(35 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Nabila Huda |
- (35 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Nabila Huda
- Jatuh Pentas: Amy Search Tetap Teruskan Persembahan Meskipun Bahu Terseliuh
- (TAKZIAH) Isteri Black Hanifah Keguguran
- Tampil Memakai Busana Kahwin Serba Putih: Nora Danish Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi?
- Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Sudah Berbaik?
- Afdlin Shauki Kiritik Penajaan Vida Beauty Bagi Pasukan The Red Warriors
- (14 FOTO) Tahniah Shah Iskandar Sah Bergelar Suami Kepada Siti Sarah
(35 FOTO) Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Nabila Huda Posted: 17 Jan 2016 09:20 AM PST Sah bergelar suami isteri pada 25 December 2015, Nabila Huda dan suaminya Mohd Izwan Johar diraikan menerusi majlis resepsi perkahwinan mereka yang diadakan di rumah Amy Search terletak di Shah Alam. Bertemakan Melayu Klasik, nyata Nabila Huda dan suami tampak cukup segak dan anggun dalam busana yang cukup ringkas dan berwarna serba hijau. Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Sharifah Sakinah, Ryzal Jaafar, Uqasha Senrose, Yana Samsudin dan ramai lagi. Tahniah kami ucapkan sekali lagi buat Nabila dan pasangan, semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat. Jom layan dulu beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
Jatuh Pentas: Amy Search Tetap Teruskan Persembahan Meskipun Bahu Terseliuh Posted: 17 Jan 2016 08:27 AM PST Baru-baru ini, sebuah video dimana penyanyi rock Amy Search jatuh daripada pentas ketika mengadakan persembahan tersebar luas di media sosial. Ia satu insiden yang agak mengejutkan dan mencetuskan kerisauan dikalangan peminat beliau. Walaubagaimanapun,lagenda rock Malaysia ini tetap meneruskan persembahan beliau meskipun menanggung kesakitan akibat cedera pada bahagian bahu termasuklah bengkak pada ibu jari tangannya.
Jelas Amy, ketika kejadian berlaku beliau yang sedang menjayakan majlis makan malam korporat di ibu kota ingin bersalaman dengan peminat yang berada di barisan depan. Namun,sinaran lampu dan struktur pentas mengelirukan antara punca menyebabkan beliau terjatuh dari pentas setinggi empat kaki. Aduh, boleh terbayang dah rasa sakit yang Amy Search tanggung lebih-lebih lagi terjatuh daripada pentas yang agak tinggi tetapi kami tabik spring dengan semangat beliau yang kuat kerana masih lagi ingin memberikan persembahan terbaik buat peminatnya.
|
(TAKZIAH) Isteri Black Hanifah Keguguran Posted: 17 Jan 2016 08:05 AM PST Selepas dikejutkan dengan berita Elyana dan isteri Nubhan AF keguguran, baru-baru ini isteri kepada penyanyi Black Hanifah turut diuji dengan perkara yang sama. Black menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan isterina, Cira keguguran anak kedua mereka pada hari Jumaat minggu lepas. Cira dibawa ke Pusat Perubatan Subang Jaya, sebelum doktor memaklumkan kandungan yang berusia 12 minggu tidak dapat diselamatkan.
Walaubagaimanapun, Black redha dengan ketentuan Allah SWT dan sentiasa akan berada di sisi Cira disaat sedih ini.
Takziah kami ucapkan buat Black dan isterinya, percayalah setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi yang kita tidak tahu. Semoga anda berdua kekal tabah dengan dugaan ini. |
Tampil Memakai Busana Kahwin Serba Putih: Nora Danish Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi? Posted: 17 Jan 2016 08:01 AM PST Kecoh juga lah cerita Nora hendak tamatkan zaman solonya lebih-lebih lagi selepas pereka fesyen, Ashraff Zainal memuat naik beberapa foto Nora menggayakan busana perkahwinan dengan kapsyen yang penuh tanda tanya. Ada juga sumber mengatakan, Nora sememangnya bakal bergelar isteri tidak lama lagi. Melihat foto-foto Nora yang cukup anggun dalam busana pengantin serba putih dan cantik, ada peminat yang sudah mengucapkan tahniah. Rasanya macam ramai dah boleh agak siapa yang akan menjadi suami Nora bukan? Hehe..Tunggu sahajalah pengumuman perkahwinan dibuat oleh Nora sendiri. Sumber Berita: Instagram Ashraff Zainal
|
Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Sudah Berbaik? Posted: 16 Jan 2016 10:47 PM PST Namun, cinta mereka tetap utuh walaupun dilambung badai (ewahh..) . Baru-baru ini, nampaknya hubungan mereka sudah bertaut kembali menerusi sebuah foto di Instagram Sharnaaz .
Bak kata Sharnaaz, orang tua pun kadang-kadang terkeluar juga perangai budak-budak. Erm, Sharnaaz kalau rasa Noor Nabila dah sesuai apa kata langkah setapak lagi dalam perhubungan, kami yakin beberapa kali gagal dalam percintaan tentu Sharnaaz dah tahu hati perempuan ni macam mana.. |
Afdlin Shauki Kiritik Penajaan Vida Beauty Bagi Pasukan The Red Warriors Posted: 16 Jan 2016 10:30 PM PST Sejak kebelakangan ini, isu tentang syarikat Vida Beauty milik Dato Seri Vida yang ingin menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors cukup trending dan hangat diperkatakan. Ramai yang tidak boleh terima kenyataan dan membayangkan satu sukan yang lasak ini bakal "disentuh" dengan elemen feminin apabila ada khabar angin mengatakan pemainnya akan mengenakan jersi berwarna merah jambu selepas ini. Walaubagaimanapun, sebagai penaja yang akan berhabis sebanyak RM16 juta bagi The Red Warriors, tentu sekali membolehkan Vida untuk meletakkan apa sahaja syarat mengikut kehendaknya termasuklah mengubah warna stadium. Namun, perkara ini mendapat perhatian selebriti Afdlin Shauki yang tidak menerima apabila pihak penaja cuba menentukan budaya dan integriti sesebuah pasukan bola sepak. Meskipun ramai yang kurang setuju dengan syarat Vida, tetapi masih ada yang berpendapat ia boleh menyelesaikan beberapa masalah dalaman yang dihadapi oleh pasukan Kelantan. Malah, gaji pemain Kelantan juga tidak akan tertangguh lagi selepas ini. Tidak semua orang dapat menerima perubahan dan masing-masing mempunai pandangan yang berbeza dalam hal ini. Harapnya kerjasama antara Vida Beauty dan The Red Warriors dapat memantapkan lagi pasukan berkenaan. |
(14 FOTO) Tahniah Shah Iskandar Sah Bergelar Suami Kepada Siti Sarah Posted: 16 Jan 2016 09:20 PM PST Masih tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pelakon Shah Iskandar Mahfuz yang sah bergelar suami kepada Siti Sarah Mohd Noor dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di The Ballroom At East Coast, Singapura pada jam 4.30 petang semalam. Shah yang sememangnya asal daripada Singapura telah menyerahkan mas kahwin iaitu sebentuk cincin emas dan wang hantaran berjumlah RM30,000. Majlis resepsi pasangan tersebut telah diadakan di lokasi yang sama pada sebelah malam juga pada hari yang sama manakala majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan pada 16 April depan bertempat di Shah Alam. Berikut beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan Shah Iskandar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2016