Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Dato’ Seri Vida Yakin Filem Terbitan Beliau Mampu Kalahkan Kutipan Filem Polis Evo

Dato’ Seri Vida Yakin Filem Terbitan Beliau Mampu Kalahkan Kutipan Filem Polis Evo


Dato’ Seri Vida Yakin Filem Terbitan Beliau Mampu Kalahkan Kutipan Filem Polis Evo

Posted: 12 Jan 2016 10:00 AM PST

Sudah menjadi penaja bagi pelbagai program hiburan dan juga pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors kini Dato' Seri Vida bergelar penerbit filem dan bakal tampil dengan filem pertama beliau sekitar hujung tahun ini.

Bukan calang-calang pengarah yang dipilih oleh Vida, beliau akan mula bertemu empat mata bersama Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini berjaya mencipta fenomena menerusi filem Polis Evo.

Malah, pengasas produk Qu Puteh ini yakin filem beliau iaitu Cikgu Online mampu mengatasi kutipan box office Polis Evo.

Saya pernah terlibat dengan Mamat Khalid terbitkan Zombi Kilang Biskut. Saya beri dana. Drama banyak juga beri dana. Tetapi sekarang saya punya penerbitan sendiri. Saya akan bermesyuarat dengan Ghaz Abu Bakar, pengarah Polis Evo. Saya ada keyakinan boleh kalahkan Polis Evo.

Cikgu Online mengisahkan tentang seorang guru yang mendapat inspirasi untuk berniaga secara atas talian. Filem yang turut menampilkan beliau sendiri bersama keluaran-keluaran kosmetik dan kesihatannya sudah mempunyai jalan ceritanya.

Vida juga telah mempunyai beberapa senarai pelakon lelaki popular Malaysia untuk berlakon dalam filem beliau.

Ia berkait dengan produk saya juga. Ceritanya tauke jamu dan cikgu online tengok orang jual tudung dan mahu membuka perniagaan sendiri.

Saya suka Sharnaaz Ahmad, Aaron Aziz dan Zul Ariffin tetapi ramai pilih Aaron. Heroin belum ada tapi yang pasti saya berlakon dalam filem itu. Saya nak promosikan produk saya.

Saya suka lawak spontan. Saya tidak mahu pelawak buat lawak. Saya mahu orang biasa, spontan daripada skrip.

Daripada apa yang diperkatakan oleh Dato'Seri Vida kami yakin beliau tahu apa yang beliau sedang lakukan dan tegas dengan setiap perkara yang beliau mahukan. Harapnya beliau mampu untuk memberi nafas baharu dan kelainan didalam filem beliau. Pedulikan sahaja kritikan negatif orang ramai.

Sumber Berita: The Malay Mail Online

Isteri Fizo Omar Sudah Hamil?

Posted: 12 Jan 2016 09:30 AM PST

Fizo Omar nama ini memang hangat juga sekitar minggu lepas kerana seakan tidak boleh menerima kritikan jujur daripada seorang penulis blog mengenai restoran miliknya Fizo Mawar Kitchen.

Namun, cerita itu sudah "dilupakan" apabila Fizo memuat naik foto bersama kapsyen yang seolah-olah menggambarkan bakal menerima orang baharu didalam keluarganya.

ALHAMDULILLAH SYUKUR..Baru sahaja dpt berita gembira.alhamdulillah syukur semakin murah rezki kami.

Terima kasih diatas doa kalian smua.semoga diberkati.insyallah rezeki dariNYA melalui kami utk di kongsi bersama.

Malah, peminat juga sudah mula mengucapkan tahniah kepada Fizo dan Mawar.

Tahniah kepada Fizo dan Mawar jika benar  mereka bakal menjadi ibu dan bapa. Jaga kesihatan serta tingkah laku semasa mengandung dan semoga segala proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Instagram Fizo Omar

(2 FOTO) Kad Kahwin Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Posted: 12 Jan 2016 09:11 AM PST

Semalam Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah mengumumkan perkahwinan mereka yang bakal diadakan pada 8 Februari ini. Pengumuman tersebut sekaligus menamatkan segala spekulasi dan persoalan tentang status sebenar hubungan mereka.

Berita tersebut menerima pelbagai reaksi daripada peminat, ada yang gembira mereka bakal bernikah dan ada kurang puas hati mengapa Sam dan Syatilla harus menyembunyikan benda baik daripada pengetahuan ramai?

Apa-apapun mereka nampaknya sudah rancak membuat persiapan majlis sehari mereka, malah kad kahwin juga sudah mula diedarkan petang semalam.

Untuk pengetahuan anda, Sam telah merisik Syatilla pada 13 Disember lepas.

Selain menggunakan reka bentuk sama, kedua-dua kad undangan eksklusif ke majlis resepsi pasangan terbabit juga disertakan dengan kata-kata daripada ibu Sam dan Syatilla.

Kad daripada pihak lelaki pula berwarna hitam putih dan disertakan dengan foto bakal raja sehari didalamnya.

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.

Sumber Berita & Foto: BH ONLINE

(TAHNIAH) Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Umum Bakal Berkahwin Februari Ini

Posted: 12 Jan 2016 12:42 AM PST

Setelah beberapa bulan berdiam diri dan saling menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta, akhirnya pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mengumumkan bakal berkahwin pada 8 Februari ini.

Pengumuman tersebut dilakukan dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Hotel Sunway Putra sebentar tadi.

Majlis perkahwinan juga bakal menjadi Wedding Of The Year apabila menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta.

Menurut Sam beliau sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai penajaan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menaja perkahwinan beliau dan Syatilla.

Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu. Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut.

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.

Amboi pandai sungguh pasangan ini cover line bukan? Baru sahaja pagi tadi keluar artikel Syatilla nafi ada hubungan dengan Sam, tiba-tiba dah umum bakal berkahwin. Apa-apapun tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua, tentu hebat kan majlis perkahwinan mereka nanti. Iyalah tajaan sehingga RM25 juta kot..

Sumber Berita: Harian Metro

Nora Danish Mahu Kahwin Dengan Nedim Untuk Elak Kontroversi

Posted: 11 Jan 2016 10:46 PM PST

Nora Danish nampaknya tidak senang duduk apabila sering terhimpit dengan kontroversi , lebih-lebih lagi ketika khabar angin keretakan rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai menjadi perhatian ramai.

Nama Nora tidak henti dikaitkan dengan pasangan tersebut sehingga ada yang menuduh beliau punca hubungan Fasha dan Jejai menjadi keruh.

Tidak mahu terus dikaitkan dengan mana-mana cerita kurang enak selepas ini, Nora sedang berfikir untuk mendirikan rumah tangga.

Buat Nora ia adalah cara yang terbaik untuk beliau mengelak daripada kontroversi ataupun kritikan negatif masyarakat.  Bersedia untuk berkahwin, Nora akui Nedim adalah calon yang agak tepat buat dirinya.

Sikap Nedim yang seiring dengan Nora membuatkan hubungan mereka kekal meskipun hanya sekadar teman biasa.

Susah apabila timbul isu – isu begini apabila nama Nora dikaitkan lagi. Sedangkan Nora sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan bekas suai, kecuali anak kami iaitu Putera Rayqal Ramli.

Mungkin dengan berkahwin, nama Nora tidak lagi terpalit dengan kontroversi begini. Tetapi dengan siapa Nora tidak tahu. Ini kerana jodoh Allah yang tentukan.

Kalau jodoh Nora kuat dengan beliau (Nedim), Nora terima kerana sikap beliau membuatkan Nora senang berkawan.

Ada sesetengah artis tidak terpalit lagi dengan kontroversi selepas mereka berkahwin tetapi ia bukan jaminan ia akan sama dengan keadaan Nora. Selagi ada sahaja pihak yang mencari kesalahan anda, selagi itulah nama Nora akan dikaitkan dengan kontroversi. Bukannya mudah lari daripada sesuatu masalah.

Sumber Berita: Berita Harian

(19 FOTO) Sekitar Majlis Aqiqah Anak Fouziah Gous

Posted: 11 Jan 2016 10:06 PM PST

Tanggal 26 November 2015 merupakan tarikh penuh bermakna buat Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof apabila menimang cahaya mata pertama mereka, Muhammad Zeeshan yang lahir kira-kira 11.40 pagi.

Baru sahaja lepas berpantang, pasangan ini telah mengadakan majlis aqiqah buat Zeeshan yang berlangsung di kediaman mereka pada hari Sabtu lepas. Majlis tersebut cukup meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.

Zeeshan nyata mewarisi kemanisan wajah Fouziah Gous dan kelihatan cukup comel.

Berikut kami sertakan 18 lagi foto sekitar majlis aqiqah Zeeshan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Foto: teddyfilm.co

Saya Bukan Menghilang – Mamat Exist

Posted: 11 Jan 2016 09:26 PM PST

Sejak program Gegar Vaganza diperkenalkan pada tahun 2014, ia telah mendapat sambutan yang cukup baik. Dua musim telah berlalu, kini pihak Astro bakal mengadakan Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya pada 15-17 Januari ini menggabungkan peserta daripada musim pertama dan kedua.

Malangnya, pihak Astro memaklumkan mereka tidak dapat menghubungi Mamat Exist untuk sama-sama memeriahkan konsert tersebut.

Terbaru, Mamat telah tampil dan memberitahu beliau tidak pernah menghilangkan diri cuma nombor telefon beliau sudah tidak lagi aktif dan ia salah satu sebab mengapa beliau tidak dapat dihubungi.

Mamat juga berharap beliau masih diberikan peluang untuk turut serta dalam konsert berkenaan.

Saya bukan menghilangkan diri atau berhenti daripada menyanyi apabila ramai yang gagal menghubungi saya. Semuanya kerana nombor telefon saya tidak lagi aktif selepas tidak gunakan selama enam bulan.

Rasanya masih sempat kalau mereka panggil saya kerana ini mungkin platform terbaik saya untuk kembali aktif. Nyanyian sudah sebati dalam diri saya dan tahun ini, mungkin pertengahan tahun saya akan keluarkan single yang sudah dirakamkan, tetapi belum ada judulnya.

Mamat sebelum ini memenangi tempat ketiga pada edisi pertama dan membawa pulang wang tunai RM15,000 sebelum beliau dipenjarakan pada Mac tahun lalu kerana gagal melaporkan diri dibalai polis sepanjang tempoh pengawasan atas dakwaan memiliki dadah.

Walaubagaimanapun, beliau telah dibebaskan sekitar bulan Oktober tahun lepas dan kini tinggal bersaa keluarga beliau di Johor.

Tidak dapat dinafikan Mamat Exist mempunyai suara yang agak mantap dan masih mempunyai peminatnya tersendiri. Harapnya Mamat masih berpeluang untuk beraksi di konsert tersebut.

Sumber Berita: Harian Metro

(5 FOTO) Feeya Iskandar Sinar FM Kini Berhijab Sepenuhnya

Posted: 11 Jan 2016 07:15 PM PST

Bakal bergelar isteri tidak lama lagi, penyampai radio Sinar FM iaitu Feeya Iskandar telah membuat keputusan untuk berhijrah dan kini sudah berhijab sepenuhnya.

Berita itu juga turut dikongsikan menerusi akaun Intagram rasmi Sinar FM yang memuji betapa manisnya Feeya kini setelah bertudung.

Feeya juga ada kongsi beberapa foto beliau dengan imej terbarunya di akaun Instagram miliknya.

Alhamdullilah, Feeya sudah mula untuk membuat perubahan yang positif dalam hidupnya. Supaya Feeya kekal berhijab.

Beberapa lagi foto Feeya Iskandar yang cukup cantik mengenakan tudung dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Remy Ishak Tunaikan Janji Bawa Ibu Pergi Umrah

Posted: 11 Jan 2016 06:56 PM PST

Meskipun agak sibuk menjalani penggambaran drama bersiri bersama Nur Fathia yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Remy Ishak tetap berhasrat untuk membawa ibunya menunaikan ibadah Umrah pada hujung bulan ini.

Remy menerusi portal BH ONLINE meluahkan rasa syukur dipanggil sebagai tetamu Allah SWT biarpun jadual beliau agak padat.

Saya sudah lama menyimpan hajat untuk membawa ibu menunaikan umrah di Makkah. Alhamdulillah, tahun 2016 membuka tirai dengan perkara baik dan sekali gus saya dapat menunaikan janji yang sudah lama tertangguh kepada ibu.

Biarpun jadual kerja saya agak padat pada bulan ini, namun tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk melawat tempat Nabi harus diutamakan. Jadi, sehari selepas menjalani penggambaran di New York, saya akan ke Mekah pula.

Aktor itu yang bakal berada di tanah suci Mekah selama 9 hari berharap segala proses perjalanan beliau ke tanah suci berjalan dengan lancar.

Semoga perjalanan saya ke Tanah Suci akan dipermudahkan dan segala urusan berjalan lancar. Saya teruja kerana berpeluang untuk ke sana dengan kesihatan yang masih baik.

Alhamdullilah, Remy Ishak dapat menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang anak dengan baik. Kami harap segalanya proses beliau sewaktu mengerjakan ibadah Umrah bersaa ibunya berjalan dengan baik. InshaAllah.

Sumber Berita: BH ONLINE

Izreen Azminda Pecah Rahsia: Akui Kawan Karibnya Rita Rudaini Sudah Bertemu Pengganti

Posted: 11 Jan 2016 06:36 PM PST

Sebelum ini ramai yang sudah boleh agak aktres Rita Rudaini sedang dilamun cinta apabila memuat naik foto serta kapsyen seakan hatinya sudah diisi dengan cinta di akaun Instagram miliknya.

Namun, Rita menafikan perkara tersebut dan memberitahu ia sebenarnya gimik bagi produk minyak wangi jenama beliau sendiri.

Tup-tup hari ini rakan karibnya, Izreen Azminda mendedahkan Rita sememangnya sudah bertemu pengganti tetapi beliau enggan memberitahunya secara lanjut kerana menganggap lebih manis untuk tuan empunya badan sendiri yang mengumumkan perkara berkenaan.

Saya selalu usik Rita yang dipanggil Kak Long… iaitu kalau Kak Long tak kahwin lagi macam mana adik nak kahwin?

Jadi, bila saya dengar khabar dia sudah temui seseorang, saya tumpang gembira. Dia temui seorang lelaki yang baik hati dan sebagai teman saya doakan kebahagiaannya. Namun biarlah Rita yang menjelaskan sendiri semuanya.

Buat Izreen sendiri yang sudah bergelar janda lebih daripada setahun, beliau sehingga kini masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.

Buat masa ini belum ada teman lelaki mahupun calon suami untuk berkahwin semula.  Masih belum ada lelaki yang benar-benar dapat memikat hati saya.

Izreen mencari seorang lelaki yang betul-betul boleh menerima diri beliau seadanya dan boleh menyayangi anak lelakinya Adrian Umar seperti anak mereka sendri.

Saya hanya akan terima lelaki itu andai dia boleh terima dan menyayangi anak lelaki saya. Dia kena ikhlas dan jujur sayang anak saya, bukannya buat-buat hanya untuk mendapatkan saya.

Wah, nampaknya memah sah la Rita Rudaini dah bertemu dengan cinta baharu. Siapalah agaknya jejaka yang berjaya memikat hati Rita yang dahulunya seakan serik untuk mempunyai teman lelaki? Hehe..mungkin sudah tiba masa untuk Rita kali ini betul-betul bahagia dan anak-anaknya juga perlukan kasih sayang serta perhatian seorang bapa.

Sumber Berita: Mangga Online




@



Dato’ Seri Vida Yakin Filem Terbitan Beliau Mampu Kalahkan Kutipan Filem Polis Evo