Kami Bercerai Bukan Kerana Orang Ketiga Ataupun Masalah Kewangan – Adam AF |
Kami Bercerai Bukan Kerana Orang Ketiga Ataupun Masalah Kewangan – Adam AF Posted: 22 Jan 2016 11:36 PM PST Beberapa hari lepas merupakan detik hitam buat sesetengah artis Malaysia, kes penceraian mereka menjadi perhatian ramai terutama sekali buat Adam AF dan Fiza Elita yang bercerai buat kali kedua. Pelbagai spekulasi dan persoalan tercetus apabila Fiza dalam satu kenyataan memberitahu hubungan mereka semakin hambar dan tidak pernah aman terutama sekali ketika ia melibatkan soal kewangan rumah tangga. Sekaligus ada pihak yang menganggap Fiza dan Adam tidak boleh susah dan senang bersama dan begitu mudah membuat keputusan untuk bercerai. Namun tegas Adam melalui portal Media Hiburan, masalah kewangan ataupun orang ketiga bukanlah punca mereka berpisah.
Bagi Adam beliau sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya dan mungkin dengan berpisah adalah jalan terbaik buat beliau dan Fiza.
Sudah jodoh mereka singkat hendak buat macam mana bukan? Semoga selepas ini masing-masing akan berjumpa dengan kebahagiaan yang lain. InshaAllah. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2016