Rita Rudaini Sedang Dilamun Cinta? |
- Rita Rudaini Sedang Dilamun Cinta?
- (12 FOTO) Norman Hakim Dan Keluarga Bercuti Di Korea Selatan
- Siti Nordiana Belum Sedia Terima Sebarang Lamaran, Ingin Fokus Pada Anak Dan Kerjaya
- ZALORA 12.12 Online Fever Kembali Lagi, Diskaun Sehingga 80%
- Farah Berjaya Putuskan Hubungan Pertunangan Saya Dan Rosakkan Nama Saya Dalam Industri – Shahrizal Jaszle
Rita Rudaini Sedang Dilamun Cinta? Posted: 09 Dec 2015 08:22 AM PST Berikutan dua kali gagal dalam perkahwinan, aktres Rita Rudaini pernah memberikan kenyataan sudah serik dan belum terbuka pinta hati untuk mana-mana lelaki. Namun menerusi muat naik beliau di Instagram baru-baru ini, Rita nampaknya seakan sedang dilamun cinta dan ada lelaki yang sedang cuba untuk "mencuri" hatinya.
Lebih ketara apabila, ahli keluarganya sendiri yang dikenali sebagai cik_ala117 di Instagram turut memberi komen yang mengesahkan Rita sememangnya sudah temui cinta baharu. Ketika portal Sinar Harian bertanyakan perkara berkenaan kepada Rita, beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen buat masa ini dan hanya mendedahkan situasi sebenar apabila tiba masa yang tepat nanti.
Itulah kata orang, jodoh dan cinta itu kalau sudah hendak datang kita cuba macam mana pun ia tetap akan hadir dalam hidup kita. Jika benar Rita sudah menemui cinta baharu, kita doakan agar kali ini beliau boleh hidup bahagia bersama sehingga akhir hayat. InshaAllah. |
(12 FOTO) Norman Hakim Dan Keluarga Bercuti Di Korea Selatan Posted: 09 Dec 2015 08:21 AM PST Seronok kami melihat kegembiraan Norman Hakim dan keluarganya bercuti ke Korea Selatan, agak syok juga merasa bagaimana keadaan semasa cuaca sejuk bukan? Antara tempat menarik yang mereka sekeluarga kunjungi ialah Nami Island. Norman sempat juga memuat naik foto percutian mereka di Korea melalui akaun Instagram miliknya. Jom layan beberapa lagi foto sekitar percutian mereka di Korea dengan membaca artikel ini sepenuhnya. |
Siti Nordiana Belum Sedia Terima Sebarang Lamaran, Ingin Fokus Pada Anak Dan Kerjaya Posted: 08 Dec 2015 07:50 PM PST Semenjak menyertai Gegar Vaganza 2, nama Siti Nordiana mula melonjak naik dan kembali popular sehingga jumlah pengikut beliau di Instagram juga bertambah. Walaubagaimanapun, soalan bilakah beliau akan berkahwin lagi sering menjadi perhatian ramai sehinggakan ada khabar angin yang mengatakan Siti Nordiana baru-baru ini dilamar seorang ustaz. Mengakui selesa dengan kehidupan beliau sekarang, Siti Nordiana menerusi portal Harian Metro berkara beliau masih belum sedia untuk menerima sebarang lamaran perkahwinan dan ingin fokus kepada anak serta kerjayanya buat masa ini.
Meskipun sudah 6 tahun beliau hidup solo, Siti Nordiana belum terbuka hati untuk berkahwin dan tidak mengambil serius akan gosip ataupun usikan daripada rakan-rakan mengenai jodoh beliau.
Bakat Siti Nordiana akhirnya di sedari ramai pihak selepas membuktikan beliau mampu memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu di pentas Gegar Vaganza 2. Mampukah Nana menjadi juara? |
ZALORA 12.12 Online Fever Kembali Lagi, Diskaun Sehingga 80% Posted: 08 Dec 2015 07:11 PM PST Gulp. Hujung tahun sememangnya masa yang terbaik untuk membeli-belah secara online. Bulan Disember ini pelbagai tawaran, diskaun dan promosi diberikan sampai boleh rambang mata dibuatnya. Yang terbaik sudah tentu ZALORA 12.12 Online Fever yang kembali buat kali kedua. Diskaun sampai 80% tue. Memang confirm Abang Nara akan shopping kaw-kaw punya!!! Dimulakan pada tahun 2014, ZALORA 12.12 Online Fever untuk tahun 2015 telah pun bermula hari ini (9 Disember) sehingga 12 Disember (Sabtu) kelak. Ada lebih 100 rakan kongsi dan jenama di seluruh Asia Tenggara, Hong Kong, dan buat kali pertama – Taiwan yang bakal memeriahkan lagi acara membeli-belah atas talian terbesar ini. Jenama-jenama antarabangsa seperti Aldo , Dorothy Perkins, Mango, Desigual , Nine West , Steve Madden, Topshop, Topman dan Velocitech diberikan potongan harga sehingga 90% bersempena promosi awesome ini. Wife Abang Nara sejak semalam lagi dah terpaku di depan komputer untuk membeli baju-baju kegemarannya di ZALORA. Sesekali Abang Nara terdengar jeritan daripada wife yang berbunyi “mak aih murah gila baju nie“. Memang kaum Hawa akan akan bergembira dengan potongan harga tak masuk akal bersempena ZALORA 12.12 Online Fever ini. Contoh terbaik ialah baju rekaan Jovian Mandagie yang diberi diskaun 50%. Kalau tak beli memang rugi sangat-sangat. Kaum Adam jangan bersedih pulak. Baju-baju, kasut-kasut, jam tangan dan aksesori untuk lelaki pun ada diskaun juga bersempena ZALORA 12.12 Online Fever ini. Abang Nara dah ushar dah baju-baju dari TOPMAN. Mak aih cantik-cantik semuanya. Lagi cantik bila ada diskaun 50%. Abang Nara dah “add to cart” dah beberapa helai kemeja dan t-shirt. Tahun depan makin hensemlah diri ini. Hehehe. Kalau Abang Nara nak senaraikan satu-satu jenama yang diberi diskaun memang sampai ke minggu depan tak habis. Korang pergilah buka sendiri laman web ZALORA dan tengok sendiri. Nasihat Abang Nara, kalau berkenan tue, terus tekan beli. Takut-takut stok habis. Perlu diingatkan bahawa promosi ZALORA 12.12 Online Fever akan tamat pada 12 Disember jam 12 tengah malam. Silalah bersegera!!! Jangan lepaskan peluang ini. Khas untuk pembaca BeautifulNara, ZALORA bermurah hati untuk memberikan ekstra diskaun sebanyak 15%. Anda cuma perlu masukkan voucher kod “BNARA12” ketika membuat pembelian. Diskaun ini adalah diskaun tambahan. Maksudnya kalau baju Jovian Mandagie dah diberi diskaun 50% sempena ZALORA 12.12 Online Fever, bila korang gunakan voucher “BNARA12“, maka jumlah diskaun yang akan diperolehi ialah 65%. Awesome kan? Tunggu apa lagi? Shopping hari ini juga di ZALORA, destinasi fesyen atas talian di Asia. |
Posted: 08 Dec 2015 04:32 PM PST Sekitar 2013 pelakon Shahrizal Jaszle telah ditangkap khalwat dan menurut Shahrizal, ia memberi kesan buruk kepada kehidupan peribadi dan kerjaya lakonannya. Melalui mStar Online, Shahrizal yang ditemui selepas menghadiri kes perbicaraan khalwatnya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling memberitahu kerjaya lakonannya suram selepas kejadian itu, namun kini dia diterima semula.
Shahrizal memberi keterangan kepada Mahkamah bahawa dia diperangkap oleh Farah Nurizzati Salleh, 25, selepas wanita itu meminta beliau datang ke rumahnya. Shahrizal juga tidak akan berhenti menegakkan keadilan dan tidak kisah tanggapan orang ramai terhadapnya.
Isteri Shahrizal yang hadir ke mahkamah juga memberi sokongan kepada Shahrizal:
Kalau anda masih ingat, Shahrizal Jaszle telah ditangkap khalwat dengan Farah Nurizzati di Apartmen Taman Sri Subang kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai pada 16 Mei 2013. Shahrizal tidak mengaku bersalah sementara Farah mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Shahrizal bagaimanapun, mendakwa diperangkap oleh Farah. Shahrizal juga mendakwa Farah seorang psiko yang mahu memutuskan pertunangannya dengan Redzwani. Namun ketika itu, Redzwani Puteri yang menjadi tunangan Shahz mempercayai cerita versi Shahrizal. Walaupun keluarga Redzwani menyatakan tidak dapat menerima Shahrizal selepas kejadian itu, Redzwani masih bercinta dengan Shahrizal kerana mendakwa lebih mengenali lelaki itu. Redzwani kemudiannya membuat keputusan untuk mengundurkan diri dan selepas itu tidak lagi dilihat aktif di media sosial. Shahrizal pula mendakwa sudah putus tunang dengan Redzwani selama setahun lebih sebelum itu. Husna pula tertekan kerana dituduh perampas, yang sudah tentu dinafikan olehnya. Bagaimanapun, sekitar awal Mei tahun ini, Shahrizal telah berkahwin dalam satu majlis tertutup dengan Husna. Terdapat percanggahan antara cerita Shahrizal dan cerita Farah. Setakat ini Shahrizal masih mempertahankan bahawa Farah memerangkapnya. Terpulanglah pada mahkamah untuk membuat penilaian siapa menceritakan perkara sebenar. Apa pendapat anda?
|
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@