Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Rozita Che Wan Mahu Beli Pangsapuri Di London?

Rozita Che Wan Mahu Beli Pangsapuri Di London?


Rozita Che Wan Mahu Beli Pangsapuri Di London?

Posted: 12 Jan 2016 11:36 PM PST

Rozita Che Wan boleh dikatakan selalu juga bercuti ke luar negara terutama sekali ke London dan juga Paris.

Terpikat dengan bandar London itu sendiri, membuatkan Che Ta berminat untuk membuat pelaburan hartanah di luar negara dan sedang merencana untuk membeli sebuah pangsapuri di London. Wow!

Che Ta mengidamkan sebuah pangsapuri tiga bilik di lokasi yang agak menarik iaitu Knightsbridge. Ia boleh dijadikan sebagai rumah untuk mereka sekeluarga menetap ketika bercuti di sana ataupun ia akan disewakan.

Setakat ini saya masih meninjau beberapa pangsapuri yang bersesuaian dengan bajet. Kalau boleh saya tidak mahu pemilihan dilakukan secara tergesa-gesa kerana banyak aspek perlu diambil kira termasuk potensi jangka panjang.

Perancangan ini sudah lama difikirkan iaitu sejak setahun lalu memandangkan kami sekeluarga suka bercuti di sana. Daripada membayar sewa tinggi, lebih baik mencari aset yang boleh dimiliki dan disewakan.

Kalau hendak membuat pelaburan hartanah di luar negara memang agak lumayan juga pulangan dia, tetapi modalnya juga agak besar. Namun, usahawan berjaya macam Che Ta memang tiada masalah bab mengeluarkan jumlah duit yang banyak ye dak? Kalau shopping duit habis begitu sahaja, kalau melabur adalah juga hasilnya..Heh..

Sumber Berita: Berita Harian

Ya, Betul Saya Sedang Bersedih – Fasha Sandha

Posted: 12 Jan 2016 11:09 PM PST

Status rumah tangga Fasha Sandha dan suami Jejai mencetuskan pelbagai persoalan dan spekulasi sejak bulan lepas.

Namun begitu, Fasha sebelum ini enggan mengeluarkan sebarang kenyataan meskipun bertemu empat mata dengan pihak media dalam beberapa majlis.

Walaubagaimanapun, saat Fasha memuat naik satu video menerusi akaun Instagramnya semalam, ia seakan memberi lagi "hint" bahawa wanita itu sedang mempunyai masalah besar lebih-lebih lagi selepas beliau akui sedang bersedih.

Jangan salah anggap bahawa saya kurus kerana bersedih. Saya kurus kerana tak makan malam.

Ya betul, memang saya sedang bersedih. Tetapi saya seorang wanita yang tabah dan kuat. Saya tidak akan tunjukkan kesedihan saya.

Sebagai wanita jangan jadikan alasan bersedih untuk menjadi ‘serabai’ dan tidak terurus. Kehidupan perlu diteruskan. Sebagai wanita kita harus berdikari setiap waktu.

Kami pun tidak mahu komen lebih tentang isu ini, cuma apa sahaja masalah rumah tangga yang Fasha sedang lalui sekarang kami mendoakan agar ia dapat diselesaikan dengan baik.

Cuba kenangkan kembali saat manis anda berdua dahulu dan jangan mudah mengalah apabila sesuatu ujian itu datang. Banyakkan bersabar dan berdoa kepadaNya.

Sumber Berita: Berita Harian

Syura Sahkan Sudah Bercerai Talak Dua

Posted: 12 Jan 2016 10:34 PM PST

Penyanyi dan bekas peserta Master Chef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura mengesahkan beliau sudah bercerai talak dua bersama Mohd Fadhly.

Tidak memberikan sebarang kenyataan sebelum ini meskipun penceraian beliau boleh dihidu oleh pihak media sekitar tahun lalu, Syura membuat keputusan untuk mendedahkan cerita sebenar kerana tidak mahu ada pihak yang keliru.

Bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian.

Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebenar. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal. Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami.

Hidup berumah tangga memerlukan kekuatan hati dan mental, ini kerana bukan mudah untuk memikul tanggungjawab yang besar selepas berkahwin. Sudah tertulis Syura terpaksa berpisah dengan suaminya tetapi harapnya anak-anak tidak diabaikan.

Sumber Berita: BH PLUS

Syatilia Melvin Nafi Menipu, Akui Terasa Hati Gosip Cinta Shaheizy Sam Dengan Wanita Lain

Posted: 12 Jan 2016 06:46 PM PST

Pengumuman perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilia Melvin semalam sememangnya mengejutkan ramai orang. Ramai yang menggelar pasangan ini sebagai “penipu” kerana masing-masing sebelum ini beria-ia menafikan bakal berkahwin. Malah nama baik ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah turut sama terpalit kerana kenyataannya beberapa hari sebelum ini yang menafikan anaknyabakal berkahwin dalam masa terdekat.

shaheizy samNamun bagi Abang Nara, biasalah selebriti merahsiakan percintaan mereka. Sekurang-kurangnya Shaheizy Sam menepati janji dengan melakukan sidang media untuk mengumumkan perkahwinan mereka. Menariknya, Sam dan Syatilia mula berkawan sejak 6 tahun dan serius bercinta sejak 2 tahun lalu. Sam telah pun masuk merisik Syatilia kira-kira 5 bulan lalu. Sepanjang percintaan, banyak ranjau yang harus ditempuhi. Biasalah kadangkala on dan off. Lebih-lebih lagi Shaheizy Sam seringkali dikaitkan dengan ramai artis lain.

shaheizy sam

Syatilia Melvin mengakui yang hatinya sedikit terasa apabila gosip percintaan Shaheizy Sam sering timbul. Kata Syatilia:-

Tipulah kalau saya tidak pernah rasa sedih atau terasa hati membaca gosip cinta Sam dengan wanita lain. Saya ini seorang yang berterus-terang, kalau ada terdengar gosip atau baca cerita pasal dia, saya akan tanya terus.

Dari sisi lain, saya menghormati kerja Sam dan dia selalu menyakinkan saya untuk tidak cepat percaya cerita-cerita negatif. Maka sebab itulah selama ini saya bersabar dan menghormati permintaan serta caranya yang tidak suka berkongsi cerita cinta kepada umum.

Sam seorang yang popular dan ramai peminat. Dia tidak suka mencampurkan hal kerja dengan peribadi. Itu saya faham dan sebab itulah saya kunci mulut apabila ramai wartawan bertanyakan kisah kami.

Bukan bermaksud saya menipu tetapi saya harus menghormati cara Sam. Jadi, apabila hari ini sampai masanya untuk kami perjelaskan dan umumkan perkahwinan, maka semuanya amat melegakan hati saya

shaheizy sam

Abang Nara suka mendengar kata-kata Syatilia tentang percintaannya dengan Shaheizy Sam. Memang Syatilia banyak bersabar. Akhirnya kalau dah jodoh, memang tak ke mana. Kata Syatilia lagi:-

Kami gaduhlah macam mana pun tetapi akhirnya kami saling mencari untuk penyelesaian. Kami bukanlah seperti pasangan bercinta lain yang kerap keluar dating.

Saya tak pernah rasa pun keluar dating tengok wayang atau shopping bersama. Sebab itu bukan cara Sam. Kalau kami keluar makan di kedai mamak pun saya dah anggap macam dating.

Sam ini cara dan sikapnya susah nak saya perjelaskan. Dia ada nilai romantik yang tersendiri yang hanya saya sahaja yang tahu. Satu perkara yang sangat penting ialah Sam memiliki hati yang sangat baik.

Saya susah macam mana pun atau jatuh bangun saya, dia sentiasa ada di sisi. Senang cakap, kami saling melengkapi.

Sam merupakan satu-satunya lelaki yang sukar difahami tetapi saya bersabar dan berjaya mengatasinya. Dia memiliki mood yang tidak menentu dan adakalanya mood swing mungkin sebab penat bekerja.

Namun saya faham dan sangat menghormati cara serta sikap dia

shaheizy sam

Semoga perancangan perkahwinan Syatilia dan Shaheizy akan berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya nak melihat mereka berdua di atas pelamin. Confirm sama cantik dan padan. Sama-sama kita doakan.

(TAHNIAH) Atu Zero Bakal Berkahwin Dengan Pereka Fesyen 8 Februari Ini

Posted: 12 Jan 2016 06:09 PM PST

Tarikh 8 Februari bukan sahaja hari keramat buat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tetapi pelawak Atu daripada kumpulan Zero juga bakal menamatkan zaman solo bersama kekasihnya, Shafeeqa Johari yang merupakan seorang pereka fesyen.

Majlis perkahwinan mereka akan diadakan secara sederhana di kediaman Shafeeqa yang terletak di Batu Pahat, Johor. Majlis akad nikah diadakan pada sebelah pagi, manakala majlis persandingan akan diadakan pada sebelah petang hari yang sama.

Alhamdulillah, kami berkenalan hampir setahun dan keluarga saya datang merisik pada Hari Raya tahun lalu. Kami bersetuju memilih tarikh 8 Februari kerana cuti Hari Raya Cina. Lagipun keluarga serta kawan-kawan boleh datang.

Majlis di kampung saya di Sabah mungkin akan dibuat selepas rumah kami siap sepenuhnya nanti.

Untuk pengetahuan anda Atu baru sahaja berusia 24 tahun manakala pasangannya berusia 30 tahun. Meskipun jarak umur mereka berbeza, Atu akui sifat Shafeeqa yang memahami membuatkan wanita itu cukup istimewa dimatanya.

Malah, Shafeeqa dan keluarga beliau tidak pernah memandang kepada darjat meskipun mereka asal daripada keluarga yang berpendidikan.

Dia daripada keluarga berpendidikan, bapanya seorang bekas jurutera dan ibunya pegawai bank, namun menerima saya yang tiada apa-apa ini. Kalau diikutkan ramai lagi lelaki yang lebih berpelajaran yang mahukan dia, tapi inilah mungkin dikatakan jodoh.

Tahniah kepada Atu Zero dan Shfeeqa, cinta dan jodoh itu tidak mengenal rupa mahupun darjat. Duit bukan segala-galanya, apa yang penting anda berdua saling memahami dan sayang antara satu sama lain. Semoga kekal sehingga ke jannah.

Sumber Berita: mStar Online

5 Tips Membeli-Belah Di Rakuten Ini Wajib Anda Ketahui

Posted: 12 Jan 2016 06:00 PM PST

Selamat tahun baru 2016 Abang Nara ucapkan kepada semua pembaca BeautifulNara. Azam Abang Nara tahun ini tak lain tak bukan ingin berkongsi lebih banyak keseronokan, kegembiraan dan peluang dengan anda semua. Kalau anda pembaca setia BeautifulNara, pastinya anda tahu bahawa www.rakuten.com.my adalah salah satu laman membeli-belah kegemaran Abang Nara. Mungkin ada yang terlupa atau mungkin ada pembaca baru di sini, jadi izinkanlah diri ini untuk mengimbau kembali ke'awesome'an Rakuten Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 2012 ini.

rakuten

Dengan lebih 210,000 produk daripada 900 kedai, www.rakuten.com.my dengan tagline "Shopping Is Entertainment" menyediakan ribuan produk daripada pelbagai kategori yang confirm akan membuatkan anda kelabu mata. Ada toys, ada fashion wanita, fashion lelaki, gadjet, alatan sukan, barang kemas, buku, majalah, barang perhiasan rumah, barangan letrik dan macam-macam lagilah. Senang cakap apa sahaja yang korang terfikir nak beli, confirm ada dijual di Rakuten Malaysia ini.

Kelebihan www.rakuten.com.my yang tidak ada pada laman web lain ialah kewujudan program ganjarannya iaitu Rakuten Super Points (RSP). Abang Nara dah cerita banyak kali dah pasal keawesomean RSP ini. Dengan 1 RSP bernilai RM1, banyak penjimatan yang boleh kita lakukan setiap kali kita membuat pembelian di Rakuten Malaysia ini. Paling best, www.rakuten.com.my selalu menganjurkan promosi yang membolehkan kita mendapatkan RSP berkali-kali ganda.

rakuten

Contoh terbaik ialah sebarang pembelian di www.rakuten.com.my sehingga 31 Januari ini akal mendapat 5X Rakuten Super Points. Promosi ini bukan untuk kedai-kedai tertentu sahaja, sebaliknya untuk segala jenis barangan yang ada di dalam Rakuten Malaysia. Tak kira lah korang beli stokin ke, USB RM10 ke, patung Robocar Poli ke. Semuanya akan dapat 5X RSP. Dan RSP ini boleh digunakan untuk pembelian seterusnya untuk penjimatan yang maksimum. Power kan?

rakuten

Oleh kerana Abang Nara dah selalu sangat membeli di www.rakuten.com.my, izinkanlah Abang Nara berkongsi beberapa tips yang Abang Nara gelarkan #RakutenShoppingHacks untuk membolehkan korang mendapat lebih nilai bershopping di sini serta memperolehi lebih banyak Rakuten Super Points.

1.Daftar jadi ahli Rakuten Malaysia di sini terlebih dahulu. Hanya dengan mendaftar barulah korang boleh dapat kumpulkan RSP banyak-banyak. Jangan risau pendaftaran free je. Lagi best, ada voucher yang akan diberikan untuk ahli baru sebagai tanda terima kasih kerana anda memilih Rakuten Malaysia. Best kan?

2.Pemilik kad kredit Mastercard? Buat pembelian setiap hari Rabu untuk mendapatkan ekstra 5% diskaun.

3.Sentiasa ushar tawaran serta promosi di Facebook Rakuten Malaysia. Kadangkala mereka akan highlightkan beberapa produk yang diberi diskaun kaw-kaw punya. Kalau jumpa yang berkenan, terus beli je. Jangan tunggu lama-lama.

4.Setiap hujung minggu, www.rakuten.com.my akan berikan kupon. Setiap minggu berbeza jadi kena sentiasa check it out. Jadi bila hari Sabtu tue, bukak laptop dan terus bukak website Rakuten.

5.Setiap hari silalah buka www.rakuten.com.my untuk lihat tawaran-tawaran dan promosi-promosi yang diberikan. Contohnya macam minggu lepas ada sales untuk perabot serta peralatan rumah. Diskaun sampai 70% tue.
rakuten

Tak berapa faham? Meh sini Abang Nara bagi satu contoh. Katakanlah Abang Nara beli oven di bawah.

rakuten

Harga asalnya ialah RM1480 namun selepas diskaun cuma RM1080 sahaja. Jika beli pada hari Rabu menggunakan kad Mastercard, akan dapat lagi diskaun sebanyak 5% menjadikan harganya RM1,026. Dengan promosi 5X RSP, Abang Nara bakal mendapat RSP bernilai RM54. Jumlah penjimatan yang berjaya dilakukan ialah RM500. Kalau Abang Nara sambung shopping lagi, RSP yang bernilai RM54 tue boleh digunakan untuk lebih berjimat. Power dan awesome sungguh kan?

rakuten

Inilah 5 tips #RakutenShoppingHacks yang boleh Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Sebenarnya ada banyak lagi. Abang Nara percaya ramai pembaca BeautifulNara yang pernah beli di www.rakuten.com.my yang mempunyai teknik dan tips mereka yang tersendiri. Bolehlah sharing-sharing di ruangan komen. Sekali lagi Abang Nara nak tekankan, setiap pembelian kita akan memperolehi Rakuten Super Points yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Untuk bulan Januari ini, kita boleh dapat 5X RSP. Kadangkala Rakuten Malaysia ada bagi sampai 20X RSP. Jadi kenalah selalu ushar website www.rakuten.com.my. Apa pun, selamat tahun baru dan selamat membeli belah Abang Nara ucapkan.

(TAKZIAH) Isteri Nubhan AF Keguguran

Posted: 12 Jan 2016 05:43 PM PST

Baru sahaja hendak merasa teruja kerana bakal bergelar ayah tidak lama lagi, Nubhan AF di uji oleh Allah SWT apabila isterinya Afifah Hidayah disahkan keguguran selepas hamil tujuh minggu.

Untuk pengetahuan anda, Afifah kini sedang menuntut didalam bidang perubatan di Cairo, Mesir.

Wife keguguran ketika kandungan berusia tujuh minggu dan keguguran ini kemungkinan faktor kurangnya penjagaan kesihatan diri isteri di sana.

Kami sekeluarga di Malaysia hanya mampu memberikan moral support dari segi pemberian info tentang perkara-perkara yang harus dia lakukan. Isteri juga telah mendapatkan rawatan di Hospital sana dan dijaga oleh kawan-kawannya.

Takziah buat Nubhan dan isteri, tiada siapa yang boleh melawan ketentuan Allah SWT. InshaAllah, mungkin selepas ini ada rezeki anda berdua untuk mendapat cahaya mata.

Sumber Berita: Media Hiburan

Sikap Sabar Syatilla Buat Saya Terpikat – Shaheizy Sam

Posted: 12 Jan 2016 05:24 PM PST

Semalam, Shaheizy Sam telah membuat pengumuman yang mengejutkan ramai pihak dimana beliau bakal berkahwin dengan Syatilla Melvin meskipun sebelum ini kedua-duanya menafikan sedang bercinta.

Jelas Sam, Syatilla wanita yang cukup sesuai buatnya kerana sepanjang mereka berkenalan selama 6 tahun, wanita itu sentiasa berada di sisinya selain sabar melayan kerenah Sam.

Saya sebenarnya seorang ‘diva’ tetapi sepanjang perkenalan dengan Syatilla dia sangat penyabar orangnya dan saya belum pernah bertemu dengan seorang wanita sepertinya.

Sikap dia yang boleh tahan dengan perangai saya membuatkan terdetik di hati bahawa dia adalah pilihan tepat. Pusinglah ikut mana pun, susah senang saya dia sentiasa ada di sisi saya.

Sebenarnya Sam akui beliau sudah lama tahu Syatilla calon isteri yang terbaik buat beliau, cuma sebelum ini aktor itu terlalu fokus dengan kerjayanya dan tidak pernah terfikir akan soal kahwin.

Keutamaan saya terhadap keluarga dan kerjaya membuatkan saya pandang ringan terhadap soal kahwin tetapi inilah dinamakan jodoh. Malah sekiranya ditanya oleh pihak wartawan soal kahwin saya tidak pernah mengelak dan memberitahu sudah bersedia cuma saya sendiri tidak tahu bila dan dengan siapa.

Alhamdulillah akhirnya semuanya terjawab kini dan harapan saya agar semua mendoakan kebahagian kami berdua.

Berita pernikahan mereka menerima pelbagai reaksi dan diakui ada sesetengah pihak kurang senang dengan sikap Syatilla yang sebelum ini memberikan kenyataan palsu dan menjelaskan tidak tahu akan sidang media yang dianjurkan oleh Sam.

Syatilla menerusi portal mStar berkata beliau tidak pernah berniat untuk menyembunyikan perkara berkenaan tetapi ingin membiarkan Sam sendiri yang mendedahkan hubungan mereka bila tiba masa yang sesuai.

Alhamdulillah dengan adanya majlis pada hari ini hanya Allah yang tahu betapa leganya saya kerana tidak perlu menyorok tentang hubungan kami. Malah sebelum ini pun saya sudah berjanji akan beritahu semuanya sekiranya apa yang ditimbulkan menjadi realiti.

Pada saya sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya dan terutamanya Sam berbuat demikian.

Tahniah kami ucapkan kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, kami doakan segala perancangan perkahwinan mereka berdua berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online




@



Rozita Che Wan Mahu Beli Pangsapuri Di London?