Sayang Fattah Amin dan Fazura, Fattah Amin, Fazura

(TAHNIAH) Filem Mat Moto Kutip RM 1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

(TAHNIAH) Filem Mat Moto Kutip RM 1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan


(TAHNIAH) Filem Mat Moto Kutip RM 1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

Posted: 15 Jan 2016 04:14 AM PST

Penuh dengan mesej berguna dan bukan sekadar filem tentang mereka yang minat dalam dunia permotoran jalanan, filem Mat Moto arahan pertama Pekin Ibrahim  yang diarahkan bersama Syafiq Yusof mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat filem Malaysia apabila berjaya mencapai jumlah kutipan RM 1 juta pada hari pertama ia ditayangkan.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Pekin dan Syafiq menerusi akaun Twitter masing-masing.

Menggunakan "tagline" Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, filem itu mula ditayangkan bermula 14 Januari (semalam).

Filem ini ingin menunjukkan perbezaan antara mat motor dan mat rempit bagi menangkis tanggapan negatif masyarakat terhadap ‘mat motor’ dengan mengetengahkan realiti kehidupan pengguna motosikal yang sebenar.

Mat Moto mengisahkan AL, pemilik syarikat suntingan filem menjelajah empat negeri bagi menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

AL mencari empat topi keledar yang menjadi buruan penggemar motosikal. Turut serta dalam misi itu adalah pelajar praktikal, Sikha.

Dua insan itu jatuh cinta, namun Sikha menyembunyikan rahsia yang boleh menggugat hubungan mereka.

Apakah rahsia itu? Berjayakah mereka menamatkan pengembaraan mencari helmet itu? Semuanya dapat disaksikan dalam filem Mat Moto yang menjanjikan kepuasan maksima buat penonton khususnya pencinta motosikal.

Beberapa nama besar juga daripada filem berkonsepkan dunia motor juga turut membintangi filem Mat Moto. Antara pelakon hebat tersebut ialah Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Zul Huzaimy dan Kamarool Hj. Yusof.

Jodoh Dah Dekat, Tidak Tahu Siapa Dan Bila Tapi Boleh Rasa – Nur Fazura

Posted: 15 Jan 2016 03:32 AM PST

Saat Shaheizy Sam mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan Syatilla Melvin, ramai yang ingin tahu komen Nur Fazura mengenai berita tersebut. Reaksi Fazura agak positif dan mendoakan pasangan itu bahagia sehingga ke akhir hayat.

Mengenai Fazura yang sehingga kini masih kekal solo, wanita yang hangat dengan isu KimK  itu berkata beliau boleh "rasa" bahawa jodohnya sudah dekat meskipun sibuk dengan kerjayanya.

Setakat ini calonnya belum ada lagi.  Tak ada ruang untuk menjalinkan hubungan kerana terlalu sibuk dengan kerja.  Tapi jodoh dah dekat, tak tahu siapa dan bila cuma saya dah boleh ‘rasa’.

Dilihat sebagai seorang wanita yang agak "workoholic" baik dalam bidang lakonan mahupun perniagaan, Fazura bagaimanapun sanggup berhenti berlakon  dan hanya meneruskan dengan   perniagaan beliau selepas berkahwin kerana ingin memberikan seratus peratus tumpuan pada keluarga beliau yang akan dibina kelak.

Buat masa ini saya memang fokus pada kerja.  Kerja, kerja, dan kerja.  Bila dah puas kerja, insyaAllah selepas berkahwin saya mahu berhenti berlakon.  Tak mahu berlakon lagi. Saya mahu tumpukan kepada perniagaan dan mungkin kerja-kerja belakang tabir sahaja.

Tidak apalah Fazura, janganlah terus mengenangkan kisah cinta yang tidak kesampaian. InshaAllah, selepas ini mungkin anda akan bertemu dengan jejaka yang tepat dengan anda dan bahagia bersama.

Sumber Berita: Media Hiburan

(31 GAMBAR)Aiman Hakim Ridza, Ayda Jebat & Aidit Noh Dalam Drama Sesal Separuh Nyawa

Posted: 15 Jan 2016 12:21 AM PST

Lakonan Aiman Hakim Ridza dan Ayda Jebat dalam drama-drama mereka sebelum ini seringkali mewujudkan fenomena di kalangan para pencinta drama Melayu. Itu yang Abang Nara apabila mereka berdua bergandingan untuk drama “Sesal Separuh Nyawa”, yang bakal ditayangkan secara ekslusif menerusi HyppTV. Tak sabar rasanya nak melihat chemistry di antara Aiman dan Ayda.

ayda aiman

sekali tengok macam pinang dibelah dua pulak

Sesal Separuh Nyawa yang diarahkan oleh Michael Ang ini menceritakan tentang 2 orang sahabat baik iaitu Fara (Ayda Jebat) dan Razlan (Aiman Hakim Ridza) yang mempunyai hubungan suka dan kadangkala benci antara satu sama lain. Konflik berlaku apabila fara mengesyaki kakak tiri Razlan, Melissa (Nina Nadira) cuba untuk menggodanya. Sementara itu marah akibat lamaran cintanya ditolak Fara, Fendi (Aidit Noh) telah menyerang Melissa sebagai tindakan untuk membalas dendam.

aidit noh

hensem gak si Aidit Noh nie

Abang Nara dapat rasakan drama ini bakal mempopularkan nama Aidit Noh. Aidit mempunyai kualiti lakonan yang bagus dengan pakej yang cukup lengkap. Dengan watak yang agak penting di dalam drama Sesal Separuh Nyawa ini, pastinya nama Aidit akan melonjak naik.

aidit noh

Turut menjalani penggambaran di Amsterdam, sila pastikan anda tidak terlepas menonton drama Sesal Separuh Nyawa yang akan ke udara sebanyak 30 episod ini di saluran HyppSensasi HD (HyppTV saluran 116) bermula 18 Januari, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9 malam. Abang Nara berani jamin korang akan jatuh cinta dengan drama ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

aidit noh

Saya Janji Berikan Sam Anak Ramai Macam Pasukan Bola Sepak – Syatilla Melvin

Posted: 14 Jan 2016 10:06 PM PST

Ye kami tahu ada yang "menyampah" bila kami tulis artikel tentang pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tapi  mereka sememangnya trending serta cukup hangat sepanjang minggu ini. Apa sahaja yang mereka buat pasti mendapat perhatian ramai.

Bakal bernikah pada 8 Februari ini, Syatilla sudah mempersiapkan diri beliau seratus peratus untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Aktres ini juga menyatakan beliau sudah bersedia untuk melahirkan anak yang ramai buat Sam seperti satu pasukan bola.

Ia sebagai tanda cinta serta penghargaan buat Sam yang selam ini berada di sisi Syatilla dikala duka dan gembira. Syatilla juga berharap hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Awak (merujuk kepada Sam), kita sudah lama kenal dan melalui banyak hal bersama. Saya cuma nak ucapkan terima kasih kerana selalu ada dengan saya setiap masa. Terima kasih kerana selalu membuatkan saya gembira dan rasa bahagia.

Terima kasih juga sebab kadang-kadang bertukar menjadi 'jahat', namun kasih sayang dan cinta itu tidak pernah terhakis. Semoga hubungan kita akan kekal sampai bila-bila. Saya berjanji akan memberikan anak kepada awak, umpamanya penuh satu pasukan di padang bola. Itu janji saya.

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.

Sumber Berita: BH PLUS

Jika Anak Kedua Cemerlang Dalam SPM : Che Ta Mahu Hadiahkan Nissan GT- R

Posted: 14 Jan 2016 09:42 PM PST

Rozita Che Wan nampaknya sekali lagi akan menghadiahkan anaknya sebuah kereta mewah jika anak keduanya Aniq Ezra memperolehi keputusan yang cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebelum ini, Che Ta telah membeli sebuah kereta jenis BMW 6 Series buat anak sulungya Ammar Effendy. Kali ini, Aniq Ezra pula dijanjikan hadiah kerana Nissan GT-R.

Che Ta berkata, beliau memang menjanjikan habuan untuk anak-anaknya tetapi dengan syarat mereka perlu cemerlang dalam pelajaran. Malah, anak-anak Che Ta diberikan elaun secara mingguan.

Buat Che Ta apa yang dilakukan oleh beliau tidak salah kerana ingin anak-anaknya merasa hidup senang tidak seperti yang beliau lalui dahulu.

Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran.

Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha.

Bukan satu perkara baharu apabila Che Ta sering menghadiahkan barangan berjenama dan kereta kepada anak-anaknya. Namun, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dalam hal ini. Apa-apapun, kalau Che Ta dah mampu  biarlah beliau dengan caranya.

Sumber Berita: Harian Metro

Pelakon Azmil Mustapha Dilaporkan Sedang Kritikal

Posted: 14 Jan 2016 09:18 PM PST

Pelakon yang popular pada tahun 80 an terutama sekali menerusi filem Ali Setan iaitu Azmil Mustapha dilaporkan sedang kritikal akibat sakit jantung.

Anak beliau, Syamira mengesahkan perkara berkenaan dan memberitahu bapanya kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya.

Pagi tadi pengguna media sosial dikejutkan dengan satu status daripada adik Azmil iaitu Aziph Mustapha yang memaklum abangnya mengadu sakit di bahagian dada kira-kira pukul empat petang Khamis sebelum dikejarkan ke hospital.

Tambah Aziph lagi, Azmil tidak sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan hayat. Pihak doktor masih lagi belum memberitahu perkembangan terkini abangnya dan masih lagi berusaha untuk merawat beliau.

Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada. Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung. Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya.

Di hari penuh barakah ini, mari sama-sama kita memohon doa kepada Allah SWT agar Azmil Mustapha lepas daripada tahap kritikal dan semoga beliau dapat sembuh daripada penyakitnya. InshaAllah.

Sumber Berita: BH ONLINE

(TAHNIAH) Sara Ali Kini Sah Berhijab Sepenuhnya

Posted: 14 Jan 2016 08:37 PM PST

Semalam kami ada memaparkan artikel dimana pelakon Sara Ali tampak sungguh manis ketika bertudung.

Hari ini kami terima berita yang cukup gembira apabila Sara mengakui beliau kini sudah berhijab sepenuhnya.

Malah, beliau sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat.

Selama ini saya tak bertudung demi periuk nasi dan kelangsungan hidup di dalam dunia seni. Ia pilihan sendiri.

Bagaimana pula jika saya bertudung dan persoalan susah untuk cari makan mula bermain di fikiran. Tetapi tanpa desakan sesiapa saya bulatkan hati untuk bertudung. Saya percaya ini terjadi atas “desakan-Nya”.

Walaupun sudah berhijab, ia tidak bermakan Sara akan terus berhenti daripada bidang seni.

Jika industri seni masih mahu saya berlakon tapi dengan cara kini (bertudung), saya terima. Jika sebaliknya tak apa. Lakonan sudah sebati dalam diri.

Industri ini yang buatkan saya lakukannya demi duit. Jiwa memberontak. Jadi saya takkan berhenti dan anggap inilah permulaan untuk buka langkah baru yang lebih baik.

Alhamdullillah, berita yang sangat positif pada hari Jumaat yang penuh keberkatan. Sama-sama kita doakan Sara Ali kekal dengan imej terbaharunya ini.

Sumber Berita: BH ONLINE

Suami Zahnita Wilson Tidak Mahu Bercerai : Mengaku Masih Ada Perasaan Sayang

Posted: 14 Jan 2016 05:33 PM PST

Masih lagi mempunyai perasaan sayang dan ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina, Abd. Backery Ghouse iaitu suami kepada Zahnita Wilson enggan melafazkan cerai kepada Zahnita dalam prosiding  kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam semalam.

Backery yang memaklumkan perkara berkenaan dihadapan Hakim Syarie, Muhammad Hisyam Zakaria turut memaklumkan beliau sudah mendapatkan khidmat kaunseling perkahwinan daripada pihak jabatan agama Islam yang terdekat dan pihak swasta demi mengekalkan rumah tangganya.

Malah, tindakan Zahnita yang memohon cerai secara tiba-tiba juga adalah salah satu alasan mengapa beliau tidak mahu berpisah.

Sementara itu, Abd. Backery memberitahu pemberita, sebelum ini hubungannya dengan Zahnita baik. Namun, Zahnita membuat keputusan untuk keluar daripada rumah mereka pada 13 Disember lalu.

Terdahulu,  Zahnita telah memfailkan penceraian  kerana  mereka tidak lagi mempunyai persefahaman antara satu sama lain dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak 13 November 2015.

Zahnita memfailkan permohonan perceraian itu pada 31 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Zahnita diwakili peguam syarie, Suriany Awaludin manakala Backery diwakili peguam syarie, Yusfa Haris Yussoff.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Februari ini untuk sebutan semula kes berkenaan bagi lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) .

Sumber Berita: Utusan Online




@



(TAHNIAH) Filem Mat Moto Kutip RM 1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan