Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Bella Dally Nafi Sengaja Rahsiakan Pertunangan Dengan Nazim Othman

Bella Dally Nafi Sengaja Rahsiakan Pertunangan Dengan Nazim Othman


Bella Dally Nafi Sengaja Rahsiakan Pertunangan Dengan Nazim Othman

Posted: 22 Jan 2016 12:09 AM PST

Bila tersebar berita Nazim Othman dan Bella Dally sudah bertunang, ramai juga peminat yang terkejut. Buat mereka,  benda baik untuk apa hendak sorok bukan? Apatah lagi, selepas mengetahui pasangan tersebut sah bertunang pada bulan November tahun lepas.

Walaubagaimanapun, Bella memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk menyembunyikan pertunangan mereka.

Saya bukan sengaja hendak merahsiakannya, apatah lagi ia hanyalah majlis bertunang. Insya-Allah bagi majlis pernikahan nanti, berita gembira itu akan dikongsi bersama. Sebenarnya, tarikh nikah pun belum ditetapkan lagi dan ia masih dalam perbincangan.

Tambah beliau lagi, jika segala persiapan dan perancangan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan, Bella dan Nazim akan bernikah pada tahun ini juga.

Bella dan Nazim mula berkenalan dan bercinta sekitar tiga tahun lalu, tetapi hubungan mereka pernah terputus pada tahun 2014 sebelum kembali terjalin beberapa bulan kemudian. Buat Bella, Nazim merupakan seorang yang memahami dan mereka cukup selesa bersama.

Sumber Berita: BH ONLINE

(6 GAMBAR)Ayu Raudhah Sambut Ulangtahun Perkahwinan Kelima Dengan Zaquan Adha

Posted: 22 Jan 2016 12:03 AM PST

Pelakon jelita Ayu Raudhah Che Wan, 31, telah memuat naik gambar dia dan suami, Zaquan Adha Abdul Razak, 28, pemain bola sepak pasukan Johor Daruk Ta’zim menyambut ulangtahun perkahwinan yang kelima semalam.
 photo 12534636_1725246117695527_193319811_n.jpg

Ucap Ayu Raudhah kepada Zaquan:

My Sweetheart..@zaqone_08 

On this special day
As we celebrate another year
Of our togetherness
I want you to know
That your love & care
Makes a beautiful difference
To my days
U are so special to me
Happy 5th Love Anniversary

Wifey Ayu Raudhah

Pasangan ini telah bernikah pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 3 dan Muhammad Aisy Aryann, 2.

Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 12552291_671863039622780_345504733_n.jpg
 photo 12558906_1686011468308036_2079035948_n.jpg
 photo 12558910_984298271617073_1086312599_n.jpg
 photo 12568256_1123598297664408_1814329920_n.jpg
 photo 12552282_1042828982442864_826621133_n.jpg

Isu Cerai : Peminat Doakan Fasha Sandha Kekal Tabah

Posted: 21 Jan 2016 08:52 PM PST

Pada hari Rabu lepas, kehidupan Fasha Sandha berubah 360 darjah selepas beliau sah diceraikan talak  satu oleh Jejai kira-kira jam 3 petang di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Berita itu sekaligus menamatkan segala spekulasi mengenai rumah tangga beliau yang mula menjadi viral sekitar hujun tahun lepas.

Jejai dan Fasha masing-masing tidak boleh menahan rasa sedih  dan menitiskan air mata mereka selepas prosiding penceraian itu selesai. Malah, ada saksi yang mengatakan Jejai yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah.

Pada mulanya Fasha tidak mahu memberikan sebarang komen tetapi melalui penguamnya Fasha menjelaskan beliau sudah mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi takdir sudah menentukan yang sebaliknya.

Buat Fasha beliau redha dengan apa yang telah terjadi dan kini ingin meneruskan kehidupan bersama dua orang anaknya yang masih kecil iaitu Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.

Tidak dapat kami nafikan, kes penceraian Fasha mendapat perhatian bukan sahaja peminat beliau tetapi seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang cukup bersimpati dengan nasib beliau dan  harus kami akui tiada lagi kes penceraian artis yang begitu menarik perhatian ramai sehingga begini.

Sejak beberapa hari lepas, Instagram Fasha dan setiap medium media sosial dipenuhi dengan ucapan peminat yang mengharapkan agar aktres tersebut kekal tabah dan bersabar.

Berikut antara ucapan peminat di media sosial :-

Pada awalnya ramai yang beharap agar pasangan ini tidak bercerai, selepas Fasha dan Jejai dikatakan sudah berbaik semula dan sama-sama menghantar anak mereka ke sekolah.

Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segalanya. Ketika ini, kita doakan yang terbaik sahaja buat Fasha, siapa yang mahu rumah tangga yang dibina atas rasa cinta hancur begitu sahaja bukan? Berhentilah menyebut ianya hukum karma kerana anda tidak berada di tempat Fasha sekarang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ajak Nafi Kumpulan Shiro Sudah Berpecah

Posted: 21 Jan 2016 07:20 PM PST

Beberapa hari lepas, barisan pelawak bagi Maharaja Lawak Mega 2016 telah diperkenalkan oleh pihak Astro. Tahun ini, nyata ada perubahan yang agak besar didalam program tersebut apabila menggabungkan beberapa pelawak membentuk satu kumpulan yang lain dan tiada juga nama-nama popular seperti Jozan, Shiro dan Sepahtu.

Kali ini Ajak daripada kumpulan Shiro telah menyertai Tauke dan Angah dalam satu kumpulan dikenali sebagai LOL. Ini mencetuskan persoalan adakah Shiro sudah berpecah?

Menjawab spekulasi berkenaan, Ajak sekerasnya menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan sebab beliau bergabung dengan Angah serta Tauke pada tahun ini.

Kami bukanlah berpecah. LOL adalah satu projek istimewa bersama Tauke dan Angah kerana kami ada niat tersendiri dan bukannya untuk kepentingan peribadi.

Saya dan Shahrol sudah pun berbincang dan kami setuju agar saya sertai MLM tahun ini. Dia tidak dapat ikut serta kerana mahu berehat dan menguruskan hal lain. Malah dia juga kata akan terus menyokong saya bersama rakan-rakan lain.

Saya masih menggunkan nama Ajak Shiro dan sebagai pelawak profesional, saya tidak boleh bekerja dengan Shahrol sahaja. Malah saya rasakan satu penghargaan apabila dapat peluang menubuhkan satu kumpulan bersama Tauke dan Angah kerana mereka adalah senior saya dalam dunia komedi.

Buat Ajak tujuan mereka cuma satu, iaitu meneruskan usaha murni sahabat mereka allahyarham Yus Jambu yang banyak melakukan kebajikan sebelum ini.

Kalau boleh kami mahu ke peringkat akhir MLM dan duit dari kemenangan tersebut kami akan buka sebuah kedai di mana separuh hasil pendapatan kedai itu akan disumbangkan kepada pertubuhan yang pernah mendapat bantuan arwah Pak Yus.

Disebabkan keperibadian Pak Yus yang suka menderma itu membuatkan saya mahu menyambung legasi yang pernah dia lakukan. Ini sebagai amal jariah untuk kami dan juga Pak Yus.

Meskipun bersaing sesama sendiri di atas pentas, ikatan persahabatan antara pelawak-pelawak ini amat erat dan saling membantu antara satu sama lain. Siapa tahu berkat dan niat murni mereka untuk meneruskan amal jariah buat Pak Yus, ada rezeki kumpulan LOL untuk menjuarai MLM 2016.

Sumber Berita: Mangga Online

(5 FOTO) Marsha Milan Dan Suami Berbulan Madu Di London

Posted: 21 Jan 2016 06:55 PM PST

Sah bergelar pasangan suami dan isteri pada 31 Disember 2015, kini Marsha Milan Londoh dan suaminya Shaiful sedang menikmati percutian bulan madu mereka di London.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Marsha melalui Instagram miliknya, rasanya pasangan ini baru sahaja tiba di London semalam.

Marsha dan Shaiful tampak cukup bahagia dan semoga perkahwinan mereka ini kekal sehingga akhir hayat. InshaAllah.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar percutian bulan madu Marsha dan Shaiful dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Syafiq Kyle Tidak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Uqasha Senrose

Posted: 21 Jan 2016 06:38 PM PST

Dahulu Syafiq Kyle pernah mengakui beliau bercinta dengan Uqasha Senrose meskipun aktres jelita itu tidak memberikan sebarang komen mengenainya.

Namun, hari demi hari hubungan Syafiq dan Uqasha kelihatan semakin hambar apatah lagi selepas Uqasha di gosipkan bercinta dengan beberapa lelaki.

Ada juga beberapa khabar angin mengatakan punca mereka berpisah dan renggang apabila Syafq yang mempunyai sifat panas baran bertindak memukul Uqasha.

Kini, Syafiq menerusi BH ONLINE berkata, beliau  tidak mahu dikaitkan lagi dengan Uqasha meskipun mereka masih berkawan. Cuma menurut Syafiq, hubungan mereka tidak lagi rapat seperti dahulu.

Kalau boleh, saya enggan lagi bercerita mengenai kisah lalu kerana ibu bapa turut terkena tempiasnya jika timbul sebarang kontroversi membabitkan saya. Saya masih berkawan dengan Uqasha, namun hubungan kami tidak lagi akrab seperti dulu.

Lagipun, industri seni kita kecil saja dan tidak manis untuk kami bermasam muka. Pada masa sama, saya meminta jasa baik semua pihak untuk tidak lagi mengaitkan nama saya dengan Uqasha kerana kami selesa menjalani kehidupan masing-masing.

Itulah, jika kita tidak pasti sesuatu hubungan itu akan menjadi lebih baik tidak dicanang sana- sini. Ambil la ia sebagai pengajaran agar tidak dikritik di kemudian hari.

Sumber Berita: BH ONLINE

Saya Harap Fasha Kuat Dan Bersabar Dengan Dugaan Ini – Rita Rudaini

Posted: 21 Jan 2016 06:01 PM PST

Sebagai salah satu rakan selebriti, Rita Rudaini turut bersedih dengan nasib Fasha Sandha apabila sah diceraikan talak satu oleh Jejai pada hari Rabu lepas.

Pernah menghadapi masalah rumah tangga dan berhadapan situasi yang sama  sebanyak dua kali didalam perkahwinannya, Rita yang  juga merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak cukup memahami situasi Fasha sekarang berharap agar Fasha kekal tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini.

Apabila mendapat tahu khabar itu semalam, saya turut bersedih. Saya pernah melalui situasi sama apatah lagi memiliki dua anak kecil ketika bercerai. Membesarkan anak yang masih kecil seorang diri sangat mencabar. Jadi saya berharap Fasha kuat.

Mengikuti perkembangan gosip rumah tangga Fasha, Rita sentiasa menyimpan harapan agar tiada penceraian yang akan berlaku dan agar pasangan berkenaan melakukan apa sahaja demi mempertahankan rumah tangga mereka.

Ketika mendengar gosip itu, saya mengharapkan tidak berlaku perceraian sebaliknya mahu dia pertahankan perkahwinan mereka dalam apa cara sekalipun. Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkan demi anak. Saya tidak mahu dia melalui pengalaman seperti saya. Namun, dalam perkara ini semuanya Allah SWT sudah tentukan.

Saya berdoa semoga dia tabah. Kalau boleh jangan fikir masalah lain, sebaliknya mula berfikir masa depan anak-anak.

Hanya seorang wanita yang pernah melalui perkara yang sama akan memahami perasaan Fasha sekarang. Segala perit, rasa sedih dan hilang arah apatah lagi memikirkan dua orang anak yang masih kecil ia bukan satu tanggungjawab yang mudah tanpa suami di sisi. Sama seperti Rita, kami juga berdoa agar Fasha diberikan kekuatan untuk bangkit dan kekal tabah. InshaAllah.

Sumber Berita: Harian Metro




@



Bella Dally Nafi Sengaja Rahsiakan Pertunangan Dengan Nazim Othman