Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Isu Tweet Potong Stim : Fizo Omar Tampil Mohon Maaf, Tidak Kaitkan Mana-mana Pihak

Isu Tweet Potong Stim : Fizo Omar Tampil Mohon Maaf, Tidak Kaitkan Mana-mana Pihak


Isu Tweet Potong Stim : Fizo Omar Tampil Mohon Maaf, Tidak Kaitkan Mana-mana Pihak

Posted: 14 Dec 2015 02:17 AM PST

Selepas dikritik mengenai status  "potong stim" beliau di Twitter yang seakan kurang senang dengan aksi Dato Seri Vida di program Gegar Vaganza 2 semalam, Fizo Omar menerusi akaun Instagram beliau sebentar tadi telah tampil membuat permohona maaf secara terbuka.

Jelas Fizo, status beliau itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan memohon maaf jika ada yang merasa tidak selesa dengan "tweet" berkenaan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ?#?gegarvaganza musim kedua dan juga penaja utama serta pihak astro diatas kejayaan menganjurkan program yg menjadi satu fenomena.

Sebelum itu saya memohon berbanyak kemaafan seandainya twit sy mlm td membuat ada pihak yg tidak selesa, namun sebenarnya ia tidak ade kaitan dgn mana2 individu yg terlibat seperti yg telah di viral kan.

Dengan rendah diri sya memohon kemafaan di atas kekhilafan ini.

Bak kata pepatah sebelum buat sesuatu fikir dahulu baik dan buruknya. Apa-apa pun, ok lah Fizo mengakui kesilapan beliau bukan? Jangan kalau dah tahu diri salah masih nak menegakkan benang yang basah…Heh…

Sumber Berita: Instagram Fizo Omar

Beza Markah Siti Nordiana & Faradhiya Cuma 0.3% Sahaja

Posted: 14 Dec 2015 12:13 AM PST

Kemenangan Siti Nordiana semalam di Gegar Vaganza 2 tidak dipertikaikan oleh orang ramai. Memang Siti Nordiana konsisten sejak daripada minggu awal dan layak untuk bergelar juara. Namun ada sesetengah pihak yang kurang berpuas hati apabila Faradhiya dinobatkan sebagai naib juara. Ada yang berpendapat persembahan Faradhiya tidak begitu menonjol pada malam semalam. Malah ramai yang terkejut apabila Haiza mendapat tempat tercorot sedangkan persembahannya boleh dianggap mantap.
siti nordianaNamun Abang Nara percaya kepakaran dan kehebatan Datuk Ramli MS serta Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri dalam membuat keputusan adalah atas dasar profesional. Kita yang tak tahu bab-bab muzik ini manalah tahu perkara teknikal. Biarlah yang pakar menentukan. Apa yang menarik ialah perbezaan markah antara Nana dan Faradhiya cuma 0.3%. Kata Ramli MS:-

Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.

Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan 'forte' Nana.

Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit 'note-note' nyanyiannya.

Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap.

Saya sebagai juri akan ambil penekanan daripada setiap sudut, antaranya ialah key pada nyanyian, terlupa lirik, cara lontaran vokal serta tempo.

Sebenarnya kesemua finalis ini sedar kalau dia buat silap. Tersalah buat pada salah satu perkara yang saya sebutkan tadi, maka markah mereka akan menjadi kurang.

Apa-apa pun, finalis GV2 harus diberi pujian kerana kesungguhan mereka yang sangat jitu dan komitmen yang diberikan amat luar biasa

siti nordiana

Apa pun, memang jarang keputusan untuk mana-mana pertandingan tidak dihimpit kontroversi. Ada pertandingan memang ada peserta feveret masing-masing. Bila peserta feveret tak menang, macam-macamlah suara akan keluar. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Murai.

Jamal Abdillah Dikritik Tidak Boleh Terima Lawak

Posted: 13 Dec 2015 11:01 PM PST

Tahun ini Gegar Vaganza 2 bukan sahaja meletup-letup kerana mempunyai barisan artis yang mantap tetapi turut hangat dengan beberapa kontroversi mengenai juri jemputan mereka.

Kalau sebelum ini M.Nasir dan AC Mizal di kecam hebat kerana memberikan komen yang mengaibkan Sheeda, kali ini Jamal Abdillah pula menjadi kritikan orang ramai kerana telah memberikan "amaran" kepada Nabil dan Jihan untuk tidak menjadikannya bahan lawak mereka.

Lebih membangkitkan rasa tidak puas hati ramai ialah ketika Nabil sudah meminta maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang mengacarakan Gegar Vaganza 2, Jamal masih lagi membalas ataupun "menghentam" agar pelawak tesebut lebih beradab selepas ini.

Perkara itu nampaknya mendapat perhatian penonton Gegar Vaganza 2 yang rata-rata menganggap raja pop Malaysia itu sebagai seorang yang tidak "sporting".

Ada juga yang membezakan Jamal dan Ramli MS yang selama ini sungguh tenang dan tidak marah setiap kali Nabil mengusik beliau.

Kami pun tidak mahu cakap lebih, lain orang lain pendapatnya. Ada orang boleh relaks bila kita usik ataupun melawak dengan dia dan ada orang boleh sentap dibuatnya. Apa-apa pun, sekali sekala kalau "sporting" sikit tidak ada masalahnya. Apa pula pendapat anda?

Fizo Omar Dihentam Netizen: Tweet Potong Stim Lihat Dato Seri Vida Di Gegar Vaganza 2

Posted: 13 Dec 2015 09:18 PM PST

Kami pasti semalam memang ramai yang menonton konsert final Gegar Vaganza 2. Malah selebriti Fizo Omar juga turut menjadi salah seorang penyokong bagi program tersebut.

Namun, timbul pula cerita kurang senang apabila Fizo telah memuat naik status di akaun Twitter miliknya yang dipercayai ditujukan buat penaja utama Gegar Vaganza 2, Dato Seri Vida ketika beliau cuba menyanyikan  sedikit rangkap daripada lagu yang dinyanyikan oleh Zul Handy Black semalam.

Berikut adalah "tweet" Fizo:-

Seluruh pengguna media sosial menganggap Fizo tidak mempunyai adab dan tidak  seharusnya memberikan komen sebegitu kerana sebagai penaja Dato Vida mempunyai hak untuk membuat apa sahaja.

Erm….sebagai seseorang yang juga berada dalam dunia perniagaan, Fizo Omar sepatutnya tidak boleh memuat naik status seperti itu. Lagipun tagline serta gaya yang ditampilkan oleh Dato Seri Vida itu adalah sebahagian daripada teknik pemasaran beliau, takkanlah Fizo tidak faham?

Romie Bersuara, Enggan Diperkotak-katikkan Oleh Bekas Isterinya, Nur Liyana Manan

Posted: 13 Dec 2015 07:51 PM PST

Ramai yang melahirkan rasa simpati mereka kepada Nur Liyana Manan, bekas isteri Romie meluahkan rasa sedihnya apabila dihalang daripada bertemu dengan anak-anaknya. Iyerlah, sampai berbulan-bulan tak dapat berjumpa, last-last dapat jumpa pun di pusat membeli-belah. Malah kata-kata Liyana Manan yang berbunyi “mereka sudah ke Mekah, tahu apa hukum pisahkan ibu kandung dan anak” cukup menikam jiwa dan membuatkan orang ramai marah serta kecewa kepada Romie dan juga Hanez Suraya.

liyana manan

Apa yang kita baca selama ini adalah kisah daripada pihak Liyana Manan sahaja. Kata orang, setiap kejadian ada 2 belah cerita. Kalau dengar sebelah pihak je, memang tak adil lah kan? Kalau selama ini Romie lebih selesa mendiamkan diri, namun asakan berterusan daripada bekas isterinya itu membuatkannya tercabar. Ini luahan hati Romie yang berharap Nurliyana segera menamatkan ‘drama’ yang bertujuan meraih simpati masyakat dan bangkit mencari kebahagiaannya sendiri.

Ketika berpisah, kami membuat perjanjian bertulis iaitu anak sulung di bawah jagaan saya, manakala anak kedua diberikan kepada bekas isteri. Setiap minggu, hak penjagaan anak akan bertukar. Semuanya berjalan dengan baik hingga apabila saya ditakdirkan bertemu jodoh dengan Hanez pada 14 Mac lalu. Malangnya ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Nurliyana menyebabkan saya tawar hati untuk melepaskan hak penjagaan anak di bawah tangannya.

Selama ini masyarakat hanya mendengar cerita sebelah pihak. Saya pula memilih untuk tidak bersuara kerana tidak mahu mengaibkan wanita yang pernah memberikan saya zuriat. Saya tidak kisah jika ego saya dicabar dan diperkotak-katikkan oleh Nurliyana. Tetapi apabila membabitkan anak, saya tidak mampu mendiamkan diri.

Ketika anak kedua di bawah jagaan bekas isteri, saya terkejut apabila diberitahu anak sulung yang adiknya sudah masuk sekolah. Saya tidak mempertikai tindakan Nurliyana itu, tetapi apa perasaan apabila berjumpa anak dalam keadaan tidak terurus dan calar balar?

Lebih membuatkan saya terkejut apabila anak kedua menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut tetapi tidak diberikan rawatan segera oleh ibunya. Mengapa perkara itu tidak diceritkan kepada umum? Saya terpaksa mengambil Rayqarl dan membawanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Sebelum ini saya pernah menawarkan kepada Nurliyana pembantu rumah bagi menjaga Rayqarl tetapi ditolak. Jika Nurliyana mendakwa dia ibu yang bertanggungjawab, mengapa sanggup memperjudikan kesihatan Rayqarl?

Sebelum bernikah dengan Hanez, semuanya berjalan baik tetapi sebaik saja kami menjadi suami isteri, Nurliyana terus menghilangkan diri. Dia langsung tidak bertanya khabar mengenai anak. Memang Nurliyana pernah menghubungi saya untuk bercakap dengan anak sulung dan memberikan ucapan selamat ulangtahun kelahiran. Tetapi ketika itu saya sedang bekerja dan memintanya kembali menelefon di waktu malam. Tidak pula dia menghubungi.

Mengapa baru kini membangkitkan isu saya menghalangnya bertemu anak-anak? Ketika terserempak baru-baru ini, saya tidak keberatan jika Nurliyana meminta diberikan sedikit masa untuk bersama anak-anak tetapi dia langsung tidak bercakap apa-apa. Sudahnya nama saya dan Hanez diberukkan seolah-olah kami mangsa keadaa. Takkan selepas putus cinta, baru teringat anak-anak? Pesan saya kepadanya cukup-cukuplah menabur kebencian orang luar kepada kami kerana mereka tidak pernah tahu perkara sebenar.

Hanez tidak pernah campur tangan dalam urusan kami berdua. Sebaliknya, saya yang memberi arahan kepadanya supaya menjaga anak kai kerana mereka berada di bawah tanggungjawab asya. tidak timbul soal saya menghalang. Jika betul saya berbuat demikian, saya akan menghalaunya ketika kami tererempak tempoh hari. Tetapi saya tidak sekejam itu

Saya tidak tahu mengapa Nurliyana terus mengasak kami. Dia patut bersyukur kerana Hanez dan keluarganya menjaga anak kami dengan baik walaupun bukan darah daging mereka. Saya bersyukur dipertemukan dengan wanita yang tidak hanya ikhlas menerima baik dan buruk saya, tetapi turut bersedia menerima kehadiran anak saya.

Nurliyana tidak sepatutnya berterusan mencari alasan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat kepadanya. Dulu saya berdiam diri dan membiarkan saja bekas isteri memberi kenyataan kerana Hanez belum sah menjadi milik saya. Tetapi kini dia isteri saya dan saya perlu melindunginya daripada terus dikecam masyarakat yang hanya mendengar cerita sebelah pihak.

Cukuplah menjadikan media sebagai tempat untuk mengaibkan saya. Dulu saya pernah dilempar fitnah sebagai suami yang tidak mengendahkan rumah tangga, mengabaikan tanggungjawab dan tidak memberika nafkah tetapi mengapa apabila ke mahkamah, isu itu tidak pernah dibangkitkan? Mengapa apabila bertemu media massa, Nurliyana bercerita sebaliknya.

Saya tidak takut kerana saya masih simpan segala bukti yang direkodkan di mahkamah ketika prosiding penceraian dulu. Saya tahu masyarakat menyebelahi Nurliyana apabila dia kononnya langsung tidak menuntut apa-apa ketika kami berpisah.

Bukan mahu mengungkit, tetapi masyarakat perlu tahu saya sudah sediakan segala-galanya untuk keselesaannya. Saya sudah siapkan wang ringgit, aset dan keperluan hidup bukan hanya untuk Nurliyana, tetapi juga bekas ibu mentua. Mereka hidup selesa atas hak saya etapi saya langsung tidak mengungkit perkara itu. Tetapi kenapa Nurliyana berterusan memburukkan saya?

Saya pernah berbuat silap sebelum ini kerana mempertahankan Hanez dalam satu sidang media yang mencetuskan kontroversi. saya tahu tiada guna saya beria-ria mempertahankan diri kerana masyarakat sudah dikaburi dengan permainan emosi Nurliyana. Sekalipun saya berada di pihak yang benar, masyarakat tidak akan percaya. Merka akan terus meletakkan kesalahan di bahu kami.

Tetapi kini saya tidak mampu berdiam diri lagi, terutama apabila membabitkan anak-anak. Saya perlu melindungi hanez kerana dia isteri dan berada di bawah tanggungjawab saya. Saya perlu mempertahankan maruahnya. Jika benar Nurliyana menganggap saya beralah, buktikan saya di mahkamah setiap kesilapan itu.

Dia (Nurliyana) pernah bercakap, saya tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Jika Nurliyana berasakan dirinya berada di tempat yang benar, saya cabar untuk bersemuka di mahkamah. Tiada guna menjaja segala ketidakpuasan hati di media sosial atau bertemu media masaa untuk mendapat pembelaan kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Jalan penyelesaian terbaik adalah membawa kes ini ke muka pengadilan kerana negara kita mempunyai undang-undang. Jika dia yakin dirinya berada di pihak yang benar, buktikan nanti di mahkamah yang saya bersalah. Cukuplah jangan terus menikam dan mencabar kebancian masyakarat kepada saya dan Hanez. Apa tujuan sebenarnya?

romieAdui. Terharu pula Abang Nara membaca luahan hati Romie. Ada betulnya juga kata-kata Romie ini kan? Selama ini kita memang selalu mendengar cerita sebelah pihak sahaja. Kini dengan adanya kenyataan daripada Romie, bolehlah kita membuat perbandingan dan mengetahui cerita sebenar. Secara jujur, Abang Nara pun berharap agar permasalahan sebegini tidak dijaja di sosial media. Apa pula kata anda? Sumber Berita Harian.

Fad Bocey Jelaskan Sebab Tidak Kongsi Foto Anak Kembarnya

Posted: 13 Dec 2015 07:44 PM PST

Tanggal 11 Disember lepas merupakan detik paling bermakna buat Fad Bocey apabila isterinya Nur Syahirah selamat melahirkan bayi lelaki kembar di Darul Ehsan Medical Center (DEMC) kira-kira jam 11.30 pagi.

Mendengar berita gembira tersebut ramai yang mengucapkan tahniah atas kelahiran orang baharu dalam hidup pasangan tersebut. Namun, ada juga pihak yang tidak berpuas hati selain merasa kecewa apabila Fad langsung tidak berkongsi foto anak kembarnya.

Jelas Fad, beliau bukan sengaja ingin menyorok bayi kembarnya tetapi mereka dilahirkan tidak matang dan sedang ditempatkan di inkubator buat masa ini.

Anak kembar saya lahir di minggu yang ke 34 dan masih belum matang. Jadi, mereka ditempatkan di inkubator terlebih dahulu. Sebab itulah saya tidak berkongsi gambar anak-anak saya. Mengenai nama pula, saya akan kongsikan kemudian. Buat masa ini, saya mahu memberi tumpuan kepada kesihatan anak kembar saya dan saya mohon doa yang baik-baik untuk mereka.

Nur Syahirah sebenarnya ingin mendapatkan nasihat doktor untuk bersalin secara normal, tetapi kedudukan bayi ketika itu membuatkan Nur Syahirah terpaksa bersalin secara pembedahan bagi mengelakkan beliau merasa lebih sakit.

Pada awalnya, kami dapatkan nasihat doktor kerana isteri mahu melahirkan bayi secara normal. Namun begitu, kedudukan bayi pertama saya sudah berada di bawah dan bayi kedua sudah berada di atas. Untuk mengelakkan isteri saya merasai kesakitan sebanyak dua kali, doktor nasihatkan untuk isteri saya menjalani pembedahan caesarean.

Mengakui terasa agak kekok memegang bayi, Fad bagaimanapun sedang cuba untuk membiasakan diri dengan keaadan tersebut.

Sebenarnya, saya rasa agak kekok ketika memegang bayi. Walaupun saya sukakan kanak-kanak, saya tetap rasa takut untuk memegang bayi. Bila sudah ada anak sendiri, saya kena biasakan perkara tersebut dan saya harus menjaga mereka sebagaimana bapa saya menjaga saya.

Tidak mengapa Fad, kami pasti semua orang boleh tunggu  untuk melihat bayi kembar anda ketika mereka dalam keadaan sihat. Doakan agar kesihatan mereka membaik.

Sumber Berita: Astro Gempak

A.Aida Tepis Dakwaan Beli Gelaran Datuk

Posted: 13 Dec 2015 07:11 PM PST

Baru-baru ini penerbit A.Aida telah dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk yang diterima oleh beliau daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Walaubagaimanapun, ada pihak yang tidak mempercayai repustasi beliau untuk mendapat anugerah tersebut dan mendakwa A.Aida sebenarnya telah membeli gelaran Datuk tersebut.

Tidak mahu gosip itu berpanjangan, A.Aida telah tampil memberikan penjelasan bahawa beliau menerima gelaran tersebut atas sumbangan amal yang beliau lakukan sebelum ini. Malah, beliau juga tidak pernah tahu bahawa anugerah itu boleh dibeli.

Saya tidak membeli gelaran Datuk ini dan saya tidak tahu ianya boleh beli atau tidak. Apa yang saya terima ini berikutan sumbangan amal selama ini yang dilakukan tanpa pengetahun orang ramai.

Saya buka sekolah tahfiz atau bina surau tak perlu dihebohkan kepada media, atas perkara itu mungkin saya diberi pernganugerahan ini.

Mula menerima surat penganugerahan itu daripada Istana Pahang pada 16 November lepas, A.Aida bagaimanapun tidak mahu mengumumkan hal berkenaan kepada umum kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk.

Saya terima surat 16 November lalu tapi saya tidak hebohkan perkara ini kerana takut tidak jadi. Pada hari kejadian barulah saya beritahu kepada rakan-rakan terdekat.

Sekarang pun saya tidak umumkan dimana-mana laman sosial, bukan kerana saya tidak menghargai tetapi saya tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk.

Tambah A Aida, beliau enggan mengambil pusing dengan komen negatif masyarakat yang hanya mahu mencari silapnya sahaja.

Sumber Berita: mStar Online

Fouziah Gous “Cair” Dengan Kejutan Romantis Daripada Suami Sempena Ulangtahun Kelahirannya

Posted: 13 Dec 2015 06:27 PM PST

Selepas dikurniakan cahaya mata yang membawa seribu satu kebahagiaan buat Fouziah Gous, aktres itu sekali lagi menerima kejutan yang cukup gembira  apabila suaminya Zhafran membuat satu kejutan penuh romantis sempena hari jadi Fouziah pada 11 Disember lepas.

Untuk pengetahuan anda, suami beliau sanggup menyusun 1000 lilin untuk membentukkan nama Fouziah dan membuat beberapa lagi kejutan.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Fouziah sempat meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi oleh insan yang cukup menyayangi dirinya.

Tengah2 malam ni beriya2 suami ajak turun bawah konon2 nak suruh tengok kereta baru, dan lihatlah dunia inilah yg saya nampak. This is so romantic with 1000 candles !!

Seperti biasa terkena lagi surprise daripada suami tercinta bersama tok dalangnya @sugarsurprise , memang susah betul nak predict @sugarsurprise!! Thank you to all my friend,maid and family member yg beriya2 nyalakan lilin ni! Dengar cerita mcm2 cabarannya..i love you guys thank you so much.. I am truly blessed.

Kejutan sebegini memang mampu untuk mencairkan hati mana-mana perempuan. Secara tidak langsung nampak la juga suami tercinta menghargai isteri mereka selain mengingati tarikh-tarikh penting. Hehe.. Semoga Fouziah dan Zhafran kekal  seperti ini sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Instagram Fouziah Gousa

(10 FOTO) Tahniah Aliff Aziz Selamat Bertunang Dengan Bella Astillah

Posted: 13 Dec 2015 05:45 PM PST

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Aliff Aziz dan pasangan Bella Astillah yang telah selamat bertunang pada hari Sabtu lepas di Cyristal Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam.

Pada majlis pertunangan tersebut, pihak lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, iphone 5s, coklat, Al-Quran dan tepak sirih.

Pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada sirih junjung, coklat, kek, minyak wangi, sepasang kasut, manisan serta buah-buahan.

Kemudian majlis diteruskan dengat adat menyarung cincin  yang disempurnakan oleh S Hafiza Basharahil iaitu ibu kandung Aliff.

Alif ketika ditemui pihak media pada majlis tersebut merasa syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

Alhamdulillah, walaupun hanya bertunang tapi gemuruh saya hanya Allah yang tahu. Saya bersyukur semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Hari ini kami menghantar rombongan meminang Bella dan dalam perancangannya tempoh setahun. Namun jika ada rezeki lebih mungkin juga kami mempercepatkan majlis perkahwinan nanti

Selepas perbincangan dibuat oleh kedua-kedua belah keluarga, pasangan Alif dan Bella bakal bernikah sekitar tahun hadapan. Walaubagaimanapun, buat masa ini tiada lagi sebarang tarikh yang ditetapkan untuk mereka bersatu sebagai suami dan isteri.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis pertunangan Alif Aziz dan Bella Astillah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Berita: mStar Online

Sumber Foto: Republic Of Memories

Anzalna Nasir Umum Bakal Bernikah 21 Februari Tahun Hadapan

Posted: 13 Dec 2015 05:07 PM PST

Setelah beberapa lama mengakui sedang sibuk dengan persiapan perkahwinannya, Anzalna Nasir akhirnya telah mengumumkan tarikh pernikahan beliau bersama kekasih Hanif Zaki menerusi rancangan hiburan popular Melodi.

Memilih konsep perkahwinan tradisional  yang diberi sentuhan moden, pasangan ini akan bernikah pada 21 Februari tahun hadapan di Masjid Negara manakala majlis resepsi mereka pula diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Februari.

Alhamdulillah dengan persetujuan dan kesepakatan keluarga Insya-Allah kami akan disatukan sebagai suami isteri pada 21 Febuari depan.

Sebelum ini bukan tidak mahu beritahu tetapi kerana masih belum tarikh untuk diumumkan kepada peminat.

TV3 juga telah diberikan hak sebagai penyiar rasmi perkahwinan Anzalna dan Hanif. Majlis perkahwinan mereka akan di siarkan secara eksklusif menerusi rancangan  Nona, Mahligai Cinta, Wanita Hari Ini dan Melodi.

Tahniah kami ucapkan kepada Anzalna dan Hanif kerana bakal melayari bahtera perkahwinan tidak lama lagi. Harap segala perancangan untuk majlis raja sehari mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online




@



Isu Tweet Potong Stim : Fizo Omar Tampil Mohon Maaf, Tidak Kaitkan Mana-mana Pihak