Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

ISTERI SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA - BEEGO DIKURNIA 'BABY GIRL'

ISTERI SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA - BEEGO DIKURNIA 'BABY GIRL'


ISTERI SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA - BEEGO DIKURNIA 'BABY GIRL'

Posted: 28 Dec 2015 08:42 PM PST



Tahniah kami ucapkan buat pasangan Beego dan Linda Hashim yang telah menimang cahaya mata kedua mereka yang lahir pada jam 7.15 pagi tadi di Pusat Perubatan, KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.

Bayi perempuan kedua pasangan dilahirkan secara normal dengan berat 2.58 kilogram.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DIDAKWA DIFITNAH - ISTERI EZANY NIZARIFF DEDAH CERITA SEBENAR

Posted: 28 Dec 2015 04:38 PM PST



Lizda Nuryanti Abidin, 33, isteri kepada Ezany Nizariff mendakwa cerita yang mengatakan yang kononnya dia lari dari rumah kerana mengikut lelaki lain dan tergamak meninggalkan anak-anak adalah bohong semata-mata.

Ini kerana menurut Lizda yang lebih setahun menanggung malu diaibkan suami sendiri, sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah bilik selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

9 GAMBAR - MASIH SAMBUT NATAL, MARION CAUNTER BERI PENJELASAN

Posted: 28 Dec 2015 03:47 PM PST



Gara-gara sering dikutuk di laman sosial kerana setiap tahun menyambut perayaan Hari Natal, akhirnya dua hari lalu Marion Caunter membuka mulut mengatakan dia sebelum ini pernah membesar selama 29 tahun sebagai penganut katolik. Memeluk Islam bukan bermakna dia harus berhenti menyambut perayaan itu bersama keluarganya kerana dia mahu anak-anak turut merasa kemeriahannya.

"Ia tidak menjadikan kita kurang Islam. Saya amat berterima kasih pada suami kerana memberi semangat dan sokongan dalam hal ini. Sebab itulah kami juga turut menyambut CNY (Chinese New Year), sebab saya sebenarnya separuh Cina.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISU NIKAH DI THAILAND - ADIRA & DATIN RED MOHON HENTIKAN TANGGAPAN BURUK PADA SUAMI

Posted: 28 Dec 2015 03:53 PM PST



"Saya sedar sebagai isteri kedua, perlu banyak pengorbanan. Malah, suami boleh meluangkan lebih banyak masa bersama isteri pertama disebabkan mereka mempunyai anak-anak yang masih kecil serta perlu diberi perhatian," ujar Adira membuka mulut buat sesekian kalinya mengenai isu perkahwinannya dengan Datuk Seri Adnan Abu, 37.

Menurut Adira atau nama sebenarnya Adira Suhaimi, 25, dia mahu semua pihak menghentikan spekulasi dan tanggapan negatif terhadap dia dan suaminya biarpun dirinya berkongsi suami dan melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand, tiga minggu lalu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>



@



ISTERI SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA - BEEGO DIKURNIA 'BABY GIRL'