(TAHNIAH)Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2 |
(TAHNIAH)Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2 Posted: 13 Dec 2015 08:12 AM PST Tahniah diucapkan kepada Siti Nordiana yang telah pun dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 2 sebentar tadi. Siti Nordiana telah membawa pulang RM100,000, pakej percutian ke Madrid, Spain dan juga trofi. Di tempat kedua ialah Faradhiya. Di tempat ketiga Ezad Lazim, sementara Nassier Wahab di tempat keempat. Acong Sweetchild pula di tempat kelima sementara Haiza di tempat keenam. Kemenangan Siti Nordiana sememangnya sudah dijangkakan. Persembahan Nana di pentas akhir juga amat memberangsangkan. Sememangnya layak untuk Siti Nordiana bergelar juara. Selain itu Siti Nordiana juga memenangi persembahan terbaik yang dipilih berdasarkan undian SMS penonton. Cuma Abang Nara agak terkejut apabila Haiza mendapat tempat terakhir. Namun sudah pasti para juri lebih profesional dan mengadili dengan lebih berilmu berbanding kita semua. Apa pun, Gegar Vaganza kali ini sememangnya menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah satu program yang bagus terutama untuk penyanyi lama mengembalikan populariti mereka. Semoga Gegar Vaganza seterusnya akan lebih meriah dengan penyertaan peserta yang lebih hebat. Tahniah diucapkan kepada Astro dan semua pihak terbabit atas kejayaan Gegar Vaganza 2. |
Almy Nadia Percaya Fizz Fairuz Tidak Pernah Curang Posted: 12 Dec 2015 08:12 PM PST Tentu anda semua masih ingat lagi akan pendedahan seorang aktres baharu iaitu Fara Mendonza yang mendakwa Fizz Fairuz cuba untuk menggoda dirinya menerusi satu perbualan melalui aplikasi WeChat. Boleh dikatakan ia merupakan kontroversi yang cukup hangat diperkatakan sehingga kini. Buat Almy, beliau meletakkan kepercayaan kepada suaminya terlebih dahulu dan tidak mahu mendengar sebarang percakapan orang luar.
Almy mengakui ada terasa sedikit sakit hati ketika mengetahui gosip melibatkan suaminya itu tetapi beliau memilih untuk berbincang mengenai perkara tersebut bersama Fizz sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenainya.
Bukan semua wanita mampu untuk menghadapi perkara seperti ini dengan tenang. Kami percaya Almy sudah banyak belajar daripada pengalaman sewaktu beliau bercinta dengan Fizz dahulu dan ia membuatkan beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Dugaan dalam berumah tangga itu banyak apatalah lagi jika bergelar artis. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@