Padam Foto Kekasih Di Instagram : Atikah Suhaime Sudah Putus Cinta? |
- Padam Foto Kekasih Di Instagram : Atikah Suhaime Sudah Putus Cinta?
- (TAHNIAH) Bell Ngasri Timang Cahaya Mata Baharu
- Kes Khalwat: Shah Jaszle Dedah Saat Beliau Diperangkap Oleh Farah Nurizzati
- (6 GAMBAR)Sekitar Majlis Akikah Anak Sulung Erin Malek, Mohamed Faliq
- Nur Ruhainies Tak Patah Semangat Digelar “Pelakon Kayu”
- (TAHNIAH)Nad Zainal Umum Bakal Berkahwin 18 Disember Ini
- Mereka Sudah Ke Mekah, Tahu Apa Hukumnya Pisahkan Ibu Kandung Dengan Anak-Anak – Liyana Manan
- Pengikut Instagram Naik Mendadak, Siti Nordiana Bakal Juara Gegar Vaganza 2?
Padam Foto Kekasih Di Instagram : Atikah Suhaime Sudah Putus Cinta? Posted: 08 Dec 2015 10:24 AM PST Aktres baharu Atikah Suhaime sebelum ini tidak pernah menyorokkan kisah cinta beliau bersama teman lelakinya yang merupakan seorang juruterbang. Namun, sejak dua menjak ini Atikah tidak lagi berkongsi foto beliau bersama kekasih dan nampaknya hampir semua foto mereka berdua di Instagram telah dipadam. Aik, apa yang sudah jadi? Ramai yang mempercayai bahawa hubungan mereka sudah berakhir dan Atikah juga ada memuat naik foto yang menggambarkan beliau seakan sudah meninggalkan satu hubungan yang dibina. Erm, betul ke mereka sebenarnya sudah putus cinta? Jika benar tidak apalah Atikah, kami pasti ada ramai lagi jejaka diluar sana yang mengidamkan anda untuk menjadi teman wanita. Kumbang bukannya seekor bukan? |
(TAHNIAH) Bell Ngasri Timang Cahaya Mata Baharu Posted: 08 Dec 2015 10:05 AM PST Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Bell Ngasri yang menyambut kelahiran cahaya mata baharunya pada hari Isnin lepas. Berita itu dikongsikan oleh adiknya Anne Ngasri menerusi akaun Instagram miliknya.
Alhamdullilah, Bell dan isteri telah selamat menerima ahli baharu didalam keluarga mereka. Semoga mereka sekeluarga akan dilimpahi dengan rezeki serta kasih sayang yang lebi lagi selepas ini. InshaAllah. |
Kes Khalwat: Shah Jaszle Dedah Saat Beliau Diperangkap Oleh Farah Nurizzati Posted: 08 Dec 2015 09:50 AM PST Dihimpit dengan pelbagai persoalan Shah mengaku tidak bersalah dan menyatakan ia satu perangkap. Shah akhirnya mendedahkan situasi sebenar semasa beliau diperangkap oleh Farah ketika memberikan keterangan berhubung kes tersebut dihadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Abd Halim Abu Samah semalam. Menurut Shah, beliau yakin Farah pada waktu itu sengaja memerangkap beliau kerana cuba untuk memutuskan pertunangan bersama Redzwani.
Menguatkan lagi kenyataan Shah bahawa beliau diperangkap ialah ayat pertama yang keluar daripada mulut Farah sebelum wanita berkenaan membuka pintu.
Tidak mahu mengaku kalah dan ingin membersihkan nama beliau, aktor tersebut yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Hanis Husna memberitahu beliau mempunyai bukti yang kukuh bahawa beliau diperangkap. Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai. Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. |
(6 GAMBAR)Sekitar Majlis Akikah Anak Sulung Erin Malek, Mohamed Faliq Posted: 07 Dec 2015 11:33 PM PST 1 Oktober yang lalu adalah hari kehadiran cahaya mata sulung buat Erin Malek dan suaminya, Farriz Fauzy. Si comel ini dinamakan Mohamed Faliq. Sekejap sahaja masa berlalu dan kini Faliq telah pun berusia 2 bulan. Baru-baru ini telah diadakan majlis akikah untuk permata hati pasangan suami isteri ini. Memang comel anaknya!!! Semoga Mohamed Faliq membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang soleh serta berbakti kepada kedua orang tua apabila dewasa kelak. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
Nur Ruhainies Tak Patah Semangat Digelar “Pelakon Kayu” Posted: 07 Dec 2015 08:51 PM PST Membintangi drama Hello. Mr Perfect, tidak dinafikan lakonan pelakon baru Nur Ruhainies memang agak kayu. Abang Nara ada menonton drama itu 2,3 episod. Terkejut juga melihat kekayuan lakonan Ruhainies. Iyerlah, kalau dapat pegang watak utama, sekurang-kurangnya kenalah pandai berlakon. Memang ramai yang mengkritik dan kecewa dengan mutu lakonan Ruhainies di dalam drama itu. Namun selaku pelakon baru, kritikan-kritikan tersebut tidak mematahkan semangat Nur Ruhainies. Katanya:-
Dasyat juga sampai 4 juta orang menonton drama Hello. Mr Perfect nie. Abang Nara tengok 2,3 episod pun dah tak lalu dah nak tengok selepas tue. Apa pun, Abang Nara suka dengan semangat Nur Ruhainies yang mahu memperbaiki diri. Semoga selepas ini ada peningkatan dalam lakonannya. Kalau kayu jugak, tak tahulah nak kata apa. Sumber Berita Harian. |
(TAHNIAH)Nad Zainal Umum Bakal Berkahwin 18 Disember Ini Posted: 07 Dec 2015 07:30 PM PST Setelah sekian lama berteka-teki tentang majlis perkahwinan yang dikhabarkan akan berlangsung tahun ini, akhirnya pelakon popular Nad Zainal telah pun membuat pengumuman rasmi tentang berita gembira tersebut. Menerusi akaun Instagramnya @nadzainal, Nad memaklumkan yang majlis perkahwinannya akan berlangsung pada pertengahan Disember ini di Bukit Jelutong. Daripada informasi yang Abang Nara terima, tarikh pernikahan mereka ialah pada 18 Disember kelak. Menariknya, Nad Zainal rupa-rupanya telah pun bertunang dengan jejaka yang berjaya mencuri hatinya ini. Jejaka bertuah ini bernama Muhammad Faliq Amirudin. Tulis Nad:-
Tahniah diucapkan buat Nad Zainal dan Faliq. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tarikh keramat itu. Semoga segala urusan dipermudahkan. Selamat melayari kehidupan berumah tangga. Good luck and all the best. |
Mereka Sudah Ke Mekah, Tahu Apa Hukumnya Pisahkan Ibu Kandung Dengan Anak-Anak – Liyana Manan Posted: 07 Dec 2015 06:49 PM PST Sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Nur Liyana Manan ketika bertemu dengan anaknya hasil perkahwinan dengan Romie telah mencetuskan konflik yang agak besar. Mana tidaknya, caption yang ditulis oleh Liyana Manan memaklumkan yang dirinya sudah hampir setahun tidak bertemu dengan anaknya itu. Sampai ke tahap anak dah tak kenal emaklah. Susulan itu, Hanez Suraya, isteri kepada Romie sekarang, menafikan dakwaan yang mereka tidak membenarkan Liyana Manan bertemu dengan anak-anaknya. Untuk makluman, Liyana Manan tidak bertemu dengan anak-anaknya sejak Februari tahun lalu. Liyana telah banyak menghubungi Romie, menghantar mesej merayu mahu berjumpa anak-anak, tetapi tidak dilayan. Liyana hanya berpeluang bertemu dengan salah seorang anaknya, Putra Adreeshah, itupun jika anaknya itu ke sekolah. Ini bermakna Liyana sudah tidak bertemu dengan Putra Rayqarl selama 8 bulan. Jadi boleh fahamlah kenapa Liyana excited sangat berkongsi kegembiraannya. Tujuan utama Liyana Manan memuatnaik gambar tersebut tidak lain tidak bukan ialah berkongsi kegembiraan dapat bertemu anaknya. Kata Liyana Manan:-
Untuk makluman juga, Liyana Manan telah memberikan hak penjagaan anak-anak kepada suaminya, Romie. Namun seperti selalu, Liyana juga meminta diizinkan bertemu dengan anak-anak. Agak sedih membaca ayat Liyana yang berbunyi “mereka sudah ke Makkah, tahu apa hukumnya memisahkan ibu kandung dengan anak-anak“. Semoga Liyana terus tabah dan bersabar dengan dugaan ini. Semoga satu hari nanti, anak-anak akan mendapat kasih sayang daripada ibu kandung mereka. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian. |
Pengikut Instagram Naik Mendadak, Siti Nordiana Bakal Juara Gegar Vaganza 2? Posted: 07 Dec 2015 05:16 PM PST Minggu ini adalah minggu akhir Gegar Vaganza 2. Berdebar-debar rasanya mahu melihat persembahan 6 peserta di pentas akhir iaitu Siti Nordiana, Haiza, Ezad Lazim, Acong, Faradhiya dan Nassier Wahab. Masing-masing mempunyai aura yang tersendiri. Namun berdasarkan persembahan semasa, nampak gayannya peluang untuk Siti Nordiana merangkul gelaran juara adalah lebih tinggi. Minggu lalu Siti Nordiana sekali lagi mendapat tempat pertama dengan lagu “Mengapa” nyanyiannya. Tidak dinafikan bulu roma Abang Nara menegak apabila mendengar nyanyian Nana. Powerful sungguh. Jika mutu persembahan yang sama ditunjukkan, pasti dengan mudahnya gelaran juara akan menjadi milik Nana. Tapi jangan pula over confidence. Teruskan berusaha dan berlatih seperti biasa. Apa pun, akaun Instagram @sitinordiana menunjukkan penambahan pengikut lebih daripada 100 ribu selepas penglibatannya di dalam Gegar Vaganza 2. Mula-mula dulu cuma 100 ribu pengikut. Tadi Abang Nara check, dah 230 ribu dah. Hebat. Kata Nana:-
Diharap selepas tamatnya Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana akan terus aktif menyanyi untuk melepaskan kerinduan para peminatnya. Good luck and all the best untuk final GV2. Lagi beberapa gambar Siti Nordiana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@