Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Harun Salim Bachik Terima Anugerah Khas: Hargai Khidmat Dan Bakti Beliau Dalam Dunia Seni

Harun Salim Bachik Terima Anugerah Khas: Hargai Khidmat Dan Bakti Beliau Dalam Dunia Seni


Harun Salim Bachik Terima Anugerah Khas: Hargai Khidmat Dan Bakti Beliau Dalam Dunia Seni

Posted: 16 Dec 2015 10:44 PM PST

Di atas khidmat dan jasa beliau bertahun lamanya dalam bidang seni, Allahyarham Harun Salim Bachik telah dikurniakan Anugerah Pohon Beringin yang merupakan anugerah utama Gegar Anak Seni ( Gasseni).

Anugerah berkenaan disampaikan oleh, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada balu Allahyarham, Surianti Mohd Nor pada jamuan Gasseni yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

Malam Gasseni yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).

Pada malam tersebut mereka menyampaikan enam anugerah bagi anak-anak seni yang sudah banyak berjasa dalam pembinaan budaya bangsa melalui bidang filem, televisyen, nyanyian, teater, tarian dan muzik.

Antara penerima anugerah ialah Allahyarham Ibrahim Pendek bagi kategori Ikon Filem tempatan, Tokoh Penyiar 1994, Tan Sri Ahmad Merican (Ikon Televisyen) dan kumpulan Alleycats (Ikon Nyanyian), pengarah Khalid Salleh (Ikon Teater), Datin Azanin Ezane Ahmad (Ikon Tarian) dan bekas Pengarah Muzik TV3, Datuk Ooi Eow Jin (Ikon Muzik).

Sayang sungguh, hanya selepas Allahyarham Harun Salim Bachik tiada barulah ada pihak yang nampak jasa serta kebolehannya.

Sumber Berita: mStar Online

Miera Liyana Nafi Jalinkan Hubungan Dengan Anak Menteri

Posted: 16 Dec 2015 10:30 PM PST

Miera Liyana antara aktres yang sinonim dengan gosip percintaan, pernah dikatakan bercinta dengan Fauzi Nawawi dan Afiq Muiz, kali ini pelakon Memori Cinta Suraya itu didakwa sedang hangat menjalinkan hubungan dengan seorang anak menteri kabinet selepas dilihat muncul bersama dalam satu majlis.

Walaubagaimanapun, Miera menerusi portal mStar Online menafikan perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya kawan biasa.

Saya tidak nafikan mengenali dia tetapi hubungan kami sekadar rakan biasa sahaja dan bukannya pasangan kekasih seperti didakwa.

Bagaimanapun saya tidak boleh menjangkakan apa akan berlaku pada masa hadapan tetapi buat masa sekarang kami memang berkawan sahaja.

Jelas Mira, mereka mula mengenali antara satu sama lelain ketika beliau membintangi sebuah drama terbitan pemuda berkenaan. Semenjak daripada itu, mereka mula berkenalan dan berhubungan sehingga kini.

Buat Miera, anak menteri itu seorang yang sangat baik serta peramah dan mereka sangat selesa bersama. Namun, Miera masih belum memikirkan soal percintaan kerana mahu fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.

Dia seorang yang sangat baik dan ramah membuatkan saya selesa berkawan dengannya tambahan pula kami serasi sebagai kawan.

Saya masih muda dan ada perkara lain yang ingin saya lakukan sebelum serius bercinta. Buat masa ini fokus saya adalah kerjaya saya.

Biasalah kalau ada artis wanita yang berkawan dengan anak VVIP pasti ramai yang akan menyangkan mereka bercinta. Kehidupan artis ini memang jumpa macam-macam jenis orang, tetapi siapa tahu mungkin Miera ada jodoh dengan anak menteri yang dikaitkan dengan beliau?

Sumber Berita: mStar Online

Dikritik Kerana Sering Mengusik Farahdhiya : Ini Jawapan Balas Nabil Ahmad

Posted: 16 Dec 2015 08:15 PM PST

Walaupun Gegar Vaganza 2 telah melabuhkan tirainya minggu lepas, gosip mengenai pengacaranya masih lagi tidak putus. Jika  beliau sebelum ini hangat apabila ditegur oleh Datuk Jamal Abdillah untuk tidak membuat lawak mengenai raja pop itu, kali ini Nabil Ahmad dikritik pula oleh sesetengah fanatik  penyanyi Farahdhiya apabila Nabil sering mengusik beliau di pentas Gegar Vaganza 2.

Jelas Nabil, beliau sebenarnya sudah lama mengenali Farahdhiya secara peribadi ketika sama-sama berkunjung ke sebuah pusat senaman.

Nabil  tidak mempunyai niat lain tetapi hanya ingin menceriakan lagi suasana dengan menyakat dan melawak.

Saya dah agak memang ramai yang nak tahu mengapa saya suka sangat usik Farahdhiya.

Sebenarnya saya dan dia dah kenal dan berkawan lama. Kami pernah sama-sama menjadi pengunjung sebuah gimnasium. Bukan dengan Farah saja, kalau buat show saya memang suka menyakat orang sebab itu sebahagian kreativiti saya untuk lebih memeriahkan suasana sesebuah program.

Sekadar untuk buat orang ramai gelak dan semuanya untuk suka-suka sahaja, bukannya ada maksud atau niat lain.

Saya selalu cakap, dalam dunia hiburan ini kita janganlah nak ambil serius sangat semua benda. Asalkan kita tahu batasan tertentu.

Boleh dikatakan melawak dengan cara yang agak manja bersama Farahdhiya, ramai yang bertanya adakah isteri beliau, Zira tidak merasa cemburu? Menjawab persoalan tersebut, Nabil berkata isterinya sudah cukup mengenali sikap beliau dan memahami kerjayanya.

Isteri saya pun faham kerja saya suka mengusik orang di atas pentas. Dia tak cemburu pun saya suka mengusik Farahdhiya. Dia dah faham benar sikap saya suka bergurau.

Mungkin apa yang dikatakan oleh Nabil itu betul, kita kadang kala kenalah bersikap lebih terbuka dan tidak mengambil semua perkara terlalu serius. Buat apa hendak merasa tertekan sepanjang masa?

Sumber Berita: Mangga Online

(TAHNIAH) Shahrol Shiro Bakal Tamatkan Zaman Duda Tahun Hadapan

Posted: 16 Dec 2015 07:46 PM PST

Pelawak terkenal Shahrol Shiro memberitahu beliau bakal menamatkan zaman dudanya pada tahun hadapan tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.  Walaubagaimanapun buat masa ini beliau belum bersedia untuk memperkenalkan wanita yang telah berjaya mencuri hatinya itu kepada umum.

Insya-Allah, perancangan untuk berkahwin kalau tiada aral melintang pada tahun depan. Saya mungkin akan terus kahwin dan tiada majlis bertunang.

Saya mengenali wanita tersebut sudah dua tahun dan kalau sampai masanya saya akan beritahu kepada umum.

Jelas Shahrol, beliau mengambil masa yang agak lama untuk berkahwin semula kerana masih trauma dengan kegagalan rumah tangga beliau sebelum ini.

Shahrol sedar bukan senang untuk memikul tanggungjawab serta menjalani kehidupan berumah tangga. Namun, beliau berharap kali ini perkahwinan beliau akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Bukan senang menjalani kehidupan berumah tangga, secara jujurnya saya masih trauma dan berasa takut untuk melaluinya sekali lagi. Kalau boleh biarlah kali ini sampai ke akhir hayat.

Untuk pengetahun anda Shahrol Shiro telah pun bercerai kira-kira lapan tahun lalu. Hasil perkahwinan bersama bekas isterinya beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Muhd Adam Danish yang kini sudah berusia tujuh tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Shahrol Shiro dan pasangan. Seperti yang Shahrol harapkan kami juga mendoakan agar jodoh anda kali ini berkekalan sehingga ke jannah. InshaAllah.

Sumber Berita: mStar Online

Ibu Jejai Tepis Gosip Beliau Punca Rumah Tangga Anaknya Dan Fasha Sandha Bergolak

Posted: 16 Dec 2015 07:11 PM PST

Sejak beberapa minggu lepas, kisah  mengenai masalah rumah tangga Fasha Sandha dan suaminya Jejai cukup hangat diperkatakan.  Ada pihak yang mendakwa rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai goyah selepas aktres itu dilihat mengunjungi sebuah pejabat agama Islam di Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun,beberapa hari lepas kami terkejut mendengar berita bahawa mereka sudah bercerai dan semuanya berpunca daripada ibu mertua Fasha sendiri iaitu Raja Noora.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang individum menerusi akaun Instagram yang menggunakan nama Rinakatariena. Menurut Rina, mendakwa ibu Jejai seronok dengan penceraian anaknya itu.

Tidak mahu namanya terus menjadi bahan kontroversi dan dihentam oleh orang ramai, Raja Noora menerusi akaun Instagramnya telah menafikan perkara tersebut.

Jelas Raja Noora, ia merupakan satu fitnah terhadap dirinya dan beliau kini dalam proses untuk menyiasat siapakah dalang disebalik penyebaran fitnah itu dan bakal menghadapkan individu tersebut ke mahkamah.

Tuduhan terhadap saya, Putri Azalea & keluarga mengenai hubungan Rizal dan Fasha adalah tidak betul sama sekali dan merupakan fitnah. Kami sedang berunding dengan penasihat kami dengan tujuan untuk menentukan siapakah yang membuat fitnah ini dan akan membawa mereka ke mahkamah.

Ramai yang ingin tahu status sebenar rumah tangga Fasha dan Jejai. Namun, mereka sehingga kini masih memilih untuk berdiam diri meskipun  ditimpa pelbagai spekulasi dan gosip.

Apa-apa pun kami harap Fasha dan Jejai boleh menyelesaikan masalah mereka secara baik dan tidak bercerai. Biasalah, setiap hubungan itu pasti akan ada pasang surutnya, pupuklah dengan kesabaran dan toleransi serta ingat kembali saat manis anda bersama.

(22 FOTO) Sekitar Kemeriahan Majlis Malam Berinai Nad Zainal

Posted: 16 Dec 2015 06:33 PM PST

Bakal menamatkan zaman bujangnya esok  bersama Muhammad Faliq, Nad Zainal semalam telah mengadakan majlis malam berinai yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan artis.

Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut adalah Siti Saleha, Anzalna Nasir, Jihan Muse, Sara Ali, Sherry Al-Hadad, Marsha Milan dan ramai lagi.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis malam berinai Nad Zainal yang cukup meriah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: teddyfilm.co

Pelakon Baharu Boleh Dikerah Dan Dibayar Rendah – Almy Nadia

Posted: 16 Dec 2015 05:52 PM PST

Pelakon Almy Nadia dilihat tidak lagi berlakon untuk sebarang projek terbaru setelah melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan pelakon Fizz Fairuz. Almy mengakui tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon walaupun merasa rindu untuk berlakon semula.
 photo image.jpg
Dia juga ditanya sama ada sudah berjaya menguruskan badan, menyebabkannya tawar hati dan memilih untuk meneruskan perniagaan sengkuang calit sahaja. Kata Almy kepada Sinar Harian:

Tipulah jika saya tidak rindu untuk berlakon semula setelah melahirkan anak. Masa mula-mula dahulu memang rindu, kemudian lepas bersalin ada satu masa saya rindu lagi untuk beraksi.

Namun setelah beberapa bulan kemudian, masih tiada tawaran di samping terdengar pengarah bertanya sama ada badan saya sudah turun ke belum dan dalam masa sama saya sudah mula berniaga, jadi bagi saya, lebih baik saya teruskan berniaga.

Almy memberitahu dia juga akan mengambil kira faktor bayaran sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

Rasanya bagi saya berniaga lebih seronok kerana tunggu berapa jam pun di gerai, masih boleh jual barang di samping berpuas hati apabila dapat memberi orang makan.

Jika ditawarkan berlakon semula, saya perlu lihat juga pada bayaran. Sekiranya penggambaran sembilan hari hanya dibayar RM1,000 atau 2,000, lebih baik saya berniaga.

Almy juga mendakwa pelakon baharu sering menjadi pilihan penerbit dan stesen televisyen kerana mereka boleh dibayar rendah dan mudah untuk dikerah.

Pelakon baharu boleh dikerah dan dibayar rendah. Lagipun asal muka cantik dan hensem, mudah sahaja mereka berlakon.

Berbanding ketika kami dahulu ada label tersendiri, jika seseorang artis mahu masuk slot yang best mestilah dibarisi pelakon popular dan terkenal.

Jika artis itu tiada nama dan baharu, mereka tidak akan di pandang. Namun kini sangat berbeza asalkan ada rupa.

Oleh itu, pelakon lama seperti saya sudah tidak dipandang produksi dan stesen TV.

Kenyataan Almy itu turut mendapat reaksi dari pelakon Azhar Sulaiman.

Btw…….Pihak Produser suka ambik pelakon pelakon baru bukan sebab mereka mahu:-1-muka cantik sahaja tapi tak reti…

Posted by Azhar Sulaiman on Wednesday, 16 December 2015

Apa pun, Almy cantik dan berbakat juga orangnya, cuma mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak seperti kebanyakan wanita. Sekiranya membabitkan diri dalam perniagaan lebih memuaskan hatinya, selamat maju jaya diucapkan buat Almy. Apa pendapat anda?

Rezeki Semakin Murah Sejak Berkawan Dengan Emma – Kamal Adli

Posted: 16 Dec 2015 05:41 PM PST

Biarpun dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan cabaran apabila mula menjalinkan hubungan bersama Emma Maembong, Kamal Adli bagaimanapun mengakui apa yang berlaku mempunyai hikmahnya sendiri.

Jelas Kamal sejak beliau mula berkawan dengan Emma, rezeki beliau tidak pernah putus dimana beliau menerima pelbagai tawaran.

Malah,  drama Jodoh Sebelah Pintu gandingan beliau dan Emma yang disiarkan menerusi Hypp TV mendapat sambutan yang diluar jangkaan , kerana mengetahui masih ada pihak yang kurang senang dengan hubungan mereka.

Sejak berkawan dengan Emma Maembong memang nama saya dihimpit kontroversi satu persatu, selain dikecam teruk di laman sosial dan digugurkan produksi dari sebuah filem.

Walaupun agak tertekan dengan perkara itu, ada hikmah lain yang saya nampak iaitu rezeki saya tidak putus-putus. Saya akui banyak tawaran yang saya terima antaranya jadi duta produk minuman Escola.

Saya sedar masih ramai yang tidak suka hubungan kami sebab itu juga saya kurang muat naik foto di laman sosial. Tapi disebabkan perkara itu juga mungkin membuatkan drama kami mendapat rating tinggi di HyppTV.

Berbicara mengenai percintaannya itu, Kamal dan Emma buat masa ini belum mempunyai sebarang rencana untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Katanya, kalau jodoh tidak akan kemana.

Baik Kamal mahupun Emma, kedua-duanya mempunyai pengalaman pahit dalam bercinta, usahlah terburu-buru dalam percintaan biarlah masing-masing sudah mengenali hati budi dengan lebih mendalam sebelum ke peringkat yang lebih serius.

Sumber Berita: mStar Online

Neelofa Nafi Jadi Isteri Ketiga VVIP, Jualan Tudung Cecah RM 50 Juta

Posted: 16 Dec 2015 03:25 PM PST

Bermula dengan menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2010, nama Neelofa Mohd Noor meniti di bibir peminatnya tahun lepas setelah memperkenalkan satu jenama tudung sendiri iaitu Naelofar Hijab. Tudung Neelofa mendapat sambutan yang amat menggalakkan di pasaran.

Lapor BBC, jualan tudung Neelofa mencecah nilai RM 50 juta tahun ini walaupun terdapat kontroversi mengenai rekaan dan juga isu dengan pengedar tudungnya. Justeru, tidak keterlaluan untuk mengataan Neelofa kini bergelar jutawan hasil peniagaan tudungnya yang laku dan laris bak pisang goreng panas di pasaran.

Tudung Neelofa dijual di butik sendiri dan melalui 700 orang pengedar sah di seluruh negara. Ia juga dijual dalam talian dan sedia dihantar kepada mana-mana pelanggan di seluruh dunia. Dengan pengedar di pelbagai negara seperti Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika syarikat, matlamat Neelofa ialah untuk menjadikan Naelofar Hijab satu jenama global.

Namun agak pelik apabila timbul satu gosip yang mengatakan Neelofa kini menjadi isteri ketiga seorang VVIP yang sudah berusia dan pihak yang mengeluarkan gosip itu mendakwa ia datang dari sumber sahih.

Mujurlah umah penggosip tidak mudah menerima sesuatu berita tanpa bukti kukuh. Mereka mempertikaikan mengapa pula Neelofa mahu menjadi isteri ketiga seorang VVIP kerana dia sendiri sudah menempa kejayaan dalam perniagaan dan tidak perlu ‘tumpang sekaki’ kejayaan individu lain dengan menjadi isteri ketiga.

Persoalan mengenai gosip itu telah diajukan kepada Neelofa di akaun Instagram miliknya oleh seseorang, dan Neelofa mendakwa orang ramai lebih bijak menilai tentang kesahihan gosip seperti itu.
 photo Capture.png
Sabar sajalah Neelofa dengan gosip tidak berasas seperti ini. Setahu kami memang Neelofa menjadi isteri ketiga tetapi itu hanya watak lakonannya dalam telefilem Wan Embong yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 baru-baru ini.

Orang berjaya sememangnya dicemburui dan pasti cuba dijatuhkan. Diharap penerangan Neelofa ini menjawab segala persoalan mengenai gosip tersebut.

Anda mencari maklumat spesifik satu-satu jenis seni budaya di Malaysia untuk kajian atau pengetahuan? Sila ke…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 27 October 2015




@



Harun Salim Bachik Terima Anugerah Khas: Hargai Khidmat Dan Bakti Beliau Dalam Dunia Seni