Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(9 FOTO) Majlis Akad Nikah Marsha Milan & Shaiful

(9 FOTO) Majlis Akad Nikah Marsha Milan & Shaiful


(9 FOTO) Majlis Akad Nikah Marsha Milan & Shaiful

Posted: 31 Dec 2015 09:00 AM PST

10 tahun berkenalan dan 2 tahun menyulam cinta akhirnya Marsha Milan Londoh dan Mohamed Shaiful Nizam sah menjadi suami isteri semalam.

Marsha menerima mas kahwin berjumlah RM 1,001 daripada Shaiful, tetapi pasangan ini mebuat keputusan untuk merahsiakan jumlah hantaran perkahwinan.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Fauzi Ibrahim manakala Marsha diwakil walikan oleh hakim.

Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang hantaran.

Marsha sempat meluahkan rasa syukur kerana semua persiapan berjalan dengan lancar dan berharap peminat mendoakan kebahagiaan beliau bersama suami tercinta.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya sudah selamat dan saya berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan saya dan perkahwinan ini.

Terima kasih juga kepada keluarga saya dan keluarga mertua yang banyak membantu dan membimbing saya. Harapan saya, semoga penyatuan dua hati ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Marsha Milan dan Shaiful denga membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita:mStar Online

(TAHNIAH) Marsha Milan Sah Bergelar Isteri Kepada Shaiful Hanya Dengan Sekali Lafaz

Posted: 31 Dec 2015 05:57 AM PST

Hanya dengan sekali lafaz,  Marsha Milan kini sah bergelar isteri kepada kekasihnya Shaiful Nizam dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di kediaman pihak lelaki terletak di Greenlane, Pulau Pinang pada jam 9.20 malam tadi.

Turut berkongsi berita gembira tersebut bersama pengguna media sosial ialah pengarah Michael Ang dan Dafi  yang sama-sama mendoakan kebahagiaan rakan karib mereka.

Marsha tampak sungguh anggun mengenakan busana serba putih sentuhan pereka terkenal Rizalman Ibrahim.

Pasangan ini mula berkenalan sejak 10 tahun lalu dan bercinta sekitar tahun 2013. Majlis resepsi mereka pula akan diadakan pada 8 Januari 2016 bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

*Nantikan update selanjutnya…

 

(TAHNIAH) Isteri Nubhan AF Sudah Hamil

Posted: 31 Dec 2015 03:34 AM PST

Tahniah kami ucapkan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia, Nubhan dan isterinya Afifah Hidayah kerana bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

Berita yang cukup membuatkan Nubhan merasa teruja dikongsikan sendiri oleh beliau melalui akaun Instagram miliknya.

Hadiah yang paling bernilai.  Kami akan jadi ibu bapa tidak lama lagi.  Satu perasaan yang tak dapat diungkap.  Terlalu gembira dengan berita ini.  Syukur ya Allah.  Jumpa nanti ibu @fie_tawfek, jaga kandungan baik-baik.  Sayang anda berdua.

Pasangan sama cantik dan sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos lepas hanya dengan sekali lafaz.

Kami harap Nubhan dan isteri akan dilimpahi dengan kasih sayang yang lebih lagi selepas ini dan semoga ibu dan bayi didalam kandungan sihat selalu. Amin..

Sumber Berita: Instagram Nubhan

Kes KimK : Nur Fazura Enggan Ambil Tahu Dan Malas Fikir Tentang Hal Itu Lagi

Posted: 30 Dec 2015 11:20 PM PST

Kami rasa ramai yang tidak boleh lupa mengenai isu KimK yang melibatkan aktres Nur Fazura yang sehingga kini masih lagi menjadi kritikan dan bahan lawak ramai di media sosial.

Walaupun semuanya berpunca daripada salah faham beliau sendiri, Fazura tetap dengan pendirian beliau yang enggan tampil memohon maaf secara terbuka kepada Vii Narza.

Malah beliau juga dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro  berkata, beliau tidak mahu lagi memikirkan hal tersebut dan menyifatkan ia sebagai perkara yang remeh.

Hidup saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja tahun ini jadi saya tiada masa hendak memikirkan hal remeh-temeh begitu.  Saya anggap hal itu sudah selesai dan tidak ada apa hendak diceritakan lagi. Saya tidak ambil tahu dan malas hendak komen untuk kes itu.

Buat Fazura, setiap orang mempunyai pandangan berbeza dalam isu Kimk dan mereka berhak untuk berbicara mengikut pendapat mereka.

Saya malas hendak fikirkan hal itu lagi. Biasalah masing-masing ada pendapat tersendiri dalam hal itu. Itu laman sosial dan sesiapa pun berhak untuk bercakap dan menyuarakan pandangan.

Sesiapa pun boleh bercakap apa saja. Namun, saya tahu apa yang saya buat dan fikirkan. Niat saya hanya Allah saja yang tahu dalam kes itu.

Boleh kata jiwa Fazura ini memang kental ek?Meskipun sudah teruk dikritik beliau masih lagi tenang menghadapi semuanya..Heh..

Sumber Berita: Harian Metro

Saya Berasa Sempurna Di Hari Pernikahan Dengan Christy Ng Shoes – Nad Zainal

Posted: 30 Dec 2015 08:54 PM PST

Perkahwinan Nad Zainal baru-baru ini sememangnya menjadi perhatian peminat dunia hiburan. Nad Zainal tampil menawan dan berseri-seri dengan persalinan pengantin serba putih. Melengkapkan dirinya di hari penuh bersejarah ini, Nad Zainal telah mengenakan sepasang kasut daripada Christy Ng. Memang kombinasi yang sangat sempurna. Sebelum ini, Mila Jirin turut memilih kasut Christy Ng untuk hari perkahwinannya.

mila jirin

Orang kata kasut sememangnya memainkan peranan penting di hari perkahwinan. Semenjak dua menjak ini memang Abang Nara perhatikan ramai selebriti yang telah memilih kasut Christy Ng untuk disarung pada hari bahagia mereka. Memang satu pilihan yang tepat. Kasut Christy Ng memang cukup popular kerana kualitinya yang tinggi dan rekaannya yang awesome.

mila jirin

kasut Christy Ng yang disarung oleh Nad Zainal

Selain daripada kasut pengantin, Christy Ng juga turut menyediakan pelbagai jenis kasut lagi seperti wedges, tumit tinggi, flats dan sandals. Pelbagai pilihan anda bersesuaian dengan taglinenya “Fresh From Shoe Heaven”. Jadi kalau korang rasa nak kahwin, nak beli kasut yang special sikit, memang Abang Nara cadangkan Christy Ng ini.

mila jirin

Jadi tunggu apa lagi? Layari www.christyng.com untuk melihat sendiri pelbagai koleksi kasut yang direka khas untuk anda. Selamat membeli-belah.

(9 GAMBAR)Sekitar Malam Berinai Marsha Milah Londoh

Posted: 30 Dec 2015 07:15 PM PST

Hari ini ialah hari pernikahan Marsha Milah Londoh dan kekasihnya, Mohd Saiful Nizam. Seperti biasa sehari sebelum tarikh keramat, akan diadakan majlis malam berinai untuk meraikan bakal pengantin. Majlis yang dianjurkan untuk Marsha ini sangat ringkas namun jelas menyerlahkan seri pengantin.

marsha

Semoga segalanya berjalan lancar buat Marsha dan Saiful hari ini. Pasti kedua-duanya sedang berdebar menunggu detik diijabkabulkan. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


marsha
marsha
marsha
marsha
marsha
marsha
marsha
marsha

(4 GAMBAR)Wajah Bayi Sulung Hanez Suraya & Romie

Posted: 30 Dec 2015 06:33 PM PST

29 Disember 2015 (Selasa) yang lalu, Hanez Suraya telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal dengan berat 3.5 kilogram di Prince Court Medical Centre. Ini adalah anak sulung hasil perkahwinan Hanez bersama Romie. Pasti ramai yang ternanti-nanti wajah comel si puteri ini. Yang pasti, memang comel macam emaknya.

hanez suraya

Semoga si puteri ini membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya. Selamat berpantang Abang Nara ucapkan kepada Hanez. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


hanez suraya
hanez suraya
hanez suraya

(9 GAMBAR)Anas Muslim, Anak Sulung Ashraf Muslim & Noor Dayana Daripada The Photolicous

Posted: 30 Dec 2015 06:22 PM PST

Amboi, amboi, amboi. Comelnya Anas Muslim, cahaya mata sulung Ashraf Muslim dan Noor Dayana ini. Geram pulak Abang Nara tengok. Terasa nak ada baby seorang lagi. Hehehe. Untuk makluman, Anas dilahirkan pada 10 Disember lalu dengan seberat 2.85kg merupakan anak ketiga daripada kedua-dua isteri Ashraf Muslim.

anas muslim

Semoga Anas Muslim membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta berbakti kepada kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Instagram The Photolicious.


anas muslim
anas muslim
anas muslim
anas muslim
anas muslim
anas muslim
anas muslim
anas muslim
anas muslim




@



(9 FOTO) Majlis Akad Nikah Marsha Milan & Shaiful