Penyanyi Rap Waris Terima Anugerah Daripada YDP Besar Negeri Sembilan |
- Penyanyi Rap Waris Terima Anugerah Daripada YDP Besar Negeri Sembilan
- Isu Restoran Dikritik Blogger: Fizo Omar Tampil Mohon Maaf Atas Segala Kekurangan Di Restorannya
- Pelakon Marissa Yasmin Sah Bercerai Talak Satu
- (TAHNIAH) Zarina Anjoulie Sah Hamil Anak Pertama
- Ayda Akui Pernah Ditawar Lakukan Seks Ketika Jalani Penggambaran Di Amsterdam
- (4 FOTO) Pra Perkahwinan Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin
- Pakai Skirt Jarang Dengan Kalimah Arab : Agnes Monica Dikecam Netizen
- Selaku Kawan Baik : Yana Samsudin Doakan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Bahagia
- Hafizul Kamal On Air Bakal Berkahwin 13 Februari Ini
- (7 FOTO) Sekitar Newborn Photoshoot Nuur Jannah Anak Perempuan Syafiq Yusof
Penyanyi Rap Waris Terima Anugerah Daripada YDP Besar Negeri Sembilan Posted: 14 Jan 2016 09:48 AM PST Penyanyi rap Waris yang terkenal dengan lagu yang memertabatkan loghat Negeri Sembilan dan budaya negeri itu telah dikurniakan anugerah oleh YDP Besar Negeri Sembilan, bersempena dengan hari keputeraan baginda.
Walaubagaimanapun, kami tidak pasti anugerah apa yang beliau terima. Apa-apa pun kami ucapkan tahniah kepada Waris dan teruskan dengan usaha anda untuk menerapkan unsur Negeri Sembilan didalam karya anda. Zaman sekarang, bukan mudah untuk anak muda menghargai tempat mereka dilahirkan. Kipidap! |
Isu Restoran Dikritik Blogger: Fizo Omar Tampil Mohon Maaf Atas Segala Kekurangan Di Restorannya Posted: 14 Jan 2016 09:31 AM PST Sejak minggu lepas, ajak kecoh juga dengan isu dimana seorang penulis blog telah mengkritik tentang restoran baharu Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim iaitu Fizo Mawar Kitchen terletak di Bangi. Walaupun, pada mulanya Fizo agak sentap dengan komen penulis blog tersebut, kini Fizo tampaknya lebih tenang kerana perniagaan itu masih lagi mendapat sambutan yang baik. Malah beliau juga "turun padang" untuk memperbaiki layanan di restoran miliknya itu.
Tambah Fizo, beliau sebenarnya merasa syukur atas teguran yang diberikan kerana dari situ beliau boleh mengetahui setiap kelemahan yang ada ketika restoran beliau beroperasi.
Fizo juga tampil memohon maaf atas kekurangan di restoran beliau kerana setiap hari mereka menerima jumlah pelanggan yang agak tinggi.
Menurut Fizo, selepas membuat penambahbaikan dari segi perkhidmatan, perkara sama sudah tidak berulang. Jika benar Fizo sudah tidak terasa hati dan bangkit daripada kritikan yang diterima, kami harap kes ini sudah selesai dengan baik bukan? Tidak perlu lagi menyimpan dendam dan selepas ini cuba untuk bersifat lebih terbuka dalam menerima setiap teguran. Lebih baik seseorang itu jujur secara depan-depan daripada puji melambung tetapi cakap buruk di belakang anda. |
Pelakon Marissa Yasmin Sah Bercerai Talak Satu Posted: 14 Jan 2016 09:04 AM PST Pelakon Marissa Yasmin yang kini sedang popular membawa watak sebagai ibu Hisyam Hamid didalam drama bersiri Memori Cinta Suraya sah bercerai talak satu bersama suaminya, Muhamad Muhzir. Muhzir sah melafazkan talak dihadapan Hakim Syarie Mohd Hisyam Zakaria di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam. Sebelum ini, Muhzir telah memfailkan permohonan cerai pada 27 November 2015 mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Pada prosiding itu, Muhamad Muhzir selaku plaintif diwakili peguam Jamal Mohd Lokman manakala Marissa diwakili peguam Musa Awang. Marissa dan Muhzir mendirikan rumah tangga pada tahun 2010, namun mereka tidak mempunyai anak bersama. |
(TAHNIAH) Zarina Anjoulie Sah Hamil Anak Pertama Posted: 14 Jan 2016 08:48 AM PST Jika sebelum ini kami selalu menulis tentang kontroversi Zarina Anjoulie, kali ini kami paparkan pula berita yang agak menggembirakan buat beliau. Zarina yang sudah berkahwin dan menetap di Brunei, bakal bergelar ibu tidak lama lagi apabila disahkan sedang hamil anak pertama. Berita gembira itu dikongsikan oleh Zarina menerusi akaun Instagram miliknya.
Ucapan tahniah dan doa agar segala proses kehamilan berjalan dengan lancar memenuhi ruang komen di Instagram beliau. Boleh kata, perkhabaran itu mendapat reaksi cukup positif daripada peminatnya. Tahniah kami ucapkan kepada Zarina Anjoulie dan suami, lupakan segala kenangan silam yang pahit dan binalah hidup baharu. Semoga segala persiapan untuk menyambut bayi pertama beliau berjalan dengan baik. |
Ayda Akui Pernah Ditawar Lakukan Seks Ketika Jalani Penggambaran Di Amsterdam Posted: 14 Jan 2016 08:20 AM PST Amsterdam, Belanda cukup kaya dengan pemandangan indah selain reka bentuk bangunan yang unik, tetapi disebalik setiap benda indah itu ada juga yang buruk. Dikenali dengan “the famous” Red Light District , ia merupakan tempat pelacuran yang diketahui oleh seluruh dunia. Pandangan mereka terhadap kaum wanita sungguh berbeza. Pelakon Ayda Jebat yang baru-baru ini menjalani penggambaran drama di sana akui pernah diganggu oleh beberapa laki di Amsterdam agar beliau melakukan hubungan seks. Buat Ayda perkara itu sangat menjijikkan. Sepanjang berada disana beliau juga tidak dibenarkan berjalan seorang diri.
Pada masa yang sama, Ayda turut memberitahu beliau akan menolak mana-mana babak minum arak dan menari didalam kelab malam kerana tidak mahu mengundang kontroversi. Mempunyai peminat yang kebanyakkannya masih lagi remaja, Ayda tidak mahu mereka turut terpengaruh dengan lakonan beliau.
Salute la Ayda!, tidak ramai pelakon yang berani menyuarakan kehendak mereka jika diberikan watak liar. Pengaruh seseorang selebriti itu kuat, jika mereka berikan contoh negatif pasti ia akan menjadi ikutan ramai. Lebih baik untuk membuat sesuatu perkara yang memberikan kebaikan kepada semua |
(4 FOTO) Pra Perkahwinan Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Posted: 13 Jan 2016 08:56 PM PST Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dua nama yang cukup popular, hangat dan trending sepanjang beberapa hari ini. Mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan bakal berkahwin 8 Februari ini, Sam dan Syatilla tidak pernah berniat mahu menipu sesiapa. Sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin, Sam dan Syatilla baru-baru ini telah menghadiri sesi photoshoot pra perkahwinan mereka. Foto-foto pra perkahwinan Sam dan Syatilla juga telah dikongsi oleh jurugambar rasmi mereka Amir Naufal Photography menerusi akaun Instagram. Jom lihat beberapa lagi foto pra perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla dengan membaca artikel ini sepenuhnya. |
Pakai Skirt Jarang Dengan Kalimah Arab : Agnes Monica Dikecam Netizen Posted: 13 Jan 2016 08:01 PM PST Penyanyi Indonesia, Agnes Monica cukup terkenal dengan gaya beliau yang agak seksi. Sejak semalam, Agnes menjadi topik utama ramai di media sosial selepas tampil dengan persembahan penuh kontroversi di Konser Raya 21 Indosiar pada hari Isnin lepas. Agnes yang ketika itu sedang menyanyikan single terbarunya Boy Magnet tampil dengan memakai pakaian serba hitam yang jarang dengan kalimah arab pada bahagian bawah skirt busana tersebut. Ramai yang ingin tahu apakah maksud tersebut dan ia turut dikecam oleh netizen dimana mereka menanggap tindakan Agnes sebagai keterlaluan kerana mencetak ayat tersebut pada pakaian yang seksi.
Walaubagaimanapun, penaja busana tersebut memberitahu kalimah Arab itu tidak ada kaitan dengna mana-mana ayat yang terkandung didalam Al-Quran. Malah, Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah memberikan kenyataan bahawa kalimat tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam. Namun, mereka tetap tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Agnes. Erm, Agnes Monica boleh dikatakan antara artis Indonesia yang penuh dengan kontroversi jadi tidak hairan jika beliau dikecam sebegini. Apa-apapun, kita tahu Indonesia ini mempunyai jumlah Muslim yang ramai dan seharusnya Agnes boleh menjaga sensitivi masyarakat Islam di negara berkenaan. |
Selaku Kawan Baik : Yana Samsudin Doakan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Bahagia Posted: 13 Jan 2016 07:01 PM PST Mendengar berita Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bakal bernikah, tiada lagi rakan artis yang lebih gembira daripada Yana Samsudin selaku kawan baik aktor tersebut. Menurut Yana, Syatilla mempunyai ciri-ciri wanita idaman Sam dan beliau mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Yana juga menasihati agar pasangan ini tidak terlalu tertekan memikirkan setiap persiapan bagi majlis perkahwinan mereka.
Bak kata Yana kawan baik mana yang tidak seronok mendengar berita rakan mereka bakal mendirikan rumah tangga? Hehe. Mungkin ada lagi pihak yang masih berkecil hati kerana Sam dan Syatilla merahsiakan hubungan mereka, tetapi yang dah lepas tu biarlah ia berlalu. Chill, relax. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua. |
Hafizul Kamal On Air Bakal Berkahwin 13 Februari Ini Posted: 13 Jan 2016 06:29 PM PST Hafizul Kamal, mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak tetapi beliau merupakan juara program On Air musim pertama serta pelakon yang membintangi drama seperti Miranda bersama Fasha Sandha dan Jauh Dari Cinta bergandingan dengan Anzalna Nasir. Menyulam cinta selama tiga tahun bersama kekasih hati, Nurul Fariza Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mieja, Hafizul dan pasangannya itu membuat keputusan untuk berkahwin pada 13 Februari ini. Jelas Hafizul, diawal percintaan mereka terpaksa berhubung secara jarak jauh selama satu setengah tahun. Untuk pengetahuan anda, Mieja baru sahaja berusia 21 tahun dan merupakan penuntut di UiTM dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu Profesional.
Sudah cukup bersedia untuk menjadi seorang suami, Hafizul yang baru sahaja ingin mengukuhkan namanya dalam industri hiburan tempatan tidak khuatir jika beliau hilang peminat selepas berkahwin.
Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di kediaman keluarga Mieja di Jerteh, Terengganu manakala majlis pihak lelaki pula diadakan pada 20 Februari di Kuala Lumpur. Pasangan ini juga sepakat untuk tidak mendedahkah jumlah wang hantaran kahwin kepada umum. Tahniah kepada Hafizul Kamal dan bakal isteri, semoga segala perancangan buat majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar. |
(7 FOTO) Sekitar Newborn Photoshoot Nuur Jannah Anak Perempuan Syafiq Yusof Posted: 13 Jan 2016 06:04 PM PST Tahun baru 2016, merupakan detik yang tidak dapat dilupakan buat Syafiq Yusof apabila isterinya, Aiesyah Zainal selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka Nuur Jannah pada 1 Januari 2016 jam 1.56 petang. Nuur Jannah baru-baru ini sempat menjalani sesi newborn photoshoot oleh KakiFoto bertempat Darul Haslam iaitu kediaman keluarga Syafiq sendiri. Memang comel sungguh bayi pasangan tersebut dan setiap momen dapat dirakam dengan indah sekali. Berikut kami sertakan 6 lagi foto Nuur Jannah buat anda dengan membaca entri ini sepenuhnya.
|
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
@
Tagged @ 2016