(6 FOTO) Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki |
- (6 FOTO) Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki
- (5 FOTO) Indah Armani Bayi Perempuan Zulhuzaimy Dan Misz Erna
- Puteri Aleesya Nama Anak Perempuan Hanez Suraya
- Desak PM Letak Jawatan : Soo Wincci Hampir Muflis
- Elfaeza Ul Haq Terpaksa Buka Tudung Kerana Kontrak Drama
- Saya Redha Berkongsi Kasih, Ini Sudah Jodoh Saya – Adira
- Penat Saya Nak Jawab Soalan Kahwin Shaheizy Sam – Khaty Fauziah
- Amyra Rosli Nafi Khabar Angin Bergaduh Dengan Emma Maembong
- Kerana Salah Faham : Kontrak Siti Elizad Sebagai Duta Produk Qyra Beauty Dibatalkan
- Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sudah Putus Cinta?
(6 FOTO) Umie Aida Lakukan Skydiving Dari Paras 14 Ribu Kaki Posted: 04 Jan 2016 10:51 PM PST Bila lihat foto Umie Aida lakukan "skydiving" memang buat kami rasa seram, sejuk, gayat semua ada.Bagi kami memang hebat dan berani sungguh Umie melakukan aksi sebegitu. Umie mengambil kesempatan untuk mencuba sukan ekstrem itu ketika bercuti di Sydney, Australia baru-baru ini. Rupa-rupanya ini kali kedua Umie beraksi dari paras 14 ribu kaki.
Sesetengah pihak akan berfikir tidakkah takut mati andai alat terjunan itu tidak berfungsi baik? Walaubagaimanapun, buat Umie semua itu terletak di tangan Allah SWT.
Jom lihat lagi aksi Umie Aida ketika berada di udara dengan membaca artikel ini sepenuhnya. |
(5 FOTO) Indah Armani Bayi Perempuan Zulhuzaimy Dan Misz Erna Posted: 04 Jan 2016 09:59 PM PST Sudah lama tidak mendengar perkhabaran daripada aktor Zulhuzaimy, rupa-rupanya beliau kini sudah dikurniakan cahaya mata selepas isterinya Misz Erna selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 22 Disember 2015. Bayi yang diberikan nama Indah Armani dilahirkan di Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur degan berat 3.75 kilogram sekitar jam 12.50 pagi. Tahniah kami ucapkan kepada Zulhuzaimy dan isteri, semoga kehadiran si kecil ini dapat membuka lagi pintu rezeki dan kebahagiaan kepada keluarga anda. Jom layan beberapa lagi foto Indah Armani dengan membaca entri ini sepenuhnya. |
Puteri Aleesya Nama Anak Perempuan Hanez Suraya Posted: 04 Jan 2016 09:09 PM PST Selamat melahirkan cahaya mata pertama beliau bersama Romie Razin Adilha pada 30 Disember lepas, Hanez Suraya dan suaminya itu telah memilih nama Puteri Aleesya yang membawa maksud dilindungi.
Puteri Aleesya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur secara normal. Alhamdullilah, bagus juga maksud nama cahaya mata Hanez Suraya. Semoga menjadi anak yang solehah. |
Desak PM Letak Jawatan : Soo Wincci Hampir Muflis Posted: 04 Jan 2016 08:09 PM PST Akibat memuat naik video yang memohon agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pelakon dan penyanyi berbangsa Cina, Soo Wincci nyaris diisytiharkan muflis kerana terpaksa menanggung hutang setelah gagal mendapatkan tajaan bagi konsert Inwiccinble beliau yang berlangsung sekitar Oktober tahun lepas. Wincci pada waktu itu tetap bertekad untuk melaburkan RM500,000 agar konsert beliau dapat diteruskan walaupun tanpa penaja. Namun, usaha beliau itu gagal kerana kosert berkenaan tidak dapat mendapat sambutan kerana gagal mengeluarkan modal bagi tujuan promosi.
Walaubagaimanapun, Wincci tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat dan lebih bersyukur kerana beliau kini lebih dikenali di luar negara. Beberapa badan korporat juga turut membantu Wincci dengan memberi surat sokongan bagi setiap projek yang dijalankan. Kini Wincci sedang mencipta nama di Taiwan dan beberapa lagi negara Asia termasuk China. |
Elfaeza Ul Haq Terpaksa Buka Tudung Kerana Kontrak Drama Posted: 04 Jan 2016 07:37 PM PST Pelbagai spekulasi timbul apabila ada video di Instagram yang menunjukkan aktres Elfaeza Ul Haq tidak bertudung ketika penggambaran sebuah drama di Singapura. Ini kerana umum mengetahui beliau sudah berhijab secara penuh sejak bulan Oktober tahun lepas. Ada yang sudah mula memberikan komen negatif dan menyamakan beliau dengan beberapa artis lain yang kembali tidak menutup aurat kerana tidak bersedia. Namun jelas Elfaeza, beliau terpaksa membuka tudung kerana terikat dengan syarat didalam kontrak drama berkenaan.
Elfaeza juga tidak mahu terlalu memikirkan tanggapan negatif masyarakat kepadanya. Apa yang penting adalah niat beliau.
Maaf kami cakap tetapi kalau sekejap pakai tudung dan sekejap tak meskipun demi tuntutan kerja ia sedikit sebanyak memberikan gambaran/ peluang untuk orang lain agar "menghalalkan" cara demi niat mereka. |
Saya Redha Berkongsi Kasih, Ini Sudah Jodoh Saya – Adira Posted: 04 Jan 2016 07:12 PM PST Perkahwinan Adira bersama Datuk Seri Adnan Abu sehingga kini masih lagi mendapat perhatian ramai. Ada yang masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa Adira rela hidup bermadu dan ada juga yang melabelkan beliau sebagai perampas kebahagiaan wanita lain. Walaubagaimanapun, buat Adira setiap yang berlaku adalah takdir yang sudah tertulis buat dirinya dan mengakui redha untuk berkongsi kasih.
Adira juga memberitahu beliau enggan lagi mengambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada dirinya.
Bukan tidak pernah menolak lamaran Adnan hanya selepas dua kali bertentangan mata, tetapi akhirnya Adira mengalah kerana percaya jodoh beliau sudah tertulis bersama lelaki tersebut.
Macam mana kita kritik Adira ia tetap tidak mampu mengubah apa-apa bukan? Bukan mudah untuk hidup bermadu tetapi sama-sama lah kita doa yang baik-baik sahaja buat keluarga ini. Erm.. |
Penat Saya Nak Jawab Soalan Kahwin Shaheizy Sam – Khaty Fauziah Posted: 04 Jan 2016 06:59 PM PST Mempunyai seorang anak lelaki yang kacak, bergaya, pujaan ramai wanita dan bujang kadangkala boleh memenatkan seorang ibu. Iyerlah, kalau dah si anak adalah Shaheizy Sam yang belum berkahwin sehingga ke hari ini, pasti selaku seorang ibu, Khaty Fauziah sering diasak soalan perkahwinan anaknya itu. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini terlalu banyak khabar angin tentang status anaknya itu. Ada yang kata dah kahwin, ada yang kata tengah buat persiapan kahwin dan macam-macam lagilah. Menariknya, Khaty sendiri mengakui yang dirinya tidak tahu menahu tentang khabar angin yang sedang bertiup kencang ini. Sampai penat dirinya nak menjawab segala persoalan. Kata Khaty:-
Sebelum ini, Shaheizy Sam sering dikaitkan dengan hubungan percintaan bersama pelakon Syatilia Melvin. Namun Syatilia telah memaklumkan yang dirinya tidak tahu menahu tentang persiapan perkahwinan yang kononnya sedang rancak dilakukan. Apa pun, Abang Nara yakin Shaheizy Sam akan memaklumkan kepada peminatnya apabila hari istimewa itu tiba. Selaku peminat, sabarlah menanti. Sumber Mstar Online. |
Amyra Rosli Nafi Khabar Angin Bergaduh Dengan Emma Maembong Posted: 04 Jan 2016 06:36 PM PST Dek kerana merasa cemburu dengan kemesraan antara Amar Baharin dan Emma Maembong ketika di lokasi penggambaran drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amyra Rosli dikatakan bermasam muka dengan Emma. Pelbagai reaksi yang diterima oleh peminat mereka bertiga ini, ada yang mempersoalkan mengapa pula Amyra mempunyai perasaan sebegitu sedangkan beliau dan Amar bukanlah pasangan kekasih. Terkejut mendengar gosip tersebut, Amyra melalui Harian Metro berkata hubungan beliau dan Emma sangat rapat.
Kami tahu memang ramai yang menginginkan Amyra Rosli dan Amar Baharin bercinta, namun kita tidak boleh memaksa mereka. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua. |
Kerana Salah Faham : Kontrak Siti Elizad Sebagai Duta Produk Qyra Beauty Dibatalkan Posted: 04 Jan 2016 06:09 PM PST Bergelar selebriti membuka peluang seseorang itu untuk menerima rezeki daripada sumber bukan lakonan seperti menjadi duta produk. Walaubagaimanapun, bukan semuanya indah apabila berlaku salah faham antara artis dan pengusaha produk. Itulah yang terjadi kepada pelakon Siti Elizad dimana kontraknya untuk menjadi duta produk kecantikan Qyra Beauty Care telah dibatalkan kerana timbul salah faham dengan pemilik produk berkenaan. Jelas Elizad, pihak Qyra Beauty Care cuba untuk menutup pintu rezeki beliau kerana tidak membenarkan Elizad mempromosikan produk lain di akaun Instagram miliknya.
Perbincangan secara baik juga sudah dilakukan oleh Elizad tetapi pihak Qyra Beauty Care seakan enggan menyelesaikan masalah ini dan terus mengelak daripada bertemu empat mata bersama beliau. Lebih teruk lagi, mereka tetap ingin memburukkan nama Elizad apatah lagi seakan menyindir seorang pelakon dalam status terbaru yang dimuat naik di Instagram Qyra Beauty Care HQ yang sedang mencari duta baharu.
Meskipun sudah pelbagai perkara yang berlaku, Elizad enggan memanjangkan perkara tersebut sehingga ke mahkamah kerana sedar ia tidak berbaloi dengan bayaran yang beliau terima. Erm, mungkin rezeki Siti Elizad sampai di situ sahaja. Adalah lebih baik untuk tidak meneruskan kontrak jika tiada persefahaman lagi. InshaAllah mana tahu selepas ini ada peluang yang lebih besar lagi buat anda? |
Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sudah Putus Cinta? Posted: 04 Jan 2016 06:03 PM PST Hubungan mesra antara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sememangnya diketahui ramai. Mereka berdua memang begitu sweet di laman sosial. Saling balas membalas ayat-ayat cinta diselangi dengan kata ganti diri seperti ‘sayang’, ‘my love’ dan yang sama waktu dengannya. Namun semalam, ada desas-desus bertiup kencang yang hubungan mereka sudah pun berkecai. Desas-desus ini bermula apabila secara tiba-tiba Sharnaaz Ahmad memuatnaik satu gambar (telah dibuang) dengan caption “pergi jahanamlah”. Fuh. Memang garang bunyinya kan? Susulan itu, gambar-gambar masing-masing telah membuang gambar mereka berdua di laman sosial masing-masing. Hmm. Selalu kalau buang gambar nie memang maksudnya dah clash. Apa yang terjadi ini? Kalau benar cinta tidak kesampaian, sedih juga Abang Nara mengenangkan nasib Sharnaaz Ahmad ini. Asyik gagal dalam percintaan je. Tak apalah. Satu hari nanti pasti akan ketemu jua si dia yang mampu membuatkan hati anda terpikat buat selamanya. Apa apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak terbabit. Sumber Forum Cari. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2016