Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Kutipan Filem Mat Moto Meningkat Kepada RM 3 Juta Selepas Empat Hari Ditayangkan

Kutipan Filem Mat Moto Meningkat Kepada RM 3 Juta Selepas Empat Hari Ditayangkan


Kutipan Filem Mat Moto Meningkat Kepada RM 3 Juta Selepas Empat Hari Ditayangkan

Posted: 19 Jan 2016 08:24 AM PST

Nampaknya filem  Mat Moto karya Pekin Ibrahim berjaya membuktikan ia bukan sekadar filem  tentang mat rempit atau kaki motor yang biasa-biasa dan mencipta sejarah apabila mencatat  kutipan lebih daripada RM 3 juta selepas empat hari ditayangkan di pawagam.

Alhamdulillah saya terkejut dan tidak menyangka kutipan melebihi daripada jangkaan. Sangka saya pada hari pertama mungkin kutipan sekitar RM500,000.

Apabila dimaklumkan oleh penerbit, Datuk Yusof Haslam kutipan melebihi RM1 juta saya memang terkejut dan bersyukur atas sambutan ini.

Mensasarkan kutipan RM 5 juta buat filem sulungnya yang diarahkan bersama pengarah muda, Syafiq Yusof, Pekin yang turut menjadi bintang utama filem tersebut masih khuatir dengan beberapa kritikan oleh penonton di media sosial.

Saya tidak meminta lebih, cukuplah RM5 juta untuk filem ini dan jika sasaran itu berjaya bolehlah saya memberi fokus kepada filem Mat Moto 2 pula. Pun begitu, saya juga turut bimbang melihat maklum balas penonton di laman sosial. Ada yang suka ada juga yang mengkritik kerana melihat jalan cerita tidak seperti yang mereka bayangkan.

Lazimnya kisah mat moto lebih memaparkan kehidupan mereka berlumba dan penuh aksi, tetapi tidak untuk filem ini. Bagaimanapun, saya positif dan berharap semua orang dapat menerima jalan cerita ini dengan hati yang terbuka.

Selain Pekin, filem Mat Moto turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Falisha Crossley dan Cat Farish.

Satu permulaan yang agak baik buat filem sulung Pekin Ibrahim, apakah mungkin filem seperti ini mampu mencapai kutipan box office?  Siapa yang dah tonton filem Mat Moto, apa pendapat anda?

Sumber Berita: Harian Metro

(FOTO) Nedim Bersama Nora Danish Di Lapangan Terbang Jadi Bualan Netizen

Posted: 19 Jan 2016 03:24 AM PST

Kalau semala kecoh dengan  foto Nora Danish memakai gaun pengantin, hari ini  satu gambar  Nora yang dihantar oleh Nedim ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berangkat ke New York menjadi perhatian ramai.

Ini sekaligus  mencetuskan pelbagai persolan dan spekulasi bahawa satu lagi episod percintaan Nora dan Nedim akan bermula lagi.

Lebih hangat lagi apabila Nedim turut memuat naik kapsyen yang romantis buat Nora melalui foto yang dimuat naik olehnya di Instagram.

Wishing you a safe flight to NYC , always remember that I’m beside you no matter where you are , be safe , solat and don’t forget how bless we are because of Allah.

I will cross any ocean & any obstacles with you but I won’t walk on ” Lautan Api ” with you , because with you ,I want to chase Jannah & not jahannam .Take care, InsyaAllah I’ll see you soon .. #visaOHvisa #2016InsyaAllah #blessed #myBetterhalf #flickThatWristBaby

Malah beberapa pengikut juga memuji kata-kata ataupun luahan cinta Nedim dan mengharapkan agar mereka berdua ada jodoh bersama.

Erm, nampaknya mula lagi "drama cinta" Nora Danish dan Nedim.  Kita lihat bagaimana pula hubungan mereka kali ini. Kalau betul sudah saling sayang dan cinta, apa tunggu lagi? Hehe..Nora pun dah sedia untuk berkahwin.

Sumber Berita: Instagram Nedim Nazri

Raja Azmi Bakal Nikah Semula Dengan Bekas Suami Eddie Pada 26 Februari Depan

Posted: 19 Jan 2016 02:33 AM PST

Inilah yang dikatakan kalau sudah jodoh tidak kemana. Raja Azmi yang sudah bercerai lebih daripada setahun bakal bernikah semula dengan bekas suaminya Eddie Ghazali pada 26 Februari depan.

Jelas Raja Azmi hatinya terbuka untuk menerima Eddie semula didalam hidupnya selepas mendapat petunjuk daripada Allah SWT ketika melakukan solat Istiqarah dan berharap kali ini perkahwinan mereka akan kekal selamanya.

Alhamdulillah, hati saya terbuka sekali lagi untuk bernikah semula dengannya dan berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhirat. Majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja yang bakal dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat. Majlis hanya akad nikah dan doa selamat sahaja.

Malah, kesungguhan Eddie untuk mendapatkan beliau  semula selepas mereka berpisah membuatkan hati Raja Azmi lembut semula.

Kami bercerai setahun ini kami masih berkawan baik, banyak pengajaran yang saya dan dia dapat untuk perbaiki pada rumah tangga kali kedua ini. Saya akui jatuh cinta semula kerana dia sentiasa ada ketika saya gembira dan bersedih. Saya juga beberapa kali buat solat Istiqarah dan Alhamdulillah memang Allah beri petunjuk ke arah ini.

Saya belajar untuk lebih banyak bersabar dan dia juga sudah sedar apa kesalahan-kesalahannya dahulu. Insya-Allah kami akan bina semula rumah tangga ini dengan baik.Saya juga berharap orang ramai dan peminat turut mendoakan kebahagiaan kami.

Raja Azmi dan Eddie bakal mengadakan majlis akad nikah di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas solat Isyak.

Raja Azmi dan Eddie bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor. Mereka berkahwin pada 13 Oktober 2013.

Raja Azmi sebelum itu pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya,  Puteri Suaida, dan Megat Deli.

Sumber Berita: mStar Online

Pasukan Bola Terengganu Mahu Datuk Aliff Syukri Jadi Penaja Mereka?

Posted: 18 Jan 2016 10:14 PM PST

Selepas Dato' Seri Vida membuat keputusan untuk menaja pasukan bola sepak, nama Datuk Aliff Syukri juga disebut-sebut untuk turut mengikut langkah Vida.

Ia seakan sudah menjadi trend dimana syarikat kosmetik kini menjadi penaja buat mana-mana program hiburan dan lain-lain.

Khabarnya Aliff ada terfikir untuk menaja pasukan bola sepak Selangor, The Red Giants dan beliau sendiri mengakui jika mereka boleh mematuhi syarat yang ditetapkan tidak mustahil Aliff akan menaja pasukan berkenaan.

Namun, setelah melihat isu terkini Vida dan pasukan Kelantan, Aliff juga terkena tempiasnya dimana penyokong bola sepak Selangor, tidak mahu perkara yang sama terjadi seperti The Red Warriors yang ibarat lembu dicucuk hidung dan mengikut segala syarat yang kini menjadi bahan lawak ramai.

Sebelum ini, jutawan muda yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu dihentam teruk penyokong Selangor kerana mahu mengubah warna stadium dan jersi kepada warna hijau yang merupakan warna korporat D’Herbs.

Walaubagaimanapun, menurut laporan akhbar tempatan rundingan di antara D'Herbs dan pasukan Terengganu kini sedang berlangsung.

Perkara tersebut turut disahkan Setiausaha Agong, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman dan mengakui masih diperingkat rundingan.

Kita hanya mencuba nasib, mana tahu jika D'Herbs mahu mengadakan hubungan kerjasama bersama PBSNT. Kita tunggu keputusan daripada pihak mereka.

Sebenarnya tidak salah pun untuk menjadi penaja utama mana-mana pasukan bola sepak, tetapi pihak penaja haruslah berfikir secara rasional dan tidak mengenakan syarat yang bukan-bukan.  Win-win situation sudah lah. Untuk kebaikan bersama.

Sumber Berita: Astro Gempak

Syatilla Melvin Tidak Kisah Foto Pra Perkahwinan Dikritik

Posted: 18 Jan 2016 09:47 PM PST

Bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah tampil mesra menerusi foto pra perkahwinan mereka yang diambil oleh Amir Naufal Photography baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, foto "terlajak mesra" Sam dan Syatilla mendapat kritikan beberapa pihak. Ada yang berpendapat agak tidak manis untuk wanita bertudung seperti Syatilla mengambil gambar terlalu rapat dengan lelaki bukan muhrimnya.

Namun, Syatilla enggam ambil pusing akan hal berkenaan dan ingin fokus kepada majlis perkahwinan beliau.

Biarlah orang nak cakap apa pun. Saya tak nak ambil tahu. Buat apa saya nak ambil tahu kalau ia hanya untuk menyakitkan hati saya?

Lagipun, saya tak nak tambahkan lagi tekanan saya hanya kerana perkara-perkara remeh ini. Lebih baik saya terus fokus dengan persiapan perkahwinan saya.

Biarlah, kalau artis itu sendiri tidak mahu ambil tahu akan isu berkenaan untuk apa lagi anda buang masa dan menasihati beliau? Doakan sahaja agar segala persiapan perkahwinan Syatilla dan Sam berjalan dengan lancar dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Sinar Harian

Azmil Mustapha Kini Sudah Stabil

Posted: 18 Jan 2016 09:17 PM PST

Sekitar minggu lepas, kita dikejutkan dengan berita dimana pelakon yang popular pada tahun 80 an, Azmil Mustapha dilaporkan sedang kritikal kerana sakit jantung.

Namun, berkat doa ramai Azmil kini berada dalam keadaan yang lebih baik dan sudah mula sedar sepenuhnya selepas menerima rawatan di Unit Koronari (CCU) Hospital Putrajaya.

Malah, beliau tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan dan sudah boleh makan serta minum.

Azmil sebelum ini mengadu sakit di bahagian dada kira-kira jam empat petang Khamis lalu sebelum dikejarkan ke hospital.

Untuk pengetahuan anda, Azmil pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 2010 di Syria.

Alhamdullilah, nampaknya Azmil sudah melepasi waktu krtikal beliau. Sama-sama kita doakan agar beliau kembali pulih sepenuhnya.

Sumber Berita: Harian Metro

Anak Didakwa Curi Motosikal: Azian Mazwan Sapuan Tetap Positif

Posted: 18 Jan 2016 08:54 PM PST

Sebelum ini ada tersebarnya berita dimana anak kepada peserta Gegar Vaganza 2 ditangkap mencuri motosikal di Putrajaya sekitar bulan Disember lepas.

Setelah beberapa siasatan dijalankan, rupa-rupanya remaja tersebut adalah anak kepada Azian Mazwan Sapuan.

Bercerita mengenai hal berkenaan, Azian memberitahu beliau tidak merasa tertekan apabila kes anaknya itu tersebar luas. Azian menganggap ia adalah kesalahan anaknya sendiri kerana sudah tersilap memilih kawan.

Buat masa ini, Azian tidak boleh memberikan komen lanjut mengenai kes anaknya itu kerana ia masih dibicarakan di mahkamah.

Saya tenang dan tidak tertekan apabila berita mengenai perkara itu dilaporkan dalam media dan saya ambil positif perkara itu. Ini adalah akibat daripada kesilapannya sendiri dalam memilih kawan dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepadanya.

Kes masih berjalan dan belum jatuh hukuman lagi, jadi saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkembangan kes itu.

Anak Azian ditangkap pihak polis bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun dan telah pun dihadapkan ke mahkamah pada akhir Disember lalu. Walaubagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Februari depan.

Kedua-dua tertuduh dituduh di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Sumber Berita: mStar Online

Shaheizy Sam Tidak Galak Syatilla Melvin Berlakon, Tidak Mahu Bakal Isteri Penat

Posted: 18 Jan 2016 08:01 PM PST

Tidak mahu Syatilla Melvin terlalu penat bekerja, Shaheizy Sam kalau boleh enggan bakal isterinya itu sibuk berlakon selepas mereka mendirikan rumah tangga nanti.

Buat Sam, sebagai ketua keluarga biarlah beliau sahaja yang berusaha keras dan menanggung keluarganya.

Saya tidak ada masalah untuk dia terus berlakon, tapi saya sebenarnya tak mahu dia penat bekerja. Kalau boleh saya tak nak orang sekeliling saya bekerja dan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung keluarga. Tapi saya faham, seseorang pelakon itu bila dia berhenti berlakon, dia akan rasa ketagih untuk mahu berlakon semula. Jadi, saya tidak akan menghalang, cuma saya tidak galakkan.

Sudah lebih dua puluh tahun bergelar pelakon, Sam sudah tahu bagaimana sibuknya jadual seseorang pelakon sehinggakan tiada masa untuk berjumpa dengan ahli keluarga mahupun diri sendiri.

Saya sendiri sudah menjadi pelakon selama 22 tahun, jadi saya tahu kerja seorang pelakon ini bagaimana. Jadual penggambaran memang tak menentu. Saya sendiri susah nak berjumpa dengan keluarga saya, jadi kalau dia pun berlakon, bila masa kami boleh berjumpa. Walau bagaimanapun, jika dia teringin sangat nak berlakon, saya tidak ada masalah.

Bukan senang hendak jadi pelakon, disebalik populariti dan kemewahan mereka terpaksa menjalani proses penggambaran yang lama dan memenatkan. Ok lah tu kalau Sam tidak galakkan Syatilla berlakon dengan kerap, adalah peluang untuk dapat ramai anak ye dak? Eh..Hehe..

Sumber Berita: Tonton Extra

Azwan Ali Bakal Disaman Kerana Kutuk Kicap Buatan Tempatan

Posted: 18 Jan 2016 07:29 PM PST

Gara-gara mengutuk kicap buatan tempatan iaitu kicap Tirana di akaun Instagram miliknya, selebriti Azwan Ali ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA bakal dikenakan tindakan saman oleh Tirana Products Sdn Bhd atas dakwaaan memuat naik video bersifat fitnah terhadap produk berkenaan.

Menurut Dr Hilmi Murad Mohamaed iaitu pemilik syarikat berkenaan, tindakan Diva AA itu telah memberikan impak negatif terhadap produk mereka.

Komen-komen yang diberikan agak pedas dan agak melampau. Kalau pun iklan saya itu teruk, tetapi ada cara untuk kita tegur. Tegur dengan cara beradab, kita orang Melayu dan kita beragama Islam.

Diva AA  sebelum ini telah memuat naik klip video iklan kicap Tirana yang memaparkan dirinya menuang kicap secara berlebihan ke atas satu hidangan dan meniru loghat percakapan model yang terlibat dalam iklan berkenaan.

Walaubagaimanapun, menurut Diva AA ia cuma sekadar satu parodi yang pada asalnya untuk bergurau sahaja.

Sumber Berita: Astro Awani

Jangan Ubah Budaya Dan Intergriti Pasukan Bola Sepak – Afdlin Shauki

Posted: 18 Jan 2016 07:10 PM PST

Luahan Afdlin Shauki mengenai isu penajaan Dato Seri Vida terhadap pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors mendapat perhatian ramai.

Dalam status yang dimuat naik oleh Afdlin di akaun Facebooknya, pelawak itu agak kurang senang dengan beberapa syarat yang dikenakan oleh Vida.

Untuk makluman anda, Vida menginginkan pasukan bola sepak Kelantan memakai jersi warna pink dan khabarnya akan mengecat stadium  Sultan Muhamad dengan warna merah jambu serta menukar nama The Red Warriors kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Namun, tidak semua yang bersetuju dengan pendapat Afdlin. Walaubagaimanapun, Afdlin menerusi mStar Online berkata beliau sebenarnya agak bangga apabila ada syarikat tempatan yang terbuka hati untuk menaja pasukan bola sepak tetapi janganlah cuba untuk mengubah budaya pasukan bola sepak berkenaan.

Saya bangga ada syarikat tempatan yang menaja sesebuah pasukan bola sepak. Tetapi janganlah hanya satu pihak yang menentukan segala-galanya sehinggakan budaya dan integriti pasukan bola sepak itu berubah.

Sehinggakan untuk bergambar pun, pasukan TRW perlu beraksi dua jari di pipi, seperti yang sering dibuat oleh Datuk Seri Vida, bagi saya itu sudah melampau.

Afdlin juga memberitahu beliau tidak kisah jika ada pihak yang mengkritik beliau kerana apa sahaja yang beliau luahkan hanya sekadar sebuah pendapat.

Ini hanya pendapat dan saya tidak paksa mana-mana pihak untuk menyokong saya. Apa yang saya cuba sampaikan ialah walaupun pasukan bola sepak itu ditaja, biarlah perjanjian yang dibuat sesuai dan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Saya juga meminati pasukan bola sepak tempatan dan pendapat yang saya luahkan itu dibuat dengan cara penuh hormat. Saya pun suka merah jambu. Cuma tak payahlah beraksi (gaya jari di pipi). Hilang warrior dah.

Sebagai penaja yang sudah melabur sehingga RM 16 juta, Dato Seri Vida mempunyai hak untuk menetapkan syarat beliau sendiri, tetapi mungkin apa yang Afdlin katakan itu betul. Tidak perlu untuk ubah gaya dan budaya sesebuah pasukan bola sepak yang dahulunya disegani sehingga menjadi bahan gelak orang lain.

Sumber Berita: mStar Online




@



Kutipan Filem Mat Moto Meningkat Kepada RM 3 Juta Selepas Empat Hari Ditayangkan