Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

Syura Terkilan Bekas Suami Dedah Kisah Rumah Tangga

Syura Terkilan Bekas Suami Dedah Kisah Rumah Tangga


Syura Terkilan Bekas Suami Dedah Kisah Rumah Tangga

Posted: 21 Jan 2016 03:34 AM PST

Pendedahan bekas suami Mohd Fadhly iaitu bekas suami Syura yang mendakwa  penyanyi itu mula lupa diri selepas menjadi juara Master Chef Selebriti Malaysia dan mendesak untuk bercerai membuatkan beberapa pihak mula memandang serong kepada Syura.

Enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan bekas suaminya sebelum ini kerana tertekan dan merasa serabut, Syura yang kini sudah lebih tenang mengakui merasa terkilan dengan Fadhly yang membuka "aib" rumah tangga mereka.

Saya nak 'berterima kasih' sangat-sangat kepada bekas suami kerana mula membuka aib rumah tangga sendiri. Saya diam bukan untuk mengiyakan atau menafikan tetapi tidak mahu memalukan mana-mana pihak. Apatah lagi keluarga bekas suami adalah saudara saya sendiri kerana Fadhly merupakan sepupu rapat. Kalau saya mula bercerita, bukan sahaja dia, tetapi seluruh keluarga kami akan terasa kesannya. Biarlah saya pendam sahaja demi menjaga kebaikan semua.

Mengenai tuduhan Fadhly yang beliau lupa diri selepas bergelar juara, Syura bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenainya.

Sudah agak lama sebenarnya kami hidup berasingan, tetapi disebabkan masih berstatus suami dan isteri, saya diamkan sahaja tanpa memberi sebarang komen walaupun ramai telah menyedari perpisahan kami. Puncanya biar kami sahajalah yang mengetahuinya.

Fadhly dalam kenyataan beliau juga ada mengaku bahawa beliau masih sayangkan Syura dan berharap agar satu hari nanti mereka dapat bersama semula. Ditanya mengenai hasrat bekas suaminya itu, Syura menjelaskan beliau sudah selesa hidup sendiri dan beberapa perkara yang terjadi antara mereka sebelum ini agak mustahil untuk kedua-duanya kembali  sebagai suami isteri.

Bukan sekali, tetapi dua kali berlakunya perpisahan antara kami. Jelas di situ memang sukar untuk kami kembali bersama. Saya pun sudah terbiasa dengan keadaan seperti sekarang ini dan semakin selesa. Lagipun, hubungan kami masih baik demi anak-anak.

Selepas ini harapnya baik Mohd Fadhly mahupun Syura tidak lagi bercerita mengenai rumah tangga mereka kepada pihak media.  Ia untuk kebaikan semua orang agar tiada pihak yang makan hati atau terasa.

Sumber Berita: Utusan Online

Nazim Othman Sahkan Sudah Bertunang Dengan Bella Dally Sejak 14 November 2015

Posted: 21 Jan 2016 02:51 AM PST

Beberapa jam lepas, berita Nazim Othman dan Bella Dally sudah bertunang mula menjadi topik hangat di media sosial. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang sudah bertahun menyulam cinta.

Walaubagaimanapun, masih ada lagi pihak yang ingin Nazim tampil dan menjelaskan ia bukan khabar angin semata-mata.

Sedar ia sudah menjadi berita sensasi, Nazim menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi secara rasmi mengesahkan beliau dan Bella sudah mengikat tali pertunangan pada 14 November 2015.

Jelas Nazim, beliau mula melamar Bella sewaktu sama-sama menjalani penggambaran drama Aku Balqis di Langkawi.

Kemudian,  pada 14 November itu keluarga Nazim bertemu dengan ibu bapa Bella di Sabah dan sekaligus melangsungkan pertunangan pada hari yang sama.

Buat masa ini Nazim hanya akan mengumumkan tarikh pernikahan mereka selepas segala persiapan perkahwinan mereka selesai.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Nazim Othman dan Bella Dally. Semoga anda berdua kekal sehingga jinjang pelamin, memang lama betul kalian bercinta dan Bella sentiasa berada di sisi Nazim sewaktu waktu sukar beliau bertarung dengan penyakit ketumbuhan di otak.

Sumber Berita: Instagram Nazim Othman

(TAHNIAH)Nazim Othman & Bella Dally Selamat Bertunang

Posted: 21 Jan 2016 01:10 AM PST

Pasangan sama cantik dan sama padan, Nazim Othman dan Bella Dally akhirnya memeteraikan percintaan mereka dengan ikatan pertunangan. Berita gembira ini telah disampaikan menerusi akaun Instagram @officialhlive. Menurut info, majlis pertunangan telah berlangsung di rumah keluarga Bella Dally di Sabah.

bella dally nazim othman bertunang

Buat masa ini masih tiada informasi lanjut sama ada daripada Bella Dally atau Nazim Othman. Apa pun, tahniah diucapkan. Semoga perancangan untuk ke peringkat seterusnya berjalan lancar. Tahniah!!!

Fizz Fairuz Bengang Nama Sering Ditolak Stesen TV, Bagi Watak Drama Kepada Pelakon Baharu

Posted: 20 Jan 2016 10:00 PM PST

Agak lama juga kita tidak melihat lakonan Fizz Fairuz dalam mana-mana drama sejak kes skandal beliau bersama Fara Mendoza.

Jelas Fizz, sudah hampir tiga bulan beliau tidak mendapat tawaran berlakon drama malah namanya sering ditolak oleh sebuah stesen televisyen tempatan.  Jika ada tawaran untuk membintangi drama pun, Fizz ditawarkan watak yang sama sahaja.

Saya tidak kurangkan aktiviti berlakon, kalau ada tawaran saya terimm cuma tawaran yang datang kebanyakannya watak yang sama dan sudah banyak kali saya lakonkan. Sebenarnya saya juga berasa kecewa kerana sejak kebelakangan ini nama saya sering ditolak oleh sebuah stesen tv atas alasan saya tidak layak melakonkan watak itu dan digantikan dengan bakat baru.

Jelas Fizz, pelakon baharu pada zaman sekarang mudah untuk mendapatkan watak utama dalam sesebuah drama tanpa membuktikan bakat mereka terlebih dahulu. Ia jauh berbeza dengan apa yang beliau hadapai sewaktu mula-mula bergelar pelakon.

Buat Fizz, perkara itu tidak adil kerana bakat baharu hanya dinilai melalui paras rupa mereak sahaja sedangkan pelakon yang sudah berpengalaman dan mempunyai mutu dalam lakonan dipinggirkan.

Saya rasa sekarang ini begitu mudah untuk bakat baharu menerajui watak utama sesebuah drama berbanding sewaktu di zaman saya mula-mula berlakon, peluang untuk memengang watak utama dalam sesebuah drama sangat susah. Jika belum betul-betul terbukti berbakat dalam lakonan, memang seseorang pelakon itu tidak akan dipandang oleh pihak penerbit apatahlagi dapat berlakon dalam drama untuk slot-slot utama sesebuah stesen.

Saya berasa tidak adil dan bukan saja saya malah beberapa lagi artis seangkatan saya juga merasakan kami sudah semakin dipinggirkan. Bakat baru yang ada, sesetengah mereka bakatnya belum betul-betul menyerlah tetapi disebabkan hanya kerana mempunyai paras rupa, maka dengan mudahnya boleh mendapat tawaran memengang watak utama.

Tidak semua pelakon baharu itu kayu, ada juga yang ok tetapi bakat mereka harus digilap lagi. Kalau ada watak yang berat mungkin ia boleh diberikan kepada pelakon berpengalaman. Namun, ia juga bergantung kepada permintaan, kalau penonton sukakan pelakon baharu untuk drama-drama apa boleh buat bukan? Erm, mungkin ada rezeki lain buat Fizz.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

Shahir Hantar Rombongan Meminang Erra Fazira?

Posted: 20 Jan 2016 09:25 PM PST

Hubungan rapat Erra Fazira dan Shahir sering mendapat perhatian ramai meskipun mereka tidak pernah mengaku sedang bercinta.

Beberapa hari ini pula, timbul satu khabar angin mengatakan Shahir baru-baru ini sudah menghantar rombongan meminang Erra. Betul ke? Sejauh mana dakwaan tersebut tidak pula kami ketahui tetapi ia sudah viral di Internet.

Lagipun, Erra juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang mengenali hati budi masing-masing serta kerap berhubung melalui telefon.

Erra juga pernah memberitahu beliau menerima jodoh dengan lelaki yang lebih muda daripadanya.

Gosip mereka bercinta bermula apabila Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dengan kerap pada pertengahan tahun 2014. Ada juga pihak yang mendakwa Shahir juga adalah insan yang berjaya mendekatkan Erra kepada jalan Allah SWT apabila primadona itu mula berhijab.

(13 FOTO) Baby Moon Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Di Korea

Posted: 20 Jan 2016 09:01 PM PST

Umum mengetahui bahawa Hanis Zalikha kini sedang hamil anak pertamanya bersama suami tercinta, Hairul Azreen. Pengumuman tersebut dibuat oleh Hairul ketika pasangan ini menunaikan ibadah Umrah di Mekah.

Bagi menceriakan lagi mood Hanis , Hairul telah membawa isteri tercinta beliau bercuti di Korea bersama beberapa lagi rakan mereka. Mereka berdua tampak sungguh manis dan cukup bahagia menerusi beberapa foto yang dikongsikan oleh Hairul dan  Hanis sendiri melalui Instagram mereka.

Melalui satu foto yang dikongsikan, baby bump Hanis sudah mula kelihatan.

Jom kita layan 12 lagi foto baby moon Hanis dan Hairul dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kahwin Bukan Untuk Tutup Kontroversi – Aliff Aziz

Posted: 20 Jan 2016 08:34 PM PST

Mempunyai sejarah silam sebagai seorang yang "liar" dan "kaki perempuan"  membuatkan Aliff Aziz dihimpit kontroversi mempunyai anak luar nikah bersama seorang wanita yang dikenali beliau tidak lama dahulu.

Malah, ada pihak yang mendakwa imej baiknya sekarang dan keputusan beliau untuk bernikah dengan Bella Astillah adalah bagi menutup kontroversi berkenaan.

Walaubagaimanapun, Aliff sedikit pun tidak melatah dengan gosip berkenaan dan tidak mahu ambil pusing akan spekulasi negatif terhadap dirinya.

Aliff juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu anak luar nikah tersebut dan ingin fokus kepada perkahwinan beliau.

Biarlah sekiranya orang menganggap keputusan saya untuk mendirikan rumah tangga sebagai jalan untuk menutup kontroversi.

Lagipun, perkahwinan adalah perkata baik dan tidak harus dilengahkan. Saya harus bersedia dari segi zahir dan batin untuk mengemudi bahtera hidup berkeluarga.

Kata orang dalam tempoh bertunang akan ada ujian dan dugaan, kalau Aliff tidak buat apa-apa untuk apa beliau takut bukan? Yang penting Bella dan Aliff harus mempercayai antara satu sama lain. Manusia itu boleh berubah.

Sumber Berita: BH PLUS

Nora Danish Dan Nedim Bakal Berkahwin Hujung Bulan Ini?

Posted: 20 Jan 2016 07:54 PM PST

Pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri sudah kembali menjadi  topik hangat. Selepas tersebarnya foto Nora menggayakan busana pengantin  yang dimuat naik oleh pereka fesyen Ashraff Zainal, ada sumber yang mengatakan mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan sekitar hujung bulan ini.

Berita itu tidak mustahil kerana Nora sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan sudah bersedia untuk berkahwin semula dan berpendapat Nedim mempunyai ciri-ciri lelaki yang sesuai dengannya. Mereka berdua juga saling memahami.

Malah,  foto Nora yang dihantar oleh Nedim ke KLIA sebelum aktres itu berangkat ke New York turut menggambarkan mereka kini sudah bersatu semula apabila Nedim menyertakan kapsyen romantis buat Nora.

Kalau betul mereka bakal berkahwin, tahniah kami ucapkan. Lagipun Nora dan Nedim sudah lama bercinta dan masing-masing nampak cukup sesuai bersama.

nora danish

P.S: Kalau Nora Danish dan Nedim Nazri jadi kahwin, Abang Nara nak suggestkan ambil perkhidmatan fotografi daripada Ryaniez Moments. Gambar-gambar diorang memang first class. Layanan amat mesra, suka tersenyum, mudah dibawa berbincang dan amat profesional. Sekarang ini ada promosi RM1,000 sahaja. Maklumat lanjut LIKE Facebook RyaniezMoments dan follow Instagram @RyaniezMoments.

Saya Dah Cuba Selamatkan Perkahwinan Kami – Fasha Sandha

Posted: 20 Jan 2016 07:29 PM PST

Spekulasi rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai sudah terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu semalam di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Linangan air mata Fasha dalam beberapa foto yang tersebar membuatkan ramai peminat industri hiburan tanah air turut merasa sebak dengan berita berkenaan. Entah kenapa, kali ini kes penceraian artis mendapat begitu banyak perhatian.

Terdahulu, Fasha memfailkan permohonan cerai pada hari Isnin lepas mengikut seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Pada mulanya Fasha kelihatan tenang selepas diceraikan, tetapi beliau tidak dapat menahan kesedihannya selepas menerima pelbagai soalan daripada pihak wartawan. Malah, Jejai juga kelihatan sebak.

Tidak mahu memberikan komen pada awalnya, peguam Fasha iaitu Zulkifli Che Yong ada mengedarkan satu kenyataan Fasha dimana aktres itu memberitahu beliau sudah cuba yang terbaik untuk mempertahakan rumah tangganya dan redha dengan apa yang berlaku.

Saya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan hidup bersama kedua-dua anak saya Putra Rayfal dan Putri Raysha.

Ditanya mengenai hak penjagaan kedua-dua anak mereka, Zulkifli dan Fasha enggan memberikan komen lanjut mengenainya.

Kalau dilihat di media sosial, ramai juga yang mendoakan agar Fasha dan Jejai kembali kerana mereka tahu pasangan ini masih sayangkan antara satu sama lain dan rumah tangga mereka runtuh kemungkinan daripada campur tangan pihak ketiga.

Siapa tahu bukan, berkat doa orang ramai dan sekiranya jodoh mereka masih ada, tidak mustahil Fasha dan Jejai akan bersatu semula.

Sumber Berita: Kosmo!

Fiza Elite Akui Sudah Serik Untuk Rujuk Semula Dengan Adam AF

Posted: 20 Jan 2016 05:52 PM PST

Usaha Fiza Elite dan Adam AF yang merujuk selepas cerai kali pertama demi mempertahankan rumah tangga mereka tidak kesampaian apabila Fiza semalam mengesahkan mereka sudah bercerai buat kali kedua pada hujung tahun lepas.

Jelas Fiza, mereka hanya bahagia selama dua bulan sahaja selepas merujuk semula dan kemudiannya rumah tangga mereka tidak pernah aman serta sering bergaduh.  Mereka pernah tidur berlainan bilik selama setahun sebelum membuat keputusan untuk berpisah.

Buat Fiza beliau tidak sanggup lagi berpura-pura bahagia dan sudah cuba yang terbaik demi rumah tangga mereka.

Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga.

Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia. Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu.

Tambah Fiza, beliau sudah redha dengan ketentuan takdir buat dirinya dan kini mahu fokus membesarkan anak-anak beliau selain mula aktif semula dalam bidang seni.

Saya punya banyak tanggungjawab, termasuklah kepada keluarga. Saya perlu terus bekerja bagi menampung keperluan hidup dan keluarga. Saya harap kemunculan semula saya dalam dunia lakonan akan membawa rezeki yang baik selepas tidak lagi berhadapan dengan masalah peribadi seperti sebelum ini.

Hati wanita ini memang lembut, tetapi jika dilukakan berkali-kali pasti  ia akan meninggalkan kesan yang dalam. Penceraian mungkin jalan terbaik buat Fiza Elite dan Adam,  kerana tiada gunanya hidup sebagai suami isteri jika sering bergaduh dan tiada persefahaman lagi.

Sumber Berita: Utusan Online




@



Syura Terkilan Bekas Suami Dedah Kisah Rumah Tangga