Awie Akui Anak-Anak Izinkan Beliau Kahwin Lagi |
- Awie Akui Anak-Anak Izinkan Beliau Kahwin Lagi
- Nora Danish Sangkal Dakwaan Pernah Hubungi Jejai
- Pulang Daripada Umrah : Mia Sara Kini Berhijab Sepenuhnya
- Qi Razali Akui Masih Ada Rasa Sayang Terhadap Nelydia Senrose
- Anda Akan Menyesal Jika Tidak Layari 11street Hari Ini
- (6 FOTO) Sambutan Hari Lahir Siti Nurhaliza Yang Ke 37 Di Jakarta
Awie Akui Anak-Anak Izinkan Beliau Kahwin Lagi Posted: 11 Jan 2016 12:27 AM PST Masalah rumah tangga Awie dan isterinya Rozana Misbun cukup memberikan kesan buat anak-anak mereka sehinggakan mereka bersetuju untuk Awie berkahwin lagi. Namun, Awie memberitahu fokus beliau kini adalah ingin membesarkan anak-anaknya dan mengukuhkan lagi kewangan demi menyara mereka semua.
Enggan melupakan segala kenangan pahit yang menimpa dirinya, Awie bertindak untuk berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan lokasi kediaman baharunya itu.
Meskipun Awie seorang lelaki yang tampak "ganas" beliau masih lagi memerlukan kasih sayang seorang wanit yang mampu menjaga beliau dan anak-anak. Harapnya ada jalan terbaik untuk Awie dan Rozana menyelesaikan persengketaan mereka. |
Nora Danish Sangkal Dakwaan Pernah Hubungi Jejai Posted: 10 Jan 2016 08:29 PM PST Lagi mengenai Nora Danish yang didakwa sebagai punca rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai bergolak. Ya, kami faham ada yang sudah bosan mengenai isu ini tetapi pelbagai kenyataan yang masih keluar dan mengaitkan Nora dalam masalah ini. Antara tuduhan lain pengguna di media sosial ialah Nora dikatakan pernah menghubungi Jejai bagi memohon pertolongan kerana kereta miliknya rosak baru-baru ini. Namun, Nora menerusi portal BH ONLINE menafikan perkara tersebut dan mendakwa ia hanya satu rekaan pihak tertentu untuk terus menunjukkan beliau ada kaitan dengan isu rumah tangga Jejai dan Fasha.
Dalam perkembangan lain, Fasha yang hadir pada majlis perkahwinan Kavita Sidhu dan pasangannya mengelak daripada ditemuramah oleh pihak media. Erm, kalau semua pihak asyik berdiam diri masalah besar ini tidak mungkin akan selesai. Susah untuk peminat menilaikan kenyataan mana yang betul dan salah. Betul ke Nora tidak menghubungi Jejai? Macam mana pula boleh timbul cerita itu jika ia tidak pernah berlaku..Hmmmph |
Pulang Daripada Umrah : Mia Sara Kini Berhijab Sepenuhnya Posted: 10 Jan 2016 07:09 PM PST Berkesempatan untuk menunaikan ibadah Umrah pada usia yang muda, pelakon kanak-kanak Mia Sara mengambil keputusan untuk mengenakan hijab sepenuhnya selepas pulang daripada tanah suci Mekah. Perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Muhammad Ridhuan. Jelas beliau, Mia sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung.
Masih lagi terikat dengan beberapa drama yang memerlukan beliau tidak berhijab, Ridhuan berharap masyarakat tidak berpandang serong dan mengecam anaknya itu nanti. Apa yang penting, Mia ada mempunyai niat untuk menjadi seorang Islam yang baik dan perlu berubah secara perlahan-lahan.
Meskipun belum akil baligh, Mia mempunyai kesedaran untuk menutup aurat. Jadi berilah beliau peluang untuk berubah. Kita harus bangga sebenarnya seoran kanak-kanak mampu berfikiran seperti ini. Semoga proses Mia untuk menjadi seorang muslimah sejati diberkati. |
Qi Razali Akui Masih Ada Rasa Sayang Terhadap Nelydia Senrose Posted: 10 Jan 2016 06:39 PM PST Meskipun mempunyai rencana untuk berkahwin sebelum ini, percintaan Qi Razali dan Nelydia Senrose terputus di tengah jalan sekitar bulan Ogos tahun lepas. Walaubagaimanapun, status sebenar hubungan mereka kembali menjadi perhatian ramai dan mencetuskan tanda tanya apabila Qi dikatakan bercuti bersama Nelydia ke Koh Lipe, Thailand baru-baru ini. Menerusi akhbar Harian Metro, Qi mengakui hubungan beliau dan Nelydia sudah semakin pulih tetapi buat masa ini beliau enggan memberikan butiran lanjut mengenainya.
Buat Qi apa yang berlaku kepada beliau dan Nelydia adalah satu perkara normal. Percintaan mana yang tidak akan dilambung ombak dan badai bukan? Malah, Qi menjelaskan beliau masih ada lagi rasa sayang terhadap Nelydia.
Kalau tidak bercinta pun, apa salahnya untuk menjadi kawan bukan? Kalau ada jodoh antara Qi dan Nelydia pasti satu hari nanti mereka akan bersama, jika sebaliknya maka cuba teruskan kehidupan masing-masing. |
Anda Akan Menyesal Jika Tidak Layari 11street Hari Ini Posted: 10 Jan 2016 06:20 PM PST Tarikh hari ini ialah 11 Januari 2016 dan Abang Nara ada berita gembira untuk dikongsikan dengan anda semua. Ingat lagi tak kedatangan bintang Running Man HAHA ke Malaysia bersempena hari LOVE 11 anjuran 11street pada 11 November tahun lalu? Abang Nara ada pergi event tersebut. Memang meriah. Kalau korang tak pergi, mungkin video di bawah boleh menaikkan meter kecemburuan anda. Selain jam 10 pagi, kupon diskaun 50% ini hanya boleh dimuat turun pada jam-jam tertentu iaitu pada jam 1 tengah hari, 3 petang, 5 petang dan 8 malam. Kupon ini adalah terhad, jadi siapa cepat dialah dapat. Abang Nara dah standby depan komputer sejak pukul 9 pagi tadi. Harap-harap tuah menyebelahi diri ini. Kalau korang dapat, silalah gunakan kupon tersebut seperti yang tertera di bawah. 50% diskaun tue!!! Untuk makluman, 11street melihat tarikh 11 haribulan setiap bulan sebagai satu hari yang penuh simbolik buat kita menghadiahkan atau bertukar-tukar hadiah dengan orang tercinta. Untuk memeriahkan lagi suasana, bermula jam 10 pagi hari, 11street akan memberikan 11 Tawaran Hebat Setiap Jam untuk para penggunanya. Untuk jam 10 pagi nie, ada cash voucher bernilai RM20 yang ditawarkan pada harga RM10 sahaja. Dah jimat RM10 dah tue. Abang Nara pun tak tahu kesemua 11 Tawaran Hebat Setiap Jam ini. Namun nampak gayanya memang semua awesome-awesome belaka. Nasihat Abang Nara, pastikan anda berada di depan komputer sepanjang masa. Nampak je tawaran yang berkenan di hati, terus tekan "Buy Now". Jangan fikir 2,3 kali. Stok adalah amat terhad. Jangan menyesal di kemudian hari. |
(6 FOTO) Sambutan Hari Lahir Siti Nurhaliza Yang Ke 37 Di Jakarta Posted: 10 Jan 2016 05:17 PM PST Tanggal 11 Januari iaitu hari ini merupakan tarikh hari lahir penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza. Siti yang kini berada di Jakarta, Indonesia sempat menyambut hari jadinya lebih awal semalam bersama Sitizoner Indonesia. Turut hadir pada majlis itu ialah suaminya Datuk Khalid dan penyanyi terkenal Indonesia merangkap rakan karib beliau sendiri iaitu Kris Dayanti. Majlis berlangsung dengan cukup meriah sekali dan pelbagai aktiviti dilakukan bersama peminat. Selamat Hari Lahir kami ucapkan kepada Siti Nurhaliza, semoga murah rezeki dan segala impian anda pada tahun ini akan tercapai. Amin.. Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari jadi Siti Nurhaliza di Jakarta dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2016