Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Nabila Huda Akui Tidak Kisah Jika Dikurniakan Rezeki Anak Ramai

Nabila Huda Akui Tidak Kisah Jika Dikurniakan Rezeki Anak Ramai


Nabila Huda Akui Tidak Kisah Jika Dikurniakan Rezeki Anak Ramai

Posted: 24 Jan 2016 10:02 AM PST

Sejak mendirikan rumah tangga, Nabila Huda tampak cukup bahagia disamping suami tercinta Izwan Johar, sinar cinta benar-benar terpancar didalam mata mereka.

Mengakui kehidupannya kini sudah lengkap, Nabila kini sedang merancang untuk menambah cahaya mata. Mengakui mungkin ia terlalu awal untuk membicarakan soal tersebut, Nabila bagaimanapun tidak kisah jika beliau dikurniakan anak yang ramai.

Alhamdulillah, perkahwinan ini melengkapkan hidup saya kerana sekarang ada suami untuk sama-sama menjaga Keisha yang berusia lima tahun (hasil perkahwinan pertama). Doakan yang terbaik supaya saya dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk keluarga kecil ini.

Masih terlalu awal untuk berbicara soal zuriat, tetapi saya tidak kisah jika diberi dalam masa terdekat sebab ia adalah rezeki. Kalau dapat ramai anak pun, apa salahnya. Saya suka sebab nanti suasana dalam rumah akan jadi meriah. Apa yang datang, itulah yang terbaik daripada Allah. Semoga kami dikurniakan cahaya mata yang baik-baik.

Kalau setiap pasangan lain yang baharu berkahwin tentu mereka sudah fikirkan destinasi untuk berbulan madu, namun Nabila dan suami tidak terfikir akan hal berkenaan dan mementingkan kualiti masa bersama keluarga meskipun cuma duduk di rumah sahaja.

Buat masa sekarang, saya dan suami tidak terfikir langsung untuk berbulan madu. Kalau ada peluang, mungkin kami akan pergi bercuti.

Harapnya Nabila Huda dan Izwan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Jangan terlalu tertekan memikirkan soal anak dan teruskan mencintai antara satu sama lain selamanya.

Sumber Berita: Kosmo Online

Siapa Tidak Selesa Dengan Lawak Saya, Jangan Tengok – Nabil Ahmad

Posted: 24 Jan 2016 09:41 AM PST

Walaupun sudah masuk tahun baharu, masih ada segelintir pihak yang menyimpan rasa tidak puas hati terhadap gaya lawak Nabil Ahmad yang seakan terlampau apabila menyentuh hal peribadi orang lain.

Namun, menurut Nabil beliau terpaksa berbuat demikian dan jika ada pihak yang tidak boleh menerima lawaknya ia bermakna mereka terlalu sensitif.

Bukanlah saya nak cakap besar tetapi saya memang kena terlepas cakap. Yang mana yang tak selesa itu, jangan tengok. Saya cakap terus terang sajalah, kalau ada yang tak selesa dengan cara saya mengacara, soal sensitiviti itu bukan daripada saya tetapi dialah yang terlalu sensitif. Kalau orang itu sensitif lebih, dia tak patutlah berada di situ.

Buat Nabil, zaman sudah semakin maju dan beliau juga harus memperbaharui cara beliau melawak agar ia masih relevan dengan keadaan semasa. Tujuan Nabil hanya satu, apa sahaja yang berlaku di atas pentas adalah kerana beliau ingin menghiburkan penonton.

Semua yang dilakukan adalah sebahagian daripada persembahan, sekadar hiburan. Kalau saya mengacara mendatar dan ikut skrip, orang kata saya ada masalah pula. Tak boleh juga terima.

Jadi apa yang mereka nak sebenarnya? Sebab itu saya katakan, (kepada) yang sensitif, kalau nampak saya kendalikan program, janganlah datang. Ini adalah zaman milenium dan semua orang akan buat apa sahaja untuk dikenali, untuk berada di tahap tertentu.

Bukan tidak boleh ditegur, tetapi Nabil lebih selesa untuk menjadi diri beliau sendiri dan enggan ambil pusing dengan mereka yang tidak suka akan caranya dalam berlawak.

Saya adalah manusia yang senang menerima kritikan bahkan selama ini pun saya terima. Tetapi secara peribadi, saya buat adalah untuk diri saya, untuk peminat saya dan untuk orang yang nak tengok saya mengacara. Kepada mereka yang terlalu sensitif, carilah jalan lain untuk tak perlu tengok saya sebab saya pun tak paksa orang untuk tengok saya.

Pembaharuan itu bagus, hendak hiburkan hati penonton juga bagus. Namun, mungkin bukan setiap masa kita harus berlawak secara melampau,  buatlah sesuatu perkara mengikut kesesuaiannya.

Sumber Berita: Utusan Online

(13 FOTO) Sekitar Bulan Madu Marsha Dan Suami Di Italy

Posted: 24 Jan 2016 09:10 AM PST

Selepas berbulan madu di London baru-baru ini, Marsha dan suami meneruskan lagi percutian mereka ke Italy pula.

Mereka sempat ke tempat menarik seperti Venice dan Milan. Wah, antara tempat wajib kalau menjejakkan kaki ke Italy, suasana di Venice cukup indah buat pasangan suami isteri yang baharu berkahwin.

Jom kita layan beberapa lagi foto bulan madu mereka di Italy yang dikongsikan oleh Marsha di akaun Instagram beliau dengan membaca entri ini sepenuhnya.

(TAHNIAH) Raja Farah Sah Hamil Dua Bulan

Posted: 24 Jan 2016 08:40 AM PST

Sebelum ini Rajah Farah menerima tomahan serta cacian daripada orang ramai yang menganggap beliau bercerai kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada bekas suaminya Megat. Malah, ada pihak yang mengatakan beliau mandul.

Namun, kuasa Allah SWT itu tiada siapa mampu menghalang apabila Raja Farah disahkan hamil anak pertamanya bersama suami Iskandar Ismail. Berita gembira itu diketahui seminggu selepas beliau dan suami pulang daripada mengerjakan Umrah pada 18-29 Disember lepas.

Alhamdulillah kerana akhirnya keinginan untuk menjadi ibu dimakbulkan Allah. Saya hanya mengetahui diri saya hamil apabila membuat pemeriksaan pada 5 Januari lalu. Berita ini cukup menggembirakan saya dan suami kerana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata.

Diikutkan saya tidak pernah merancang apatah lagi mengharap kerana bimbang nanti diri akan kecewa. Saya sering memujuk diri mungkin masa untuk hamil belum tiba. Pernah juga terdetik di hati, apakah saya tidak mungkin mengandung tetapi berita ini melenyapkan semua perasaan sangsi itu.

Raja Farah tidak boleh menggambarkan betapa gembiranya beliau dengan kurniaan terindah ini. Buat beliau, ini adalah hadiah yang tidak ternilai selepas di uji dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010 sebelum bercerai pada 25 Mei 2015.

Kemudian beliau bernikah dengan Iskandar pada 6 September 2015 selepas dua bulan berkenalan. Semalam, Raja Farah dan suaminya sekali lagi diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Anjung Floria, Precint 3, Putrajaya.

Rezeki untuk mendapatkan cahaya mata ini semuanya ketentuan Allah SWT, kalau lambat tidak semestinya kita harus mencari kesalahan pasangan, sebenarnya Allah SWT hendak duga kesabaran serta kesetiaan kita. Siapa yang cakap Raja Farah mandu tu mesti korang terkedu baca berita ni bukan?

Sumber Berita: BH ONLINE

(TAHNIAH)Akim & The Majistret Juarai AJL30 Menerusi Lagu Potret

Posted: 24 Jan 2016 08:02 AM PST

Sebentar tadi telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL30). Mungkin atas faktor usia yang semakin meningkat, Abang Nara rasakan AJL30 dah makin tak best. Gegar Vaganza lagi layan. Namun lain orang lain citarasa. Pasti ada yang gembira dan excited melihat persembahan para finalist AJL30.

ajl30

Berikut adalah keputusan akhir AJL30. Kemenangan Akim & The Majistret pastinya tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi. Sememangnya lagu tersebut power dan awesome. Tahniah!!!

JUARA: Akim & The Majistret (Potret)
NAIB JUARA: Faizal Tahir (Assalamualaikum)
TEMPAT KETIGA: Caliph Buskers (Hanya Namamu)
VOKAL TERBAIK: Dayang Nurfaizah (Tak Akan Menyerah)
PERSEMBAHAN TERBAIK: Akim & The Majistret (Potret)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk penggiat industri muzik terus mencipta karya yang awesome. Apa pendapat anda? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL30 ini?

Tasha Shilla Sedang Rapat Dengan Lelaki Berpangkat Kapten?

Posted: 24 Jan 2016 05:41 AM PST

Tahun 2015 merupakan tahun yang agak mencabar buat Tasha Shilla kerana dihimpit pelbagai kontroversi terutama kisah cintanya yang gagal bersama peninju Muay Thai, Hans Wong.

Namun, awal tahun 2016 khabarnya Tasha telah bertemu pengganti apabila dikatakan sedang rapat bersama seorang lelaki berpangkat kapten.

Belajar daripada kesilapan lalu, Tasha tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah peribadinya dan hanya menjelaskan beliau dan lelaki tersebut rapat tetapi belum sampai ke tahap bercinta.

Kami cuma berkawan dan tiada ikatan cinta. Saya tidak mahu lagi berkongsi mengenai soal hati dan biarlah kisah cinta saya dengan Hans dulu adalah yang terakhir diketahui umum.

Selagi tiada ikatan yang sah, saya tidak akan bercerita kerana tidak mahu kisah lalu berulang kembali. Kalau saya bertunang atau akan berkahwin, saya akan jemput dan maklumkan kepada semua, bukan lagi menjaja kisah cinta.

Tasha menegaskan buat masa ini beliau tidak mempunyai  teman istimewa dan ingin memberikan tumpuan seratus peratus kepada kerjayanya yang ketika ini agak perlahan.

Buat masa sekarang saya belum ada teman istimewa kerana mahu menumpukan kepada karier seni sebab perjalanan dunia seni saya sekarang ini agak perlahan.

Baguslah kalau Tasha Shilla sudah belajar daripada kesilapan, tidak perlu lah terlalu menjaja kisah cinta jika ia sesuatu yang belum pasti dan membuatkan peminat bosan.

Sumber Berita: BH ONLINE

Vie Santie Nafi Bercinta Dengan Zizan Razak

Posted: 24 Jan 2016 05:10 AM PST

Sekitar minggu lepas, gosip Zizan Razak yang dikatakan bercinta dengan bekas isteri Eizlan Yusof iaitu Vie Santie cukup hangat diperkatakan. Ada yang mendakwa hubungan mereka semakin rapat selepas kedua-duanya terlibat dalam satu perniagaan bersama-sama.

Walaubagaimanapun, Zizan nampaknya enggan memberikan komen lanjut meskipun ia sudah menjadi viral.

Hari ini, Vie yang tidak mahu gosip ini berterusan telah tampil menjelaskan status hubungan beliau bersama Zizan menerusi akaun Instagram miliknya.

Dengan pengakuan tersebut, Vie berharap agar tiada lagi pihak yang terus mengaitkan beliau dengan gosip berkenaan kerana ia memberikan kesan negatif didalam hidupnya.

Berikut adalah penjelasan penuh Vie :-

Salam.. Sebelum ini saya mengambil langkah untuk berdiam diri bukan kerana apa yang diperkatakan itu benar.Buat masa ini saya sibuk menguruskan urusan perniagaan saya sehingga tidak mempunyai masa untuk mengambil bahagian mengulas hal remeh temeh sebegini..

Namun bila fitnah ini semakin berleluasa sehinggakan melibatkan nama saya di ruang-ruang gosip dalam akhbar mahupun laman sosial, maka saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkan dakwaan segelintir pihak yang tidak usul periksa tentang kesahihan banyak perkara yang dilemparkan keatas diri saya.

Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan melampaui batas kerana tidak adil jika mereka terus menulis sesuatu topik yang boleh memberi kesan keatas reputasi saya, apatah lagi jika ia melibatkan hal peribadi. Maka pada hari ini (22hb Jan 2016) saya ingin menyatakan bahawa gosip liar yang kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan Razak adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Saya hanya mengenali Zizan sebagai sahabat biasa, tambahan pula dia merupakan rakan kepada adik lelaki saya yang juga terlibat dalam industri yang sama. Saya memohon kepada semua pihak agar cerita fitnah ini dihentikan segera. Saya mempunyai keluarga dan mahu menjalani hidup seperti biasa tanpa sebarang kontroversi.

Akhir sekali, saya berharap agar ada sifat kemanusiaan di hatipara penulis untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum ia dikeluarkan sebagai kenyataan. Dunia kita kini terlalu banyak fitnah.

Janganlah sampai tangan kita menjadi kotor ‘MEMFITNAH’ kehidupan orang lain sehingga sebenarnya kita seolah-olah ‘MEMBUNUH’ kehidupan orang tersebut dalam masyarakat.Semoga masih lagi ada golongan orang beriman yang percaya pada tuhan dan hariakhir lalu menghentikan segala tohmahan yang akhirnya ia boleh mengheret mereka kepada kemurkaan tuhan.. !!

Itu dia penjelasan panjang lebar oleh Vie sendiri, mungkin benar hubungan mereka tidak lebih daripada rakan perniagaan. Maknanya Eizlan Yusof masih ada lagi peluang untuk memujuk Vie kan?

Sumber Berita: Instagram Vie Santie




@



Nabila Huda Akui Tidak Kisah Jika Dikurniakan Rezeki Anak Ramai