Sedar Diri Berkongsi Kasih : Zarina Zainuddin Jarang Tayang Suami Kerana Ingin Jaga Hati Madunya |
- Sedar Diri Berkongsi Kasih : Zarina Zainuddin Jarang Tayang Suami Kerana Ingin Jaga Hati Madunya
- (3 FOTO) Isteri Shukri Yahaya Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya?
- Ucapan Penuh Romantis Daripada Jai Ezzany Sempena Hari Jadi Abby Abadi
- Tauke Jambu Jemput Bekas-bekas Isteri Ke Majlis Perkahwinannya Dengan Nadia
- (8 FOTO) Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di Phuket
- Shopee 12.12 Great Sale Ini Pasti Akan Membuatkan Anda Menangis Kegembiraan
- (2 GAMBAR)Noor Dayana, Isteri Ashraf Muslim Selamat Lahirkan Anak Lelaki
- Menyesal Kemudian Tiada Gunanya Jika Anda Terlepas Lazada Online Revolution Ini
Sedar Diri Berkongsi Kasih : Zarina Zainuddin Jarang Tayang Suami Kerana Ingin Jaga Hati Madunya Posted: 10 Dec 2015 09:24 PM PST Sejak dua tahun lepas, kita boleh lihat bahwa aktres Zarina Zainuddin sudah kembali aktif dalam dunia lakonan. Walaubagaimanapun, ada pihak yang menyebarkan khabar angin bahawa Zarina sebenarnya sudah bercerai dan sebab itu beliau mula berlakon kembali. Agak jarang juga Zarina berkongsi foto beliau bersama suami tetapi kini Zarina lebih terbuka dalam hal itu kerana tidak mahu ada lagi pihak yang memfitnah dirinya.
Walaubagaimanapun, Zarina tidak mahu terlalu menayang suaminya kerana ingin menjaga hati madunya. Buat beliau, cukuplah sekadar orang ramai tahu bahawa beliau sudah berkahwin dan bahagia dengan suami tercinta.
Tunjuk pun salah tidak tunjuk pun salah. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang tetapi bak kata Zarina kalau nak tayang kebahagiaan pun biar berpada-pada agar orang lain tidak menyampah. |
(3 FOTO) Isteri Shukri Yahaya Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya? Posted: 10 Dec 2015 09:05 PM PST Tya Adnan iaitu isteri kepada Shukri Yahaya boleh dikatakan agak popular di media sosial. Baru-baru ini beliau sering memuat naik foto mengenakan hijab dan ia mencetuskan persoalan apakah beliau sudah berhijab sepenuhnya? Tidak memberikan sebarang komen mengenai hal berkenaan, perkara itu bagaimanapun menerima sambutan yang agak baik daripada peminat serta pengikutnya di Instagram yang menyokong beliau untuk menutup aurat.
Malah ada yang memuji bahawa Tya tampak lebih cantik dan manis ketika berhijab. Kita doakan sahaja agar pintu hati Tya terbuka untuk menutup aurat. Apa yang penting biarlah beliau membuat keputusan tersebut dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan orang lain. InshaAllah. Sumber Berita: Instagram Tya Adnan
|
Ucapan Penuh Romantis Daripada Jai Ezzany Sempena Hari Jadi Abby Abadi Posted: 10 Dec 2015 08:47 PM PST Erm..bahagia betul kami lihat Abby Abadi semenjak bergelar isteri kepada Jai Ezzany atau nama sebenarnya Faizal Zakaria. Mana tidaknya? Sempena hari jadi Abby pada 1 Disember lepas, suaminya itu telah memuat naik foto manja mereka berdua dengan ucapan yang cukup romantis dan berbunga buat Abby di Instagram.
Berdasarkan luahan di atas, memang tidak kami nafikan betapa dalamnya cinta serta kasih sayang Jai buat Abby. Bertuahnya Abby dapat suami yang penuh dengan kasih sayang buatnya bukan? |
Tauke Jambu Jemput Bekas-bekas Isteri Ke Majlis Perkahwinannya Dengan Nadia Posted: 10 Dec 2015 08:22 PM PST Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi bersama tunangnya Nadia, pelawak Tauke Jambu ada meluahkan hasrat untuk menjemput bekas-bekas isterinya ke majlis perkahwinan beliau nanti. Untuk pengetahuan anda, Tauke pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai 6 orang cahaya mata bersama isteri pertama dan isteri kedua beliau.
Tuake akui hubungan beliau bersama isteri pertama selepas mereka berpisah tidak begitu baik sebelum ini. Namun, mereka kini sudah berbaik dan Tauke juga sudah dapat bertemu semula dengan anak-anaknya.
Baguslah kalau Tauke sudah berbaik dengan bekas isterinya, benda yang lepas itu janganlah dikenang lagi. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga perkahwinan Tauke dan Nadia nanti dilimpahi dengan kebahagiaan dan kekal sehingga akhir hayat. |
(8 FOTO) Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Sambut Ulangtahun Perkahwinan Di Phuket Posted: 10 Dec 2015 07:55 PM PST 11 Disember iaitu hari ini merupakan tarikh ulangtahun kedua perkahwinan, buat pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Bersempena dengan hari penuh bermakna itu, Zain dan Che Ta telah meraikannya dengan bercuti ke Phuket, Thailand bersama anak mereka Aaisyah Dhia Rana. Pasangan ini sempat berkongsi beberapa foto sewaktu di Phuket bersama peminat mereka di akaun Instagram. Masa memang cepat berlalu, pejam celik sudah dua tahun usia perkahwinan mereka dan ia telah diserikan lagi dengan Aaisyah yang cukup comel. Semoga Zain Saidin dan Rozita Che Wan bahagia selalu dan kekal sehingga ke akhir hayat.. Ehem..rasa-rasa ada tak peluang Zain bagi adik untuk Aaisyah? Hehe.. Jom layan beberapa lagi foto mereka di Phuket dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Foto: Instagram Rozita Che Wan
|
Shopee 12.12 Great Sale Ini Pasti Akan Membuatkan Anda Menangis Kegembiraan Posted: 10 Dec 2015 04:08 PM PST Ingat tak lagi tentang applikasi Shopee yang pernah Abang Nara kongsikan tak lama dulu? Ala, applikasi yang membolehkan anda jual/beli produk guna smartphone je tue? Abang Nara pernah try jual barang-barang yang dah tak guna di rumah seperti stroller anak, kasut Timberland, kasut Tods wife Abang Nara dan basikal Aariz. Mula-mula Abang Nara ingat tak adalah orang nak beli apa yang Abang Nara senaraikan di Shopee nie. Sekali tue, berpuluh pertanyaan Abang Nara dapat sampai malas nak jawab. Hehehe. Kot-kot ada yang terlupa, meh Abang Nara terangkan apa yang bestnya applikasi Shopee ini. Ia adalah satu applikasi yang direka khas untuk penjual dan pembeli membuat transaksi secara online dengan pantas, selamat dan lancar. Jika anda mempunyai banyak benda tak guna di rumah tapi sayang nak buang, gunakan je applikasi Shopee untuk menjual benda-benda tersebut. Jangan risau kena tipu kerana selaku penjual, anda hanya akan menghantar produk anda selepas menerima bayaran daripada pembeli. Dan duit si pembeli pula hanya akan dipindahkan kepada penjual selepas pengesahan penerimaan barangan dilakukan. Dua-dua win-win situation. Semua ciri-ciri awesome ini dah terbina di dalam applikasi Shopee ini. Tak payah nak risau-risau. Kalau anda sudah ada applikasi Shopee di smartphone anda, tahniah Abang Nara ucapkan. Kalau belum ada, sila download sekarang jugak dengan menekan link ini. Sebab apa? Sebab hari Sabtu ini, pada tarikh 12.12.2015, Shopee akan mengadakan kempen Shopee 12.12 Great Sale! Apa yang bestnya Shopee 12.12 Great Sale nie? Meh sini Abang Nara kongsikan keawesomean kempen Shopee kali ini. 1. Diskaun sehingga 80% untuk kesemua kedai di Shopee Yes betul. Diskaun sehingga 80%. Bukan untuk satu kedai, bukan untuk dua kedai, tetapi untuk semua kedai yang ada di dalam Shopee ini. Kalau korang nak cari baju baru, gajet baru, tudung baru dan beg baru untuk tahun 2016, inilah masanya. 80% tue beb!!! 2. Diskaun ekstra sebagai tambahan kepada diskaun 80% tadi Gila kentang betul Shopee nie. Dah bagi diskaun sehingga 80%, lepas itu nak bagi lagi diskaun ekstra. Baik hati sangat nie. Ada 2 jenis diskaun ekstra yang diberikan. Yang pertama ialah dengan pembelian minimum RM20, korang boleh dapatkan potongan harga RM8 apabila menggunakan voucher kod "1212EIGHT' (kena guna voucher ini di sini). Yang kedua pula, semua pembelian di laman Shopee 12.12 di sini akan mendapat ekstra diskaun 50% (maksimum RM20 diskaun) jika anda menggunakan voucher kod “1212ONLINE”. Memang gila kan? Walaupun diskaun dah banyak tak ingat, Abang Nara percaya mesti ada yang blur tak tahu nak beli apa di Shopee kan? Jangan risau. Abang Nara nak kongsikan beberapa produk yang sangat awesome di mata Abang Nara. Mana tahu taste kita sama. Bolehlah korang beli apa yang Abang Nara syorkan nie. Jom ushar!!! Sebelum korang nak beli, Abang Nara nak bagi sikit code BEAUTIFULNARA untuk diskaun yang lagi awesome. Syaratnya, korang kena beli sekurang-kurangnya RM50 di Shopee sebelum jam 11:59 malam pada 27hb Disember Abang Nara cuma bagi pada 300 orang pertama yang first time beli-belah dekat app online yang boleh membuatkan anda rambang mat. CONFIRM! KATEGORI FESYEN 1. Kasut dari Christy Ng Tahun baru kasut pun kenalah baru kan? Abang Nara memang suka dengan rekaan kasut daripada Christy Ng nie. Wife Abang Nara ada sepasang kasut di atas. Memang selesa sangat memakainya. Sementara tengah diskaun kaw-kaw nie, baik korang beli. 2. Baju-baju cantik dari Alaven Fashion Gallery Cantik-cantik dress daripada Alaven Fashion Gallery yang berpusat di Sibu, Sarawak nie. Harga pun boleh tahan jugak. Memang sesuai kalau nak pakai pergi pejabat atau malam dinner untuk special occasion. Confirm korang makin cun melecun jadinya. Buat sang suami, silalah beli sebagai hadiah untuk isteri tercinta. 3. Baju-baju awesome daripada Mr.Baju Dah lama Abang Nara mencari t-shirt super hero yang selalu Abang Nara nampak orang lain pakai nie. Rupanya diorang beli kat Mr. Baju. Smart gile beb!!! Kalau anda jenis yang kena pakai kemeja pergi ofis, memang Abang Nara syorkan beli baju kemeja Kpop daripada Mr. Baju nie. Ada diskaun 50% tue. Terus beli 10 helai untuk tahun depan. KATEGORI SMARTPHONE & GAJET 1. Best Store untuk aksesori dan smartphone baru Selalu kalau beli gajet secara online ini, kemungkinan untuk ditipu dengan barangan palsu itu memang ada. Tapi jangan risau. Best Store di Shopee hanya menjual produk asli daripada Xiaomi, Apple dan juga Asus. Semua original. Setakat ini yang dah beli semua berpuas hati dengan kualiti produk. Jadi anda tak perlulah risau. 2. Aksesori telefon daripada MyLittleShop Ala comel-comelnya casing telefon daripada MyLittleShop nie. Rasa nak beli je. Diskaun 50% pulak tue. Gatal je tangan nak beli seketul dua. Boleh tukar-tukar tiap hari. Hehehe. 3. USB, Pendrive, dan aksesori daripada LeoITHub Abang Nara memang tengah cari usb punya flash drive nak buat simpan gambar anak-anak. Sekali tue tengok murah pula benda alah nie kat LeoITHub. Terus Abang Nara beli 2. Hehehe. Dapat la jimat sikit sementara promosi kaw-kaw daripada Shopee nie. KATEGORI KECANTIKAN 1. Produk penjagaan diri HubWire Wife Abang Nara suka betul bila Abang Nara tunjukkan kedai HubWire nie kat dia. Katanya cantik-cantik design produk penjagaan diri yang ada. Terus dia suruh Abang Nara beli 2,3 botol untuk dicuba. Nanti kalau dah sampai Abang Nara akan kongsikan review. 2. Minyak wangi daripada SDPerfume Tahun baru mestilah nak badan pun bau wangi sikit kan? Tunggu apa lagi? Macam-macam pilihan ada di SDPerfume nie. Sampai rambang mata dibuatnya. Harga pun tengah ada diskaun tue. Silalah belikan untuk orang tersayang. 3. Lipstik, maskara, pencuci muka dan macam-macam lagi dari MSCoutoure.asia Kaum Hawa mesti melonjak keriangan dapat tahu tentang MSCoutoure.asia nie. Mana taknya, produk-produk kecantikan yang memang mereka gunakan setiap hari diberi diskaun sehingga 80%. Murah bangat seh. Kalau anda seorang lelaki dan sedang membaca bahagian ini, sila rahsiakan daripada gf/awek/adik perempuan/bini anda. Kang habis kang duit. Hehehe. |
(2 GAMBAR)Noor Dayana, Isteri Ashraf Muslim Selamat Lahirkan Anak Lelaki Posted: 10 Dec 2015 04:04 PM PST Ister pertama Ashraf Muslim, Npor Nayana Lokman telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.85 kg semalam. Perkara itu diberitakan oleh bapa Dayana, Haji Lokman Abdul Hamid diakaun Facebooknya.
Bayi ini merupakan anak pertama Dayana bersama Ashraf. Ashraf sebelum ini mempunyai dua orang anak dengan isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi. Tahniah dari kami di BeautifulNara.
|
Menyesal Kemudian Tiada Gunanya Jika Anda Terlepas Lazada Online Revolution Ini Posted: 10 Dec 2015 04:00 PM PST Hujung tahun sememangnya dikenali sebagai musim membeli belah pelbagai promosi hebat ditawarkan kepada para pembeli. Abang Nara memang selalu shopping sakan masa-masa begini. Kalau pandai cari, memang banyak penjimatan yang boleh dilakukan. Seperti tahun lepas, kali ini Lazada Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam keseronokan musim membeli belah ini. Dengan diskaun sehingga 95%, Lazada Malaysia menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari yang akan bermula dari 10 Disember hingga 12 Disember 2015 bersempena kempen Lazada Online Revolution. Dengan diskaun sehingga 95%, memang kelabu mata dibuatnya. Paling mencuri perhatian Abang Nara ialah “Flash Sales” atau kalau dalam bahasa Melayunya, “Jualan-Jualan Kilat” yang akan berlangsung setiap satu jam. Ia akan bermula dari 8 pagi hinggalah 11.59 malam selama 3 hari berturut-turut! Nasihat Abang Nara, sila pergi ke link “Flash Sales” ini, tengok apa yang korang nak beli dan pasang alarm di phone korang. Harga yang ditawarkan memang tersangatlah murah. Kalau terlepas, memang boleh menangis. Sambil-sambil nak tunggu “Flash Sales” yang korang dah target, Abang Nara cadangkan korang cuba permainan "Spin The Wheel" yang menawarkan para pengguna bertuah dengan baucar-baucar yang menarik! Free je main benda nie, tapi hadiah yang ditawarkan awesome sangat-sangat. Boleh dapat voucher diskaun sampai RM300 tue. Siapa nak bagi kan? Paling mencuri perhatian Abang Nara ialah 12 hottest deals yang bakal berlaku esok iaitu 12.12.2015. Gila tak gila GoPro Hero 4 ada diskaun 16%. Lepas tue Google Chromecast pula murah 33% daripada harga biasa. Jumlah kesemua ada 12 produk yang diberikan promosi tak masuk akal. Memang panas je tangan nak tekan butang beli. Wife Abang Nara dah suruh beli vakum dah. Katanya murah sangat-sangat kalau dibandingkan beli kat tempat lain. Apa benda yang ada dijual di Lazada Malaysia ini sebenarnya? Macam-macam ada. Telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke barangan-barangan fesyen, perkakasan rumah, alat permainan dan peralatan sukan semuanya ada dan dijual dengan harga runtuh bersempena Lazada Online Revolution kali ini. Abang Nara sempat bersengkang mata semalam untuk senaraikan 3 benda idaman. Tapi beli ke tak, kena tengok bajet dulu. Jom kita ushar:- 1. Sony Playstation 4 500GB untuk diri ini Dari awal tahun sampailah ke hari ini, PlayStation 4 memang salah satu barang idaman Abang Nara. Bersempena Lazada Online Revolution kali ini, ada diskaun sehingga 28%. Harga asal RM1799, sekarang ini cuma RM1299. RM500 tue jimat. Nak beli ke tidak? 2. Drypers untuk anak-anak tercinta Yang ini memang benda wajib untuk dibeli setiap kali Lazada Malaysia buat jualan murah. Aariz dah tak pakai lampin pakai buang dah, jadi beli untuk si Arissa dan Alara je. Abang Nara beli terus buat stok 2,3 bulan punya. Banyak tue dapat jimat. 18% diskaun. 3. Beg Kamiliant untuk jalan-jalan pergi bercuti Tahun depan Abang Nara dan wife dah rancang nak bawak anak jalan-jalan cuti Malaysia. Kira-kira beg tak cukup pulak. Iyerlah anak pun dah 3. Memang sesuai sangat kalau beg Kamiliant yang unik ini dijadikan beg baru. Diskaun sampai 60% tue. Cuma RM250.16 je. Murah sangat-sangat!!! Sebenarnya ada banyak lagi produk-produk yang Abang Nara dah shortlistkan bersempena Lazada Online Revolution ini. Tapi kalau nak tulis kat sini semuanya, memang tak cukup ruang. Apa pun Abang Nara ada satu berita baik lagi untuk anda, khasnya buat penggemar Domino's Pizza. Setiap kali anda membeli-belah di Lazada, anda akan menerima baucar "Buy 1 Get 1 Free" Domino's Pizza! Kiranya lepas penat-penat klik butang mouse dan selesai membeli-belah, bolehlah makan Domino’s Pizza sebagai tanda kejayaan. Hehehe. Sebelum Abang Nara mengundur diri, di saat artikel ini ditulis, anda hanya mempunyai masa selama 1 hari 13 jam 30 minit dan 30 saat sebelum Lazada Online Revolution menutup tirainya. Selamat membeli-belah. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@