Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(FOTO) Selena Nama Anak Perempuan Kedua Liyana Jasmay

(FOTO) Selena Nama Anak Perempuan Kedua Liyana Jasmay


(FOTO) Selena Nama Anak Perempuan Kedua Liyana Jasmay

Posted: 27 Jan 2016 11:05 PM PST

Selamat melahirkan bayi keduanya pada 22 Januari lalu, pelakon Liyana Jasmay hari ini telah memperkenalkan anaknya itu kepada umum.

Liyana telah berkongsi foto anak perempuan keduanya yang diberi nama Selena Binti Mohd Fathuddin melalui akaun Instagram miliknya. Liyana juga sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat, keluarga serta rakan-rakan beliau yang mendokan beliau dan anaknya.

Assalamualaikum.. we are so happy to introduce our little baby girl , Selena binti Mohd Fathuddin. She is officially one week today. Thank you for all the prayers from my beloved family, friends and my dear fans. Now I have two girls to brighten up my day everyday.. Syukur alhamdulillah.. #BabySelena #sofiaarissa

Sebelum ini Liyana dan suami turut dikurniakan anak perempuan bernama Sofia Arissa yang kini berusia 18 bulan. Semoga kehadiran puteri kedua mereka ini akan menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga. Amin..

Sumber Berita: Instagram Liyana Jasmay

Farah Asyikin Sah Cerai Talak Satu

Posted: 27 Jan 2016 10:47 PM PST

Selepas hampir dua tahun tinggal berasingan dan menghadapi pelbagai konflik didalam rumah tangganya, akhirnya Farah Asyikin dan suaminya Zaahier Stanley yang berasal dari Cape Town, Afrika Selatan sah bercerai talak satu secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Lafaz talak kepada Farah, dibuat oleh hakam mahkamah iaitu pegawai sulh, Mohd Fateh Salleh yang mewakili pihak Zaahier di depan Hakim Syarie Umamuddin Yunus. mahkamah

Suslan itu, memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak kepada Zaahier sebanyak RM100.

Ketika mendirikan rumah tangga wujudnya perbalahan yang berpanjangan dan Farah juga mengakui didera secara emosi menerusi kata-kata kasar.

Farah sebelum ini memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, pada Oktober 2014.

Perceraian itu dibuat mengikut Seksyen 47 dan 48 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Farah dan Zaahir mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2013 selepas setahun berkenalan melalui laman sosial Twitter. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ebrahim Owais, yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Dari foto diatas, nampaknya Farah seakan tenang menerima keputusan tersebut dan ibarat sudah bebas daripada satu bebanan yang berat. Harapnya selepas ini Farah akan lebih bahagia bersama anaknya.

Sumber Berita: mStar Online

Mia Sara Akui Tawaran Berlakon Kurang Selepas Berhijab

Posted: 27 Jan 2016 10:25 PM PST

Bukan sahaja artis wanita dewasa yang kurang mendapat tawaran lakonan selepas berhijab tetapi pelakon kanak-kanak Mia Sara turut menerima nasib yang sama.

Mia akui semakin hari tawaran lakonan semakin berkurangan tetapi beliau sama sekali tidak gentar dan sudah bersiap sedia dengan apa yang bakal berlaku selepas membuat keputusan untuk bertudung apabila pulang daripada menunaikan umrah Disember tahun lalu.

Mia yakin Allah SWT pasti akan membuka pintu rezeki yang lain buat dirinya nanti.

Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.

Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung.

Meskipun kurang tawaran berlakon, Mia tetap merasa syukur apabila perniagaan tudung dengan jenamanya sendiri iaitu MS Couture yang dijual secara online mendapat sambutan yang agak baik. Bukan itu sahaja, sejak beliau berhijab Mia kini tidak lagi dibuli ketika di sekolah mahupun dikritik oleh pengikut di Instagram.

Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran.

Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya. Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.

Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif.

Bak kata Mia, satu pintu rezeki tertutup tetapi beberapa lagi pintu rezeki yang lain bakal terbuka buat beliau. Apa yang penting buatlah sesuatu dengan ikhlas dan pasti setiap perkara yang kita lakukan akan lebih berkat. Cuma kecewa juga dengan industri lakonan Malaysia yang mendiskriminasi mereka yang sudah berhijab.

Sumber Berita: mStar Online

Mahkamah Mahu Adira Dan Suami Kemukan Bukti Pernikahan Di Thailand

Posted: 27 Jan 2016 09:52 PM PST

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur harini ini memerintahkan agar Adira AF dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu mengemukakan sijil pernikahan mereka di Songkhla, Thailand sebagai bukti bahawa mereka sudah sah bernikah di negara tersebut sekitar tahun lepas.

Peguam  syarie, Irsamuddin Ikhsan yang mewakili pasangan berkenaan turut memberitahu pihak mahkamah juga mahu melihat gambar serta bukti-bukti lain sewaktu mereka bernikah.

Semasa memfailkan kes berkenaan pihak kami telah memasukkan semua bukti sebagai lampiran namun pihak mahkamah ingin melihat salinan asal bukti pernikahan tersebut. Jadi kami akan sediakan semua yang diminta pada perbicaraan akan datang.

Perbicaraan kes mereka berlangsung pada pagi tadi dihadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Lutfhatul Hanah Shamsudin.

Selepas perbicaraan selesai, Adnan berkata beliau akan tampil dengan bukti seperti yang diminta oleh pihak mahkamah dan berharap agar kes berkenaan berjalan dengan lancar.

Adnan juga merencana untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan beliau dan Adira di Kota Kinabalu, Sabah.

Kes itu didengar bawah seksyen 12 dan 23 Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya pada 7 Mac depan.

Adira dan Adnan bernikah secara berpoligami di Songkhla, Thailand pada 3 Disember tahun lalu, hanya selepas 3 minggu berkenalan dan dilamar melalui telefon bimbit.

Sumber Berita: mStar Online

Aizat Nafi Bercinta Dengan Aisyah Aziz

Posted: 27 Jan 2016 09:28 PM PST

Sering kelihatan keluar bersama, Aizat Amdan dan Aisyah Aziz dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

Walaubagaimanapun, Aizat  yang mengakui pernah keluar makan bersama dengan Aisyah tetap sekerasnya menafikan gosip tersebut dan menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang sahabat biasa.

Eh… Jangan salah anggap. Kami berkawan sahaja. Benar kami keluar makan bersama tetapi hubungan yang dijalinkan itu tidak lebih daripada sebagai kawan.

Biasalah, apabila selesai dengan urusan kerja di studio, saya dan rakan artis akan ke kedai makan.

Buat masa ini Aizat masih belum bertemu dengan wanita istimewa yang dapat mengisi kekosongan didalam hatinya.

Aizat mengimpikan seorang wanita yang beriman, memahami dirinya dan sependapat dengan beliau.

Dalam perkembangan lain, Aizat kini  tampil dengan sedikit pembaharuan dalam kariernya di mana dia akan menghasilkan sebuah lagu setiap bulan yang akan dibuat sehingga akhir tahun ini. Ia salah satu strategi oleh Aizat agar menarik minat serta perhatian ramai akan setiap lagu baharu yang bakal dikeluarkan.

Agak lama jugak Aizat tidak aktif dalam bidang nyanyian seperti dahulu, mungkin kali ini beliau boleh tampil dengan lagu hitz seperti dulu. Soal percintaan pula, tidak semestinya keluar bersama terus dilabelkan bercinta bukan?

Sumber Berita: mStar Online




@



(FOTO) Selena Nama Anak Perempuan Kedua Liyana Jasmay