi sungguh imaginasi mereka. Kadangkala sian pun ada. Tak penat ke buat analisis dan cuba mencipta teori? Kalau Abang Nara baiklah tidur ataupun buat kerja lain. Tak gitu? Sumber ManggaOnline. |
(17 GAMBAR)Khaleel Emir, Anak Kedua Khairul Fahmi Che Mat Posted: 09 Dec 2015 10:10 PM PST Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, mesra dikenali sebagai Apex selamat menimang cahaya mata keduanya pada 18 November lepas. Ketika dilahirkan, bayi lelaki itu mempunyai berat 3 kg dan telah diberi nama Khaleel Emir. Jom kita tengok gambar Apex sekeluarga bersama isteri, Leuniey Natasha dan anak sulung, Kayla Elana bergambar bersama Khaleel. Gambar-gambar yang cantik ini ialah hasil bidikan The Photolicious. Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
Hilang Suara Di Pagi Hari Persembahan, Faradhiya Hampir Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2 Posted: 09 Dec 2015 06:43 PM PST Faradhiya merupakan salah seorang peserta feveret Abang Nara dalam Gegar Vaganza 2. Tiap-tiap minggu Abang Nara memang menunggu persembahan daripadanya. Namun persembahan Faradhiya di minggu suku akhir dan separuh akhir agak mengecewakan. Buktinya, pada minggu lalu, Faradhiya mendapat tempat kedua tercorot. Rupa-rupanya Faradhiya mengalami masalah kehilangan suara yang hampir menyebabkan dia menarik diri dari Gegar Vaganza 2. Patutlah pada persembahan minggu lalu, nyanyian Faradhiya tidak selantang yang diharapkan. Part tarik pun tak tarik. Nasib baiklah Datuk Ramli MS memujuk Faradhiya dan menukar susunan lagu untuk disesuaikan dengan suara Faradhiya yang hilang. Kata Faradhiya.
Tiada apa yang lebih menakutkan buat seorang penyanyi selain daripada kehilangan suara. Minggu ini adalah minggu akhir Gegar Vaganza 2. Diharap suara Faradhiya akan kembali pulih seperti biasa, sekaligus dapat memberikan persembahan yang memukau. Mana tahu ada rezeki boleh bergelar juara Gegar Vaganza 2. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Kosmo. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@