Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Harapan Dan Fokus Utama Tahun Ini Ialah Untuk Mendapatkan Zuriat – Siti Nurhaliza

Harapan Dan Fokus Utama Tahun Ini Ialah Untuk Mendapatkan Zuriat – Siti Nurhaliza


Harapan Dan Fokus Utama Tahun Ini Ialah Untuk Mendapatkan Zuriat – Siti Nurhaliza

Posted: 07 Jan 2016 07:24 PM PST

Bertahun lamanya cuba untuk mendapatkan cahaya mata dan di uji dengan keguguran selepas dua bulan hamil tidak mematahkan semangat serta usaha Datuk Siti Nurhaliza untuk mendapatkan zuriat.

Jelas Siti Nurhaliza, harapan dan fokus utama beliau tahun ini adalah untuk cuba hamil semula. Belajar daripada kesilapan lalu, Siti Nurhaliza akan lebih berhati-hati selepas ini.

Jika ditanya apakah harapan Siti untuk tahun ini pastinya fokus utama adalah untuk mendapatkan zuriat. Apa yang berlaku tahu lalu mengagajar Siti untuk lebih berhati-hati. Siti anggap ia satu peringatan Tuhan supaya lebih menjaga kesihatan diri.

Ketika mula-mula Siti Hamil, ia adlah sesuatu uang di luar jangkaan dan waktu itu Siti sedang giat menjalani latihan untuk konsert. Takkanlah Siti hendak batalkan konsert berkenaa memandangkan persiapannya sudah banyak dibuat.

Tambah beliau lagi, tahun 2016 adalah masa untuk beliau berehat daripada mengadakan konsert besar sebagai persediaan untuk menimang cahaya mata.

Sebagai persediaan ke arah itu (mendapatkan anak), Siti kena banyak berehat dan maknanya tiada konsert besar untuk tahun 2016.

Semoga harapan Siti Nurhaliza akan dimakbulkan, InshaAllah dengan usaha dan doa segalanya akan dipermudahkan. Teruskan dengan semangat yang kuat dan usah lagi kenangkan kisah sedih sebelum ini.

Sumber Berita: BH PLUS

Ayda Jebat Rimas Sering Dikaitkan Dengan Zul Ariffin

Posted: 07 Jan 2016 07:07 PM PST

Drama Rindu Awak 200% cukup meninggalkan kesan yang amat dalam buat peminat tegar Ayda Jebat sehinggka ia terbawa-bawa ke alam realiti.

Meskipun sudah berkali-kali menegaskan beliau tiada hubungan istimewa dengan Zul Ariffin, peminat masih lagi mengaitkan nama beliau bersama aktor tersebut.  Ayda mengakui beliau sememangnya rapat dengan Zul tetapi kini beliau sudah merasa agak rimas apabila terpaksa menjawab setiap persoalan yang melibatkan beliau dan Zul.

Sudah-sudahlah kaitkan saya dengan dia kerana antara kami tidak ada apa-apa hubungan. Lagipun sekarang dia pun sudah ada kekasih. Kami rapat pun sebab sama-sama berlakon dalam drama Rindu Awak 200%, takat tu sahaja hubungan kami. Tidak ada hubungan yang lebih daripada rakan artis.

Ya memang betul saya rapat dengan Zul sebab kami banyak buat projek lakonan sama-sama. Jumpa pun hanya di set penggambaran sahaja. Rimas dan penat juga bila memikirkan kena menjawab hal sama berulang kali.

Buat Ayda, kontroversi ataupun gosip bukanlah cara untuk menaikkan lagi nama beliau dalam industri hiburan tempatan. Ia lebih membawa kesan buruk terhadap kariernya.

Ingatkan peminat dah boleh terima hakikat bahawa Zul kini dengan Zahirah, rupa-rupanya masih belum boleh "move on". Kalau mereka berdua tiada perasaan antara satu sama lain, macam mana lagi hendak dipaksa? Janganlah terlalu taksub dengan artis.

Sumber Berita: Utusan Online

(13 FOTO) Suprise Birthday Party Umie Aida

Posted: 07 Jan 2016 06:27 PM PST

Semalam beberapa rakan artis telah mengadakan kejutan awal bagi hari jadi Umie Aida yang jatuh pada 18 Januari.

Antara rakan artis yang hadir ialah Linda Onn, Erra Fazira, Betty Benafe serta Ziela Jalil.  Turut bersama pada majlis tersebut ialah suami beliau, Datuk Khairuddin Abu Hassan serta kakak beliau pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima.

Boleh nampak betapa gembiranya Umie Aida pada sambutan hari jadinya itu kerana dikelilingi oleh insan-insan yang tersayang.

Selamat hari lahir buat Umie Aida, semoga panjang umur dan dimurahkan lagi rezeki. Amin.

Lagi beberapa foto sekitar surprise birthday party Umie Aida dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto: 126event

Restoran Dikritik : Fizo Omar Tegur Penulis Blog

Posted: 07 Jan 2016 05:41 PM PST

Baru-baru ini, Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim telah membuka sebuah restoran yang berkonsepkan makanan Thai dikenali sebagai Fizo Mawar Kitchen yang terletak di Bangi.

Mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada peminat, restoran beliau baru-baru ini telah mendapat ulasan yang kurang memuaskan di sebuah blog tempatan.  Dalam ulasan tersebut, pemilik blog Kisah Emas Putih ada menyatakan perkhidmatan Fizo Mawar Kitchen terlalu lambat dan makanan yang dihidangkan jauh diluar jangkaan beliau

Walaubagaimanapun, ulasan itu membuatkan Fizo Omar kurang selesa dengan cara pemilik blog itu mengkritik restoran miliknya.

Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya.

Fizo juga menjelaskan punca perkhidmatan di restoran beliau agak lambat kerana pekerja tidak menang tangan kerana menerima terlalu ramai pelanggan sejak hari pertama ia dibuka.

Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.

Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja.

Sudah menjadi satu perkara yang agak viral, pemilik blog tersebut telah tampil memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan perniagaan Fizo.

Erm, pemilik blog itu pun sudah minta maaf jadi tidak perlu panjangkan lagi benda ini. Apa-apapun Fizo Omar harus cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada agar tidak lagi menjadi bahan kritikan orang lain pula.

Sumber Berita: mStar Online




@



Harapan Dan Fokus Utama Tahun Ini Ialah Untuk Mendapatkan Zuriat – Siti Nurhaliza