Peluang Menangi 50 Pasang Tiket Wayang Filem The 5th Wave Pada 13 Januari Ini |
- Peluang Menangi 50 Pasang Tiket Wayang Filem The 5th Wave Pada 13 Januari Ini
- Dato’ Aliff Syukri Bina Rumah Baharu RM20 Juta Ala Istana British
- Terkejut Suami Bawa Anak Ke Thailand: Zahnita Wilson Buat Laporan Polis
- Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bercuti Ke Koh Lipe, Thailand Bersama?
- Elyana Redha Keguguran : Tidak Tahu Beliau Sedang Hamil
- Niat Kahwin Ada, Cuma Tiada Calon Lagi – Zizan Razak
- (2 FOTO) Erin Malek Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya?
- Marsha Mahu Jaga Suami Untuk Banyakkan Pahala Buat Bekalan Ke Syurga
- (11 GAMBAR)Putri Aleesya, Puteri Hanez Suraya Dan Romie Razin
- Maria Farida Tidak Tolak Kemungkinan Bekas Anak Tiri Suami Dihasut Untuk Memburukkannya
Peluang Menangi 50 Pasang Tiket Wayang Filem The 5th Wave Pada 13 Januari Ini Posted: 07 Jan 2016 01:19 AM PST Lama sudah rasanya Abang Nara tidak menganjurkan "Movie Day Out" bersama anda semua. Sempena tahun baru ini, dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia, Abang Nara ingin mengajak anda semua menonton sebuah filem aksi, The 5th Wave. Excited tak? Abang Nara memang suka filem-filem aksi lebih-lebih lagi kalau yang melibatkan makhluk asing (alien). The 5th Wave mengisahkan bumi yang hampir hancur musnah setelah diserang 4 kali oleh makhluk asing. Cassie yang dilakonkan oleh ChloĆ« Grace Moretz berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan dirinya dan juga adik kesayangannya. Untuk menghadapi serangan kali kelima para makhluk asing ini, Cassy telah pun bekerjasama dengan seorang jejaka muda, Ben Parish yang dilakonkan oleh Nick Robinson. Mampukah Cassie menyelamatkan dirinya, adiknya dan manusia sejagat dengan kerjasama ini?Adakah makhluk-makhluk asing ini akan menamatkan riwayat hidup manusia di muka bumi menerusi serangan kelima ini? Kalau nak tahu, kenalah tengok filem The 5th Wave yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 14 Januari 2016 ini. Namun khas untuk pembaca BeautifulNara, anda akan dapat melihat filem ini lebih awal pada tarikh dan waktu di bawah:- TARIKH: 13 Januari 2016 (Rabu) Abang Nara ada 50 pasang tiket untuk diberikan kepada anda semua. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan "Kalau saya kena lawan makhluk asing saya akan….". Silalah lengkapkan slogan tersebut sekreatif dan sekelakar yang boleh. Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Selasa 12 Januari 2016. Selain tiket, Abang Nara turut mempunyai beberapa cenderahati ekslusif seperti 5 baju limited edition dan juga 5 bagpack The 5th Wave. Siapa slogan yang paling kreatif akan menang hadiah-hadiah awesome ini. Selamat mencuba Abang Nara ucapkan. Sekali lagi terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas tiket-tiket ini. Good luck!!! |
Dato’ Aliff Syukri Bina Rumah Baharu RM20 Juta Ala Istana British Posted: 07 Jan 2016 01:18 AM PST Hasil usaha keras dalam perniagaan, usahawan muda Dato’ Aliff Syukri ataupun lebih dikenali dengan panggilan Dato Terlajak Laris tidak sabar untuk menanti rumah baharu beliau bernilai RM 20 juta yang bakal siap dibina dengan sentuhan ala Istana British. Bahkan rumah baharu beliau ini antara rumah yang terbesar di sekitar Petaling Jaya.
Jika sebelum ini Dato Seri Vida menerima pelbagai kritikan selepas muncul dalam program Terlajak Puteh Nampak, Aliff juga turut terkena tempias yang sama. Aliff pernah menolak permintaan pihak Astro sebanyak dua kali sebelum muncul dalam program berkenaan. Bukan niat ingin bermegah dengan kekayaannya, Aliff hanya ingin menjadi sumber inspirasi buat mereka diluar sana.
Sudah lama bekerja keras, tentu sekali setiap insan mahu menikmati dan mencapai setiap impian mereka dalam sesuatu perkara. Jangan mudah cemburu dengan kejayaan orang lain, tetapi cuba bangkit dan usaha untuk mengubah hidup kita. |
Terkejut Suami Bawa Anak Ke Thailand: Zahnita Wilson Buat Laporan Polis Posted: 07 Jan 2016 12:24 AM PST Pelakon Zahnita Wilson yang menghadapi konflik rumah tangga bersama suaminya Zackery Ghouse Abd Gafoor sejak 2011 dan kini sedang dalam proses bercerai terkejut apabila lelaki tersebut membawa anak mereka bercuti di Thailand sedangkan passport mereka berada di tangan Zahnita. Menerusi kenyataan Zahnita di Harian Metro, kedua-dua anak perempuan mengikuti Zackery ke Thailand pada 2 Disember tahun lepas dan pulang seminggu selepas tarikh berkenaan.
Meskipun anak-anak Zahnita dibawa oleh bapa mereka, hati ibu mana yang tidak risau apatah lagi sedang dalam proses berpisah. Apa sahaja boleh berlaku dan yang paling perit jika ada kemungkinan untuk memisahkan Zahnita bersama anak-anak beliau. Harapnya Zahnita dan Zackery dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan baik. Kasihan anak-anak yang menjadi mangsa. |
Nelydia Senrose Dan Qi Razali Bercuti Ke Koh Lipe, Thailand Bersama? Posted: 07 Jan 2016 12:00 AM PST Baru-baru ini, Nelydia Senrose ada memuat naik foto beliau bercuti ke pulau popular Koh Lipe di Thailand. Namun, apa yang menarik perhatian kami ialah Qi Razali juga berkongsi foto beliau di satu tempat peranginan yang sama dengan Nelydia. Ini menimbulkan persoalan dikalangan peminat , adakah bibit percintaan antara mereka berdua sudah kembali? Ataupun ia sekadar kebetulan Nelydia dan Qi berada di tempat yang sama. Kalau betul mereka sudah bersatu kembali sebagai pasangan kekasih , apa salahnya bukan? Bertahun Nelydia dan Qi bercinta, tak mustahil rasa hangatnya cinta dan kasih sayang itu masih ada didalam hati mereka. Semoga mereka berdua kali ini dapatlah kekal sehingga ke jinjang pelamin. Hehe.. |
Elyana Redha Keguguran : Tidak Tahu Beliau Sedang Hamil Posted: 06 Jan 2016 09:45 PM PST Jelas Elyana, beliau sama sekali tidak tahu sedang berbadan dua dan hanya mengetahui berita beliau hamil selepas insiden tumpah darah. Doktor menasihati Elyana untuk membuat pemeriksaan lanjut pada hari Jumaat ini bagi memastikan tiada bayi diluar rahim beliau. Malah, Elyana juga harus menjalani tempoh berpantang untuk memastikan rahim beliau kembali pulih.
Apa yang berlaku tidak mematahkan usaha Elyana untuk mendapatkan cahaya mata lagi dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Kehamilan ini kadang-kadang sukar untuk kita tahu jika tidak mengalami tanda-tanda seperti muntah ataupun alahan. Meskipun ada juga perasaan sedih, kami tahu Elyana seorang yang cukup kuat, mungkin bukan rezeki kali. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. |
Niat Kahwin Ada, Cuma Tiada Calon Lagi – Zizan Razak Posted: 06 Jan 2016 09:18 PM PST Sekitar tahun lepas, berita mengenai Zizan Razak hendak berkahwin cukup hangat diperkatakan. Tambahan, pula seorang gadis bernama Nur Edora Diyana dikatakan bakal menjadi isteri kepada pelawak tersebut. Beberapa bulan telah berlalu namun sehingga kini Zizan masih lagi solo dan memberitahu beliau ada mempunyai niat untuk berkahwin tetapi masih belum bertemu dengan calon yang sesuai.
Berbicara mengenai segala kontroversi yang melanda dirinya pada tahun lepas, Zizan menganggap ia satu ujian daripada Allah SWT dan pengalaman itu membuatkan beliau lebih matang.
Aik, sebelum ini bukan main lagi beritahu beliau akan berkahwin. Katanya kedua-dua belah keluarga juga sudah berbincang mengenai perkahwinan Zizan dan bakal isterinya. Tup-tup tiada calon lagi untuk berkahwin…Erm.. |
(2 FOTO) Erin Malek Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya? Posted: 06 Jan 2016 08:54 PM PST Sering memuat naik foto beliau memakai tudung di akaun Instagram, beberapa peminat mula bertanya adakah Erin Malek kini sudah berhijab sepenuhnya? Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan, Instagram Erin dihujani dengan komen-komen positif mendoakan agar aktres itu terus berhijab. Malah, ada juga yang memuji bahawa Erin tampak lebih manis dan cantik ketika mengenakan hijab. Mungkin juga Erin sedang perlahan-lahan melatih dirinya untuk menutup aurat. Kami harap pintu hati Erin akan terbuka untuk bertudung sepenuhnya. InshaAllah. Apa yang penting biarlah beliau berubah secara ikhlas dan bukan atas paksaan orang lain. |
Marsha Mahu Jaga Suami Untuk Banyakkan Pahala Buat Bekalan Ke Syurga Posted: 06 Jan 2016 07:34 PM PST Seronok mendengar Marsha Milan Londoh bercerita tentang konsep pahala selepas bergelar isteri kepada Mohamed Shaiful Nizam baru-baru ini. Iyerlah, Marsha baru sahaja memeluk Islam. Sudah tentu banyak yang perlu dipelajari. Konsep pahala ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun bagi seorang isteri, senang sahaja nak dapat banyak pahala. Cuma perlu gembirakan hati suami, jaga suami elok-elok, dengar cakap suami dan sebagainya. Confirm banyak pahala dapat. Marsha jelas memahami kepentingan menjaga suami. Abang Nara juga rasa teruja apabila membaca keterujaan Marsha bergelar seorang isteri. Insya Allah bahagia sehingga ke akhir hayat. Kata Marsha:-
Semoga rumahtangga yang dibina oleh Marsha dan Shaiful akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita doakan. Semoga Marsha dan suami bersatu hati membuat pahala sebanyak mungkin semampu yang boleh. Good luck and all the best. Sumber Mstar Online. P.S: Yeah!!! Stock clearance kaw-kaw daripada www.maleena.my sehingga 9 Januari ini. Bertindak cepat stok dah semakin surut. Kalau terlambat memang menyesal. Memang murah sangat-sangat. Jangan lupa ikuti Facebook Maleena dan follow Instagram @maleenaofficial untuk tidak terlepas update terbaru. |
(11 GAMBAR)Putri Aleesya, Puteri Hanez Suraya Dan Romie Razin Posted: 06 Jan 2016 06:15 PM PST Pada 29 Disember lepas, pelakon Hanez Suraya telah selamat melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Putri Aleesya. Putri Aleesya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur secara normal. Aleesya merupakan anak pertama dari perkahwinan Hanez dengan Romie manakala anak ketiga Romie yang telah mempunyai dua cahaya mata lelaki dari perkahwinan terdahulu dengan Liyana Manan. Gambar-gambar Aleesya ialah hasil bidikan The Photolicious. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
Maria Farida Tidak Tolak Kemungkinan Bekas Anak Tiri Suami Dihasut Untuk Memburukkannya Posted: 06 Jan 2016 04:55 PM PST Datin Maria Farida, 47, menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dalam tempoh yang lama sebelum berkahwin dengan Datuk Rahman Shakur, 63. Namun begitu, setelah perkahwinan mereka, bekas anak tiri Rahman telah tampil baru-baru ini dengan cerita bahawa Maria ialah punca dia dan empat adiknya yang merupakan anak kandung bekas isteri Rahman terabai.
Maria juga menjawab dakwaan bahawa suaminya tidak lagi menanggung kehidupan mereka seperti sebelumnya:
Maria juga dituduh mengawal keputusan Rahman. Menjawab dakwaan itu:
Untuk tahun 2016 fokus Maria adalah untuk menjalani kehidupan baharu sebagai isteri dan ibu. Maria juga berharap anak-anak tiri Rahman akan meneruskan kehidupan dengan perasaan yang lebih positif kerana masing-masing juga sudah besar dan matang. Memang nampak bahawa Datuk Rahman seorang yang bertimbang rasa kerana tetap menyediakan keperluan seperti rumah dan kereta untuk anak-anak tirinya yang tiada pertalian darah sedangkan ramai anak anak-anak muda lain perlu berusaha sendiri untuk membeli rumah dan kereta buat diri mereka. Semoga Maria dan Rahman bertabah menghadapi dugaan ini. |
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2016