Kamal Adli Mohon Maaf Datang Lewat Pada Malam Gala Isteri Untuk Dijual |
Kamal Adli Mohon Maaf Datang Lewat Pada Malam Gala Isteri Untuk Dijual Posted: 29 Dec 2015 07:43 PM PST Masalah mengenai disiplin Kamal Adli yang sering tiba lewat ke lokasi penggambaran bukanlah satu perkara baharu yang kami dengar. Baru-baru ini juga, Kamal hadir agak lewat pada malam gala filem lakonan beliau bersama Nora Danish iaitu Isteri Untuk Dijual. Ini seakan menunjukkan bahawa berita tentang beliau artis yang tidak berdisiplin benar belaka. Walaubagaimanapun, menurut Kamal beliau terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting di Seremban pada hari yang sama dan memohon maaf kepada pihak media kerana terpaksa menunggu lama.
Kamal juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau lewat kerana menghabiskan masa bersama kekasihnya Emma Maembong. Sebagai seorang artis Kamal Adli sepatutnya bijak dalam menguruskan jadual beliau dan tidak membuat orang lain menunggu terlalu lama. |
Dia Burukkan Nama Saya Kerana Putus Cinta Dengan Kekasih – Ezany Nizariff Posted: 29 Dec 2015 07:03 PM PST Walaubagaimanapun, Ezany menerusi mStar Online berkata Lizda tampil membuat kenyataan yang kurang bijak selepas lama menghilangkan adalah kerana kekasih beliau sudah meninggalkannya dan berkahwin dengan orang lain.
Ezany juga menafikan setiap kenyataan yang dibuat oleh Lizda dan mempercayai bahawa wanita itu mempunyai niat tertentu. Pendedahan Lizda itu membuatkan wanita yang rapat dengannya dikenali sebagai Datin Paduka K turut terkena tempias kemelut masalah rumah tangganya itu.
Nampaknya masalah antara Ezany Nizariff dan isterinya Lizda akan berpanjangan dan lebih rumit. Kalau asyik berbalas kenyataan seperti ini sudah tentu sukar untuk menemukan jalan penyelesaian. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@