(13 FOTO) Sekitar Majlis Baby Shower Liyana Jasmay |
- (13 FOTO) Sekitar Majlis Baby Shower Liyana Jasmay
- Putus Cinta Bukan Penghujung Kepada Segalanya, Hidup Diteruskan – Nur Fathia
- Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Bakal Adakan Sidang Media Minggu Ini
- Ini Respon Dato’ Aliff Syukri Apabila Dilabel Orang Kaya Bodoh
- (12 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Marsha Milan Londoh & Shaiful
- Nora Danish Nafi Beliau Punca Rumah Tangga Fasha Sandha Dan Jejai Retak
- Bercuti Ke Bali Bersama Fattah Amin : Sherry Ibrahim Minta Peminat Tidak Cepat Menghukum
- Zizan Razak Intim Dengan Pelakon Janda Beranak Dua?
(13 FOTO) Sekitar Majlis Baby Shower Liyana Jasmay Posted: 10 Jan 2016 09:50 AM PST Menghitung hari untuk melahirkan bayi kedua beliau, sebuah majlis baby shower telah diadakan bagi meraikan Liyana Jasmay dan bayi beliau yang berada didalam kandungannya. Majlis tersebut dihadiri oleh rakan rapat beliau serta beberapa rakan selebriti antaranya ialah Lisa Surihani, Erin Malek dan Intan Ladyana. Berikut kami kongsikan lagi 13 foto sekitar majlis baby shower Liyana Jasmay dengan membaca artikel ini sepenuhnya. |
Putus Cinta Bukan Penghujung Kepada Segalanya, Hidup Diteruskan – Nur Fathia Posted: 10 Jan 2016 09:23 AM PST Dua kali putus cinta bersama Aiman Hakim Ridza, aktres Nur Fathia tidak mahu lagi mengenangkan perkara tersebut dan terus "lemas" dalam kekecewaan. Buat Fathia perkara yang sudah lepas biarkan ia berlalu pergi. Namun, beliau mengakui tidak akan lagi menjaja kisah peribadinya atas pengalaman lalu.
Bukan mudah menjadi selebriti, Fathia bagaimanapun tidak kisah dengan mereka yang sering sahaja mengkritik beliau dan mencari kesalahan beliau setiap masa.
Berkaitan kerjaya beliau, Fathia ada memasang impian untuk menjadi seorang penerbit drama dan filem selepas mendapati tidak ramai golongan wanita yang berminat dalam bidang tersebut. Wah, besar juga cita-cita Fathia dalam industri hiburan Malaysia. Baguslah kalau Fathia tidak lagi terus memikirkan soal cinta yang sudah tidak kesampaian, lebih baik fokus pada kerjaya dan InshaAllah satu hari nanti anda akan bertemu dengan pasangan yang betul-betul sesuai buat anda. |
Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Bakal Adakan Sidang Media Minggu Ini Posted: 10 Jan 2016 08:51 AM PST Pelakon Shaheizy Sam seringkali dikaitkan sedang bercinta dengan Syatilla Melvin lebih-lebih lagi selepas Sam memaklumkan beliau sudah bersedia untuk berkahwin. Meskipun ramai yang mengatakan Syatilla adalah bakal isteri Sam, kedua-duanya menafikan perkara tersebut dan mengakui mereka cuma kawan baik. Namun, ada sumber mengatakan Sam dan Syatilla bakal mengadakan satu sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur sekitar minggu ini. Adakah mereka akhirnya akan tampil menjelaskan status hubungan mereka yang sebenar? Tidak mustahil juga bukan. Malah menurut Mangga Online, ada pihak yang memberitahu Syatilla pernah melahirkan hasratnya untuk berumah tangga, tetapi beliau tidak sebut siapakah gerangan jejaka yang bakal menjadi suaminya. Jika benar mereka berdua ingin bernikah, ia satu berita yang agak baik. Kami pasti Sam dan Syatilla sepadan bersama. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja sidang media mereka. |
Ini Respon Dato’ Aliff Syukri Apabila Dilabel Orang Kaya Bodoh Posted: 10 Jan 2016 08:30 AM PST Apa perasaan anda jika ada seseorang mempertikaikan anda dan menggelar anda dengan perkataan yang agak sinis. Tentu anda rasa bengang bukan? Itulah perasaan Dato' Aliff Syukri apabila beliau dilabel sebagai "Orang Kaya Bodoh" oleh sebuah pihak yang membuat perbezaan antara Sembilan Melayu Terkaya di Malaysia dengan Aliff serta pengasas Vida Beauty, Dato Seri Vida. Menurut Aliff menerusi akaun Instagramnya, menyatakan perbuatan itu agak keterlaluan.
Erm..kalau anda perasan sejak sebuah rancangan yang memaparkan kehidupan tiga jutawan kosmetik termasuk Dato' Aliff dan Dato' Seri Vida, mereka berdua mula dihimpit dengan pelbagai kritikan. Hati manusia ini lain-lain, bukan semua yang senang melihat kejayaan mereka. Sumber Berita: Instagram Dato’ Aliff Syukri
|
(12 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Marsha Milan Londoh & Shaiful Posted: 10 Jan 2016 08:05 AM PST Pada 8 Januari minggu lepas, pasangan Marsha Milan Londoh dan suaminya Shaiful telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Tampak sungguh anggun dan kacak dalam busana serba putih hasil rekaan Rizalman Ibrahim, majlis mereka cukup mewah dan dihadiri oleh orang kenamaan, keluarga, rakan selebriti dan teman rapat. Marsha pada malam tersebut sempat meluahkan rasa syukur kerana semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Malah, beliau juga merasa bertuah kerana sudah bertemu dengan teman hidup yang cukup memahami dirinya.
Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi Marsha dan Shaiful dengan membaca artikel ini sepenuhya.
|
Nora Danish Nafi Beliau Punca Rumah Tangga Fasha Sandha Dan Jejai Retak Posted: 10 Jan 2016 04:58 AM PST Sejak bulan Disember lepas, kisah rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai yang kini dikatakan sedang bermasalah mula mencuri tumpuan ramai. Ini kerana pasangan ini kelihatan sungguh bahagia bersama apatah lagi dengan kehadiran dua cahaya mata yang menyerikan lagi hidup mereka. Pelbagai spekulasi mula dibuat dan ada pihak yang mengatakan bekas isteri Jejai iaitu aktres Nora Danish adalah punca utama rumah tangga mereka mula retak. Tidak mahu dikaitkan lagi dengan masalah berkenaan, Nora menerusi Utusan Online berkata beliau cuma mangsa keadaan dan terkejut apabila beliau dituduh sebegitu.
Tambah Nora, peguam beliau telah memberikan nasihat agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini.
Apa sahaja persengketaan yang berlaku antara dua pelakon wanita ini kami harap ia dapat diselesaikan secara baik. Kami pun mendoakan agar rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai masih boleh diselamatkan. Mungkin masing-masing ada buat silap kerana manusia tidak sempurna, tetapi jika perasaan cinta dan kasih sayang itu masih ada janganlah cepat mengalah. |
Bercuti Ke Bali Bersama Fattah Amin : Sherry Ibrahim Minta Peminat Tidak Cepat Menghukum Posted: 09 Jan 2016 10:40 PM PST Sherry Ibrahim dan Fatta Amin mungkin antara pasangan yang menjadi "favourite" ramai, boleh dikatakan sama cantik sama padan, baru-baru ini mereka telah bercuti ke bersama ke Bali, Indonesia. Menerusi foto yang dimuat naik oleh Sherry menerusi akaun Instagram miliknya, jelas mereka cukup gembira menikmati percutian bersama. Namun, masih ada segelintir peminat yang seakan kurang senang melihat pasangan itu bercuti bersama meskipun mereka ditemani oleh rakan-rakan lain. Menerusi portal Berita Harian, Sherry harap peminat tidak cepat menghukum beliau dan memperbesarkan hal ini. Tujuan mereka ke sana sebenarnya atas urusan perniagaan dan menggunakan kesempatan tersebut untuk mencari ketenangan.
Mungkin agak tidak manis kalau bercuti bersama kerana ia mungkin mengundang fitnah, namun kadang-kala janganlah terlalu berfikiran negatif. |
Zizan Razak Intim Dengan Pelakon Janda Beranak Dua? Posted: 09 Jan 2016 09:59 PM PST Baru sahaja berazam untuk cuba mengelak daripada kontroversi tahun ini, pelawak Zizan Razak dikatakan sedang bercinta dengan pelakon yang statusnya seorang janda beranak dua. Walaubagaimanapun, Zizan yang tidak cepat melatah dengan gosip itu menafikan perkara itu sekerasnya meskipun mengakui beliau mengenali pelakon berkenaan.
Buat Zizan, bergelar selebriti mempunyai risiko tersendiri. Biarpun beliau tidak pernah melakukan sesuatu perkara buruk, pasti akan ada pihak mencari kesalahan dan kelemahan beliau.
Ehmm..tidak banyak yang kami ingin komen mengenai Zizan Razak dan kisah peribadinya. Harapnya selepas ini beliau berjumpa dengan wanita yang sesuai dan kahwin terus. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2016